Menu Utama

JAIP ‘Silap’, DAP Itulah ‘Pejuang Islam’ Sebenarnya…

lge gelak

Sebenarnya, penulis ‘kecewa’ sangat dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan khutbah Aidiladha yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya kembali bersatu setelah dipecah-belahkan dengan ketaksuban pada fahaman politik masing-masing.

Lebih ‘menghiris perasaan’ penulis ialah apabila menuduh perjuangan DAP adalah bertentangan dengan perjuangan syiar Islam. Amat ‘salah’ tuduhan tersebut. Amat ‘salah’ dan tidak sewajarnya perkara begitu diberitahu kepada umat Islam untuk menyedarkan mereka.

Pada pandangan penulis, umat Islam ‘tidak’ perlu bersatu pun. Sepatutnya mereka perlu kekal berpecah-belah dek kerana fahaman politik masing-masing. UMNO perlu kekal UMNO dan ‘tidak’ perlu bersatu dengan PAS dalam membentuk saf satu barisan.

Mengekalkan status pecah-belah ummah, maka barulah mudah untuk DAP dan Pakatan Harapan ‘bulan bintang’ menjajah negara kita ini. Setelah mereka berjaya menguasai Putrajaya, barulah kita anjurkan umat Islam bersatu kembali. Itu pun kalau nak bersatulah…

Untuk pengetahuan umum, DAP sememangnya ‘memperjuangkan’ agama Islam di Malaysia. Mereka sejak dari awal merdeka lagi sudah berjuang ‘mendaulatkan’ syiar agama Allah di negara kita. Sebab itulah Islam sangat ‘berkembang’ di Singapura, negara yang dikuasai ‘abang’ mereka, PAP.

dap jaip

DAP sebenarnya sangat ‘setuju dan menyokong penuh’ perlaksanaan hukum hudud di Kelantan. Jika dirujuk dalam perlembagaan mereka, jika tidak salah penulis, parti itu bukan saja ‘mahu’ hudud dilaksanakan di Kelantan, malah turut ‘mahu’ ia dilaksanakan di peringkat Pusat.

Sebenarnya, yang mengusulkan hudud di Kelantan ialah ‘DAP’, bukan ‘PAS’. Malah DAP jugalah yang ‘meneliti, berbincang dan bermuzakarah’ tentang hudud di peringkat pusat selama ini. PAS dan UMNO tahu ‘bantah’ dan ‘bangkang’ hudud sahaja.

Sekiranya dilihat di dalam DAP, ternyata parti itu dipimpin oleh mereka yang ‘cintakan’ Islam. Kerana itulah di Pulau Pinang dulu ketika mana parti itu menjajah negeri tersebut, ia dipimpin oleh seorang ‘khalifah’ bertaraf 7 bintang yang digelar ‘Umar Abdul Aziz’. Hebat bukan?

Malah, semua wanita Melayu yang menyertai DAP ‘diwajibkan menutup aurat’. ‘Tidak ada’ pun yang berani mengenakan skirt pendek mahupun mendedahkan tubuh yang seksi. Sebaliknya, mereka selesa mengenakan ‘tudung labuh’ dan ada pula yang ‘berpurdah’!

dyana

           Gambar ihsan dari laman web Parti ‘Paling Islam’ Di Malaysia, DAP…

Perlu juga diberi perhatian di Pulau Pinang, setiap kali tiba hari-hari kebesaran Islam, ia akan ‘disambut meriah’ dengan diketuai oleh ‘khalifah’, menandakan betapa DAP sangat ‘memuliakan’ Islam dan ‘menegakkan’ syiar Allah di sana.

Penulis rasa, ‘tidak ada’ satu pun dasar dan perjuangan DAP yang bertentangan dengan Islam. Dasar dan perjuangan Islam mereka lebih ‘syumul’ berbanding UMNO dan PAS. Mungkinkah JAIP ‘tersilap’ tulis teks khutbah Aidiladha itu?

Justeru itu penulis harap agar JAIP menulis semula teks khutbah yang baru untuk dibacakan di masjid-masjid di sekitar Pahang di mana tajuknya mestilah berbunyi ‘DAP merupakan parti yang memperjuang Islam sebenar di Malaysia’. Penulis yakin, A Samad Said akan sambut dengan laungan ‘takbirrrr’..!






7 Komen to JAIP ‘Silap’, DAP Itulah ‘Pejuang Islam’ Sebenarnya…

  1. Lama dah aku tak kopipes artikel daripada MyKMU ni.. malam ni aku tergerak nak kopi tampal dalam blog aku..

    Memang terbaik sindiran dalam artikel ni makan dalam wooo..

    Syabas tuan-tuan penulis.

  2. Pemerhati says:

    kalau gitu gambar pompuan duduk pakai skirt pendek tu bukan si sofya tapi pompuan sundal mana tah bernama sofya juga

  3. Pemerhati says:

    kalau kita tengok mana ada mufti/ulamak berjanggut selebat ASS yang mengikut sunnah Nabi…dengan janggut selebat itu adalah jelas ASS lebih mengikut sunnah Nabi dari mufti/ulamak yang tidak berparti mahupun yang berparti bukan DAP

    apabila ASS masuk DAP itu tandanya bertambah jelas DAP merupakan sebuah parti yang benar2 memperjuangkan Islam…adalah satu kesilapan bila mufti Pahang secara sembrono menuduh DAP anti Islam

    dengar kata DAP akan melantik ASS menjadi mursyidul am DAP, tengku zultomatopuri pula akan dilantik sebagai timbalan mursyidul am…ingat PAS sahaja ke yang ada mursyidul am? bagaimana dengan UMNO? tak malu ke pada DAP?

  4. moo says:

    Ini pic lama .

    Anak pemimpin umno bukan sekadar kaki clubbing, tapi makan rasuah. ambik hak rakyat sampai satu Malaysia kena tanggung.

  5. james bond says:

    Memang betul apa yang Moo kata. Disebabkan ada juga segelintir anak menteri yang tak berapa elok perangai tu (tunjuklah bukti Moo), maka eloklah kita serahkan negara ni pada Dap. Walaupun sudah semestinya Dap ada juga rasuah, ada juga anak yang berperangai tak senonoh, kita serahkan pada Dap supaya orang macam Moo puashati bila Umno tak ada kuasa. Bila Dap memerintah, maka aura keislaman akan lebih dirasai. Dan yang lebih penting, perasaan gembira mereka yang anti-umno. Ciri Melayu Moo, kalau aku tak dapat, biar Melayu lain pun tak dapat.

  6. WTF says:

    Hmmm…, rupan444nya Mooh ni STALKER si Dyana Sofea

    Berkenaan komen Moooh pasal clubbing, hang masih lagi minum San Miguel ker Moooh???

    mooooo (January 1st, 2014 at 11:26 AM)

    Belum…sbb bapak San miguel, si Tum M kata OK jer….

    WTF (January 1st, 2014 at 11:28 AM)

    Oh…hang minum arak sebab Mahathir kata okay ya!!!

    Hehehehe

    http://www.mykmu.net/2014/01/video-gambar-muka-perdana-menteri-diselipar-peserta-demontrasi-turun/

    Ker hang dah taubat la ni Moooh!!!

  7. kamal ali says:

    sokong moo. sebab anak menteri “makan” rasuah, kaki clubbing dan “ambil” hak
    rakyat ( hak aku la ) dah berbulan miss soru nasi. seminggu dua tiga kali je
    dapat makan nasi. asyik lamb chop dan beef steak je. aku nak hak aku makan nasi, ada faham?! aku percaya hukum hudud akan terlaksana juga, tokey club tentu terduduk punya sebab yang meramaikan tempat dia bebudak melayu kan?
    mana lagi DAP nak dapat dana? sebab tu BB maju sesangat. dari gambar kat atas pun dah nampak sapa depa ni. tolong tengok keliling moo, boleh nampak kereta baru register atas jalan, suku dari dia tampal ‘P’. kereta tak sampai 6 bulan dah modified gegila. mana depa cekau duit nak mekap kereta? monthly installment lagi? greece ? sampai nak keluarkan duit sendiri dari bank pun bercatu masa depa gawat. sori la moo, DAP ni aku tengok pelik la. anak depa bersosial gila gila dan bermewah sakan boleh plak. tak tau ke hal ni? takat clubbing dengan san miguel ( pinjam sat ayat WTF ) tak grand la, ini siap payung satu club la ( ntah apa ntah nak brand todi tu, mahal sesangat katanya)
    open table masa birthday. pehhhhh, ah chai penang ni memang hebat. tolong cari pasai anak EXCO penang ni ye moo. nanti ngko kata aku buat cite katun plak.

Leave a Reply

Threesome