Menu Utama

Kisah Pengarah JPJ Dan Udang Galah RM35 Sekilogram…

udang-galah

Seorang pengarah JPJ dan keluarganya teringin untuk menikmati hidangan udang galah. Apatah lagi menantunya yang sedang berbadan dua, mengandungkan cucu sulungnya sedang mengidam makanan mewah tersebut…

Sedang beliau melewati sebuah pasar ada suatu petan, kelihatan seorang peniaga sedang menjual undang galah di selekoh jalan. Memberhentikan kenderaan di satu sudut, beliau dapati peniaga tersebut adalah salah seorang kenalan lamanya, Abu.

Bertanya khabar pada Abu, pengarah JPJ itu bertanyakan harga sekilo udang galah yang dijual. Kata Abu, udang galah berkenaan harganya RM70 sekilogram.

Namun kata Abu, memandangkan dia dan pengarah JPJ itu kawan lama dan mungkin dia memerlukan pertolongan rakannya itu nanti, maka Abu menawarkan harga RM50 sekilogram. Memeriksa ‘wallet’nya, pengarah JPJ itu menggaru kepala yang tidak gatal…

Rupa-rupanya beliau terlupa mengambil wang di ATM. Hanya RM35 sahaja yang ada di dalam ‘wallet’nya. Wajahnya kecewa. Hendak patah balik ke bank, agak jauh pula. Hendak pulang tanpa membeli udang galah dari Abu, teringat pula pada keluarga, menantu dan cucu sulung yang sedang dikandungnya…

Bagaimanapun, pengarah JPJ itu memberitahu Abu tentang dirinya yang tidak cukup wang tunai ketika itu. Kali ini, Abu pula garu kepala.

Mungkin sudah sifat Melayu yang terkenal bertolak ansur dan suka menabur budi, Abu setuju untuk menjual udang galah sekilogram kepada pengarah JPJ itu dengan harga RM35 sahaja bagi tidak menghampakan sahabat lamanya yang sudah berjawatan besar itu…

Berterima kasih pada Abu, pengarah JPJ itu pulang ke rumah dengan hati yang gembira bersama udang galah buat keluarganya. Abu pula, berpuas hati kerana telah berbudi pada rakan lamanya itu. Selalunya, budi yang baik dikenang dan dibalas dengan baik, bukan?

udang galah

Berselang 4 bulan kemudian, tiba-tiba Abu datang ke pejabat pengarah JPJ tersebut. Dia meminta pengarah JPJ itu menggunakan budi bicara dan kuasa yang ada padanya untuk menggugurkan 5 saman yang diterimanya dari penguatkuasa.

Sebagai seorang pegawai kanan kerajaan yang amanah, pengarah JPJ itu menjelaskan bahawa beliau tidak dapat menunaikan permintaan Abu itu kerana ia jelas bertentangan dengan etika dan prinsip penjawat awam. Biarpun Abu cuba memberikan satu beg besar lagi udang galah yang dibawa bersamanya, pengarah JPJ itu terpaksa menolak dengan baik…

Abu pulang dengan perasaan hampa. Dihatinya berpandangan rakan lamanya itu tidak mengenang budi dan sudah lupa pada ‘sekilogram udang galah yang berharga RM35’.

Dihati pengarah JPJ itu pula, beliau rasa sedih kerana tidak dapat membantu memadam kesalahan undang-undang Abu. Namun bersyukur kerana Allah tetapkan imannya berdepan dengan satu beg plastik besar udang galah…

Keesokan harinya, tiba-tiba datang sepasukan pegawai polis dan SPRM ke rumah pengarah JPJ itu. Beliau dituduh mempergunakan kedudukannya sebagai pengarah JPJ untuk mendapatkan sekilogram udang galah di bawah harga pasaran dengan harga RM35..!

Diheret ke mahkamah kemudiannya, pengarah JPJ yang warak itu menjelaskan tentang kedudukan sebenar. Namun malang, penjelasannya itu tidak diterima oleh mahkamah berkenaan dan beliau didapati bersalah. Walau merayu sekalipun, rayuannya ditolak mentah-mentah…

Akhirnya, pengarah JPJ itu dipenjarakan gara-gara ‘udang galah RM35 sekilogram’. Barulah beliau tahu harga sebenar ‘udang galah’ dari Abu dan harga sebuah keadilan.

Kerana berjawatan besar dan membeli barang dengan harga dibawah pasaran dari individu yang dikenalinya, maka itu dianggap mempergunakan kedudukannya untuk mendapatkan keuntungan. Terma itu dianggap sebagai ‘rasuah’, walaupun beliau sendiri tidak tahu di mana ‘untung’ yang dikatakan telah diterimanya…

Namun penulis diberitahu bahawa ‘pengarah JPJ’ itu sempat berpesan sebelum beliau dimasukkan ke penjara, “Dalam hidup tidak penting bagaimana kita jatuh, tapi yang penting bagaimana kita akan bangun selepas jatuh.”

Siapa yang kenal dengan ‘pengarah JPJ’ itu maka kenallah mereka bahawa beliau sememangnya teguh berintegriti, memiliki keperibadian yang tinggi, sangat mementingkan maruah diri dan sangat memelihara agama serta bangsanya.

Dari sudut itu, penulis yakin bahawa ‘pengarah JPJ’ itu sememangnya seorang yang tabah, redha dan sangat kental jiwanya dalam menghadapi ujian hidup. Penulis yakin, beliau akan bangkit lagi selepas ini, insha Allah…



(Next News) »



11 Komen to Kisah Pengarah JPJ Dan Udang Galah RM35 Sekilogram…

  1. System baru says:

    Apa jenis kawan ini kita beza tugas dengan belanja kawan ,kawan diminta budi bayar susah macam ini, aku nasihankan jangan termakan budi ini jadi nya. Jawapan mudah,

  2. anak selangor says:

    Tak yah membodek la….

  3. cina malaysia says:

    apa mesej tersirat yg cuba disampaikan……..pepatah cina ada menyebut tiada makanan tengah hari yg percuma di dunia ini………….sudah dpt makan udang galah yg murah daripada seorang kawan maka lu hendak balas budi dia………kalau itu pun tak tau maka dlm penjara fikirlah baik2 lain kali jgn ulang kesilapan yg sama…………

  4. dkds says:

    Semoga ‘ Pengarah JPJ ‘ sabar menghadapi dugaan , ramai yg tidak gemar cara dia menyelesaikan masalah lori pasir sehingga mengundang permusuhan dikalangan anggota jabatannya sendiri .

  5. solzamri says:

    mesej nya, dia cuba nak samakan macam kes khir toyo

  6. anonimbus says:

    1. Hanya kerana dia seorang pegawai berjawatan tinggi dalam jabatan kerajaan.

    2. Bila di bantu dia akan di tuduh korup.

    3. Bila di sebut hal yg spttnya orang tuduh bodek dan kalau di sebut itu hal yg negatif cpt2 akan di cop penyeleweng.

    4. Bila ada anggota yg cuba ambil tindakan pasti akan dimusuhi oleh anggota lain yang dah terima habuan dari toke lori pasir tu..x yah nak nafikan lah

    5. Balas budi bukan cara itu je. Banyak lagi cara lain.

    6. Kalau dah buat salah tu tanggunglah sendiri, jgn nak susahkan org lain,

    Tak ada yang pelik, sebab tipikal org malaysia ni fikir bila berkawan dengan org2 besar dieorg bole senang. X de nilai erti persahabatan sebenar.

  7. obama says:

    agak nya selepas pengarah JPJ tu di sumbat dlm penjara…kes bicara pun dah selesai….apa la perasaan ABu si penjual udang tu yer…??? sebagai seorang islam, apakah tidak terdetik sedikit pun perasaan bersalah dan berdosa…??? apa dia nak jawab di padang mahsyar nanti ya…???

  8. Mbah Sadjinan says:

    Dalam hidup ini amat susah nak kenal warna sejati, dalam hutan warna belukar selalu menipu, burung yg terbang pun kita tertipu jenisnya , dalam air sang ikan boleh berlakon pelbagai gerak, dalam tidur ada pelbagai bunyi dengkur ..

    apa adanya yang datang maka hadapilah walau dengan sejuta rasa , kawan tidak selamanya kawan, lawan tidak sentiasa melawan, sedangkan hujan ada lebat ada tidak, sedangkan pantai ada landai ada tidak, saiz jari juga tidak sama walau dalam satu tangan yg sama ..

    yang pasti , walau siapa walau bagaimana walau dimana kita berada, samada cepat atau lambat , segala yg diperbuat akan ada balasan, itu pasti!

    sabar itu subur , tidak sabar masuk kubur

  9. mamak tongkang says:

    WOWW… SYOK NYA KARI UDANG GALAH….. LAPAR BEKERONGCONG PERUT AKU PEERGGG…..

  10. Wan says:

    Setelah membaca cerita ini saya membuat kesimpulan bahawa Pengarah JPJ ini memang jenis tak kenang budi. Kalau pun dia tak boleh membatalkan saman rakannya tapi tentu dia boleh memberikan wang kepada rakannya supaya boleh membayar saman tersebut. Anggaplah wang itu sebagai hadiah dari seorang rakan, bukankah dia pernah membeli udang dari rakan dibawah harga yg dijual rakannya, yang mana dapat memenuhi kehendak anaknya yg sedang mengidam. Janji Allah memudahkan urusan manusia, Allah akan permudahkan urusannya. Wallahuaklam ..

  11. biarlah rahsia says:

    ramai yg comment tentang pgrah jpj..bgaimana pula dgn sikap kawan baik pgrh jpj tu? apa nk dijawab nanti? sudahlah memfitnah, malah mengungkit sebuah pertolongan..ish ish ish..hidup bukan untuk tongkat langit..semoga diberi ampunan

Leave a Reply

Threesome