Menu Utama

Dr Tan Harus Tuntut Siasatan Penuh Mengenai Kebocoran Dokumen PAC – 1MDB

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Dr Tan Seng Giaw seharusnya menuntut agar siasatan penuh dan telus mengenai bagaimana dokumen sulit PAC berhubung 1Malaysia Development Bhd (1MDB) boleh jatuh ke tangan penerbitan media asing.

1MDB dalam kenyataan di sini hari ini berkata Dr Tan, yang juga Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, pada masa sama perlu menasihatkan anggota parti itu, Tony Pua yang juga anggota PAC, bahawa seseorang itu tidak boleh memperkatakan tentang sesuatu perkara berdasarkan khabar angin atau tanpa bukti.

“1MDB menyambut baik nasihat oleh anggota Parlimen Kepong selama lapan penggal itu sebagai bijak dan tepat pada masanya, namun perlu mendapatkan bukti sebelum membuat tuduhan, dan mendukung kedaulatan undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

“Kami percaya Dr Tan akan memberi nasihat yang sama kepada Tony Pua,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut tuduhan Pua itu adalah dakwaan yang dikitar semula terhadap 1MDB, tetapi apabila jawapan dan fakta diberi, beliau terbukti salah.

Bagaimanapun, Pua tidak akan mengendahkan fakta, mengubah topik dan menunggu untuk membuat dakwaan sensasi dan tanpa bukti yang seterusnya.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada nasihat Dr Tan bahawa seseorang itu ‘tidak boleh menyatakan sesuatu perkara berdasarkan khabar angin’ berhubung kebocoran dokumen sulit PAC kepada media asing.

Kenyataan beliau itu disiarkan oleh portal berita, semalam.

— BERNAMA






5 Komen to Dr Tan Harus Tuntut Siasatan Penuh Mengenai Kebocoran Dokumen PAC – 1MDB

  1. moo says:

    UMNO ni bukan fokus kepada siapakah penyangak yg curi duit rakyat yg berbillion, tapi fokus pada whistleblower…

    Bodonya ahli umno…

  2. WTF says:

    Memang patut siasatan diadakan siapakah ahli PAC yg mendedahkan dokumen2 sulit PAC berhubung 1MDB ke tangan media asing

    Dan juga siasatan perlu buat apakah ada lagi dokumen2 sulit PAC yg mungkin takder kaitan dgn 1MDB yg jatuh ke tangan media asing

    Mooooh, ahli PAC siapa yg dedahkan dokumen2 sulit PAC bukan whistleblower la, but more towards selling PAC secret document to outsiders

    Ada beza tu Moooh!!!

  3. rockers says:

    apa kandungan dokumen tu sampai 1mdb meroyan.ada rahsia besar ke..

  4. burrpp.. says:

    Kalau ada rahsia besar buat apa 1MDB pegi PAC. Bodoh la namanya menyerah diri

  5. ba alip ngang says:

    1NDB tiba-tiba jadi baik…
    Siapa yg lari dari memberi kenyataan siasatan kononnya salah tarikh dan lepas tu beralasan menghormati Ramadhan..
    Siapa yang dikenalpasti berbohong berkali kal walaupun dalam bulan Ramadhan..
    Siapa yang tak berani saman wakaupun sebelum tu beri amaran macam gagah perkasa danbtidak dosa .
    Siapa yang bersembunyi sampai sekarang walaupun kata n2h..

    Lebih penting, muhyiddin pun tak tahu, majlis tertinggi pun tidak diberitahu..tetapi tiba-tiba macai tukang jawab serba tahu,lebih tahu…

Leave a Reply

Threesome