Menu Utama

Pengarah Operasi Khas SPRM Perlu Bersikap Professional Dan Bukannya Emosi Melulu

sprm sumpahSusulan penangkapan anggota SPRM yang difahamkan terbabit di dalam kebocoran maklumat berhubung penyiasatan 1MDB, penulis agak terkejut dengan tindakbalas yang diberikan oleh Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin, seperti yang dilaporkan portal pro pembangkang.

“Demi Allah, saya akan mencari dalang-dalang yang mengarahkan penahanan ini hingga ke lubang cacing”; begitulah lontaran emosi yang berbaur kesumat dari seorang yang berpangkat tinggi di dalam sebuah organisasi berintegriti dan penuh etika professional.

Tentunya ia sangat mengejutkan, mengambil kira pangkat dan kedudukannya. Kalaulah “emosi” itu lahir dari pelatih SPRM, mungkin sahaja kita mampu menerimanya, tetapi bukan dari individu yang berpangkat Pengarah Operasi Khas yang jelas punya pengalaman yang luas dalam bidangnya.

Rakyat Malaysia yang rasional umumnya faham dan mengerti, bahawa sebarang tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah modus operandi yang standard. SPRM sendiri sering mengungkapkan kata-kata seperti “seramai 3 individu telah ditahan untuk siasatan lanjut”. Siasatan lanjut, bermakna untuk membantu siasatan, dan bukannya pesalah.

Di dalam istilah perundangan, maksud “innocent unless proven guilty”. Selagi tidak dibuktikan bersalah, maka seseorang itu adalah tidak bersalah.

Dalam konteks penahan anggota SPRM juga tidak terkecuali dari istilah berkenaan. Dan, selaku badan yang sangat tidak asing dengan prosedur penahanan dan pendakwaan, tindakbalas yang ditunjukkan adalah sangat tidak munasabah.

Mengapa perlu “sentap” jika memang anggota-anggota yang ditahan itu tidak bersalah? Acapkali kita mendengar ungkapan dari pihak berkuasa yang lain, seperti PDRM yang menyerahkan segalanya kepada siasatan jika anggotanya yang terbabit dengan dakwaan rasuah.

Mengapa tidak kita terima tindakbalas yang sama dari Pengarah Operasi Khas SPRM?

Apakah penahanan itu bermaksud bersalah?

Amat mendukacitakan untuk seorang professional yang berpangkat “menari” mengikut tarian Pakatan Rakyat, yang seringkali menggunakan “penahanan” sebagai satu pembuktikan kesalahan.

Lebih malang, seorang yang berpangkat tinggi secara tidak langsung tidak menyuntik sifat amarah dan dendam. Percayalah, ianya akan mempengaruhi anggota-anggota bawahannya, yang kemudiannya akan bertindak atas sifat dendam kesumat.

Professionalisma akan hilang, hanya kerana amalan kebiasaan prosedur operasi standard penahanan oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuklah SPRM yang sering lakukannya atas rasional “membantu siasatan”.

Pastinya PDRM juga mempunyai maklumat dan dasar sehingga membawa kepada penahanan anggota-anggota SPRM tersebut. Begitu juga jika SPRM menahan mana-mana suspek kes, atau memanggil mana-mana individu untuk memberi keterangan. Bukan sembrono.

Rasanya tidak perlu penulis nyatakan disini akan kes-kes yang melibatkan pegawai-pegawai SPRM sebelum ini. Informasi di hujung jari, anda carilah sendiri. Tiada istilah “maksum” buat SPRM.

Penahanan bukanlah bermakna bersalah. Itu pelajaran untuk kita semua hari ini yang mahu berfikir secara rasional, bukannya emosi. Artikel ini tidak bermaksud untuk mempertikai kredibiliti SPRM, tetapi hanyalah luahan seorang rakyat yang dukacita atas reaksi dari pegawai berjawatan tinggi di dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.






21 Komen to Pengarah Operasi Khas SPRM Perlu Bersikap Professional Dan Bukannya Emosi Melulu

  1. shadow says:

    Aku sudah mula hilang kepercayaan kpd pemimpin UMNO. Lawak dan sarkas harus berakhir dgn kadar segera tanpa membodohkan rakyat. PRU14 aku tak pasti lagi samada nak sokong BN.

    Sebelum kepercayaan aku menjadi kosong, pemimpin! jangan perbodohkan KAMI.

  2. Abu Bakar says:

    Apakah pihak PDRM terutamanya Khalid Abu Bakar penipu tu bersikap profesional dengan menangkap para penyiasat kes melibatkan SRC dan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu?

    Mengapakah pihak yang membuat penyiasatan pula yang ditangkap tak pasal-pasal? Tetapi suspek kes jenayah pengubahan wang haram itu dibiarkan berleluasa tidak ditangkap oleh polis pun, sedangkan isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu boleh dikategorikan sebagai pengubahan wang haram, kerana dilakukan secara yang melanggar undang-undang, walaupun bukan dari 1MDB, apakah PDRM yakin wang itu dari sumber yang tidak melanggar undang-undang serta dari orang yang tidak mempunyai kepentingan yang boleh membahayakan kedaulatan negara ini?

    Sungguh pelik, pasukan yang membuat siasatan ditangkap, malahan sebelum itu Tan Sri Gani Patail disingkirkan dari jawatannya secara tiba-tiba, dituduh sakit sedangkan beliau datang ke pejabat tapi dihalang masuk ke pejabatnya pula, malahan tak ada notis apa pun mengenai penyingkirannya itu disampaikan kepada Tan Sri Gani terlebih dahulu, itu profesional jenis apa pula?

    Malahan tindakan penyingkiran Tan Sri Gani Patail adalah sesuatu yang sangat biadap, tidak melalui tribunal yang ditubuhkan oleh YDP Agong, kerana pelantikan Tan Sri Gani ke jawatan Peguam Negara adalah lantikan dari YDP Agong, tetapi dipecat hanya dengan pengumuman oleh KSN Ali Hamsa itu sahaja, apa besar sangat ke darjat Ali Hamsa itu untuk umumkan penyingkiran Tan Sri Gani Patail tanpa perkenan dari KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong? Ini profesional jenis apa pula?

    Lagi satu, Najib mengganggu siasatan terhadap 1MDB dengan menyebabkan penyiasatan terhadap 1MDB tergendala dengan melantik pengerusi PAC menjadi timbalan menteri, malahan dua orang ahli PAC juga dilantik menjadi timbalan menteri, manakala seorang lagi dilantik menjadi menteri, maka dengan pelantikan itu, siasatan PAC terpaksa ditangguhkan sehingga pengerusi dan ahli PAC yang dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri itu dapat digantikan dengan ahli parlimen yang lain, bulan oktober nanti baru parlimen nak bersidang, 19 Oktober 2015, lagi berapa bulan nak bagi tangguh? Malahan bulan oktober ini baru nak lantik, nak teruskan siasatan tak tahulah bila lagi, nanti buat alasan mangkuk hayun apa lagi pun tak tahulah. Ini profesion jenis apa pula?

    Kepada blogger MYKMU.net, tak payahlah nak putar dengan menyalahkan pihak SPRM pula, sekarang ni pihak SPRM menghadapi tekanan dari pihak tertentuk, terus terang saya katakan bahawa tekanan itu dipercayai oleh Najib sendiri, hinggakan pegawai dan anggota SPRM membuat solat hajat untuk meminta pertolongan dari Allah supaya mereka diberikan kekuatan untuk menghadapi tekanan yang mereka hadapi tersebut dalam menegakkan undang-undang negara.

    Sekarang siapa yang tak profesional sebenarnya? Najib dan kuncu-kuncu serta balaci seperti blogger MYKMU.net yang memanipulasi serta membohong itu dan ini atau pihak SPRM yang sedang bertungkus lumus menjalankan siasatan bagi menegakkan kedaulatan undang-undang di negara ini?

    Undang-undang tetap undang-undang, kalau rakyat tertakluk kepada undang-undang negara, maka Najib pun jangan ingatlah dia berjawatan Perdana Menteri boleh buat sesuka hatinya untuk melanggar segala undang-undang yang sedang berkuatkuasa itu.

    Sedarlah semua.

  3. sman says:

    Anggota SPRM bukan malaikat atau nabi yg maksum,sehingga tidak boleh di siasat.Kalau tak ada salah apa nak di takutkan utk di siasat.Awak siasat orang boleh,orang siasat awak tak boleh?.Saya bersetuju dgn MyKMU,cukup tak profesional kenyataan Pengarah berkenaan.Jika sudah ada ugutan dan dendam begini,siasatan yg SPRM lakukan di masa hadapan bakal menimbulkan keraguan,terutama jika yg di siasat adalah pegawai polis.Bolehkah SPRM di bawah arahan Pengarah berkenaan berlaku adil nanti?.

  4. Abu Bakar says:

    sman, anggota SPRM memang bukan malaikat atau nabi, tapi mengapakah PDRM yang dikawal oleh Khalid Abu Bakar yang penipu itu sibuk menangkap dan menyoal siasat para penyiasat kes SRC dan RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu, tapi suspek utama iaitu Najib yang dipercayai melakukan jenayah pengubahan wang haram tak pula ditangkap dan disoal siasat oleh PDRM? Apa gunaya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil kalau isu pengubahan wang haram sebegini tak diambil tindakan? Apakah kerana yang jadi suspek itu adalah Najib maka Khalid Abu Bakar penipu itu diamkan perkara ini dan tak buat sebarang tangkapan atau soal siasat terhadap perkara itu?

    Tak payah nak pusing pasal profesional pula, sedangkan pihak lain pun tak profesional, tangkap pasukan penyiasat, malahan Najib mengganggu siasatan oleh PAC terhadap 1MDB, penyingkiran Tan Sri Gani dari jawatan peguam negara dengan alasan menipu, dituduhnya Tan Sri Gani sakit, tetapi tiada tribunal yang dibentuk oleh YDP Agong untuk menyiasat pasal tuduhan sakit itu, malahan penyingkiran Tan Sri Gani hanya diumumkan oleh KSN Ali Hamsa, sedangkan penjawat jawatan Peguam Negara dilantik oleh YDP Agong, apahal pula YDP Agong diketepikan dalam perkara ini, apa besar sangat ke darjat KSN Ali Hamsa ni jika nak dibandingkan dengan KDYMM Seri Paduka YDP Agong sebagai Ketua Negara Persekutuan Malaysia ini?

    Fikir guna akal, bukannya ikut nafsu serakah tak tentu hala bila berhujah tu, sekarang lihatlah siapa yang tak profesional sebenarnya.

  5. shadow says:

    Ini jelas satu tindakan mengganggu siasatan. PDRM kurang cermat. Mengapa?

  6. shadow says:

    Abu Bakar kamu banyak cakap. Nanti kena cop penjilat DAP/PKR pulak. Aku tak kenal kamu. Aku aktif di sini tahun 2008 sahaja.

    Tapi cakap kamu ada fakta .. e’pun panjang berjela … huhuhu.

  7. Tun says:

    Dalam hal 1MDB nie….cuma Najib dan Rosmah je maksum…gitu la pada puak2 CASH IS KING nie.

  8. rudy says:

    Pendapat saya semua agen SPRM bukan maksom mcm nabi, ade agen yg baik dan ade agen yg dajal, yg baik kita puji dan hormat, yg tk baik mesti dipancung sebab memalukan orgsnisasi SPRM. Kita semua maklum SPRM merupakan satu organisasi yg mempunyai integriti yg teramat tinggi, malang nya ade juga agen yg dajal yg membocorkan maklumat yg masih dlm siasatan, sungguh memalukan, dimana sumpah setia mereka selapas tamat latihan asas SPRM. Nasib baik berlaku di Malaysia kalau kat Afrika memang ramai agen dan Boss SPRM samada kena tembak atau kena pancung. Di Malaysia ni kira memang bagus lah.

    Soalan pertama ialah mcm ne kes masih dlm siasatan tapi berlaku kebocoran maklumat, ini bermakna terdapat agen SPRM yg dajal dan tidak beretika dlm siasatan. Saya mencadangkan SPRM membuat Internal Board Of Inquiry utk mencari culprit yg
    mrmbocorkan mklumat ini dan bukan nk cari sape yg bagi arahan yg penting, tangkap agen SPRM yg tk beretika ni. Ini bertujuan utk memulihkan imej SPRM, jika agensi lain jumpa iaitu POLIS memang memalukan dan Boss SPRM boleh htr surat berhenti, sebab gagal nemantau kerja agen2 mereka.

    yg nembocorkan msklumat ini.

  9. Abu Bakar says:

    Betul tu Tun, sekarang ni Pasukan Petugas Khas dah dibubarkan pula, menurut sumber, Peguam Negara yang baharu kata Pasukan Petugas Khas ini dah tak diperlukan lagi, apa kejadahnya semua ini? Malahan sejak pelantikan Peguam Negara yang baharu ini, langsung tak ada kemaskini maklumat oleh pihak Pasukan Petugas Khas sedangkan selama ini boleh dikatakan setiap hari akan diumumkan status penyiasatan yang sedang berlaku, walaupun tak diumumkan secara terperinci tapi rakyat tahulah, apa yang sedang dibuat oleh Pasukan Petugas Khas sebelum ini.

    Apa nak jadi dengan negara ini sekarang? Ini menjadi persoalan, apabila pihak yang diamanahkan mendaulatkan undang-undang pun bersekongkol dengan suspek jenayah, apa dah jadi dengan Malaysia sekarang ini? Selama hampir 58 tahun Malaysia berpemerintahan sendiri, tidak pernah lagi berlaku perkara yang sangat pelik seperti sekarang ini.

    Perkara yang terjadi ini amat memalukan, malahan masyarakat antarabangsa akan memandang hina kepada Malaysia dan rakyatnya disebabkan hanya isu kes skandal jenayah seorang pemimpin bersama bininya dan kuncu-kuncunya, habis satu negara mendapat malu.

    Saya juga risau dengan keadaan sekarang ini seperti pihak Najib laki isteri dan kuncu-kuncunya seperti mahu rakyat melakukan tindakan yang diluar undang-undang supaya mereka boleh mengambil tindakan menghapuskan pihak-pihak yang boleh mengancam kedudukkan mereka, ini bukannya saya nak reka-reka cerita, tetapi berdasarkan analisis saya, Najib dan kuncu-kuncunya dah tak dapat lari dari jenayah yang disyaki dilakukan oleh mereka iut, maka mereka akan timbulkan huru hara dengan mencetuskan perasaan marah kepada rakyat dan kemudiannya mereka bertindak balas dengang menghapuskan pihak-pihak yang mengancam kedudukan mereka itu.

    Malaysia jadi tunggang langgang kerana isu skandal jenayah peribadi Najib, tak pasal hampir 30 juta warga Malaysia menjadi mangsa kerana masalah jenayah peribadi Najib, jenayah peribadi Najib diseret menjadi masalah kepada negara, Malaysia juga yang mendapat nama yang busuk.

    Sedarlah semua, jangan terpengaruh dengan provokasi dan umpan Najib yang mahukan kita semua ke jalanan untuk buat huru hara supaya dia boleh bertindak balas, jangan terperangkap dengan permainan politik jahanam Najib ini. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, jangan turun berdemontrasi dan membuat rusuhan di jalan raya, kita gunakan cara Tan Sri Muhyiddin, kita tentang Najib secara tenang melalui tulisan, melalui perbincangan, melalui media supaya Najib dah tak ada kaedah untuk larikan diri dari disiasat lagi.

    Berhati-hatilah semua, jangan termakan umpan Najib itu, kerana manusia tak berhati perut seperti Najib tu tak peduli kalau jutaan rakyat Malaysia mati akibat rusuhan dan demontrasi itu, kerana itu yang dimahukannya, dan dia boleh ambil kesempatan untuk bertindak balas, oleh itu jangan termakan umpannya, jangan turun berdemontrasi atau jangan buat rusuhan atau menyertai rusuhan kecil yang dipercayai didalangi oleh Najib dan kuncu-kuncunya supaya rakyat terikut-ikut buat rusahan dan dia boleh ambil tindak balas untuk kepentingan dirinya pula.

    Sedarlah semua.

  10. Deramae Lleh says:

    Apakah kerana terlalu melayari website lucah, malam tidak cukup tidur menjadikan pegawai SPRM samseng, gedebe…

  11. System baru says:

    Wang berjuta pkr.dap dan pas dapat bila lagi disiasat sprm itu, macam ini abu ya, nak jatuh umno tapi gagal abu ya bin tun siapa kata pm maksum, pm pun ada buat silap, macam ini abu ya kau itu masih mentah dalam politik
    demokasi perlukan wang untuk hidupkan parti sebab itu perlu kroni dan penderma itu, kalau tidak dah lama parti macam umno,mic,mca,dap,pas,pkr mati sebab tak ada dana cuba tengok semangat 46 musnah sebab tak ada dana dari kroni dan penderma ada faham tak,

    Dulu kau cakap wang haram dari penjenayah, sekarang wang itu dari SRC mana satu betul ini, tak salah aku src penah ada kontar dengan 1mbd telah di tamatkan, lagi pun dia bukan dari syarikat negara arab suadi itu, mana satu betul abu ya tak payah kau ubah fakta. Wang haram kenapa dap pas dan pkr tak di tangkap sebab ambil derma sila jawab abu ya, dah tentu mereka di kenakan tindakan penubahan haram itu. Lupa pr ada penderma dari ngo luar negara mereka bukan pengganas tapi mereka ngo yahudi cuba merosak malaysia ini ada faham tak abu ya , sebab itu negara arab lain derma pada umno supaya mehalang anwar pro amerika yahudi dari berkuasa ada faham tak abu ya, abu ya kau masih mentah lagi dalam politik, kalau tak suka demokasi pergi je dekat korean utara itu ada faham. Macam ini di korean selatan setiap dana kena istiharkan pada pada pihak berkuasa mereka tak benarkan pihak komunis menderma pada parti politik tertentu di koran selantan itu. ngo Amerika pun ada derma pada parti politik di korean selatan itu . Kau masih mentah dalam politik, dari zaman tun ku lagi dah ada pemderma pada umno itu, duit semua masuk dalam tun ku punya akaun supaya dia jadi pememegang amanah ada faham tak abu ya, kita merdeka pun ada orang menderma pada tun ku itu , macam mana tun ku nak pergi england jika tak ada orang menderma fikir kan lah abu ya

  12. Pak Tho says:

    1 MALAYSIA DISASTER BERHAD memporak peranda kn negara.

  13. Tun says:

    Yaa abuya..System baruA…yaaa abuya…Najib cakap tak serupa bikin…klik la jap…fikir kan lah abu ya baruA…komen skit yaa..

  14. Tun says:

    Jgn lupa tiang gol kasi aleh skit yaa system baruA aka abuya abuya…

  15. Tun says:

    System baruA…Ko tak payah la komen2…aku dah tau dah apa jawapan ko….merepek!

  16. frozz says:

    X de pasal cari pasal…Kalau duit tu masuk ke akaun parti x per kita boleh faham…org pun x bising ni masuk akaun peribadi..tu pun bila dh terdedah baru kata duit dari penderma…timbalan presiden pun x tau nikan pulak ahli biasa..#duitkatmane

  17. RuleofLaw says:

    Kalau “sebarang tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah modus operandi yang standard”, Najib harus di tangkap dulu untuk membantu dalam siasatan tentang duit RM2.6 bilion di dalam bank akaun peribadi beliau. Najib ialah Perdana Menteri dan jawatan ini ialah satu jawatan kerajaan utama di negara. Jawatan ini memerlukan ketulusan yang tertinggi di negara. RM 2.6 bilion adalah satu amuan yang membingungkan pikiran, berbanding dengan pendapatan rasmi, nilai harta dan latar belakang seorang politik seperti Najib.

    RM 2.6 bilion dalam akuan Najib telah tidak dinafikan, malah MACC telah confirmed fakta ini sebagai kebenaran. Fakta ini dengan sendiri cukup menjadi alasan untuk menyiasat kalaunya Najib ada melanggar sesuatu peraturan undang undang.

  18. Meriam Buluh says:

    frozz wrote:

    X de pasal cari pasal…Kalau duit tu masuk ke akaun parti x per kita boleh faham…org pun x bising ni masuk akaun peribadi..tu pun bila dh terdedah baru kata duit dari penderma…timbalan presiden pun x tau nikan pulak ahli biasa..#duitkatmane

    KOMEN:

    Rupa-rupanya ada lagi yang tak boleh nak faham dengan penjelasan mengapa wang sumbangan dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan bukannya akaun parti atau akaun beberapa orang trustee.

    Ada lagi tertinggal keretapi rupanya..kasihan..kasihan..

  19. Mr Y says:

    Abu Bakar pun cakap macam tahu semuanya.. rupa-rupanya temberang! Saya sendiri telah pergi selidik tentang mengapa TS Gani Patail diberhentikan dan beliau memang ada sakit kencing manis dan perlu dialisis buah pinggang 3x seminggu. Sudah tentu mempengaruhi keberkesanan tugas sebagai Peguam Negara. Abu Bakar taip panjang-panjang tu semua macam betul kepada mereka yang tak tahu dan percaya bulat-bulat tanpa selidik. Rupa-rupanya Abu Bakar KAKI TEMBERANG KUAT.

  20. mata-mata says:

    hehehe… dah makin ramai nampak temberang dan kebodohan abuya tu….

  21. Meriam Buluh says:

    mungkin abu bakar patut tukar nama jadi abu baghal al-kazzab..

Leave a Reply

Threesome