Menu Utama

#MH370 Sah Berakhir di Lautan Hindi, Masih Ingat Hinaan Pakatan Bila PM Umum Dulu?

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pihak berkuasa antarabangsa mengesahkan penemuan sebahagian pecahan di Pulau Reunion, Afrika merupakan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 lalu.

Pada 24 Mac 2014 Mohd Najib mengumumkan “Berdasarkan analisis, Inmarsat dan AAIB merumuskan MH370 terbang di koridor selatan. Lokasi terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi yang terpencil dan tidak mungkin mendarat. Dengan rasa sedih dan kesal saya perlu memaklumkan berdasarkan data itu, penerbangan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi.”

Hari ini keputusan analisis tersebut menjadi kenyataan dengan penemuan sebahagian bangkai pesawat MH370.

on 8 March 2014, flight MH370 from Kuala Lumpur to Beijing disappeared. The days, weeks and months that followed have been a period of torment for the families of those on board.

The plane’s disappearance was without precedent. At every stage, we followed the tiny amount of evidence that existed. But, despite the efforts of 26 nations and the largest search in aviation history, from the South China Sea to the Indian Ocean, the plane could not be located.

Neither could investigations by the world’s leading aviation experts answer why MH370 veered off course and went dark. While the plane’s disappearance remained a mystery, we have shared the anguish of those who could find no comfort.

Last week, on 29th July, we were informed by the French authorities that part of an aircraft wing had been found on Reunion, the French island in the Indian Ocean.

Today, 515 days since the plane disappeared, it is with a heavy heart that I must tell you that an international team of experts have conclusively confirmed that the aircraft debris found on Reunion Island is indeed from MH370.
We now have physical evidence that, as I announced on 24th March last year, flight MH370 tragically ended in the southern Indian Ocean.

This is a remote, inhospitable and dangerous area, and on behalf of Malaysia I would like to thank the many nations, organisations and individuals who have participated in the search.

The burden and uncertainty faced by the families during this time has been unspeakable. It is my hope that this confirmation, however tragic and painful, will at least bring certainty to the families and loved ones of the 239 people onboard MH370. They have our deepest sympathy and prayers.

I would like to assure all those affected by this tragedy that the government of Malaysia is committed to do everything within our means to find out the truth of what happened. MH370’s disappearance marked us as a nation. We mourn with you, as a nation.

And I promise you this: Malaysia will always remember and honour those who were lost onboard MH370.

Jika kita masih ingat, ramai yang mencerca dan menuduh Perdana Menteri menipu apabila mengumumkan hasil analisis pada tahun lalu bahawa pesawat terbabit berakhir di Lautan Hindi.

1.

#MH370: Bukti Dari UK Pun Tidak Percaya, Ingatlah Saudara Bukan Lagi TPM Anwar

2.

#MH370: Ucapan Najib Tepat dan Paling Berkesan Sayangnya Pakatan Tidak Faham Isu

3.

Antara MH370 dan Tragedi Hillsborough, Iktibar Kepada Pengkritik

4.

#MH370: Abbott Pertahan Kenyataan Najib, Ada Bukti Jelas Menyokong






36 Komen to #MH370 Sah Berakhir di Lautan Hindi, Masih Ingat Hinaan Pakatan Bila PM Umum Dulu?

  1. Tun says:

    Itu PR yg cerca…mmg kena maki abis2 satu negara termasuk la si Nuar Peliwat Negara yg dok kondem demi politik dia….last2 kena bantai dlm Hard Talk BBC sbb mengambil kesempatan atas musibah yg di anggap keterlaluan oleh facilitator.

    What is your point mykmu?

  2. Pak Tho says:

    Saya sokong Admin berkenaan isu mh370 ini. Yang paling teruk adalah orang yg percaya pada. Raja bomoh Malaya . Dan ada juga rakyat yg percaya bahawa. Pertemuan serpihan pesawat baru² ini adalah agenda kerajaan untuk mengalihkan isu isu panas yang sedang hangat dalam negara. Teori syok sendiri.

  3. Tun says:

    Setuju…tak perlu campur-aduk kan nahas MH370 dgn apa2 isu lain termasuk la teori2 kosong drp sesiapa. Ini adalah peristiwa menyedihkan utk semua tak kira bangsa dan agama. Nothing got to do with politics.

  4. musanghitam says:

    Allah beri petunjuk buat mereka yg sabar , PM kita amat penyabar orangnya sebenarnya dalam tempoh pemerintahannya banyak benar kejadian tragik berlaku didalam dan luar negara ..Namun semuanya disambut maki hamun oleh PR…Moga Allah PM kita dibawah rahmatnya

  5. tengkudin says:

    Allah Maha Mengetahui sekurang kurangnya terjawab sudah misteri kehilangan MH370 dan maka benarlah MH370 menuju ke Lautan Hindi itu dalah benar.

    Jadi harap waris waris dapat terima dengan hati terbuka.

  6. jagungmentah says:

    the point is dulu ramai yg kaitkan tragedi mh370 sbg konspirasi politik etc etc..mcm2 konspirasi aku dgr..

    and the main point is TUDUHAN TANPA BUKTI…ikut sedap je kutuk org..

    and the root point is rakyat malaysia yg esp yg islam semakin kurang menghayati asas ilmu dlm kehidupan..eps bila menghadapi musibah..ditudungnya jari dan dieksploitasinya isu utk memburukkan org lain..

  7. […] Lautan Hindi pun Lautan Hindi lah ….. lautan itu memang luas, Tapi bila baca artikel balaci Najib yang tak pasal2 masih cuba memenangkan Najib ( seolah mempolitikkan isu ini ! ), saya kena […]

  8. Abu Bakar says:

    Alhamdulillah, akhirnya petunjuk kepada misteri kehilangan MH370 terungkai sedikit demi sedikit, lepas ni kita harapnya jumpa kotak hitam MH370 juga, rakyat terutama keluarga mangsa nak tahu jugalah, apahal MH370 tu membuat lencongan di sempadan ruang udara Vietnam dan kemudiannya melalui kawasan Pulau Pinang menuju Lautan Andaman, malahan pihak Tentera Udara di Kem Pulau Pinang sendiri dah mengesan objek yang mencurigakan itu, tak tahulah apakah pihak Tentera Udara membuat komunikasi dengan objek berkenaan atau tidak, kerana mengikut prosedur operasi seragam, pihak tentera udara di mana-mana negara, jika nampak objek yang mencurigakan, pergerakan objek yang mencurigakan di ruang udara negara masing-masing, maka pusat kawalan akan cuba menghubungi objek berkenaan dan berkomunikasi dengan mereka untuk memastikan bukan ancaman terhadap negara.

    Jika tak buat sebarang komunikasi dengan objek yang mencurigakan itu, maka kredebiliti pihak tentera udara boleh dipertikaikan dan satu suruhanjaya perlu dibentuk untuk menyiasat mengapakah pihak tentera udara di kem itu tidak membuat sebarang komunikasi dengan objek yang mencurigakan tersebut, takkan tentera udara tak boleh mengesan dan membuat analisis mengenai pergerakan objek yang mencurigakan?

    Saya tidak mempertikaikan bidang kuasa pihak tentera atau menuduh pihak tentera dengan apa-apa tuduhan, saya hanya bertanya kerana saya khuatir ada orang tertentu yang membuat arahan dari belakang tabir seperti kes pengaianayaan terhadap pegawai dan para penyiasat SPRM yang sedang menyiasat kes wang RM 2.63 bilion dalam akaun Najib dan isu SRC itu.

    Malahan MYKMU.net, saya nak tanya jugalah kepada kamu dan juak-juak kamu pasal USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion yang masuk ke dalam dalam akaun Najib itu, sebelum ini korang yang beria-ia menafikan pekara ini, habis dihentamnya Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal, dan lain-lain lagi itu, sekarang korang jilat ludah korang tu semula dan pusing cerita pasal derma, pasal ikhlas, lepas putar itu ini apasal ye?

    Pelik sungguh zaman Najib ni kalau dia terlibat dengan isu itu dan ini, lepas tu muncullah isu yang pelik-pelik yang digunakan untuk menutup isu yang sedang hangat dibincangkan sebelum ini.

    Sedarlah semua.

  9. Abu Bakar says:

    Lagi satu, objek yang dipercayai serpihan MH370 itu dijumpai di bahagian mana di Pulau Reunion itu? Kalau di bahagian selatan pulau itu berkemungkinan besar ye kot kapal terbang itu terjunam di perairan lautan hindi dekat Australia, kalau di bahagian utara Pulau Reunion, itu menjadi masalah pula, kerana kalau di bahagian utara pulau Reunion, maka kapal terbang itu tak terjatuh di kawasan perairan lautan hindi dekat Australia tetapi lebih kepada kapal terbang itu jatuh menjunam di utara lautan hindi di mana di situ berhampiran kepulauan chagos, maldive, serta diego garcia.

  10. Abu Bakar says:

    Berdasarkan laporan berita, objek yang dipercayai serpihan MH370 itu ditemui di kawasan Saint Andre, Pulau Reunion. Untuk makluman Saint Andre berada di kawasan kawasan timur laut Pulau Reunion di kawasan utara Lautan Hindi, oleh itu kebarangkalian MH370 terjunam di kawasan selatan Lautan Hindi boleh dipertikaikan, ini sekadar analisis, kepada juak-juak Najib, jangan sentap pula, sila korang semak di google map kedudukan perairan Lautan Hindi di Barat Australia, kedudukan Pulau Reunion terutama kedudukan kawasan Saint Andre, kemudian lihatlah Diego Garcia di British Indian Ocean Territory pula, kemudian buatlah analisis sendiri.

  11. mata-mata says:

    tak payah buat analisis sendiri…. tunggu je analisis dari yang pakar… kalau buat analisis sendiri, orang cakap hantar msg pakai arahan suara dimana henpon dalam bontot pun bangkai-bangkai boleh percaya… terlalu perasan nak jadi ‘pakar’ juga… lepas tu sebar kat wasap, fb, tweet dll…

  12. kwn abu bakar says:

    itu dia abu bakar..dh jd specialist utk smua benda..pkar laut, tentera,akauntan..smua la..just curious pa bidang u sbnrnya..:-)..jgn jd pakar sbb baca d intrnet sikit sja dh tau smua..ingt tuhan ingatkn..jgn jd pencela n pngumpat..lg2 fitnah..akhr zaman bro.fitnah bleluasa..:-)..n btul.nver trus politician..krajaan tau pmbangkan..tetapi..fakta bro..not just speculate n persepsi..takut jd fitnah n dosa lg bsar dr mbunuh saudara muslim..just my 2 cent..dr org yg byk bt dosa jg 🙂

  13. no name says:

    Di harap kn kerajaan berjumpa dgn en abu bakar untuk mendapatkn pndangan dr beliau agar mudah dan cepat kapal mh370 ditemui..sayang maklumat pnting di sia-sia kan

  14. Abu Bakar says:

    mata-mata, tak payahlah nak putar, nak tunggu siasatan dari pakar nanti siasatan pakar pula yang kena kacau, lepas tu para penyiasat pakar pula yang ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis dengan tuduhan macam-macam.

    Kau tak kaji ke, kedudukan Saint Andre itu berada di timur laut Pulau Reunion, di timur laut Pulau Reunion juga letaknya Kepulauan Chagos atau lebih dikenali dengan British Indian Ocean Territory di mana di bahagian barat-selatan kepulauan tersebut terletaknya Diego Garcia.

    Lagi satu mata-mata, apakah penerangan kau mengenai tindakan Tentera Udara di Kem Pulau Pinang yang tidak bertindak bila mereka mengesan ada pesawat atau objek yang mencurigakan terbang dari KLIA kemudiannya sampai di sempadan ruang udara Vietnam, pesawat itu menghala ke arah barat, lepas tu menuju ke utara pula, adakah pihak Tentera Udara membuat apa-apa komunikasi dengan objek yang mencurigakan itu, kerana mengikut peraturan operasi seragam (SOP) di mana-mana negara pun, jika ada pergerakan yang mencurigakan samada di laut atau di udara, maka pihak tentera samada tentera laut atau tentera udara akan membuat komunikasi dengan objek yang mencurigakan itu bagi mengesan apakah objek yang mencurigakan itu mempunyai ancaman atau tidak kepada keselamatan negara, malahan kalau sudah dihubungi, tetapi tiada tindak balas, maka sekurang-kurangnya dua buah pesawat pejuang akan dikerah untuk memintas objek yang mencurigakan itu dan kemudiannya boleh memaksa objek yang mencurigakan itu mendarat di mana-mana tempat yang selamat untuk disiasat oleh pihak keselamatan negara.

    Isunya di sini, bukan setakat objek yang dipercayai serpihan MH370 itu kesan di kawasan utara Pulau Reunion, malahan tindakan awal oleh pihak Tentera Udara juga perlu disiasat, apakah mereka pernah buat komunikasi selepas mengesan objek tersebut atau mereka hanya membiarkannya, kalau membiarkannya sahaja, perlu pejelasan apakah kerana mereka ambil cincai pasal keselamatan negara, tau mereka menerima arahan dari pihak tertentu supaya membiarkan sahaja objek itu bergerak dalam keadaan yang mencurigakan tersebut.

    Saya bukannya nak suka-suka hujah, tapi rakyat perlu tahu mengenai samada terdapat unsur-unsur penyelewengan atau konspirasi terhadap penerbangan tersebut. Sebab melibatkan lebih 200 orang manusia menjadi mangsa, memanglah takdir, tetapi kalau disebabkan kecuaian, penyelewengan, atau konspirasi, perkara ini perlu diambil tindakan, pelakunya perlu dihadapkan ke muka pengadilan dan dihukum dengan keras sebagai pembalasannya.

  15. Abu Bakar says:

    Pihak tentera pun macam polis, mereka bertindak berdasarkan arahan, macam Sirul dan Azilah Hadri, mereka hanya bertindak atas arahan, tapi kemudiannya mereka pula yang dipersalahkan dan diainaya dengan hukuman mati sedangkan pemberi arahan bebas riang di luar sana.

    Begitu juga dengan pihak tentera, jika pihak atasan mereka memberi arahan, mereka akan patuh, kerana itulah disiplin tentera, malahan atasan mereka itu tentunya kalau menerima arahan, dari pihak yang lebih atas, melibatkan ekseskutif pentadbiran sesebuah negara.

    Oleh itu, kita kita berharap agar kemelut ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya dan dalang pelaku kejahatan ini perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya, kerana pelik juga, kapal terbang yang dalam perjalan ke Beijing China tiba-tiba dituduh terjunam di selatan Lautan Hindi, buat apa pergi sampai sejauh itu? Kalau katakan juruterbang stress dan menjunamkan pesawat itu ke dalam laut, buat apa dia buat di selatan Lautan Hindi, di Laut China Selatan pun boleh buat perkara yang sama, ini menimbulkan persoalan yang sangat besar yang perlu dicari jawapannya.

  16. Rakyat Jelata says:

    MYkmu punya point ni Tun,,nak up kan AH Jib Gor,,nak tunjuk AH Jib gor ni hebat..dah nampak jelas tujuam artikel ni…tak payah lar tunjuk hero atas tragedi orang lain..sapa2 jd PM pn akan buat benda yang sama atas dasar tanggungjawab…

  17. Meriam Buluh says:

    abu bakar,

    Ko ni rupanya sekadar hero recycle persoalan-persoalan yang dah basi. 30 Julai baru seminggu berlalu wahai abu bakar. Ko dah lupa ke?

    Budaya recycle persoalan-persoalan basi ni dah jadi amalan dan budaya ramai pemimpin, penyokong dan pendokong pembangkang di Malaysia. Terlalu ramai. Mungkin majoriti walaupun bukan semua.

    abu bakar, ko masih nak tunjuk ko tu tak bijak kat mykmu ni?

    Pergi balik ngaji, OK?!!

    Ini link archives perbincangan di mykmu yang berkaitan. Bertarikh 30 Julai 2015. Selamat membaca.

    http://www.mykmu.net/2015/07/mh370-penemuan-serpihan-dipercayai-dari-pesawat-yang-hilang/

    P/S:

    ‘Sawan politik’ abu bakar dan yang seangkatan semakin menjadi-jadi nampaknya…dah jadi ‘sasau politik’. Anyway, to all mykmu forumer..please come and buy some kacang goreng, sit down and enjoy their show!

  18. Abu Bakar says:

    Meriam Buluh sesuai sangatlah dengan kau ni, macam tin kosong saja, bunyi saja tung tang tung tang, tapi tak ada kesan apa pun, hanya menyebabkan masalah bising adalah, malahan Meriam Buluh tu lari teruk dengan si pemainnya pun silap hari bulan boleh kojol kena serpihan Meriam Buluh yang silap meletup tu.

    Masalahnya sekarang ni ada lagi ke Pasukan Petugas Khas tu? Malahan katanya dah dibubarkan oleh Peguam Negara yang baharu, katanya dah tak perlu pasukan petugas khas, setiap jabatan siasat sendiri, apa punya pundek ni Meriam Buluh?

    Pasal isu MH370, dalam artikel MYKMU tu hanya kata serpihan itu terdampar di pulau Reunion, tetapi saya dapat maklumat melalui pembacaan bahan-bahan berkaitan isu MH370 ini serpihan itu memang dijumpai di Pulau Reunion, tetapi lebih spesifiknya adalah di Saint Andre, lokasi Saint Andre ni adalah di timur laut Pulau Reunion, malahan Diego Garcia juga terletak di utara Lautan Hindi, arah timur laut Pulau Reunion juga.

    Malahan pasal isu komunikasi antara TUDM dengan objek yang mencurigakan tu, sampai sekarang tak ada hujahan jawapan apakah ada atau tidak komunikasi antara TUDM dengan objek yang mencurigakan yang dipercayai MH370 itu.

    Sila beri penjelasan, bukannya melalak tak tentu hala tanpa arah tujuan.

    Sedarlah semua.

  19. Meriam Buluh says:

    abu bakar wrote:

    “Malahan pasal isu komunikasi antara TUDM dengan objek yang mencurigakan tu, sampai sekarang tak ada hujahan jawapan apakah ada atau tidak komunikasi antara TUDM dengan objek yang mencurigakan yang dipercayai MH370 itu.”

    KOMEN:

    abu bakar, ko pergi la baca dan fahamkan penjelasan yang pihak TUDM dah berikan. Ko tu yang sebenarnya yang mungkin belum baca, atau tak pernah baca, atau tak faham apa yang TUDM jelaskan. Ko tu yang sebenarnya tin kosong.

    Pergi balik ngaji, OK?!!

  20. Abu Bakar says:

    Sila beritahu aku apakah penjelasan oleh TUDM tu, tak pernah aku tahu pun? Apakah penjelasan mereka, sila copy paste kat sini untuk aku tahu.

  21. GT86 says:

    Memang sahih Najib di kelilingi oleh penjilat-penjilat yang bangang.
    Salah Najib gak, dia yang pilih.
    Rakyat tgh bengang, di sua lagi nama si bugis ni. Wrong move bro.. di checkmate nnt.

  22. Abu Bakar says:

    Ok aku dah jumpa penelasan dari pihak kementerian pertahan.

    “Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.
    Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.
    Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini ~”

    Isunya disini, apakah pihak tentera boleh main agak-agak sahaja dalam isu keselamatan negara?

    Kemudian bagaimana pihak tentera boleh pasti pesawat itu tak memberikan ancaman kepada negara, macam mana kalau jadi macam kes WTC yang dirempuh pesawat itu, apakah pihak tentera suka buat kerja cincai sebegini? Saya rasa pihak tentera punya undang-undang yang tegas, mereka takkan buat kerja cincai, melainkan jika diarahkan mereka supaya tidak mengambil tindan terhadap perkara itu.

  23. Meriam Buluh says:

    abu bakar, pergi cari sendiri penjelasan TUDM tu. Ko boleh minta tolong orang-orang seangkatan ko. Aku tak akan raikan mentaliti spoon-fed ko tu.

    Pasal tu dah banyak kali aku bagi nasihat kat ko..pergi balik ngaji, OK?!!

  24. Meriam Buluh says:

    abu bakar wrote:

    “Isunya disini, apakah pihak tentera boleh main agak-agak sahaja dalam isu keselamatan negara?”

    KOMEN:

    Pihak tentera negara kita ada risk assessment mereka sendiri dalam menghadapi situasi sedemikian. ‘Risk assessment’ tak sama dengan ‘main agak-agak sahaja’.

    Ko boleh faham tak?

  25. mata-mata says:

    sudah la abuya, ko bukan pakar penerbangan, bukan pakar matematik, bukan pakar analisis tragedi pun…. dengar je la dari pihak yang menjalankan tugas tu…. ini tidak, nak bagi komen ikut sedap kepala lutut ko je… buat analisa sendiri kononnya…!!!!

  26. mata-mata says:

    meriam buluh… abuya tu takkan mengaku keBODOHan dia punye… tengok la komen panjang berjela dia nanti…. satu pun tak boleh pakai sebenarnya…

  27. Abu Bakar says:

    Risk assessment apanya Meriam Buluh? Tak boleh main agak-agak, kena teliti, kerana cincai atau arahan pihak yang menyuruh pihak tentera tak ambil tindakan, maka 239 orang menjadi mangsa.

    Malahan macam mana pula dengan kenyataan dari Timbalan Menteri Pertahan ketika itu mengenai pihak TUDM ingat pesawat tu diarahkan berpatah balik, boleh main agak-agak ke? Patunya pihak TUDM perlu bertanya dengan Lapangan Terbang berhampiran apakah mereka membuat panggilan kecemasan kepada mana-mana pesawat, tapi apakah ini dibuat oleh pihak TUDM atau mereka dihalang membuat panggilan kecemasan itu melalui arahan pihak-pihak tertentu?

    Sila beri penjelasan.

  28. Abu Bakar says:

    Mata-mata, paling kurang aku gunakan otak untuk berfikir bagi mencari kebenaran, bukannya macam kau asyik nak suruh aku terima sahaja penjelasan, lihatlah macam isu USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion sebelum ini, kuncu-kuncu Najib menafikannya, nasib baiklah aku tak terima buta tuli, aku teruskan desakan, akhirnya terbongkar USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion tu memang ada dalam akaun Najib, lepas tu kata derma pula.

    mata-mata, beza aku dengan kau adalah aku adalah bukannya orang yang mudah dibeli dengan wang ringgit, aku lebih mengutamakan kebenarannya, bukannya macam kau mata-mata, kerana kau tu mentaliti CASH IS KING, dengan dua tiga ringgit yang Najib lempar ke muka kau tu pun berkerumun kau jadi pecacai Najib, hinggakan kebenaran pun kau sanggup tolak dan terima kepalsuan kerana nak dapatkan CASH.

    Sedarlah diri.

  29. Meriam Buluh says:

    abu bakar, pergi ambil wuduk..biar hati dan jiwa ko tu tenang dan terang sikit, OK?!!

  30. Abu Bakar says:

    Bila masa jiwa saya tak tenang, saya ok saja, kau tu yang patut ambil wuduk, bagi tenang sikit jiwa yang dengki sebab tak tau nak jawab soalan yang saya kemukakan itu.

  31. Meriam Buluh says:

    abu bakar, ko tak tahu beza antara:

    1. Risk assessment
    2. Main agak-agak sahaja

    Pasal tu dah banyak kali aku bagi nasihat kat ko..pergi balik ngaji, OK?!!

  32. mata-mata says:

    wahai abuya….. sedarkan lah diri ko tu juga… aku tak dibeli oleh sesiapa… jangan ingat bila aku pertahankan najib bermakna aku dibeli oleh orang tertentu…. isu utama wang akaun najib adalah dakwaan kononnya duit tu dari 1mdb. Najib tak cakap ya atau tidak dia ada duit tu dalam bank, bermakna dia tak menafikan, tapi dia mengaku tidak mengambil wang rakyat (1mdb). Yang tukang lalak, tukang lolong macam ko kaitkan duit tu dengan 1mdb… faham tak… cuba mengaitkan, bermakna menuduh tanpa bukti, atau dalam bahasa pakcik yang tak faham bahasa macam ko, IA ADALAH FITNAH…!!!!!!!!

  33. Meriam Buluh says:

    abu bakar ni apabila ditegur sebab mudah sangat buat fitnah (macam orang tak ada iman) abu bakar ni tak faham-faham..

    abu bakar, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh. Ko tau tak?

  34. jagungmentah says:

    ooo sekurang2nya guna otak ye?? meh sini aku pesan:

    Study without thought is vain, thought without study is dangerous.

  35. sprm says:

    Tiada undang-undang khusus bagi membolehkan mana-mana pihak untuk mendedahkan pihak yang didakwa memindahkan RM2.6 bilion dalam akaun milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

    Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamsun Baharin Mohd Jamil berkata, ketiadaan akta khusus itu juga menyebabkan tiada undang-undang yang menyatakan menjadi suatu kesalahan jika memasukkan sejumlah wang kepada ahli politik.

    Katanya, SPRM sudah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan akta khusus itu sejak 2008 lagi bagi membolehkan semua ahli politik mengisytiharkan sumber kewangan yang diperoleh daripada mana-mana pihak, namun sehingga kini belum terlaksana.

    “Derma kalau di bawah takrif suapan adalah satu takrif suapan di bawah Akta SPRM, cuma isu yang kita kaitkan itu adalah derma politik di mana kita tidak mempunyai undang-undang khusus.

    “Disebabkan tiada undang-undang khusus itu, kita tidak perlu melaporkan siapa yang bagi dan dari mana wang itu datang. Terpulang kepada individu masing-masing sekiranya mereka mahu mendedahkan secara suka rela atau pun tidak.

    “Berbanding India dan Indonesia, mereka mempunyai akta berkenaan menyebabkan semua ahli politik termasuk pembangkang perlu memaklumkan sebarang dana dan tujuan yang diperoleh daripada mana-mana pihak dalam tempoh 30 hari,” katanya.

  36. fatini says:

    Saudara Abu Bakar sependengaran sy Najib kata wang 1mdb x pernah masuk ke akaunnya..betul le tu 2.6
    bilion tu duit derma utk pilihan raya bkn dr 1mdb n wang rakyat..jgn x tahu presiden2 parti pembangkang pun menerima dana n derma berjuta kalau x mana dorang dpt duit utk pilihan raya? Menabung dr kecik ke? Rumah depa pun juta2 mana depa dpt duit? Gaji depa byk sgt ka?

Leave a Reply