Menu Utama

Kepada Siapa Sebenarnya Ditujukan Himpunan Baju Merah Itu?

Red-Shirt-Rally-4

Walaupun sudah lebih seminggu Himpunan Rakyat Bersatu atau turut dikenali sebagai Himpunan ‘Baju Merah’ sudah berakhir, namun cakap-cakap mengenai perhimpunan umat Melayu itu masih lagi hangat diperkatakan masyarakat di negara kita.

Berkali-kali ditekankan bahawa himpunan itu adalah semata-mata untuk menyatukan anak bangsa yang berjiwa Melayu, namun masih ada lagi yang salah faham dan seakan berpura-pura tidak faham dengan tujuan himpunan tersebut.

Penulis melihat, antara tujuan utama himpunan itu adalah untuk memberitahu segelintir pihak yang berbaju kuning yang bermaharajalela di ibu negara sebelum ini, kononnya mereka sahaja yang disokong rakyat sambil melakukan demonstrasi jalanan.

Umumnya, himpunan bangsa Melayu yang bersatu itu juga lebih menjurus untuk ditujukan kepada masyarakat bukan Melayu, khususnya kaum Cina yang terpengaruh dengan propaganda ‘chauvinis ultra kiasu’ DAP yang melakukan pelbagai provokasi dan biadap sebelum ini.

Penulis yakin bahawa sikap golongan berbaju kuning itu yang tidak lagi menghormati kontrak sosial yang dipersetujui kira-kira lebih 58 tahun dulu telah menyebabkan bangsa Melayu yang tahu tentang konsep jus soli bangkit mempertahan dan mengingatkan golongan itu tentang ‘mutual understanding’ berkenaan.

Namun begitu, penulis juga positif mengatakan bahawa peringatan dan amaran dari golongan ‘baju merah’ itu tidak ditujukan kepada golongan bukan Melayu yang masih lagi hormati pada kontrak sosial dan memahami jus soli.

Dalam erti kata lain, mereka yang memahami dan menghormati konsep ‘ikatan murni’ yang termetri kira-kira 58 tahun dulu serta keharmonian kaum di Malaysia amat dihargai oleh masyarakat Melayu di negara ini.

Tidak dinafikan, masih ramai lagi kaum bukan Melayu yang menghormati kontrak sosial di negara kita. Mereka amat menghargai keharmonian kaum dan menjaga tatasusila kepelbagaian etnik di negara kita tanpa melakukan provokasi berbentuk perkauman terhadap bangsa Melayu.

Pun begitu, mereka juga harus mengaku dan sedar punca sebenar berlakunya himpunan ‘baju merah’ baru-baru ini. Mereka harus tahu bahawa sebahagian dari kaum mereka telah melakukan provokasi, biadap dan kurang ajar terhadap hak bangsa Melayu.

red

Pada pandangan penulis, adalah tidak adil untuk mereka mengecam golongan ‘baju merah’ sahaja sedangkan ketika mana kaum mereka melakukan provokasi atau bertindak biadap terhadap bangsa Melayu, mereka hanya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Apabila himpunan ‘baju merah’ bersuara di Padang Merbok, baru mereka hendak bersuara menyatakan cinta pada keharmonian kaum? Baru mereka mahu kata ‘tidak perlu pakai baju merah dan berhimpun untuk membuktikan diri sebagai rakyat Malaysia yang sebenar’?

Ketika mana puak ‘baju kuning’ memijak gambar Presiden UMNO dan Presiden PAS, mengapa mereka tidak bersuara tentang ‘rakyat Malaysia yang sebenar’? Ketika mana puak ‘baju kuning’ melakukan provokasi perkauman terhadap bangsa Melayu sebelum ini di jalanraya mahupun di laman-laman sosial, di mana suara mereka?

alvin tan

Usah diajar bangsa Melayu tentang toleransi demi keharmonian kaum kerana masyarakat kami sememangnya terkenal sangat bertolak ansur dalam hal ini. Jika tidak, masakan pula kami sanggup berkorban rasa untuk menerima konsep jus soli sebelum ini, bukan?

Pada pandangan penulis, golongan ‘baju merah’ tidak marah pada kaum Cina, India, atau mana-mana etnik selain Melayu di Malaysia. Ia tidak menjurus kepada pengertian istilah perkauman pun.

Yang dikecewakan ialah tentang sikap pihak tertentu dari kaum bukan Melayu yang melakukan provokasi terhadap bangsa Melayu. Tidak terkecuali juga dikecam adalah segelintir bangsa Melayu sendiri yang bersikap seperti ‘si kitul’ yang khianat pada bangsa sendiri demi mengejar kuasa politik dengan mempergunakan nama ‘rakyat’.

Penulis harap, pihak bukan Melayu yang masih sayang dan hormat pada kontral sosial tidak tersinggung dengan apa yang berlaku. Adalah benar bahawa himpunan ‘baju merah’ itu tidak ditujukan pada mereka.

Namun, pepatah Melayu ada mengatakan bahawa ‘siapa yang makan cili maka mereka yang akan terasa pedasnya’, ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’ dan hargailah konsep ‘buat macam rumah sendiri’ serta jangan sesekali bersikap seperti ‘cacing naik ke mata’.

Renung-renungkanlah demi keharmonian kaum dan buktikanlah sikap ‘rakyat Malaysia yang sebenar’ yang disuarakan itu…






8 Komen to Kepada Siapa Sebenarnya Ditujukan Himpunan Baju Merah Itu?

  1. cina malaysia says:

    penulis rasis tak faham makna rasis…..cina sudah ditindas sejak dari dulu lagi……………mata kita terang….mampu membezakan siapa kawan siapa musuh……….tak payah penulis rasis ini membuat komen byk-byk terhadap kita…….bagi kita pemimpin2 umno adalah rasis,angkuh dan sombong…….

  2. jasonking says:

    @cina malaysia….. SRJK rasis? Kontrak bernilai berbillion utk org cina sejak merdeka pun rasis? Jadi ketua menteri juga rasis? Aiyak… Lu tak suka boleh balik tongsan sana.. Jangan mali sini lagi ma. Sana ada satu billion orang lu pergi tinggal sana la…tiu.

  3. Anak_Nogori says:

    Saya benar2 tak faham org cina dap sekarang ini…atuk nenek mereka dulu tidak begini..mereka cukup hormat, mudah mesra dgn org2 melayu..mungkin krn mereka minoriti dan hanya memikirkan bagaimana utk mencari sesuap nasik krn nasib kaumnya di tanah besar China cukup susah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang..politik mereka tolak tepi..yg ada dalam kepala mereka..duit, duit, duit, duit..harta, harta, harta, harta.

    Dan kalau betul lah bangsa cina ditindas sejak dulu…apa jadahnya 10 org terkaya diMalaysia ketika ini 80% dimiliki oleh org cina..tak perlu pun saya sebut nama, krn satu dunia sudah tahu.

  4. zack300 says:

    Dah lah takda KALIMAH dalam hati lepas tu cakap pulak sombong. Kesian… Nasib kau lah CM, sendiri tanggung. Kau yang mahu diri di binasakan sebab tiada IMAN dalam diri….

  5. Meriam Buluh says:

    Orang tak ada iman syurga mereka hanya di dunia. Di akhirat nanti api neraka sahaja yang layak untuk mereka.

    CM, ko dah bersedia ke? Neraka tu..panasss.

  6. system baru says:

    cina malaysia patut bersyukur kalau malaysia tak terima kau itu dah lama keturuan kau itu di jadikan china doll untuk anwar ibraham itu ada faham

  7. don says:

    Camne cine ble kaye padahal yang memerintah dari dulu tu org Umno yang berkobar2 kate melindungi melayu n hak bumiputra? Dah lebih 50 tahun Merdeka dan sejak tu jugak UMNO jadi tunjak pemerintahan malaysia tapi Melayu masih ditindas? Siapa sebenarnye yang tindas melayu bumiputra yang menjadi majoriti rakyat malaysia nih?

  8. Anak_Nogori says:

    Org cina mereka gigih berusaha..gagal mereka tidak berputus asa..krn mereka merasakan mereka menumpang mencari makan sama spt melayu menumpang mencari makan dinegara org…kalau melayu ni sama sikap mereka mencari makan dinegara org..mereka akan berumah didlm kotak dibawah jambatan.

    Malah cina mereka lebih berminat berniaga dari menjawat jawatan didalam sektor awam..melayu?.

    Melayu tunggu subsidi..dapat subsidi…tunggu brim…nak cari kerja mesti nak dlm ekon…berpanas terik kulit legam katanya.

    So melayu pun tidak ditindas pun..sama spt cina dan india…mereka sendiri yg menindas diri mereka sendiri…melayu yg berusaha bersungguh2, berjaya mereka bersyukur, mereka tidak mencari salah org…ni melayu yg berjaya..dah ramai pun.

    Yg tidak tahu bersyukur itulah tuhan tarik nikmatnya..tu yg rasa tertindas dan rasa tidak cukup2.

Leave a Reply