Menu Utama

Di Bawah Payung Jalur Gemilang

Hari Malaysia disambut pada 16 September bagi memperingati terbentuknya negara Malaysia.

Tarikh ini diraikan oleh segenap lapisan masyarakat dari Perlis ke Johor ke Sabah dan Sarawak sebagai menghargai dan memperingati detik-detik bersejarah penyatuan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak yang mana hasil perpaduannya dapat dilihat sehingga ke hari ini.

Jangan ada di antara kita yang lupakan hari yang bersejarah ini. Semarakkanlah semangat patriotik dalam diri kita, semaikanlah perasaan cinta kepada negara dalam anak-anak kecil generasi seterusnya dan bersama-samalah kita menghargai usaha pembentukan Malaysia yang diperjuangkan oleh perajurit-perajurit negara kita.

‘Perkahwinan’ dan penyatuan kita di bawah payung Jalur Gemilang bukanlah mudah perjalanannya. Ketika itu, kita menghadapi pelbagai cabaran dan halangan termasuk dari luar negara.

Walaupun pada asalnya penubuhan negara ini adalah pada 31 Ogos 1963, tetapi atas faktor laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963, kita akhirnya bersama pada 16 September.

Mengimbas kembali, terbuktilah, keputusan pemimpin-pemimpin tempatan dan saudara-saudari dari Sabah dan Sarawak untuk menyertai kita 52 tahun yang lalu merupakan langkah yang menepati impian kita semua.

Kita berjaya melakar identiti sebagai sebuah negara yang makmur yang mana terdiri daripada budaya dan adat resam berbeza. Negara manakah yang dapat menyatukan masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum seperti Malaysia?

Kita ada orang-orang Melayu, Cina, India, Iban, Bidayuh, Melanau, Kadazandusun, Bajau, Murut, dan sebagainya. Perbezaan di antara kita tidak menghalang kita hidup secara harmoni malah ia menjadi keunikan yang terserlah.

Dari segi keagamaan pula, kita saling menghormati kepercayaan agama masing-masing iaitu agama Islam, Kristian, Buddha, Sikh, dan Hindu sebagaimana yang termaktub dan terjamin dalam Perlembagaan kita.

Selama ini, kita sehati sejiwa dan berasa bangga dengan identiti kaum masing-masing dan bangsa kita iaitu bangsa Malaysia.

Namun kesemua ini tidak harus mengaibkan penilaian dan pandangan kita dari hakikat yang sebenar.

Tidak ada sesiapa yang boleh menafikan bahawa terdapat jurang perbezaan dari segi kemajuan dan pembangunan yang boleh dikatakan sebagai ketara jika dibandingkan antara Semenanjung Malaysia dengan kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak.

Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Barisan Nasional, saya telah pun melipatgandakan pembangunan di Sabah dan Sarawak bagi menangani isu ini.

Sejak mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, peruntukan yang besar telah diluluskan saban tahun untuk Sabah dan Sarawak khususnya bagi pelbagai program yang berpaksikan rakyat seperti menyediakan bekalan air dan elektrik agar mereka yang hidup di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat menikmati kemudahan asas ini, geran perladangan komoditi sawit dan getah agar mereka dapat berdikari dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil, Bantuan Rakyat 1Malaysia serta bantuan-bantuan lain di mana bantuan dihulurkan oleh Kerajaan terus kepada penduduk tanpa mengira jarak dan kesukarannya, dan sebagainya.

Yang disenaraikan tadi hanyalah sebahagian daripada program Kerajaan yang dilaksanakan untuk semua tanpa mengira kaum dan agama. Tanpa keraguan, saya akan tetap meneruskan dasar yang memberikan peluang secara sama rata kepada setiap rakyat Malaysia agar dapat bersama-sama menikmati kemakmuran dan pembangunan Malaysia.

Sudah tentu, tidak dilupakan juga Lebuhraya Pan Borneo yang diluluskan baru-baru ini, satu projek mega yang akan menghubungkan bandar-bandar utama Sabah dan Sarawak.

Jika kita lihat bagaimana Lebuhraya Utara Selatan, PLUS, membuka pelbagai peluang pembangunan dan menambah baik perhubungan antara bandar di Semenanjung Malaysia, begitu juga Lebuhraya Pan Borneo nanti kelak apabila siap dibina. Sebagaimana yang diketahui umum, perjanjian Lebuhraya Pan Borneo Sarawak telah pun dimeterai dan Insya-Allah saya juga akan melancarkan jajaran Sabah pada akhir tahun ini atau awal tahun depan.

Saya yakin projek ini akan menjadi pemangkin yang akan mentransformasikan kehidupan dan mengubah lanskap di Sabah dan Sarawak, seterusnya membawa pertumbuhan ekonomi yang pesat di sana.

Impian saya hanyalah untuk melihat pembangunan yang seimbang dan saksama dalam usaha Kerajaan untuk mengurangkan jurang antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Insya-Allah termakbullah nanti.

Saya akan memastikan bahawa segenap lapisan masyarakat tidak terpinggir, termasuklah rakyat Malaysia dalam golongan 40 peratus terendah, dalam usaha kita untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi.

Kita akan mempertahankan kedaulatan dan meneruskan usaha membangunkan negara kita, memajukan setiap anak bangsa. Pendirian inilah apa yang saya tegaskan seringkali dan diterapkan dalam pentadbiran hari ini.

Selamat Hari Malaysia

Dari najibrazak.com






4 Komen to Di Bawah Payung Jalur Gemilang

  1. jokowi says:

    Salam and good morning ladies,
    SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA
    Enough of bootlicking…..for today….
    Ikhlas drp jokowi ???????

  2. jokowi says:

    For info, ladies in mykmu,
    Jokowi is from Sarawak…….
    He is a pure Sarawakian from one of the smallest ethnic group in Sarawak….UKIT….in Orang Ulu Ethnic Group…

    SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA

    By the way, jokowi is medically trained….thus sorry for the medical terms used for pun intended………

  3. Spy Bukit Gantang says:

    Jokowi, pls refer to a shrink.

  4. jokowi says:

    SELAMAT HARI MALAYSIA
    ? to you my lady…..spy……
    By the way…..don’t need a shrink….I have lots of psychiatric friends to help you confused ladies here…at mykmu
    ???

Leave a Reply