Menu Utama

Apa Perlunya UMNO Terus Simpan Saifuddin Abdullah?

                             ‘Syaitan dalam jemaah’? Seorang dari UMNO, seorang dari PAS?

Sejak beliau berjawatan Timbalan Menteri lagi, boleh dikatakan ramai yang mempertikai Datuk Saifuddin Abdullah. Jika dirujuk pada kenyataan-kenyataannya sebelum ini, boleh pula dikatakan hampir semuanya mencetus kontroversi dan rasa tidak puas hati, sama ada pada pihak kerajaan mahupun UMNO sendiri.

Terbaru, beliau buat hal lagi. Kali ini, dia hadir ke mesyuarat meja bulat yang membentuk Pakatan Harapan, sebuah gabungan baru parti politik pembangkang tanpa PAS. Merujuk pada laporan media, beliau mengaku hadir di atas kapasiti NGO, mewakili Akademi Belia.

Penulis yakin, jika diasak lagi tentang kewajarannya hadir ke meja bulat pembangkang itu, mungkin akan terpacul lagi ungkapan ‘politik baru’. Kononnya, meskipun beliau UMNO, tidak semestinya beliau khianat jika duduk atau hadir di majlis parti pembangkang.

Kononnya, tindakan seperti itu membayangkan ‘kematangan’ politik dan amalan ‘politik sihat’ yang sepatutnya diamalkan di negara kita. ‘Politik baru’ seperti inilah yang selalu dibanggakan Saifuddin dan mereka yang sependapat dengannya.

Penulis sejak dari awal lagi tidak bersetuju dengan pandangan tersebut dan sekiranya tidak bersetuju dengan pandangan sebegitu, ia juga tidak bermaksud penulis mengamalkan ‘politik zaman purba’, berfikiran ortodoks konservatif atau jumud.

Sudah berpuluh tahun penulis aktif dalam memperjuang ideologi politik di negara kita, namun penulis masih rapat dengan ramai rakan yang berbeza pandangan politik mahupun dari parti politik pembangkang. Ada rakan penulis yang merupakan ahli PAS, PKR, DAP dan paling terkini, ada juga rakan penulis yang menyertai Amanah.

Meskipun berbeza pandangan politik, kami masih boleh berhimpun dalam majlis dan sekali-sekala berborak di kedai mamak. Namun jika penulis bermesyuarat dengan UMNO misalnya, tidak pernah pula rakan-rakan penulis hadir menempek muka bersama.

Maksud penulis, kami senang dan mesra berkumpul di majlis-majlis sosial sama ada rasmi atau tidak rasmi yang tiada kaitan dengan politik. Namun jika majlis atau perjumpaan itu membabitkan urusan politik maka ada sangat pelik jika ada rakan DAP penulis yang hadir, bukan? Apakah amalan seperti itu dikatakan ‘politik zaman purba’ yang ‘kolot’?

najib anwar

Presiden UMNO pun boleh duduk di meja yang bulat dengan Ketua Pembangkang atau penjenayah, tapi tidaklah hingga beliau hadir ke meja bulat politik pembangkang, kan? Adakah ‘tidak politik baru’ jika tidak hadir ke majlis politik pembangkang?

Terserahlah. Namun pada penulis, tindakan Saifuddin untuk hadir ke majlis politik pembangkang adalah satu perlakuan yang sama sekali tidak wajar. Bukan saja ia akan menyebabkan pihak pembangkang rasa dikekang untuk berbincang secara terbuka sesama mereka, apatah lagi untuk bercerita tentang rahsia dan strategi politik mereka.

Namun, sekiranya pihak pembangkang merasakan Saifuddin merupakan sebahagian dari mereka, maka sudah tentu ia tidak menjadi kekangan, bukan? Soalnya, apakah Saifuddin menganggap dirinya sebahagian dari parti politik pembangkang?

‘Status quo’ yang ada pada Saifuddin sebenarnya membataskan kehadirannya di majlis-majlis tertentu. Dan tindakannya hadir ke meja bulat Pakatan Harapan itu merupakan satu perbuatan yang sangat dicurigakan.

Pada pandangan penulis, insiden itu hampir sama dengan tindakan seorang paderi yang hadir ke mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan untuk membincangkan soal hal ehwal agama Islam. Ia juga hampir sama dengan tindakan seorang ajen KGB yang hadir ke mesyuarat FBI.

Dari sudut politik pula, ia menimbulkan persoalan sama ada Saifuddin hadir sebagai pengintip BN atau sememangnya kehadiran beliau menandakan sokongan dan kecenderungannya untuk mendokong ideologi pembangkang.

Jika beliau mengatakan hadirnya beliau di atas kapasiti NGO yang diwakili, timbul pula persoalan tentang apakah NGO tersebut sebenarnya beraspirasikan ideologi dan perjuangan pembangkang. Apakah NGO itu menyokong pembangkang?

Sekiranya benar, maka penulis berpandangan bahawa lebih elok jika Saifuddin keluar saja dari UMNO secara terhormat dari terus menjadi ‘api dalam sekam’ di dalam UMNO. Keluar dari UMNO adalah lebih mulia berbanding terus menjadi ‘syaitan dalam jemaah’ UMNO, bukan?

Penulis memandang serius terhadap kes Saifuddin ini memandangkan kepada sejarah dan ideologi politik beliau sebelum ini begitu ketara memihak kepada parti pembangkang. Pada penulis, UMNO perlu mengambil tindakan tegas terhadap beliau.

Sekiranya tiada tindakan yang diambil terhadap Saifuddin, maka ia akan menggalakkan ramai lagi ‘Si Kitul’ yang hadir ke majlis-majlis politik pembangkang tanpa rasa bersalah berlaku khianat kepada parti.

Jika sebelum ini UMNO sanggup korbankan dan menghukum beberapa pemimpin yang setia dan banyak berjasa dalam perjuangan parti, apakah UMNO sanggup menggalas ‘biawak hidup’ yang menjadi ‘syaitan dalam jemaah’ di dalam parti? Pesan penulis, jangan disimpan ‘syaitan’ dalam parti, jahanam nanti..kan?






9 Komen to Apa Perlunya UMNO Terus Simpan Saifuddin Abdullah?

  1. anak selangor says:

    Perlu simpan, kalau dak mykmu bulih jadi mykemut pasai tak dak isu nak diungkit.
    Elokla simpan mamat tu, ada la benda nak tulih…bingai punya orang…

  2. rakyat smart says:

    Apa macam dengan Mahathir?

  3. anak selangor says:

    Kena simpan jugak, belakang kalu tak modal pulak macai mykemut. Abis idea nak jilat pemimpin ulung

  4. System baru says:

    Saifuddin telah melakukan kesilapan sebab hadiri majis parti pembangkang seoleh-oleh setuju ideologi nepostism utara, apa najib lawat hadi, horon din ia bukan majis parti ia melawat orang sakit suadara seislam, Najib minum tea bersama-sama ahli palimen pun anggap salah

  5. Pemerhati says:

    kalau kena buang tetap ada juga benda nak tulis fasal si pudin ini, selepas kena buang malaun ini akan dikutip oleh pembangkang(terutama PKR)…nanti malaun ini akan bercakap lebih teruk lagi menghentam UMNO & BN, jadinya adalah bangang ‘anak Selangor’ kata kalau UMNO pecat si pudin maka myKMU takde benda nak tulis fasal dia

  6. itsme says:

    Lama patut dh lama campak kuar…

  7. Anak_Nogori says:

    Dia boleh buat muka poyo je..pelik sungguh saifudin ni.

  8. zack300 says:

    PAS ado Mahfuz, PAN ado Mat Sabu, PKR ado Rafizi, UMNO ado Si Pudin dan DAP ado Teresa Kok.. jadi aku cadang jangan buang. Cukup sorang satu, jadi seimbanglah – The Species of Poyo’s United..

  9. rudygonzales says:

    Latok Saifudin ni, disula dulu baru buang dlm Tong Taik, bangang punya Latok, ini spesis bawah sikit dari Yahu, tk sedar diri, dah dilantik dlm kerajaan, plan mcm ne nk maju kan kerajaan dan parti, tukar je laaa, spesis ni, menyemak je dlm UMNO, bagi saya je ganti tempat dia….bangang punya Latok, otak letak kak bontot kot….wsalam

Leave a Reply

Threesome