Menu Utama

September, 2015

 

JAIP ‘Silap’, DAP Itulah ‘Pejuang Islam’ Sebenarnya…

Sebenarnya, penulis ‘kecewa’ sangat dengan Jabatan Agama Islam Pahang dan khutbah Aidiladha yang menyeru umat Islam di Malaysia supaya kembali bersatu setelah dipecah-belahkan dengan ketaksuban pada fahaman politik masing-masing. Lebih ‘menghiris perasaan’ penulis ialah apabila menuduh perjuangan DAP adalah bertentangan dengan perjuangan syiar Islam. Amat ‘salah’ tuduhan tersebut. Amat ‘salah’ dan tidak sewajarnya perkara begitu diberitahu kepada umat Islam untuk menyedarkan mereka. Pada pandangan penulis, umat Islam ‘tidak’ perlu bersatu pun. Sepatutnya mereka perlu kekal berpecah-belah dek kerana fahaman politik masing-masing. UMNO perlu kekal UMNO dan ‘tidak’ perlu bersatu denganBaca Lagi


Himpunan Hijau 60K: Harapan Pakatan Harapan

Tiada angin, tiada ribut, hanyalah jerebu, tiba-tiba Wan Azizah dan Salehuddin Ayub membuat kenyataan berkenaan satu lagi siri himpunan yang bakal mewarnai dunia politik Malaysia; Himpunan Hijau. Menurut laporan, sehingga kini pihak Pakatan Harapan masih belum menerima sebarang jemputan untuk sertai perhimpunan tersebut. Himpunan Hijau, juga dikenali sebagai Himpunan 6oK (H60K) atau Himpunan Fastaqim adalah manifestasi PAS dalam menzahirkan kekuatan mereka kepada pihak lawan terutamanya ke atas Amanah dan mentornya, DAP. Himpunan tersebut bakal diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan pada Sabtu 17 Oktober 2015 nanti.Baca Lagi


Barangkali PAS Selangor Masih Dibelenggu Sindrom U-Turn

Berdolak-dalik, ya tidak, itu ini, begitu begini dan akhirnya kembali kepada garis permulaan, begitulah simpton yang sangat akrab di hati dan sanubari PAS, khususnya di Selangor. Maka, tidak hairanlah jika kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS bahawa parti itu sedang mempertimbangkan untuk keluar dari kerajaan Selangor telah disanggah oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad. “Pandangan peribadi”, itulah jawapan Iskandar berhubung kenyataan tersebut. Bunyinya sudah lebih kurang, kurang lebih berkomposisi PKR. Mungkin sudah agak lama bercampur baur dengan PKR, maka sedikit sebanyak, gaya fikir dan berkata-kata terkesan dengan percampuran tersebut. MenurutBaca Lagi


Siri Kebodohan Pakatan Rakyat (II): Berapa Tahap IQ Pembaca dan Editor Malaysiakini?

Jika membaca komen-komen pilihan dari pembaca Malaysiakini, kita akan dapati ramai orang Malaysia walaupun hebat berbahasa Inggeris tetapi mempunyai kelebihan IQ yang sangat lemah. Mereka tidak mempunyai kefahaman terhadap sesuatu isu tetapi memberi komen seperti orang penuh maklumat. Lebih mengejutkan komen-komen separa bodoh ini diambil oleh editor Malaysiakini untuk dijadikan bahan berita. Menulis dalam bahasa Inggeris sahaja tidak menjadi anda bijak dan betul. Bagaimana Malaysiakini boleh menyiarkan komen bodoh mempersoalkan hukuman ke atas Khir Toyo hanya setahun bukan sepuluh tahun sedangkan hukuman dalam Perkara 165 Kanun Keseksaan hanyalah memperuntukkan maksimumBaca Lagi


Siri Kebodohan Pakatan (1): Makin Menjadi Pula Kebodohan Rafizi Ramli ini

Anda hanya perlu melihat Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli untuk mengetahui berapa lama orang pandai boleh jadi bodoh bila masuk politik? Hari ini Naib Presiden PKR tersebut menyatakan hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) boleh menyelesaikan RM 13.3 Bilion tunggakan hutan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN). “This is based on a reply by Deputy Education Minister P Kamalanathan in Parliament recently. The amount of RM13.3 billion is just a small amount from the RM50 billion which had been placed in 1MDB,” he said. Tiada RM 50 bilion diletakkan dalamBaca Lagi


Proton: Kenapa Perodua Tidak Pernah Salahkan Kerajaan?

ADA sedikit pelik bila bekas Perdana Menteri yang kini jadi Pengerusi Proton (ada kata pemilik sebenar), Tun Mahathir Mohamad menuduh ia adalah salah kerajaan Malaysia sehingga Proton tidak berkembang.  Sama macam isu 1MDB, yang di dakwa Mahathir sebagai salah kerajaan itu adalah dalam bab melindungi industri automatif negara kita – benda ni dia dah banyak kali sebut tapi buktinya tiada. Mungkin Mahathir terlupa kewujudan Perodua, syarikat pengeluar kenderaan nasional tempatan kedua yang melancarkan produk pertamanya, Perodua Kancil pada 1994, hampir 10 tahun selepas Proton melancarkan model pertamanya pada tahun 1985.Baca Lagi


China & Cina: Orang DAP Perlu Henti Putar Belit Isu Perkauman

INSIDEN memalukan membabitkan Duta China ke negara ini, Huang Huikang sepatutnya tidak berlaku kalau orang-orang DAP tertentu tidak memutar belitkan kenyataannya mengenai negara China dan orang cina di Malaysia. Muktahir ini, banyak perkembangan menunjukkan bahawa ia adalah salah orang-orang DAP tertentu menafsir ucapan Huikang dalam majlis di Jalan Petaling tersebut sehingga perkara ini berlaku, sedangkan beliau (Huikang) dan negara China sendiri tidak melakukan sebarang  kesalahan. Penulis pernah sebut, ketika orang cina Indonesia dibunuh secara beramai-ramai pada tahun 1998 pun, China tidak menghantar tenteranya untuk menyelamatkan mereka, bahkan orang cina IndonesiaBaca Lagi


Jangan apologetik

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) diminta tidak apologetik dalam mempertahankan teks khutbah Aidiladha yang dikatakan mendakwa DAP sebagai menentang Islam. Sambil memberikan sokongan moral kepada JAIP, Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abd. Wahid yakin, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman mempunyai asas yang kukuh dalam mempertahankan teks khutbah tersebut. Mohd. Tamyes juga berkata, kebenaran bakal terbukti menyebelahi pihak JAIP sekiranya isu tersebut diheret ke mahkamah, selagi kan­dungan teks ucapan itu berlandaskan ajaran Islam. “Saya percaya tindakan mempertahankan kandungan khutbah tersebut mempunyai bukti asas yang kuat dan berharap, mudah-mudahanBaca Lagi


Kisah Pengarah JPJ Dan Udang Galah RM35 Sekilogram…

Seorang pengarah JPJ dan keluarganya teringin untuk menikmati hidangan udang galah. Apatah lagi menantunya yang sedang berbadan dua, mengandungkan cucu sulungnya sedang mengidam makanan mewah tersebut… Sedang beliau melewati sebuah pasar ada suatu petan, kelihatan seorang peniaga sedang menjual undang galah di selekoh jalan. Memberhentikan kenderaan di satu sudut, beliau dapati peniaga tersebut adalah salah seorang kenalan lamanya, Abu. Bertanya khabar pada Abu, pengarah JPJ itu bertanyakan harga sekilo udang galah yang dijual. Kata Abu, udang galah berkenaan harganya RM70 sekilogram. Namun kata Abu, memandangkan dia dan pengarah JPJ ituBaca Lagi


Catatan Di Belakang Tirai Besi – Dr Khir Toyo

Assalamualaikum dan salam sejahtera, 1. Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan. 2. Saya mohan maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong yang mungkin terpalit malu kerana kes ini. Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya. 3. Saya tahu sebahagian orang di media sosial bertepuk tangan dan memaki hamun saya sebagai penerima rasuah. Adakah mereka faham bahawa rumah tersebut saya beli separuh siap, dengan pinjaman bank dan masih membayarBaca Lagi