Menu Utama

Keluar PAS Sertai PKR, Di Mana Maruah PAS Di Dalam Pakatan Rakyat?

datukkj-mtaib_490_280Andai dibukukan, parti politik manakah yang paling dihina oleh sekutu sendiri, maka janganlah penulis disalahkan sekiranya memilih PAS untuk menggungguli carta berkenaan.

Mengimbas kembali sepanjang perjalanan “tahaluf siyasi” ciptaan mereka, rasanya telah berkali-kali PAS dinafikan hak, serta dimalukan dengan pelbagai insiden yang kesemuanya merujuk kepada satu kesimpulan; bahawa PAS ialah parti yang menghuni hierarki terbawah di dalam Pakatan Rakyat.

Bahasa nakal politik “si keldai”, yang sering diperguna dan dimanipulasi untuk keuntungan sekutu mereka. Dari segi dasar perjuangan sehinggalah kepada tampuk presiden, hampir setiap inci ruang yang ada dioptimakan oleh DAP dan PKR, samada mempertikaikan perkara-perkara tersebut, atau melontar kritikan-kritikan yang menghasut kepercayaan ahli terhadap kepimpinan PAS.

Malah, kekuatan jentera PAS seringkali menjadi sandaran sekutu-sekutu mereka dalam membuktikan kekuatan “Pakatan Rakyat”.

Terbaru, 2 tokoh politik yang juga ahli PAS telah bertindak keluar parti dan menyertai PKR.

Apa lagi hinaan, yang seberat-berat hinaan apabila tokoh mereka sendiri memilih untuk keluar parti dan menyertai parti sekutu yang sama-sama termaktub di dalam “tahaluf siyasi”?

Di manakah solidariti antara parti, serta semangat setiakawan yang sering dimomokkah kepada rakyat pada ceramah-ceramah mereka sebelum ini? Sudahlah individu-individu tersebut sedikit sebanyak memberi sumbangan kepada perpecahan PAS, kini karier politik mereka diberi nafas baru pula oleh PKR.

Apa yang berlaku adalah sebahagian dari deretan contoh, bahawa PAS sedikit pun tidak pernah layak untuk menerima penghormatan dari kaca mata sekutu-sekutu mereka.

Pemerhatian penulis menyaksikan tugas DAP adalah untuk memecahbelahkan PAS dengan tertubuhnya PAN, sementara PKR kini bertindak menerima kemasukan pemimpin politik dari PAS.

Satu tindakan yang tidak menguntungkan PAS, sebaliknya memberi keuntungan berlipat kali ganda kepada DAP dan PKR. Jelas, dalam apa pun kemelut yang sedang melanda Pakatan Rakyat, akhirnya PAS juga yang mengalami kerugian at all cost.

Bicara soal kerugian politik yang PAS alami, ia sama seperti sebelum-sebelum ini, bahawa PAS tetap akan terus berada di hierarki terbawah di dalam Pakatan Rakyat.

DAP untung besar, PKR untung juga. PAS sekadar “terkilan” khabarnya.

Hebat pembacaan politik PAS sejak “bertahaluf siyasi” dengan DAP dan PKR. Sedang PAS asyik taat bertahaluf siyasi, penulis tidak fikir DAP dan PKR peduli tentang apa itu tahaluf siyasi.

Biarlah PAS, kerana mereka lebih maklum tentang tahaluf siyasi.

Namun, untuk sekali, teringin benar penulis melihat PAS bijak, kan?






2 Komen to Keluar PAS Sertai PKR, Di Mana Maruah PAS Di Dalam Pakatan Rakyat?

  1. mata-mata says:

    Ada juga la nampak PAS tu bijak bila tak menyertai BERSIH 4.0 yang lalu dan bertindak memutuskan sebarang hubungan dengan DAPig baru-baru ini. Tapi tak tahu sampai bila “kebijaksanaan” PAS tu akan berterusan. Sejarah menunjukkan PAS suka jatuh ke dalam lubang yang sama berulang kali…..

  2. mamak tongkang says:

    AKU KALU PATII HAMPPES NI MAMMPUS AKU TAK CAYA DIAA AKANN BERUBAH MEEYYEDARI HAKIKAAT PEERJUANNGAAN ISLAM DAAN MEELAYU. PUOK PUOK NI DIPERINGKAT AKAR UMBI TAK MAMPU MEMBACA RENTAK TARI POLITIK KAFIR HARBI… YANG DEPA TAHU HANYA KUTUK UMNO , WALAU PUN BANYAK DASAR DASAR UMNO UNTUK MELAYU, DEPA LAH PALING KEMARUK .BASA TAK SEDAR DIRI..

Leave a Reply