Menu Utama

Himpunan Rakyat Bersatu Jelas Berbeza Dengan Bersih

IMG-20150916-WA0747

Tidak dinafikan bahawa berlaku insiden kekecohan di depan pintu gerbang Petaling Street semalam yang menyaksikan sekumpulan pemuda yang berbaju merah berkeras mahu masuk ke jalan yang ‘dikuasai’ orang Cina itu.

Meskipun begitu, mereka akhirnya berjaya disuraikan dengan baik walaupun pihak berkuasa menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan yang kecoh di lokasi kejadian. Penulis diberitahu bahawa insiden tersebut berlaku hampir dua jam.

Namun di sebalik apa yang berlaku, penulis melihat bahawa kumpulan bangsa Melayu yang berkeras itu masih lagi menghormati dan patuh pada pihak berkuasa. Sekeras-keras pendirian mereka, akhirnya mereka bersurai juga, bukan?

Sekiranya insiden bertengkar dan sikap ‘keras kerak nasi’ itu dibandingkan dengan insiden merempuh pasukan pihak berkuasa oleh Unit Amal dan peserta Bersih sebelum ini, agaknya siapakah yang lebih buruk perangai?

pas3

Masih lagi terbayang di mata penulis melihat bagaimana anggota pihak berkuasa yang menjadi membentengi Dataran Merdeka ketika itu dirempuh oleh puak-puak Bersih. Mereka bertengkar, memaki hamun, mencarut dan mengeluarkan kata nista sebelum menyerbu, cuba meloloskan diri masuk ke Dataran Merdeka.

Bila mereka ditahan pihak berkuasa, maka lebih kuat lagi suara mereka memaki hamun dan melawan. Lebih ramai yang ditahan, lagi mereka suka kerana itulah tujuan mereka – mahu ditangkap polis seramai mungkin.

Kononnya, selepas ditangkap polis barulah mereka cukup syarat untuk jadi pejuang Bersih yang sejati. Lagipun setelah ditahan pihak berkuasa, mereka boleh menuduh pihak berkuasa itu sebagai zalim, tyranny dan ‘anjing kerajaan’. Itulah yang mereka mahu…

Berbanding dengan kejadian semalam, apalah sangat jika insiden itu hanya memakan masa selama hampir dua jam. Pihak berkuasa sebelum ini bertempur dengan puak Bersih selama sehari semalam, bukan?

Lagipun, jika dibandingkan dengan sikap ganas puak Bersih sebelum ini yang menterbalikkan kenderaan polis, membelasah anggota polis hingga cedera berdarah teruk dan merosakkan harta benda awam sewenang-wenangnya, himpunan Rakyat Bersatu semalam lebih aman, bukan?

sogo

Tiada pula laporan kereta polis yang diterbalikkan semalam. Tiada pula laporan yang mengatakan anggota polis dibelasah beramai-ramai. Tiada pula cerita yang menyaksikan kedai dipecahkan oleh mana-mana pihak. Maka benarlah ia aman, bukan?

Apatah lagi jika ditinjau apa yang berlaku di Padang Merbok semalam, adakah berlaku insiden pijak gambar Lim Kit Siang atau Guan Eng? Ada dipijak gambar sesiapa? Tidak ada, bukan? Maka sekali lagi, benarlah himpunan di Padang Merbok itu aman semalam, bukan?

Kenapa ada peniaga yang menutup kedai? Pada pandangan penulis, ia adalah kerana anggapan dan sikap paranoid mereka sendiri terhadap himpunan tersebut. Awal-awal lagi mereka dihasut oleh pihak tertentu untuk menutup kedai di atas alasan kononnya himpunan itu ganas. Maka nasiblah. Siapa suruh percaya dan tutup kedai, bukan?

                    Ada yang mati hidup semula macam ni ke?

Apapun, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang khabarnya akan menggegarkan Pulau Pinang dengan himpunan yang sama nanti. Himpunan Rakyat Bersatu semalam setidak-tidaknya membuktikan bahawa Melayu masih lagi tidak bacul dan mempunyai suara di tanahair sendiri.

Namun malangnya, ada juga yang tidak puas hati dan ‘kabur’ dengan objektif himpunan Melayu bersatu itu semalam. Biasalah, orang tua-tua kadang kala daya pemikiran mereka semakin kabur dan tumpul. Banyak perkara yang dia tidak faham sekarang. ‘Tidak lagi menjadi Perdana Menteri’ pun dia tidak lagi faham dengan keadaan itu…






12 Komen to Himpunan Rakyat Bersatu Jelas Berbeza Dengan Bersih

  1. cina malaysia says:

    memanglah jelas berbeza…….perhimpunan rasis vs perhimpunan tak rasis…………….

  2. semangat dato' haron says:

    Dehhh, tipikal cina Malaysia. Super hipokrit. Melayulah bangsa plg terbuka di Malaysia. Kalo x, takkanlah negara ni berbilang kaum. Instead menghormati toleransi org melayu, kamu berani mencabar perkara2 dan hak sensitif org melayu. Mmg sengaja mahu menjolok sarang tebuan.

  3. Johor ab-rahman says:

    Sejarah Islam telah membuktikan bahawa Islam telah memerintah 3/4 dunia selama 1300 tahun lamanya. Negara Islam yang mula di tegakkan oleh Rasullullah s.a.w di madinah mempunyai penduduk yang terdiri dari puak yahudi, christian,pagan,munafik dan Islam. Nyawa serta kebebasan untuk mengamalkan agama bagi pihak minoriti ini dijamin.seperti yang di nyatakan dalam surah Al-Baqarah “tidak ada paksaan dalam deen” yakni Islam tidak memaksa manusia untuk memeluk Aqidah Islam.
    Contoh dalam tahun 1492M. Kaum yahudi yang ditindas oleh christian semasa penjajahan spain meminta pertolongan dari pihak Islam yang memberi perlindungan di dalam negara Islam. Org yahudi hidup aman tenteram dibawah undang2 Islam walaupun org yahudi adalah bangsa yang di laknati Allah dan membenci Islam. Tetapi mereka diberi perlindungan dan keselamatan didalam negara islam itu. Semua ini hanya untuk mentaati perintah Allah supaya menjaga kebajikan kafir Dzhimmi.
    Firman Allah “dan tidaklah kami mengutuskan kamu (Muhammad S.A.W) melainkan untuk rahmat bagi seluruh ummat manusia (al-Anbiya). Islam melrang dalam mengunakan kekerasan untuk mengajak bukan Islam memegang Aqidah Islam. Jika polisi Islam adalah kekerasan maka tidak akan ada seorng pun christian di Balakn dan tidak akan ada yahudi di timur tengah.
    Sabda Rasullullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Abu Daud. “Bukan dari golongan kami org2 yang menyeru kepada Assobiyah/nasionalisme/suku, org yang berperang kerana suku/assobiyah”. Lagi diriwayatkan “Dia yang menyeru kepada suku/assobiyah laksana seperti seorng yang mengigit kemaluan ayahnya.
    Jawapan kepada racial differences atau kepada suku/nasionalisme

  4. yon76er says:

    Kalau dah CINA…MANA FAHAM APA YG kita kata… tepikal cinabeng…..

  5. jokowi says:

    Cina malaysia….jangan kao coba membangkitkan kemurkaanan tuan puteri semangat anak dato harun…
    Akan jokowi kan cilikan mulut kao yg celupar macam mulut burung-burung punai kepunyaan jokowi…
    Keceluparan mulut mu macam mulut burung-burung punai jokowi menyebabkan tuan puteri tiada lagi semangat seperti ayahandanya dato harun…
    Jika kao mahu wahai cina malaysia, kita lawan burung punai untuk menentukan siapa lebih gagah…burung punai jokowikah atau burung punai kepunyaan cina malaysia.
    Akhir sekali, selamat bercuti dihujung minggu ini, jokowi ucapkan kepada cina malaysia.
    Jangan lupa bershopping di LowYat atau Petaling Street….wokay….cina malaysia
    ? burung punai jokowi ??burung punai cina malaysia ?
    Agak-agak tuan puteri semangat, anak dato harun, burung punai manakah yg akan menang?
    Ikhlas drp jokowi

  6. shaggy says:

    Azmin cuba cermin muka sebelum nak tuduh perhimpunan baju merah jijik. Yg dia ikut serta dlm perhimpunan bersih yg didalangi DAP tu apa ke nama…..

  7. shaggy says:

    Lepas ini kita buat perhimpunan rakyat islam.

  8. shaggy says:

    Tapi PKR tolak tepi…

  9. mata-mata says:

    shaggy… nak ajak parti cangkul @ bangla sekali tak?

  10. rockers says:

    ajak skl pak arab yg derma 2.6b.blh mtk derma kt dia.

  11. mata-mata says:

    Alhamdullilah, ada juga saudara sesama Islam yang derma duit tanpa perlu kita tunjuk tabung milo atau karung guni…

  12. namron says:

    Najib kata ‘Himpunan Baju Merah’ sangat baik, berbeza dengan Bersih 4. Memanglah baik kerana perhimpunan tersebut sebenarnya adalah untuk menyelamatkan Najib. Najib juga berkata, mesej Perhimpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu agar maruah orang Melayu jangan sekali dicarik-carik, kerana orang Melayu mempunyai perasaan dan had serta belum lagi bangkit mengamuk. Hoi Najib! Siapa yang mencarik-carik maruah orang Melayu kalau bukan beliau sendiri dengan pelbagai skandal, termasuk terkini hal ‘derma RM2.6 billion’, melibatkan Najib selaku pengerusi Lembaga Penasihat syarikat 1Malaysian Development Berhad atau 1MDB. “Sekali ditampar kita tak buat apa. Begitu juga dua, tiga kali ditampar. Kali keempat ditampar, orang Melayu ada hak untuk bangun apabila maruah mereka dipijak, pemimpin dihina, dikutuk dan dipermainkan.
    Orang yang tampar Imam Masjid Negara tu sebenar tersilap orang yang ditamparnya! Sepatutnya dia gi tampar Najib!

Leave a Reply