Menu Utama

Barangkali PAS Selangor Masih Dibelenggu Sindrom U-Turn

pas-dibuli-pkr-dap1Berdolak-dalik, ya tidak, itu ini, begitu begini dan akhirnya kembali kepada garis permulaan, begitulah simpton yang sangat akrab di hati dan sanubari PAS, khususnya di Selangor.

Maka, tidak hairanlah jika kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk keluar dari kerajaan Selangor telah disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad.

“Pandangan peribadi”, itulah jawapan Iskandar berhubung kenyataan tersebut. Bunyinya sudah lebih kurang, kurang lebih berkomposisi PKR. Mungkin sudah agak lama bercampur baur dengan PKR, maka sedikit sebanyak, gaya fikir dan berkata-kata terkesan dengan percampuran tersebut. Menurut Iskandar lagi, beliau telah diarahkan oleh PAS Pusat untuk terus bersama-sama di dalam barisan kerajaan negeri Selangor.

Terpulang kepada PAS untuk membuat keputusan, samada ingin membuat pusingan U, atau sekadar berlegar-legar di “roundabout” untuk tujuan politik mereka.

Namun, jika memilih untuk bersama kerajaan negeri, bagaimana pula mampu Iskandar memandang wajah-wajah “pengkhianat” dari parti pimpinannya yang jelas telah membuat keputusan sendiri sekaligus meminggirkan Iskandar yang akhirnya terpaksa turut serta dengan keputusan tersebut?

Dari kaca PKR pula, pasti terbahak-bahak, kerana dalam keadaan genting sekalipun, mereka tetapi dapat memastikan penguasaan ke atas wakil rakyat PAS dan menjadikan PAS sebagai “pak turut”. Wakil PAS keluar parti, dan menyokong DAP dan PKR yang sama-sama membentuk kerajaan Selangor hari ini.

PKR-DAP-PAN, di mana maruah PAS?

Mungkin juga nikmat dan kemanisan kuasa agak sukar untuk dilepaskan, maka waima terpaksa dibayar dengan harga yang mahal setinggi maruah, maka maruahlah yang perlu digadaikan.

Hentaman dan penghinaan politik yang dilalui oleh PAS di Selangor bukanlah baru. Hampir setiap hari sejak “LangkahKajang” tempohari, PAS cukup-cukup dihina dan diperkudakan sepuas-sepuasnya oleh sekutu sendiri.

Pesan penulis, mana-mana parti yang hendak cari rakan gabungan, perlu menjadikan PAS sebagai keutamaan kerana mereka mudah dipergunakan, dan lemah kira-kira politik. Itu pengamatan penulis sejak mereka menyertai Pakatan Rakyat.

Untuk Pakatan Harapan pula, mereka mengakui untuk tidak akan bersama, tetapi masih bersama di dalam barisan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin oleh PKR.

Rupanya masih lagi tersisa belenggu yang sekian lama. Ingatkan sudah hilang sejak muktamar yang lalu.






2 Komen to Barangkali PAS Selangor Masih Dibelenggu Sindrom U-Turn

  1. bena says:

    PAS DULU KINI N SELAMA3NYA G2

  2. obama says:

    kesiannnnn PAS….PAS mana ada telorrrrrrr..???? di hina se mahunya….namun tetap setia bersama babi dan gay….

Leave a Reply

Threesome