Menu Utama

Bai’ah Talak Bini Ada, Minta Cerai Pasal 1MDB Pun Ada

khairudin

DUA ke tiga minggu ini dunia politik kita meriah dengan cerita cerai.  Semuanya gara-gara tindakan wakil rakyat PAS asal Kelantan berhijrah menyokong parti lain sedangkan sebelum bertanding dulu, dah berbai’ah akan cerai bini talak tiga kalau tukar parti.

Polemik cerai yang itu pun tak habis, kini ada polemik baru membabitkan orang-orang suruhan Tun M pulak.  Kononnya kalau berpatah balik dalam isu 1MDB ini, bininya akan mintak cerai darinya – macam bodoh benar bunyi nya kan?  Seolah kalau bini mintak, talak jatuh automatik.

Yang terang-terang taklik talak 3 jatuh kalau tukar parti pun tak pening macam ini.

Dipandang dari sudut mana pun, ini bukti bahawa ikatan perkahwinan itu sudah alat baru untuk yakinkan orang lain kononnya dia berpendirian dan sanggup hilang bini kalau pendirian itu tercemar.  Kalau zaman kita budak-budak dulu sumpah guna nama Tuhan, zaman sekarang cerai atau minta cerai pulak.

Semua kejadian yang disebutkan di atas, seoalah-olah menunjukkan sudah jadi kelaziman di negara kita hubungan suami isteri akan jadi galang ganti kalau pendirian politik dalam sesuatu isu itu berubah.  Ini kalau orang dari negara luar tahu ni, tentu lemas kena gelak.

Hanya di negara ini saja pendekatan ‘menjual bini’ demi capai matlamat politik ini berlaku. Orang lain berpolitik juga, tak sampai nak bercerai berai ni semua.

Tapi yang pentingnya, apa ada dengan 1MDB sekarang?  Semua tuduhan, semua dakwaan, dah dibuktikan palsu serta tidak benar.  Terpaksa yang berkenaan merantau merata dunia ‘mengadakan’ dakwaan terhadap 1MDB dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

Menariknya tak satu pun dari laporan yang dibuat membuahkan apa-apa hasil.  Tak hairanlah kenapa sanggup buat cerita cerai berai pasal 1MDB ni.






3 Komen to Bai’ah Talak Bini Ada, Minta Cerai Pasal 1MDB Pun Ada

  1. mata-mata says:

    Tapi, isteri minta cerai kerana sang suami kaki liwat dan layan pelacur chinadoll tak pernah pula berlaku… lagi dicanang sang suami tu ANUGERAH TUHAN ada la…

  2. Anak_Nogori says:

    Taksubnya dgn politik…teruknya..kroniknya ummah.

  3. System baru says:

    Aku masih ingat lagi wan azizah lari ke rumah tun m sebab tak tahan dengan perangai peliwan tegar siap bagi bukti wan azizah minta cerai, tapi kes 1mbd tak ada langsung bukti tun m bagi bukti apa nak jadi tun m ini. Tun m hanya cakap2 tin kosong je blog kesayang dia yg kaki mampu di buat oleh macai pkr cuba buat provakasi supaya serang najib

Leave a Reply

Threesome