Menu Utama

SPRM Ugut Polis Hentikan Siasatan?

Kenyataan Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin yang bersumpah hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sangat tidak profesional dan berniat jahat.

“Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini. “Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini. “Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat. “Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing,” beliau berkata kepada Malaysiakini.com.

Beliau juga mengingatkan ‘dalang-dalang’ itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana. Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah,” katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Soalnya mengapa SPRM tidak boleh memberi kerjasama atas siasatan Polis yang sudah tentu mempunyai asas kukuh membuka kertas siasastan.

Apakah Bahri merasakan pasukan beliau begitu maksum sehingga tidak boleh disiasat?

Apakah tujuan beliau mengugut pihak Polis yang sedang menyiasat anggota SPRM? Apakah ini bertujuan menakutkan pihak Polis supaya menghentikan siasatan?

Apakah ugutan ini bermakna SPRM akan mula menyiasat anggota Polis secara semberono seperti berlaku di Indonesia?

SPRM sepatutnya bersikap profesional menyatakan bahawa mereka terbuka kepada siasatan dan tidak akan melindungi para pegawainya sekiranya ada kesalahan bukannya mengamuk membuat solat hajat dan menjual nama Allah.

[Solat hajat tak salah. Yang salah gembar-gemburkan solat hajat seolah-olah siasatan untuk menganiaya mereka].-MYKMU.NET






8 Komen to SPRM Ugut Polis Hentikan Siasatan?

  1. shadow says:

    Maaflah. Aku sudah lama tak menjenguk MYKMU. Aku dapati sekarang .. sarkas ada di mana-mana.

  2. Abu Bakar says:

    Saya meyakini bahawa ada dalang yang mahu mengganggu dan menakutkan pasukan penyiasat SPRM yang sedang menyiasat kes SRC dan wang USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion itu.

    Bukannya apa, sebelum ini pun dah ada kes, seperti program Nothing To Hide, tiba-tiba sahaja dibatalkan dengan alasan factor keselamatan, dituduhnya ada huru hara di lokasi program tersebut, malahan difitah lagi kononnya Tun Dr. Mahathir dan para penyokong Tun Dr. Mahahtir merampas pentas, merampas mikrofon dan memberi ucapan tanpa kebenaran, sedangkan tak ada pun rusuhan, tak ada rampasan pentas kerana Tun Dr. Mahathir disedikan tempat duduk di pentas itu, malahan tak ada pun Tun Dr. Mahathir merampas mikrofon dan memberikan ucapan tanpa kebenaran kerana pihak penganjur yang menjemput Tun Dr. Mahathir untuk beri ucapan kerana tak mau menghampakan lebih kurang 1,500 wakil NGO yang bersusah payah datang dari setiap pelusuk negara, sebab Najib larikan diri dari program itu sebab takut nak berhadapan dengan soalan dari Tun Dr. Mahathir, Datuk Seri Ahmad Said, dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang turut hadir bersama serta soalan dari para blogger yang mendedahkan fakta mengenai penyelewengan dan salah laku 1MDB itu.

    Malahan walaupun Tun Dr. Mahathir dijemput oleh pihak penganjur untuk memberikan ucapan bagi menghargai kehadiran para wakil NGO yang sanggup datang dari jauh dari seluruh Malaysia, tetapi tiba-tiba baru beberapa minit Tun Dr. Mahathir berucap, datang pula pegawai dan anggota polis yang memaksa Tun Dr. Mahathir memberhentikan ucapannya, sedangkan masa Tun Dr. Mahathir beri ucapan itu keadannya tenang sahaja, tak ada perkelahian, tak ada rusuhan, tapi pasal apa pihak polis memaksa Tun Dr. Mahathir memberhentikan ucapannya dan hanya diberikan ruang untuk buat sidang media sahaja? Kesian lebih kurang 1,500 orang wakil NGO yang sanggup bersusah payah datang untuk dapatkan penjelasan tapi Najib larikan diri takut nak jawab soalan, malahan Tun Dr. Mahahtir beri ucapan dengan kebenaran penganjur pun dipaksa berhenti, apa kejadahnya semua ini?

    Perkara ini tentu ada dalangnya, malahan hanya dengan tindakan Ali Tinju menggelupur, terkinja-kinja, menjerit-jerit seorang diri di luar pintu lokasi program sedangkan orang lain hanya memerhatikan gelagatnya tanpa ada perkelahian apa-apa pun, malahan Ali Tinju ditangkap oleh pasukan keselamatan bagunan itu, tak ada pergaduhan, tak ada perkelahian, tak ada rusuhan, tak ada rampasan pentas, tak ada rampasan mikrofon, tak ada ucapan tanpa kebenaran, tapi mengapakah Ketua Polis Negara mengishtiharkan keadaan tidak aman dan berlakunya rusuhan di lokasi program tersebut?

    Jangan bermuka-muka lagilah wahai blogger MYKMU.net, memang ada dalang yang sengaja buat macam-macam perkara untuk ganggu siasatan dan pendedahan kebenaran kes ini, tahniah Pengarah SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, teruskan usaha, semoga dengan solat hajat oleh pihak SPRM ini maka pihak SPRM diberi kekuatan untuk menyiasat perkara ini hingga dapat membongkar apa yang sebenarnya berlaku dan siapakah dalang perkara-perkara pelik ini.

    Saya sendiri tak kisah kalau benar Najib tak ada buat salah apa dan dapat dibuktikan dia tak salah, ok tak apa, saya terima, tapi jangan buat kerja gila dengan mengganggu pihak penyiasat yang sedang menyiasat kes ini pula.

  3. Pak Tho says:

    Hmmmmm. Bagus lh tu.SPRM siasat PDRM. Lepas tu PDRM siasat SPRM. Kedua dua agensi kerajaan yg ditugaskan untuk mencari kebenaran sudah bercekau sesama sendiri. Nanti sapa yg dpt nama busuk?. Najib gak. Tak tahu bencana apa lgi nak datang. Secara tdk langsung kredibiliti kedua dua nya akan tercalar pada pandangan khalayak ramai. Menteri KDN wat pe?…..kriikk…..kriiiik …..zzzzzzzzZZZZZZZZZ Krooh…….kroooh( berdengkur lh pulok)

  4. Tun says:

    Itu yg kita risaukan…kalau institusi2 yg menegakkan keadilan dan kebenaran mula ditunggang oleh politician2 korup…takde sapa yg akan percaya lagi. Sebab tu Najib must walk the talk…amek cuti dulu sementara siasatan selesai.

  5. mike says:

    Hahahahaha…….gitu le!!!!
    2.6b kalau bigi kat saya……hem tidur atas duit le!!!!!

  6. rudygonzales says:

    Assakum Hidup Malaysian,
    SPRM bukan maksom, ade baik ade dajal, jadi Boss SPRM cari culprit yg membocorkan maklumat ini, settle problem, buat Internal Bosrd Of Inwuiry, kalau PDRM jumpa memalukan, Boss SPRM kena tender resignation sebab gagal kawal agen mereka, soalan skg intergeriti SPRM, kenape berlaku kebocoran, bayangkan jika ade tuan/puan2 dlm siasatan belum tahu salah ke tidak, tiba2 public dpt tahu dulu finding yg tk disahkan ini, ini yg kita nk betulkan SPRM ni, mereka semua bukan maksom, nasib baik kat malsysia, kalau kat Afrika semua agent SPRM termasuk boss2 dihukum dlm sangkar atau ditembak, jadi SPRM besyukur lah cari culprit SPRM yg membocorkan mklumat ini. Ramai lagi rakyat Malaysia yg layak menjadi agent SPRM, ni lah agensi kerajaan kalau dah besar diri, tk boleh tegur, memalukan sebab satu intergriti tinggi boleh berlaku kebocoran msklumat, kalau saya ketua kerajaan dah lama boss SPRM kena berhenti, sebab gagal agent mereka, wsakam abrigado/mearsi/tq

  7. anakmalaysia says:

    @rudygonzales…..komen yg cukup bernas

    To Bahri: Kenapa jadi kecewa sangat pegawai u disiasat, tak boleh ke..SPRM kebal dari segi undang2 ke..mana tau 2 pegawai u tu nak menjahanamkan kerajaan, tunggu la siap hasil siasatan apa yg nak dimarahkan??? Sabar la Bahri..mengucap jangan tunjuk terror Allah tak suka tau…

Leave a Reply