Menu Utama

Najib Serah Surat Tawaran Haji Kepada 1,200 Pemimpin Masyarakat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyerahkan surat tawaran menunaikan fardu haji 1436H/2015 kepada 1,200 orang yang terdiri daripada imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Majlis penyerahan surat tawaran tajaan Yayasan 1Malaysia Development Bhd(1MDB) berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini.

Najib dalam ucapannya berkata inisiatif untuk melaksanakan program itu tercetus susulan tinjauannya mendapati masih ramai di kalangan kumpulan berkenaan tidak berpeluang mengerjakan haji, antaranya disebabkan kekangan kewangan.

Bersimpati dengan keadaan itu, beliau yang amat menghargai sumbangan kumpulan yang begitu berperanan di peringkat akar umbi itu memutuskan supaya diwujudkan satu program khas bagi menaja golongan sasar untuk menunaikan haji.

“Saya rasa hiba bila dapat tahu ada imam, ketua kampung dan JKKK yang amat berjasa ini tidak dapat menunaikan haji. Alhamdulillah setelah masuk kali kelima dijalankan kita telah berjaya menghantar seramai 3,400 jemaah termasuk penerima hari ini…inilah hasrat yang ingin saya lihat dan tunaikan,” katanya.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis itu, Najib turut menarik perhatian bagaimana masyarakat kini lebih mempercayai persepsi daripada mencari kebenaran sehingga terjebak dalam menyebarkan sesuatu perkara yang belum pasti kesahihannya.

Menjadikan pembelian sekeping tanah oleh Lembaga Tabung Haji daripada 1MDB di Tun Razak Exchange (TRX) sebagai contoh, Najib berkata ia dimanipulasi oleh ‘permainan jari jemari’ sehingga mencetuskan persepsi di kalangan rakyat bahawa ia akan memberi kesan tidak baik kepada penyimpan Tabung Haji.

Namun, katanya, apabila kebenaran terserlah, persepsi negatif itu turut berubah sehinggakan ramai mula mengakui pembelian tanah di lokasi strategik itu adalah baik dan menguntungkan.

“Tetapi oleh kerana persepsi, fitnah memenangi fikiran rakyat maka satu kebaikan yang dibuat boleh menjadi sebaliknya semata-mata pembelian itu mempunyai kaitan 1MDB,” katanya.

“Sebab itu saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat ditentukan oleh kita sendiri, bukannya oleh orang lain melalui persepsi,” katanya.

— BERNAMA






12 Komen to Najib Serah Surat Tawaran Haji Kepada 1,200 Pemimpin Masyarakat

  1. Tun says:

    Cash is king in action…

  2. System baru says:

    Tun pergi undi dap itu

  3. Mr Y says:

    “Sebab itu saya harap anda yang akan mengerjakan haji ini dapat mendoakan supaya negara dan kepimpinan negara dapat ditentukan oleh kita sendiri, bukannya oleh orang lain melalui persepsi,” katanya… Alhamdulillah.. saya sarankan juga agar YAB PM DS Najib menganjurkan solat hajat perdana di Masjid Putra dan di mana-mana Masjid di seluruh Malaysia agar Allah Taala menunjukkan siapa yang benar dan siapa yang salah.

  4. rockers says:

    ape susah.kuota haji umno kan bnyk.daftar ahli je dulu

  5. Zam says:

    Ok la.tanah tax tu boleh beri pulangan lumayan pada TH..persoalannya klu dah tahu tanah tu bernilai tggi kenapa tak kerajaan jual direct pada TH..bukan ke lg muntah TH beli…kenapa mesti melalui 1MDB…yg buat1MDB untung byk to
    Makcik yg jual pisang goreng pun nak bernilai mcm tu…mudah punya bisnes sakau untung.
    X yah najib alih cerita TH beli tanah kat luar negeri x dipersoalkan tapi beli tanah TRX kena persoalkan. Org marah TH kena paksacover 1MDB utk buat profit atas angin

  6. Zam says:

    TRX..murah…berniaga

  7. System baru says:

    Apa macai bising itu lupa racangan pembangunan bersama jadi tanah itu jadi 1mbd jual sikit pada tabung haji (th) itu, lupa pesan sekarang apek bergembira lah tanah ada nilai tinggi jual balik, itu bodoh orang melayu pkr suka fitnah sesama sendiri dan jadi th sebagai mangsa, cuba tengok apek itu bersatu padu bila tanah persatuan cina penang dijual, sekarang macai2 pkr islam tolong dapat tanah th balik, oh macai pkr dapat balik tanah th itu, kena ingat th itu banyak bantu orang islam, aku sendiri marah pada najib sebab jual tanah itu sebab ikut cakap macai pkr itu, aku tanya korang ada ke banggunan milik 100% milik bumiputera itu bukit bintang itu sila jawab macai pkr kalau ada pun 10% je, fitnah lagi orang melayu pkr jadi bodoh disebab dap itu,1mbd jual trx pada th apa aku bedulik, lagi ia milik orang islam apa salah 1mbd glc melayu tolong glc th itu, kalau macam itu sikap orang melayu tak mahu tolong menolong antara satu sama lain baik jadi macai pkr itu jual tanah orang melayu pada apek itu penang itu, apek boleh tolong menolong antara satu syarikat ke satu syarikat kenapa syarikat melayu tak boleh

  8. Tun says:

    System baruA August 1st, 2015 at 1:22 PM….ko asyik ulang2 menda yg org dah berkali2 explain laa…malas aku nak komen! Dah la tu ko bukan ahli UMNO pon…selayaknya ko patut di tuduh agen PKR/DAP/RBA dan sebagainya sebab mcm terlebih sudu drp kuah gara2 benci kronik ko pada Tun M…itu jer…bukan niat ko nak mendamaikan tapi melaga2 seboleh2 nya mcm mykmu punya blog nie…siang2 ko dah amek pendirian berpihak instead of berkecuali…pigidah!

  9. Tun says:

    Mr Y August 1st, 2015 at 7:32 AM…suruh Najib bersumpah jugak ek kat masjid yg dia tak buat semua yg org2 dok tuduh skrg.

  10. Pak Tho says:

    Pelaburan 1Mdb pun meragukan. Boleh ke dgn sponsor ibadah haji sgelintir org dapat memadamkan segala persoalan dan keraguan selama ini. Ini sudah macam cerita robin hood. Atau juga seperti BOTAK CHIN yg dikatakan merompak utj membantu org miskin. Jenayah tetap jenayah. Tetap akan dipersoalkan. Najis tdk bleh disucikan dgn membasuh dgn air longkang. Tetap berbau busuk juga

  11. Tun says:

    Pak Tho August 1st, 2015 at 9:13 PM…modus operandi sama je mcm beberapa syarikat haram MLM..sponsor org pegi Umrah…pegi Haji…semata2 mahu mengabui mata org2 Islam bisnes dia patuh syariah….tangan yg memberi tu pulak drp poket taukeh2 cina…yg menerima melayu2 pakai kopiah dan songkok…walhal TH dah ada utk membantu…tak perlu syarikat MLM..tak perlu 1MDB yg nampak terhegeh2 melalui yayasan dia mcm nak beli undi pulak…atau meminta endorsement pulak drp bakal2 haji tajaannya. Konsep simpanan hasil kertas kerja Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk “Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji” pada tahun 1959 sudah cukup utk kerajaan membangunkan TH sehingga apa yg kita lihat skrg TANPA 1MDB atau yayasannya. Dua2 milik kerajaan tu.

    Tetapi skrg even TH pon dah terpalit dgn 1MDB pasal isu pembelian tanah TRX gara2 nak melepaskan si Najib….apa nak jadi laa.

  12. System baru says:

    Macai tun melayu pkr yg bodoh dapat balik tanah trx itu yg jual pada oleh th itu, sila jawab?, kos haji menningkat di indonesia kos haji meningkat 3kali ganda kalau tak ada subsidi haji korang bising, mana th nak cekup duit kalau tak pelaburan di buat, sila jawab, sila lihat berapa peratus sangat tanah milik orang islam di k.l ini sila jawab ia

Leave a Reply

Threesome