Menu Utama

Bila Pengkhianatan Khairuddin Abu Hassan Dianggap Sebagai “Pembela Demokrasi”

Adakah tindakan pemberontakan yang mempunyai agenda peribadi tidak dianggap salah? Adakah tindakan memburuk-burukkkan negara dan kerajaan kepada negara luar berdasarkan kepada bukti palsu juga dianggap sebagai tidak bersalah?

Semua manusia yang mempunyai akal tahu dengan jelas bahawa semua tindakan tersebut terang dan nyata adalah salah dan merupakan langkah pengkhianatan terhadap negara.

khairuddin mathias

Namun ironinya, apabila kumpulan pro Mahathir bersama pembangkang menganggap bahawa usaha mereka untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan meminta bantuan sistem pengadilan negara asing, dengan alasan kononnya sistem pengadilan negara kita tidak boleh dipercayai pula bukan satu pengkhianatan.

Dalam perkara ini, rakyat tahu bahawa pembangkang akan sentiasa menganggap bahawa tindakan melawan arus mereka sebagai perjuangan. Dengan kata lain, perkara yang betul akan jadi satu kesalahan di mata mereka, begitulah sebaliknya.

Fakta tersebut memang kita ketahui sejak dahulu lagi, tetapi apabila kumpulan pro Mahathir sanggup mengkhianati negara dalam perkara ini, maka rakyat benar-benar marah dan meluat terhadap mereka hingga mereka menganggap Mahathir ini lebih hina daripada babi.

Hari ini, Matthias Chang yang merupakan Bekas setiausaha politik Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau diminta hadir bagi memberi keterangan sebagai “saksi” untuk siasatan kes di bawah Seksyen 203 (A) Kanun Keseksaan, Jumaat depan. Beliau diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi bagi memberi keterangan kepada ASP Che daripada Unit Jenayah Komersil.

Matthias Chang yang sebelum ini mengiringi Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di luar negara dirakam keterangannya berhubung siasatan polis terhadap Khairuddin yang kini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Khairuddin pada mulanya ditahan pada 18 September mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan (cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen). Sebaik saja beliau melangkah keluar Mahkamah Majistret yang membebaskannya, beliau ditahan semula oleh polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana kesalahan Seksyen 124K (sabotaj) dan 124L Kanun Keseksaan (cubaan melakukan sabotaj).

Untuk makluman Khairuddin Hassan sebelum ini mengalami masalah bankrap. Kemudian status bankrap tersebut telah dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Kemudian kita dapat melihat Khairuddin begitu vokal mengkritik 1MDB dan ke hulu ke hilir menjaja ceritera tersebut.

Sebelum beliau ditangkap Khairuddin bercadang membuat laporan polis berkenaan 1MDB dibeberapa negara luar seperti Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat. Kita mempertikaikan motif beliau. Adakah ini bayaran terhadap penghapusan status bankrap beliau? Hanya beliau yang boleh menjawabnya. Adakah pengkhianatan terhadap negara berbaloi dengan bayaran yang diterima, sekiranya beliau dibayar? Jawapan ini juga hanya ada pada beliau.

Walaubagaimanapun, kami rakyat Malaysia tetap menganggap tindakan Khairuddin Hassan ini sebagai tindakan pemberontakan dan pengkhianatan terhadap Malaysia. Dengan itu, kami menyokong tindakan kerajaan menahan beliau atas akta SOSMA.






6 Komen to Bila Pengkhianatan Khairuddin Abu Hassan Dianggap Sebagai “Pembela Demokrasi”

  1. System baru says:

    Satu je mana khairuddin dapat duit meronda di euro dan asia tentu ada orang tertentu menbayarnya
    Siapa lepaskan dia keluar negara sedangkan dia bankrap, setahu aku orang bankrap tak dibenarkan keluar negara, jika hendak keluar negara mesti mendapat kebenaran dari bank negara
    Sila tangkap orang yg menbayar khairuddin itu

  2. System baru says:

    Lagi satu tanya kenapa mahkamah tak istiharkan khairuddin bankrap setahu aku mana dia dapat wang menbayar hutang di mahkamah itu, perkara ini harus disiasat oleh polis, ada tak kena dengan kes khairuddin ini

  3. Pemerhati says:

    haramjadah khairuddin ni ‘pembela demokrasi’?

    kahakkkkptuihhhhh!!!!

  4. rockers says:

    mmm…jgn lupa siasat mane najib simpan 2.6b tu.ini blh menaikkan kemarahan..jgnlh mkn sorang…

  5. koko says:

    mamat rambut sejemput ni kalo ambik gambar asyik pose angle yg same je..nampak sgt plastik..mcmlah hensem sgt muke dia tu..umi aida tu kalo tak kerana harta rasanya tak nak kawin dgn dia ni..dah lah bankrap

  6. Hantu Gigi Jarang says:

    Di Indonesia, mereka bertanya apa sudah jadi dengan Pak Najib. Kenapa begitu sukar menjawab segala-galanya kalau tiada angin…:-)? Hormat orang Indonesia sudah tercemar…

Leave a Reply

Threesome