Menu Utama

Catatan Di Belakang Tirai Besi – Dr Khir Toyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya.

3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayar ansuran bulanan sehingga sekarang? Saya maafkan mereka.

4. Saya juga tahu rumah saya menjadi kontroversi apabila seorang pemimpin UMNO mengupah jurugambar mengambil gambar rumah saya menggunakan helikopter menunjukkan seolah-olah ia sebesar istana. Hakikatnya, rumah saya antara bukanlah antara terbesar di kawasan terbabit. Tidak mengapa, saya telah maafkannya.

5. Saya hanya ingin menyatakan bahawa sepanjang perbicaraan Pendakwa Raya tidak pernah mengemukakan sebarang fakta yang menunjukkan berlaku unsur rasuah. Secara asasnya, unsur rasuah harus dalam keadaan saya mendapat habuan kerana meluluskan sesuatu kepada Shamsuddin.

6. Tidak pernah ada sebarang fakta dan bukti menunjukkan pembelian rumah saya dengan harga RM 3.5 juta yang dikatakan murah oleh pendakwa raya, dibalas dengan sebarang keistimewaan pemberian projek atau kelulusan tender oleh saya. Yang ada hanyalah surat sokongan yang diberi kepada syarikat Shamsuddin seperti mana saya sokong puluhan malah mungkin ratusan syarikat lain.

7. Jika tidak korup mengapa saya didapati bersalah? Saya dituduh dan didapati bersalah di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan yang merupakan satu kesalahan teknikal dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.

8. Dalam tuduhan ini pendakwa raya tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga (balasan) yang tidak mencukupi, daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam.

9. Demikianlah kesungguhan Peguam Negara terdahulu mahu memenjarakan saya. Saya tidak pasti rumah saya akan dirampas atau tidak. Mereka membicarakan saya di bawah Perkara 165 tetapi mereka menggunakan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk merampas rumah saya.

10. Adillkah, saya dituduh di bawah kesalahan yang memerlukan pembuktian ringan, tapi menggunakan akta yang memerlukan pembuktian berat untuk merampas rumah saya? Hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau.

11. Semasa hendak membeli rumah separuh siap tersebut saya memaklumkan kepada pemegang jawatan penting ketika itu termasuk Perdana Menteri, Setiausaha Kerajaan Negeri dan pihak SPRM sendiri.

12. Untuk rekod, saya juga membeli hartanah tersebut dengan pinjaman bank dan meminta penilaian hartanah dilakukan. Sehingga kini saya masih mempunyai baki hutang lebih dari RM 2 juta. Adakah ini menunjukkan saya korup? (lihat: Fakta dan Angka Tidak Boleh Menipu]

13. Jika saya mahu mengambil rasuah saya hanya minta Shamsuddin beri percuma kepada saya dan namakan atas nama sesiapa sahaja sebagai proksi.

14. Saya redha dengan keputusan ini sungguhpun sehingga hari ini saya tidak tahu berapakah balasan yang mencukupi.

15. Mungkin kerajaan perlu menubuhkan satu jawatankuasa yang membolehkan penjawat awam membuat rujukan, bagi memenuhi ukuran balasan yang mencukupi, agar tidak ada lagi yang terperangkap seperti saya. [Lihat: Putus Sudah Harapan?]
The Sun

16. Minggu lalu ketika merayu agar dikurangkan hukuman saya menyatakan antara sumbangan yang dibuat ialah mencapai matlamat Selangor Maju 2005 seperti mana yang disasar oleh kerajaan sejak 1990-an.

17. The Sun tampil mempertikaikan kenyataan tersebut. Saya tidak lagi berniat mahu berhujah sejauh mana layak atau tidak Selangor disiytihar negeri maju. Ini kerana kerajaan yang disokong oleh The Sun juga sehingga hari ini mengekalkan status Selangor Negeri Maju.

18. Sehingga di saat akhir, ketika tiada kuasa dan jawatan, The Sun memilih untuk melanyak saya. Saya tidak pasti apakah punca kemarahan mereka sedemikian rupa.

19. Adakah kerana saya dilihat sebagai anti-kaum India kerana merobohkan beberapa kuil yang dibina secara haram? Atau adakah kerana saya tidak meluluskan pusat Lumba Kuda di Bukit Tagar, Selangor?

20. Saya tidak fikir ia sekadar soal “good governance”, kerana sesiapa sahaja yang membaca The Sun dari dulu sehingga hari ini boleh membezakan tahap dan jenis kritikan akhbar atau pengarang akhbar tersebut kepada Menteri Besar selepas saya. Malah ada ketika mereka mempertahankan Menteri Besar selepas saya biarpun kesilapan yang dibuat sangat nyata.

Kuil

21. Saya juga ingin memohon maaf jika masyarakat beragama Hindu marah kepada saya akibat perobohan kuil Hindu di Rimba Jaya. Kes kuil Rimba Jaya telah dibawa ke Mahkamah sejak tahun 1998 lagi. Ia dibina secara haram atas tanah persendirian. Kerajaan negeri telah membuat perbincangan dengan pentadbir kuil dan mereka bersetuju menerima pampasan sebanyak RM 40 ribu dan juga diberi tapak baru.

22. Keputusan merobohkan kuil Rimba Jaya adalah keputusan Mahkamah bukannya keputusan saya mahu pun kerajaan negeri. Mahkamah memutuskan kuil dan setinggan disitu hendaklah dirobohkan. Mahkamah telah menolak rayuan 11 orang penduduk yang enggan berpindah.

23. Saya, selaku Menteri Besar ketika itu, kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Shah Alam hanya melaksanakan keputusan Mahkamah. Namun saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya.

24. Jika masih ada yang berdendam, saya berharap mereka juga dapat mengingati saya sebagai Menteri Besar pertama yang memberi peruntukan kepada semua kuil Hindu dan rumah ibadat lain yang berdaftar. Di bawah pentadbiran saya juga Kerajaan Negeri menubuhkan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Penyapu

25. Sebahagian membenci saya bukan kerana kesalahan ini. Mereka marah kerana saya beri “Anugerah Penyapu” kepada penjawat awam dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Majlis Daerah Hulu Selangor. [Untuk huraian panjang sila lihat artikel lama: Padah Penyapu atau Padah Sikap Kita?]

26. Sungguhpun ia bukan idea saya, dan telah dipersetujui dalam mesyuarat bersama semua PBT ketika itu, saya terima ia sebagai satu tanggungjawab saya. Saya pohon maaf jika masih ada yang berkecil hati.

27. Baru-baru ini saya ada berjumpa dan bercakap dari hati ke hati dengan En Tukiman Nail, bekas Presiden Majlis Daerah Hulu Selangor, yang menerima anugerah penyapu tersebut dan isteri beliau. Saya anggap telah selesaikan dengan beliau sebagai sesama muslim.

Setinggan

28. Ada yang masih berkecil hati dengan cara saya menyelesaikan isu setinggan. Saya tidak boleh memuaskan hati semua penghuni setinggan. Apa yang boleh saya katakan, saya telah membuat yang terbaik dalam kemampuan saya dan kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu setinggan; (i) memberi penempatan yang lebih baik, (ii) menyelesaikan isu tuan tanah dan setinggan, (iii) memberi subsidi RM 7,000 untuk setiap setinggan membeli pangsapuri baru.

29. Akhirul kalam, saya mohon maaf jika ada salah dan silap kepada seluruh penduduk Selangor.

30. Jika ada hayat dikandung badan, in sha Allah saya akan terus menulis selepas keluar penjara nanti.

Wassalam.
Dr Mohamad Khir Toyo






20 Komen to Catatan Di Belakang Tirai Besi – Dr Khir Toyo

  1. dkds says:

    ALLAH ada perancangan buat mu wahai dskt , berehatlah dahulu..biarlah musuh2 mu bergembira dahulu…terpenjara tidak semestinya bersalah sebagaimana Nabi Yusoff ..

  2. System baru says:

    tak salah aku dr khir ini orang tun m dia naik kan dia dah jatuhkan dia cuma aku tak bukti je, tun m baik sangat kenapa tolong dr khir itu jawapan mudah je dr khir ini tak ada kepentingan untuk tun peralatkan,

    Dalam politik siapa kena peralatkan di harus behati-hati, pak lah dan najib tak suka di peralatkan oleh tun m sebab itu kedua2 pemimpin cuba jatuh tun m itu sebab tak menjaga kepenting kroni dia

    dr khir ambil sikap tak berdendam dan tak suka di peralatkan golangan tertentu ,Tak ramai ambil sikip macam itu

  3. Pemerhati says:

    iya betul kata ‘dkds’….

    jika DSKT fikirkan perancangan Allah itu adalah satu kebaikkan, percayalah ‘kebaikkan’ itu sebenarnya adalah perkara yang akan menggembirakan DSKT nanti

    redha dengan apa berlaku, tak usahlah DSKT marah atau ada menyimpan dendam terhadap bekas AG…tengoklah pada bekas AG, hidupnya sekarang bergantung pada mesen dialasis…ini bukan merupakan perkara yang harus DSKT rasa gembira, rasa gembira sebenar yang dimaksudkan itu belum tiba lagi & DSKT kena banyak bersabar

    agaknya siapa orang UMNO yang ambil gambar rumah DSKT menggunakan helikoter itu?

  4. Gan says:

    aku tak pernah suka khir toyo setelah tuduhan beliau terlibat rasuah, tapi entah kenapa air mata aku menitis membaca catatan ini.

  5. Pemerhati says:

    ikut keadilan, penilai hartanah yang dilantik bank itu harus mahkamah kata ada melakukan kesalahan & dikenakan hukuman juga…apa kesalahannya? kalau susah hakim nak menjelaskan kesalahannya itu seperti yang berlaku pada DSKT, hakim boleh buat bodoh juga tak perlu jelaskan…kalaulah DSKT orang pembangkang, mesti pembangkang jerit kata “ini kangaroo court lah!”

  6. Mohamed Nazri Hashim says:

    DKT adlh bos sy ketika dlm MBM 1 ketika dahulu.. sepanjang di bwh kepimpinannya MBM byk perkara sy pelajari..dn beliau seorang yg sgt baik…

    bkn semua org dipilih Allah utk.hadapi dugaan spt ini.. namun sy pasti tentulah ad Hikmah yg tersembunyi… kpd DKT byk2kan bersabar.. InsyaAllah..pasti ada cahaya dihujung jalan!!!!

  7. rosman mansur says:

    hahaha..yg buat profile warna hitam..nak buat warna apa pula..xpercaya mahkamah ke hanjing2??ikut la masuk penjara sekali…hahhahaa..rasuah itu haram jadah

    #pecatJibby
    #selamatkanUmno
    #tolakTPPA

  8. Keris Melayu says:

    Moga Dr. Khir dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Sesungghnya hikmah yang besar disebalik kesabaran atas ujian ini. Dan semoga Allah membalas segala perancangan jahat kepada mereka yg mengatur perkara ini. Ameen

  9. Pemerhati says:

    rosman Mansur says:
    September 29th, 2015 at 4:44 PM

    “hahaha..yg buat profile warna hitam..nak buat warna apa pula..xpercaya mahkamah ke hanjing2??ikut la masuk penjara sekali…hahhahaa..rasuah itu haram jadah”

    nampaknya si ‘rosman’ telah menghanjingkan dirinya sendiri…anjing bernama ‘rosman’ ini juga yang tidak percaya pada mahkamah yang telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada musibat anak haram itu kerana bersalah meliwat orang…hahahahaha

    dah tahu rasuah itu haramjadah tapi pembangkang yang si anjing bernama ‘rosman’ ini sokong boleh pula cuba rasuah ahli parlimen BN untuk lompat parti(ingat lagi tak ’16 September’?)…2 kali haramjadah rupanya anjing bernama ‘rosman’ ini bila dia cuba nasihat orang kata rasuah itu haramjadah…hehehehehe amekkawww!

  10. Jamilisa says:

    Sdra Rosman,

    Anda terlalu gembira. Tak apa. Bahagian anda belum tentu lagi dimasa hadapan.

  11. Pemerhati says:

    Keris Melayu says:
    September 29th, 2015 at 4:56 PM

    “Moga Dr. Khir dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Sesungghnya hikmah yang besar disebalik kesabaran atas ujian ini. Dan semoga Allah membalas segala perancangan jahat kepada mereka yg mengatur perkara ini. Ameen

    —–Ameen——

  12. kiyaisalleh says:

    Subhanollah,teramat sedih dengan kisah DSKT.Ini adalah kisah kehidupan ada kala naik adakala turun kebawah.Tabahkan hati dengan penuh kesabaran.DSKT serahkanlah segalanya pada Allah Taala.Inshallah kami disini mendoakan yang terbaik untuk DSKT dan keluarga.Andaikata dijatuhkan hukuman nanti mudah2an yang paling minima.Manafaat yang anda tinggalkan begitu besar berbanding mudarat yang tersisa.Apa pun anda DSKT,antara ahli politik Melayu yang habat juga.ANda masih lagi panjang masa untuk menjadi yang terbaik masa akan datang.

  13. jazzy says:

    Sedikit clue..yang bertanding melawan DSKT dulu sapa? Agak2 sapa yg ada kemampuan menyewa heli nak amik gambar umah DSKT dr atas? Sudah tentu org tu mempunyai war chest yg besar..boleh dapat clue dari nukilan Husin Lempoyang gak…

  14. KerisLok7 says:

    Diharap DSKT bersabarlah dengan dugaan ini. ALLAH Maha Mengetahui dan semoga Dr. Khir dan keluarga tabah menghadapi dugaan Allah. Sesungghnya hikmah yang besar disebalik kesabaran atas ujian ini.

    Amin Ya Rabbalalamin..

  15. anak pejuang says:

    Sabarlah wak khir….mungkin musuh dr khir sdg bergembira…kami sentiasa bersamamu…tapi saya rasa hukuman dr khir akan dikurangkan klu berkelakuan baik…..

  16. acid says:

    Ameeen….utk posting Sdr. Keris Melayu dan Sdr. Pemerhati di atas.

  17. Jack says:

    Semoga Dr Khair bersabar dengan dugaan ini. Mungkin ini kafarah beliau kerana menjadi MB pertama beri peruntukan kepada kuil dan rumah ibadat bukan islam. Wallahualam.

  18. sman says:

    Tolak,campur,tolak,campur 9 bln je nanti kat dalam tu.sempat dgn pru14 dan pemilihan ummo akan datang.harap beliu mendapat pengalan dan pengajara berguna dari apa yg dilalui.paling utama kronisma fan rasuah jangan sekali kali diamalkan boleh membawa padah.diharap Dr.KT boleh membuat reformasi sebenar bila keluar nanti,bukan lakunan spti anwar ibrahim

  19. Polimas says:

    Semuga Allah memberi ketabahan kepada Dr Khir dan keluarga serta sahabat2 seperjuangan.

  20. mohanad ghazali says:

    Allah maha nengetahui segalanya..percayalah ada hiknah disebalik hukuman itu.

Leave a Reply

Threesome