Menu Utama

Guna lambang bulan cetus persoalan

Tindakan Parti Amanah Negara (Ama­nah) menggunakan bulan sebagai simbol, seolah-olah menciplak lambang Pas menimbulkan pelbagai persoalan tentang tujuan Mohamad Sabu berbuat demikian.

Apakah Mohamad atau lebih dikenali Mat Sabu, yang kini diangkat sebagai Pengerusi Amanah memilih simbol bulan secara kebetulan atau sememangnya parti tersebut mempunyai niat tertentu terhadap Pas.

Ini kerana, apa yang membezakan antara bulan Amanah dengan bulan yang menjadi lambang Pas hanyalah pada warna latar, iaitu Pas menggunakan hijau manakala Amanah menjadikan jingga sebagai pilihan.

Malah, sejak kelmarin bendera Amanah dilihat mula dipasang di sekitar kawasan Shah Alam, Selangor, di mana Ahli Parlimennya iaitu Khalid Abdul Samad merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa Amanah.

Berikutan tindakan Amanah itu, beberapa blog antaranya aidcnews, mempersoal apakah parti serpihan tersebut sengaja mahu mengelirukan akar umbi Pas, terutamanya pada pilihan raya umum akan datang.

“Bayangkan kalau semasa pilihan raya nanti. Adakah ada perbezaan antara logo Pas dengan Amanah? Sedangkan kertas undi adalah hitam putih,” soal aidcnews sebagaimana dipetik di sini hari ini.

Sementara itu di Putrajaya, Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk mengadakan sebarang aktiviti atau program atas nama Parti Amanah Negara selagi pertukaran nama belum diluluskan, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, larangan itu adalah selaras dengan ketetapan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 11 Akta Pertubuhan 1966. Katanya, ROS menerima notifikasi daripada Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia berhubung pelantikan baharu anggota Jawatankuasa Pusat yang diputuskan melalui Kongres Luar Biasa yang diadakan 25 Ogos lepas.

“Sebahagian besar Ahli Jawatankuasa baharu ini, adalah terdiri daripada bekas ahli-ahli Pas yang pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sesi 2013-2015,” katanya dalam kenya­taan, di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya, permohonan parti itu untuk me­nukar nama kepada Parti Amanah Negara masih Belum diluluskan setakat ini.






4 Komen to Guna lambang bulan cetus persoalan

  1. jokowi says:

    Good morning to the ladies here;
    pemerTAHI, mataIK-mataIK, buttHOLE……AMEEEEEN…,
    tarok-tarok and cirit bontot goyang.
    Really good to know you ladies in myKEMUT….

  2. dkds says:

    Mat Sabu dah gila talak, tak sanggupo melupakan kisah lamanya bersama Pas itu sebab buat lambang parti pun dah sama dengan PAS

    bangang yang mengikut Mat Sabu patutnya masuk lubang najis sahaja selayaknya

  3. yon76er says:

    Ha..ha…ha…..Hati sudah sakit or HITAM..bila dah kalah..dah dibuang or x diterima.
    Macam 2 bolih jadi dan buat………Mat Sabu puya kehendak

  4. mata-mata says:

    Tak dapat jadi Presiden PARTI BULAN, jadi presiden parti ala-ala bulan pun jadi la….

    Tak dapat menjilat taik tokong, dapat jilat taik Normah bau nonok pun kira ok la…..

    tak gitu JOBORwi???

Leave a Reply

Threesome