Menu Utama

Khir Toyo Mohon Pendengaran Semula Rayuan, Dakwa Hakim Mahkamah Rayuan Terkhilaf Tambah Maklumat Palsu

Peguam bela Tan Sri Shafee Abdullah, selasa lalu, telah menghantar satu surat kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dan lima Hakim Mahkamah Persekutuan memohon agar diadakan pendengaran semula kes Dr Mohamad Khir Toyo di Mahkamah Rayuan.

Menurut Shafee, sekiranya tiada pendengaran semula di Mahkamah Rayuan pun, mereka memohon Mahkamah Persekutuan membenarkan mereka membentangkan tambahan hujahan sebelum diumumkan keputusan pada 22 September nanti.

Kes Mohamad Khir telah didengar dihadapan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan; Tan Sri Zulkefli bin Ahmad Makinuddin, Tan Sri Ahmad bin Maarop, Dato Hassan bin Lah, Dato Jeffery Tan Kok Hwa dan Datuk Ramly Haji Ali.

Shafee Abdullah dalam suratnya mendakwa berlaku kekhilafan besar dalam penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang menjejaskan keseluruhan dapatan keputusan Mahkamah tersebut.

Menurut sumber, Shafee menyatakan Hakim Mahkamah Rayuan telah amembuat kesilapan luar biasa apabila mendakwa Mohamad Khir pernah menjadi pemegang saham salah sebuah syarikat Roniaga Sdn Bhd, milik saksi kedua pendakwa yang juga individu dalam pertuduhan, Shamsuddin Hayroni.

Kemasukan fakta ini dipercayai menjadi penyebab Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sabitan oleh Mahkamah Tinggi.

Surat yang turut dihantar kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Raus Shariff dan Pejabat Peguam Negara turut antara lain menyatakan,

“Kami sukar memahami dari mana Mahkamah Rayyan mendapat kesimpulan bahawa anak guam kami pernah menjadi pemegang saham kepada mana-mana syarikat milik Shamsuddin terutama sekali Roniaga. Tidak ada sebarang bukti di bawa dalam perbicaraan menunjukkan fakta sedemikian. Juga tiada sebarang asas untuk membuat dakwaan tersebut kerana ia tidak pernah berlaku.“

Menurut Shafee lagi, kesilapan yang luar biasa ini menyebabkan Mahkamah Rayuan bersifat prejudis kepada Mohamad Khir.

Mohamad Khir sebelum ini dituduh memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L untuk dirinya dan isteri, Zahrah Kechik daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Hayroni, pada harga RM3.5 juta. Ia lebih rendah daripada harga RM6.5 juta yang dibayar oleh Ditamas pada 2004.

Khir dalam pembelaannya mendakwa beliau membeli sebuah rumah yang terbengkalai dan mengikut penilaian dari penilai hartanah yang diiktiraf dan pinjaman bank HSBC

Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Mohd Khir dan mendapati beliau bersalah lalu menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan arahan merampas harta tersebut.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan menjatuhkan hukuman.

Mahkamah Persekutuan dijangka mengemukakan keputusan akhir rayuan Mohd Khir pada 22 Sepetember ini.

image



(Next News) »



5 Komen to Khir Toyo Mohon Pendengaran Semula Rayuan, Dakwa Hakim Mahkamah Rayuan Terkhilaf Tambah Maklumat Palsu

  1. musanghitam says:

    Nampaknya ada sabotaj dari pejabat peguam negara dibawah gani patail sebelum ini

  2. mata-mata says:

    Lepas ni kalau nak beli rumah berjuta-juta jangan minta bantuan penilai sendiri ke, penilai bebas ke. Beli je pada harga asal atau lebih mahal walaupun rumah di tapak asal hanya tinggal lantai je…

  3. omega says:

    Kegilaan apakah Pejabat Peguam Negara sebelum ini. Sanggup menginaya org lain. Apakah adanya campurtangan atau arahan dari pihak lain utk menginaya seseorang. AG yg lama adalah sekutu kuat TM

  4. rockers says:

    lps ni mahkamah reverse baliklah decision tu.x merasalh KT tggl di sg buluh.

  5. mata-mata says:

    Terima je ape jua keputusan… Bukan bila didapati bersalah kata hakim tak adil dan berlaku KONSPIRASI… Padahal yang kata KONSPIRASI tu pun tak pernah nak bela diri dalam mahkamah. Peguambela berbelas orang, tapi semua hujah yang diberikan layak masuk TONG SAMPAH je…!!!!

Leave a Reply