Menu Utama

Kejatuhan ringgit tak boleh dielak-Zeti

Nilai ringgit yang kini merosot ke paras terendahnya sejak tahun 1998, merupakan sesuatu yang tidak boleh dielakkan memandangkan ia dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi dunia.

Pada sesi dagangan hari ini, ringgit ditutup pada RM4.42 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) susut berbanding RM4.38 pada Jumaat lalu.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, persekitaran ekonomi dunia ketika ini masih tidak menentu dan Malaysia merupakan antara negara terjejas akibat ketidaktentuan tersebut.

Katanya, selain harga komoditi, kejatuhan ringgit turut dipenga­ruhi oleh langkah AS yang mungkin menaikkan kadar faedahnya dan perkembangan ekonomi China yang perlahan.

“Situasi ketidaktentuan pasaran dijangka akan berterusan untuk beberapa tempoh akan datang. Kita perlu menerimanya memandangkan ekonomi dunia begitu dinamik dan dipengaruhi oleh banyak faktor.

“Apa yang kita boleh lakukan adalah dengan mengukuhkan kedudukan domestik kita bagi menghadapi cabaran ini,” katanya selepas majlis pembukaan pameran LATerasi Kewangan, di sini hari ini.

Pada Januari 1998, ringgit mencecah rekod terendah iaitu RM4.88 sebelum kerajaan pada masa itu menguatkuasakan tambatan ringgit pada RM3.80 berbanding dolar AS dalam usaha mengekang permainan spekulator yang turut menjejaskan beberapa mata wang negara serantau.

Tambah Zeti, sudah tentu rakyat mahu ringgit yang stabil ke­rana ada pelajar-pelajar di luar negara serta golongan peniaga yang begitu terdedah de­ngan perubahan nilai ringgit.

“Namun kita tidak boleh bertindak tergesa-gesa kerana negara lain turut menghadapi ketidaktentuan nilai mata wang masing-ma­sing,” katanya.

Sebelum itu, beliau merasmikan pembukaan pameran LATerasi Kewangan yang menghimpunkan karikatur-karikatur hasil karya Datuk Mohammad Nor Khalid atau dikenali sebagai Lat yang terdapat di dalam 14 siri Buku Wang Saku dari tahun 1999 hingga 2012.

Utusan






Satu Komen to Kejatuhan ringgit tak boleh dielak-Zeti

  1. moo says:

    Sbb negara byk hutang is one of the main reason MYR jatuh teruk. Other important to notes are the drop of the commodities prices. This also shown the weakness of our economy structure which are not well diversified.

Leave a Reply

Threesome