Menu Utama

Dokumentari Al Jazeera: Komen Mahathir Sama Seperti Hina Mahkamah

Komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai filem dokumentari terbitan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2006, adalah sama seperti menghina mahkamah, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Mula-mula sekali mahkamah telah pun membicarakan kes ini dan telah membuat keputusan.

“Adakah Dr Mahathir menyatakan bahawa mahkamah di Malaysia tidak boleh dipercayai dan bahawa hakim-Hakim di Malaysia tidak jujur?

“Jika tidak mengapa Dr Mahathir mempersoalkan mahkamah dan membuat sindiran bahawa mahkamah tidak jujur, sebenarnya sama seperti menghina mahkamah,” katanya menerusi catatan dalam blognya sskeruak.blogspot.my hari ini.

Salleh berkata Dr Mahathir harus ingat bahawa pada 1998 apabila beliau menjadi Perdana Menteri, dakwaan yang sama dibuat terhadapnya berhubung perbicaraan kes liwat bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“…. Dan Dr Mahathir menjawab bahawa beliau menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada Anwar bersalah atau tidak. Malah seorang peguam yang mempersoalkan hakim telah didakwa kerana menghina mahkamah,” kata beliau.

Selain itu, Salleh berkata ia bukan terserah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membuktikan dirinya tidak bersalah seperti dicadangkan oleh Dr Mahathir.

“Ia adalah bagi mahkamah untuk membuktikan kebersalahan. Dan mahkamah telah pun membebaskan Abdul Razak Baginda.

“Jadi dengan apa cara lain Dr Mahathir mencadangkan supaya Najib membersihkan namanya? Adakah terdapat cara lain selain daripada melalui mahkamah?,” katanya.

— BERNAMA






7 Komen to Dokumentari Al Jazeera: Komen Mahathir Sama Seperti Hina Mahkamah

  1. burrpp.. says:

    Ada banyak perkara yg menyebabkan saya tidak bersetuju dengan Tun M, dan ini adalah salah satu dari perkara-perkara tersebut. Tun M pun melakukan banyak kesilapan. Jadi maafkan je lah

  2. bena says:

    sy pun tak setuju dgn sekor ni dr dulu lagi kerana dia Maharaja Putar2belit.

  3. System baru says:

    Kalau betul najib terbibit kenapa tun m tak serah bukti ada pada sirul itu, nampak tun m terdesak sangat nak jatuh najib, tun m boleh pergi ke australia itu jika dapat bukti nampak sangat tun m main persepsi, tun m kena sedar kalau main politik dia rugi, contoh tun m gagal 30% ekonomi bumiputera sebab telalu banyak main politik dari pada buat kerja

  4. mata-mata says:

    Dulu NEGARAWAN KERALA ni cakap cara lain.. la ni dah cakap lagu lain. Tanda-tanda semakin nyanyuk tu dah makin ketara… tapi NEGARAWAN KERALA ni masih tak sedar, dia cakap bagaimana pun sebahagian rakyat tetap akan gelarkan dia MAHAFIRAUN, MAHAZALIM sehingga akhir hayatnya. Dia ingat orang pernah gelarkan dia begitu akan sokong dia kembali ke??? Kalau dah mampus sekalipun, mereka akan tetap meluat dengan NEGARAWAN KERALA tu. Yang akan solatkan jenazah dia, hadir kebumian dia, beri penghormatan akhir pada dia, doakan kesejahteraan dia dunia akhirat antaranya adalah orang yang dia suruh letak jawatan sekarang. Nak harap bekas murid dia yang duduk dalam penjara bicara baik tentang NEGARAWAN KERALA ni??? Jangan harap la!!!!

    Termasuk la anak angkat mamak ni yang pernah keluarkan kenyataan “ORANG TUA TERSUNGKUR” suatu ketika dahulu. Sedar la diri tu sikit wahai NEGARAWAN KERALA…!!!!!

  5. Memang Terok says:

    Bagus sungguh satu artikel yang ditulis oleh sesaorang mengenai Madey baru2 ini.
    Apa yang penulis dakwa ialah Madey ialah seorang yang sering kecewa, sakit hati dan hampa. Dia kecewa dengan semua orang yg dia pilih sendiri.

    Madey kecewa dengan Musa hitam yg gagal dipujuk untuk tarik balik keputusan letak jawatan selepas krisis berlaku antara mereka. Madey hampa dengan Anwar yang paling dia sayang dan puja satu waktu dulu. Dia kecewa dengan Pak Lah, semua orang tahu. Dan terkini dia marah dengan Najib.

    Justeru ingin kita tanya… bila kah Madey rasa gembira dalam hidupnya. Orang kecewa tidak akan bersyukur dengan hidupnya, dirinya dan dengan kuasa Allah.

    Jika dalam usia begitu dia maseh belum kecapi rasa suka, gembira dan bersyukur. dalam kubur belum tahu, diakhirat apatah lagi jika pelaburan kesana rendah mutunya. Kita tak kata Madey jahil atau tidak bertaqwa, tetapi Madey seharusnya dalam usia begitu… lain cara berfikir, bertindak dan bercakap.

  6. don says:

    ape lagi tunggu? tangkap la mahathir tu sebab hina mahkamah.. kalau org biasa dah lama kene dakwa segala bagai.. buat la laporan polis kate mahathir hina mahkamah tu bagi senang skit die masuk dok sebelah anwar 🙂

  7. rockers says:

    nk suruh dakwa tun m?tsmy pun dia x berani pecat..pahlawan bugis ape tu.

Leave a Reply

Threesome