Menu Utama

6 Dari 10 Terkaya Di Malaysia Adalah Kaum Cina, Duta Pun Tahu

10-orang-terkaya-di-malaysia-2014

TERIMA kasih kepada bekas Perdana Menteri Tun Mahathir yang ‘bijak’ membahagikan kek ekonomi/kekayaan negara ini selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, 6 dari 10 orang Terkaya di Malaysia ini adalah terdiri dari kaum Cina.

Selebihnya 3 Melayu dan seorang India, kebetulan salah seorang dari Melayu yang dimaksudkan itu adalah anaknya sendiri. Jumlah ini berubah-ubah mengikut tahun (ada masanya 8 atau 9 dari 10 terutama pada waktu Tun Mahathir jadi PM) tapi ranking nombor satu dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah, masih kaum cina.

Antara lain, perkara ini boleh berlaku kerana tindakan bijak beliau mewujudkan perniagaan yang menjamin kekayaan selama berpuluh-puluh tahun kepada peniaga kaum cina tertentu (kosnya ditanggung rakyat) seperti IPP dan sebagainya, telah banyak membantu mereka yang berkenaan masuk ke dalam senarai yang dimaksudkan di atas dan ramai yang masih kekal di dalamnya sehingga kini.

Sehinggakan bila beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri pun, ada peniaga kaum cina tertentu masih mendapat peluang perniagaan dari beliau seperti pemasangan perkhidmatan Internet percuma dalam kenderaan baru Proton buat satu tempoh masa tertentu sebagai promosi, lepas itu bayar sendirilah. Senang kata, dimana ada peluang nak bagi duit,  Tun Mahathir ada untuk membantu mereka yang berkenaan yang kebetulan pernah didakwa menjadi kroninya – satu dakwaan yang tidak pernah di akuinya sehingga sekarang.

Pokoknya disini ialah, perkara ini sudah diketahui dunia – bagaimana dikatakan wujud diskriminasi kalau dalam negara majoriti orang Melayu, minoriti masih terkaya?   Penulis yakin Duta China pun sedia maklum akan perkara ini sebelum beliau datang bertugas di Malaysia. Jadi tidak timbul soal kita (majoriti) mendiskriminasikan mereka (minoriti) hanya kerana satu perhimpunan kononnya nak diadakan di Petaling Street.

Begitu juga tak timbul soal negara China nak mengambil tindakan ke atas negara ini kalau kaum cina didiskriminasikan seperti mana kata orang-orang DAP. Tuan Duta itu tidak kata pun begitu (penulis rasa) tapi kenyataan beliau yang sebenarnya telah diputar belikan oleh orang-orang DAP tertentu  untuk menimbulkan ketakutan kepada orang cina di negara ini dan dalam masa yang sama menguatkan lagi sokongan terhadap mereka yang berkenaan.

Taktik sama pernah digunakan bekas presiden USA, George W Bush dalam kempen pilihanraya Presiden 2004 – dengan menimbulkan ketakutan terhadap berulang serangan 911 kalau orang lain yang menang.

Penulis difahamkan kenyataan Tuan Duta China yang berkenaan adalah dibuat secara umum yang terpakai di mana-mana dan untuk sesiapa juga. Tapi adalah pihak berkaitan DAP yang dilihat terlebih faham dengan menokok tambah kenyataan Tuan Duta itu sehingga beliau nampak buruk dan mungkin terpaksa berhadapan Wisma Putra minggu depan seperti yang heboh dikatakan.

Kita harapkan orang-orang DAP yang terlibat dikenakan tindakan kerana cuba merosakkan hubungan antara dua negara dan dalam masa yang sama, perpaduan kaum di negara ini. Oh maaf, lupakan bab perpaduan kaum itu, ia hanya kisah yang boleh dibaca dalam sejarah, terus saja kepada hubungan antara 2 negara.

Dalam masa yang sama inilah antara kebaikan Perhimpunan Merah penulis rasa, bukan kira berapa ramai datang sangat  (walaupun memang ramai) tapi lebih kepada kemampuan kita melawan balik sehingga hanya khabar angin pun sudah cukup menggentarkan mereka.

Seingat penulis, ketika berlaku pembunuhan beramai-ramai kaum cina di Indonesia pada tahun 1998 pun, reaksi kerajaan China pada ketika itu tidak seperti yang cuba diputar belikan orang-orang DAP tertentu hari ini.






11 Komen to 6 Dari 10 Terkaya Di Malaysia Adalah Kaum Cina, Duta Pun Tahu

  1. dkds says:

    Jika berlaku putar belit dalam kenyataan duta china itu maka pihak berkuasa patur ambil tindakan tegas untuk menahan dan menghukum pihak yg bertanggungjawab !

  2. semangat dato' haron says:

    Adakah tindakan duta China sbhg dari khabar angin March to the South @ Gerakan ke Selatan. Asia Tenggara harus berhati2 terutama dgn peningkatan aktiviti Armada Laut Cina di Laut Cina Selatan

  3. don says:

    dah la.. dr M tu parti mana? yang perintah dulu parti mana? parti yang disanjung2 tu parti mana? parti mana yang selama ni memerintah malaysia? ada ke pas ke pkr ke dap ke pan ke (pan baru lagi) yang dapat pegang tampuk pemerintahan? dulu dok sanjung mahathir melangit mengangkat malaysia kemata dunia bagai tetibe mahathir ade pendapat lain terus jadi penderhaka, pengkhianat, segala bagai.. ni la melayu.. nak dengar perkara indah jer, nak dengar semue sama pendapat dengan die jer, bile orang pendapat lain sikit dah jadi musuh, dah jadi pengkhianat, padahal bile die dok senang dengan orang tu punye la di sanjung di tantang.. PHD banyak sangat kot..

  4. Anak_Nogori says:

    Ya…gitu lah…dulu guan eng tu khalifah umar..lani dia anti islam..skrg dimaki hamun..lupa dulu khalifah ini lah yg telah menyelamatkan seorg gadis melayu kununnya don.

    Jasa2 madey kita ingat sebagai jasa..tapi madey pun ada sifat2 dan perangainya yg buruk…takkan yg buruk pun perlu disokong.

  5. rockers says:

    jangan lupa najib.dia pun dh masuk senarai bilionair.part time kutip derma je tu.

  6. semangat dato' haron says:

    Pemimpin agung spt Nelson Mandela hanya memerintah Afrika Selatan selama satu penggal membawa negara tersebut keluar dari era Apartheid. Dan slps itu, beliau x pernah campur tangan politik negara walaupun ketika pelbagai krisis muncul pada Partinya. Kerana dia percaya beliau meninggalkan legasi yg dia yakini mampu menghadapi cabaran mendatang. Itulah sikap seorang Negarawan. Dr Mahathir@MamakKutty@madey berkelakuan spt sindrow bos2 bersara. X dpt terima kenyataan sudah x berkuasa dan x penting lg. Mahu semua ikut ckp dia. Tindakan beliau menghancurkan parti dan negara dan beliau harus dihentikan dgn apa sahaja cara walaupun amat menyakitkan. Semua rakyat Malaysia terutama org Melayu ada soft spot pada beliau namun apa yg beliau buat skrg adalah amat keterlaluan.

  7. semangat dato' haron says:

    Pada MyKMU:
    sila Double check list orang terkaya di Malaysia sbb berdasarkan senarai terkini February 2015 Forbes hanya seorang Melayu berada dlm Top 10 iaitu Syed Mokhtar di tangga ke-8. Maafkan saya jika tersilap

  8. System baru says:

    Rockers jangan lupa teressa kok top 10 masuk wang derma dalam akaun sendiri selewinkan wang derma itu

    http://teresakok.com/2008/02/14/how-to-donate-to-the-dap-seputeh-campaign-fund/

  9. rockers says:

    system baru…
    baca sampai abis apa dia tulis.duit 2.6b masuk dlm akaun najib lps tu tutup mane pegi duit tu.tolong jawab.

  10. rockers says:

    sistem baru.
    baca sampai abis ape dia tulis.2 6b masuk dlm akaun najib lps tu tutup akaun, ke mana pegi duit tu.tolong jawab.

  11. don says:

    anak nogori, tau pon ko yang buruk jangan ikot.. 2.6bill boleh declare derma untuk parti/negara/etc tapi tak masuk parti, dah masuk account keluar pulak balik tak tau pegi mana lepas dah gune sikit.. perangai pemimpin macam tu ke kite nak terus memimpin negara kite? pemimpin macam ni ke konak bagi kepercayaan?

    memang ade bende baik die buat aku tak nafi, tapi perlu ke kite tolerate lagi skandal die nih? 1mdb memang dah kene campor tangan untuk langkah rasionalisasi mengurangkan hutang, 2.6bill memang betul masuk account.. aku rase due bende ni saje dah boleh jadi alasan yang patut untuk najib letak jawatan! bagi la kat sape2 lain..

Leave a Reply

Threesome