Menu Utama

Duta China digesa minta maaf dan diambil tindakan.

Pengerusi Biro Antarabangsa Per­gerakan Pemu­da UMNO, Datuk Mohamed Hazali Abu Hassan berkata, tindakan Huikang dilihat melampau apabila mengeluarkan kenyataan bahawa China tidak akan duduk diam sekiranya berlaku insiden keterlaluan melibatkan kaum itu di negara ini ketika melawat Jalan Petaling di sini, kelmarin.

Jelas beliau, pihaknya memandang serius kenyataan itu dan menegaskan bahawa berdasarkan norma-norma protokol hubungan antarabangsa, tiada negara asing yang berhak dan boleh mencampuri urusan dalaman negara lain.

“Hubungan diplomatik dua hala antara Malaysia dan China telah menjangkau 41 tahun dan jalinan persahabatan ini terus dipertingkatkan apabila Beijing meminjamkan dua ekor Panda yang bernama Xing Xing dan Liang Liang kepada Malaysia sebagai tanda simbolik hubungan diplomatik pada tahun lalu.

“Diplomasi Panda ini dibuat atas semangat keakraban dan persahabatan di peringkat tertinggi antara kedua-dua negara, adalah mendukacitakan apabila kami merasakan tindakan Huikang itu amat tidak sesuai. Justeru, kami menyeru agar beliau menjelaskan kedudukan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jumaat lalu, Huikang telah melawat kawasan Jalan Petaling, yang menjadi pusat komersial yang didominasikan oleh peniaga Cina dan memberi isyarat kepada mana-mana pihak agar tidak mengganggu peniaga-peniaga terbabit serta kepentingan mereka di negara ini.

Dalam perkemba­ngan sama, Mohamed Hazali turut mengingatkan duta-duta dan pesuruhjaya tinggi asing supaya sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan Wisma Putra terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa lawatan dan kenyataan sensitif di negara ini.

Katanya, langkah itu penting terutama jika melibatkan tempat dan kenyataan tertentu demi menghormati perasaan serta sensitiviti rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Malaysia sememangnya telah membuka ruang kebebasan bersuara dan perhimpunan secara aman kepada seluruh masyarakat, malah pihak berkuasa tidak menyekat mana-mana pihak untuk menyuarakan pendapat meskipun tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Justeru, duta-duta atau pesuruhjaya tinggi asing perlu memahami perkara ini dan janganlah kerana satu insiden terpencil ini, ia boleh menjejaskan hubungan yang baik antara Kuala Lumpur dengan negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini mengesahkan, Kementerian Luar akan memanggil Huikang ke Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan beliau, esok.

“Semasa lawatan itu, beliau di temu ramah oleh media dan ke­nyataan media hasil daripada temu ramah itu telah menarik perhatian dan mencetuskan kebimbangan kepada rakyat Malaysia.

“Kementerian berharap perjumpaan ini akan membantu membersihkan perkara tersebut,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan Huikang itu sebagai kesalahan di peringkat diplomasi.

“Duta asing tidak perlu campur tangan hal ehwal negara orang. Saya berharap pihak Wisma Putra mendesak kerajaan China supaya mengambil tindakan terhadap duta mereka ini sama ada dalam bentuk permohonan maaf atau tarik semula kenyataan beliau.

“Atau gantikan sahaja dengan duta lain yang lebih memahami peranan duta asing di mana-mana negara,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis korban Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) daerah Kampung Gajah di Sungai Jejawi, Pasir Salak.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Hasan Basri Muhammad berkata, beliau sepatutnya memahami bidang tugas sebagai duta dan tidak mencampuri urusan domestik dalam sebuah negara berdaulat sebagaimana negara lain yang tidak pernah campur tangan dalam hal ehwal negara itu.

Katanya, adalah lebih baik Huikang memberi tumpuan tentang masalah lambakan warga China di Malaysia dalam industri pelacuran, rumah urut serta perjudian haram yang banyak menyumbang kepada masalah gejala sosial dalam negara ini.

“Negara-negara lain tidak pernah mencampuri urusan domestik negara itu khususnya yang sangat menggores hati umat Islam dengan tindakan diskriminasi melampau terhadap etnik Uighur sehingga diharamkan umat Islam di sana melaksanakan ibadat puasa di bulan Ramadan.

“Oleh itu, kami menyokong dan meminta ketegasan Wisma Putra untuk memberi amaran keras kepada Duta China itu supaya menjaga tingkah laku dan tahu batas polisi sebuah negara berdaulat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Huikang ketika dalam sidang akhbar sejurus mengadakan lawatan ke Jalan Petaling semalam berkata, kerajaan China menentang pihak yang cuba mewujudkan segala bentuk keganasan yang bertujuan mengganggu ketenteraman awam.

Ujar beliau, pihak­nya turut menentang diskriminasi yang menyasarkan satu kaum tertentu di Jalan Petaling sekali gus memberi amaran bahawa Beijing berani dan tidak takut untuk menyuarakan pandangan terhadap insiden yang boleh menjejaskan kepentingan para peniaga di Jalan Petaling serta hubungan dua hala antara Malaysia dan China.

Dalam pada itu, Hasan Basri berkata, kebiadaban Huikang yang membuat kenyataan sedemikian jelas memperlihatkan seolah-olah kerajaan menindas dan tidak berlaku adil terhadap rakyat Malaysia berketurunan Cina.

Sedangkan katanya, kaum itu paling beruntung malah diberi jaminan hak bersama dalam sebuah masyarakat majmuk seperti pendidikan, politik, sosial, ekonomi, kesihatan dan sebagainya.

“Sebagai contoh dalam penguasaan ekonomi dibuktikan bahawa jumlah majoriti jutawan di Malaysia dikuasai oleh kaum Cina.

“Perkasa amat kesal dan menentang keras tindakan Huikang itu yang mencampuri urusan hal ehwal dalaman negara ini,” katanya.

Utusan






7 Komen to Duta China digesa minta maaf dan diambil tindakan.

  1. itsme says:

    Ada 2 sbb pendudukan negara asing (kuasa besar) keatas negara lain spt Msia (kecil & tdk kuat) ialah amalan perkauman (rasis) & hak asasi manusia yg diabaikan.

    Mmg rasa “terpukul” jk kaum sebangsa kita dan seagama kita di’anjing’kan atau seumpamanya.. hakikatnya diMsia kita tdk boleh menolak bhw kaum china telah byk membantu org Melayu utk maju kehadapan atau dgn kata lain kita lbh terikut mrk drpd mrk terikut kita, lihat shj bila bercakap bahasa melayu dgn mrk, rata2 melayu akan berloghat spt mrk drpd menggunakan cara yg betul. Itu baru gaya bercakap.

    Hari ini, dibandar2 kebanyakkan tapak surau & masjid pun kaum china yg bagi pd kita waimah tapak kubur sekalipun.. tak percaya? Bahkan buat surau pun ada yg kaum china sponsor, masih tak percaya? Tak percaya, bolehlah check..

    RIDA atau MARA antara keistimewaan org Melayu yg ada sehingga hari ini, rasanya dah berpuluh tahun, tp masih “miskin”… masih mengharap ehsan kerajaan dlm pelbagai hal, sedangkan sykt perkuburan china yg tdk pernah dibantu kerajaan hari ini berupaya membuat yayasan mrk sendiri dan menguruskan hal2 kewangan mrk dgn baik dan mampu beri biasiswa lagi kpd anak2 kaum china, MARA?

    Ada byk hal lagi kalau nak cakap akan kelemahan kita tp itulah bangsaku persoalannya knp ianya berlaku dan berlaku? Siapa yg menyekat org Melayu berjaya? Rasanya bkn kaim lain pun selain dr bangsa kita sendiri.

    Benar tanah melayu miliknya org melayu tapi kalau kebanyakkan tanah2 besar dimilikki kaum china, tang mana letaknya Melayu tu? Kalaulah bangsa china tu tak memajukan kaw2 perumahan nescaya ramai melayu yg tdk berumah waimah tanah secebik!!

    Apakah UMNO telah berjaya? Kita sama2 renungkan…

  2. James Wong says:

    Jangan biarkan tindakan individu untuk mengeruhkan hubungan diplomasi yang terjalin sekian lama. Sepatutnya duta dari China ke Malaysia tersebut tidak melakukan sesuatu mengikut kehendaknya, walaupun ia untuk kebaikan bersama. Kerajaan semestinya tidak menyokong sebarang perkauman dalam negara. Jangan terpedaya dengan pihak pembangkang yang cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.

  3. Pemerhati says:

    tak payah panggil minta penjelasan pun takpe, apa yang penting beritahu pada beijing bahawa kerajaan Malaysia tetap mahu huikang itu ditukar dengan orang lain

  4. cina malaysia says:

    sepatutnya kerajaan yg menanggung malu dgn tindakan mrk…..bukankah kerajaaan umno yg byk mencampuri urusan negara lain terutama melibatkan saudara Islam mrk di negara lain….tapi bila terkena batang hidungnya dia pula mengamuk……macam-macam ada……..

  5. Pemerhati says:

    alo apek, kerajaan terpaksa campur sebab orang Islam di negara lain itu ditindas & dizalimi seperti di Palestin…kerajaan campur atas sebab yang munasabah kerana melibatkan penafian & pencabulan terhadap hak asasi manusia(hak rakyat Palestin)

    duta cina itu pula terang2 campur urusan negara Malaysia sedangkan orang cina di Malaysia bebas susah nak kena tangkap jual barang tiruan, buka pusat pelacuran dsb yang haram2 belaka

    ‘cina malaysia’ rasa boleh tak kerajaan Malaysia bantah suarakan rasa tidak senang hati mereka kepada pemerintah china tentang penindasan yang dilakukan terhadap etnik Uighur?

  6. cina malaysia says:

    boleh tapi kena tengok situasi……. etnik uighur ini bukan calang-calang bangsa……..

  7. Pemerhati says:

    iya betul duta cina itu membuat komen cuba mencampuri hal dalaman negara Malaysia tak tengok situasi terlebih dahulu…tu lah makan lagi babi banyak2 sebab itu terikut perangai babi suka menyondol tak tahu nak tengok situasi terlebih dahulu

Leave a Reply

Threesome