Menu Utama

“Keluar PAS Bukan Keluar Islam” – Baru Sedarkah?

kuar pas bukan keluar islamMatlamat menghalalkan cara, maka jangan hairan sekiranya justifikasi yang diserlahkan adalah hanya untuk menyokong pendirian diri dan persekongkolannya.

Tiba-tiba Dr Mariah menggunakan istilah “Keluar dari PAS tidak bermakna keluar Islam”,. Penulis pasti, ungkapan tersebut bakal merobek ego PAS yang selama ini terkenal dengan siri pengkafiran secara besar-besaran oleh PAS ke atas ahli UMNO dan mereka-mereka yang enggan bersama-sama dengan mereka.

Bukankah UMNO sudah lama mengasingkan antara PAS dan Islam, tetapi tidak pernah diakui oleh Mariah dan sekutunya sebelum ini? Malah, kafirlah kepada mereka yang enggan bersama PAS. Bukankah begitu?

Selaku professional dan orang yang faham akan demokrasi, Mariah enggan mengakui kekalahan kumpulannya dalam muktamar PAS, lantas bertindak untuk bersama Gerakan Harapan Baru. Bayangkan jika mereka menang tempohari, apakah akan ada nada rajuk yang sama?

Kalah pada Muktamar, Mariah akhirnya memilih untuk berada di “kenderaan” yang berbeza untuk menuju destinasi yang dipilihnya, tanpa mahu mengakui erti sebenar demokrasi serta professionalisma dalam politik. Dia menafikan hak dan kemenangan mutlak pemandu dan pembantu pemandu kenderaan asal. Nada kecewa, dan mungkin sahaja tidak mahu kehilangan nikmat “manisnya berkuasa”.

Sekian lama mengikuti perkembangan politik tanahair, tidak pernah terfikir bahawa ianya akan hadir dari mulut seorang yang diangkat menjadi pemimpin PAS.

“Tidak masuk PAS bukan ertinya kafir”, atau “PAS hanyalah parti politik, bukan agama” membawa maksud yang sama seperti apa yang dilafazkan oleh Mariah.  Sedang tidak mahu bersama PAS sahaja sudah digelar “kafir”, apa pula fatwa untuk mereka yang percaya “keluar dari PAS bukan bermakna keluar dari Islam”?

Hari ini, Mariah membenarkan bahawa ahli-ahli UMNO berada di pihak yang benar sejak dahulu lagi dalam polemik kafir mengkafir dan siapa lebih Islam. UMNO lebih berpandangan jauh dan berjaya memahaminya.

Tahniah kepada UMNO dan ahli-ahlinya.



« (Previous News)
(Next News) »



28 Komen to “Keluar PAS Bukan Keluar Islam” – Baru Sedarkah?

  1. raplahjingaa says:

    Inilah ahli politik PAS !.masa keluar amanat aji adi, dan sampai kini aji adi tak pernah pun menarik balik amanat menkafirkan orang UMNO, ada makcik ni membantah ? bila dah keluar PAS baru nak mengaku PAS itu bukan Islam, dan Islam itu bukan PAS !!

    ” PAS haram seduit pun tak guna “

  2. abk says:

    Salam..
    1. Yang pasti, PAS bukannya ugama tapi parti politik yang hanya menggunakan perkataan “Islam” pada namanya.
    2. Perjuangan Islam perlu bermula dari diri sendiri, kaum kluarga, jiran2, masyarakat setempat dan kemudian seterusnya tersebar sendiri dengan ‘nur’ yang ada pada diri..
    Waallahu’alam

  3. jokowi says:

    PAS sudaaa….PISS….

  4. Memang Terok says:

    Mainan politik memang dahsyat dan terok sekali. Kerana politik orang boleh korbankan apa Saja termasok akidah dan agama. Masakan Hadi sebagai orang berilmu tidak dapat bezakan antara bangsa dan agama. Masakan Hadi tidak sedar orang Umno ke, orang Pkr ke, orang cap kepala lembu ke, asalkan mereka melayu, mereka bersolat 5 waktu, mereka ber puasa , ber zakat dan tunai haji SAMa saperti dia juga. Tetapi kerana politik Habis semua yang tidak dengan PAs jadi kafir. Politik bermakna puasa dan huruhara sungguh Manusia dalam mengejar kuasa. Tidak takut Allah tidak hirau dosa pahala. Wallahu alam

  5. Abu Bakar says:

    Keluar dari PAS memang bukan keluar dari Islam, selama ni puak PAS menakutkan ahli-ahli mereka dengan hukum hakam yang direka oleh para tok guru politik mereka. Macam isu Amanat Haji Hadi dulu, sampaikan kerana perbezaan politik, suami isteri bercerai berai, ibu bapa tak mengaku anak kerana anak penyokong UMNO dan mak bapak penyokong PAS, malahan ada anak yang tak pedulikan mak bapak sebab anak penyokong PAS, mak bapa penyokong UMNO, kenduri kendara dipulaukan kononnya haram makan kenduri rumah ahli UMNO, malahan tak mau uruskan jenazah ahli UMNO kerana kata ahli UMNO tak Islam, sampaikan dalam solat pun, dalam satu masjid atau satu surau, dalam waktu solat yang sama, ada dua jemaah, kononnya tak sah ikut solat imam yang menjadi ahli UMNO atau menyokong UMNO, malahan ada yang anggap sembelihan oleh ahli UMNO walaupun beragama Islam sebagai bangkai, ada yang berkelahi adik beradik kerana berbeza fahaman politik, saudara mara berkelahi kerana berbeza fahaman politik, betapa dahsyatnya tok guru PAS, buat hukum hakam sendiri sesuka hati, berceramah menghasut orang ramai dengan menggunakan agama akhirnya masyarakat jadi huru hara.

    Tetapi kepada juak-juak Najib, kena faham juga, undi tak percaya kepada Najib bukannya nak menggulingkan kerajaan, kena faham bahawa yang diundi tak percaya itu adalah Najib, bukannya Barisan Nasional. Oleh itu jangan terpedaya dengan pembohongan dari Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri penipu itu.

    Malahan juak-juak Najib kena bezaka antara derma untuk parti dari seoarang tok arab yang ikhlas dengan derma untuk negara dari Arab Saudi, beza banyak tu.

    Lagi satu, tunai, asset, dan unit adalah tiga perkara yang berbeza, macam mana tunai sebanyak USD 1.103 billion boleh berubah menjadi asset dan kemudiannya berubah lagi menjadi unit dengan tak semena-mena?

    Kena faham itu semua juga.

    Sedarlah semua.

  6. sireh ke gagang says:

    banyak minum ketum & hisap ganja ke abu bakar ? org cerita pasal dr mariah & pas kota raja , kau merepek ke najib. ke kau dah makin sewel ?

  7. GT86 says:

    Teruk sangat bangsa Melayu di serang secara halus.
    DAP dah korek UMNO. UMNO bergolak.
    DAP dah sodomi PAS. PAS almost dead
    Sekarang DAP rogol PKR
    Melayu dah di pecah dan bergaduh sama sendiri.
    DAP yang rasis, penyamun, penipu dan jadi kepala setan..goyang kaki senang hati.

  8. Abu Bakar says:

    Sireh ke gagang telefon, tak payahlah nak merapu, saya tak merepek, saya hanya mengingatkan kepada juak-juak Najib, bahawa undi tak percaya kepada Najib di parlimen bukanlah undi tak percaya kepada kerajaan Barisan Nasional, samalah juga dengan keadaan Mariah Kota Raja keluar PAS, PAS tu bukannya agama pun.

    Jadi yang minum ketum sambil hidu gam adalah kau tu sendiri, sireh dah pulang ke gagang telefon.

    Sedarlah diri.

  9. Abu Bakar says:

    Sireh ke gagang telefon, tak payahlah nak merapu, saya tak merepek, saya hanya mengingatkan kepada juak-juak Najib, bahawa undi tak percaya kepada Najib di parlimen bukanlah undi tak percaya kepada kerajaan Barisan Nasional, samalah juga dengan keadaan Mariah Kota Raja keluar PAS, PAS tu bukannya agama pun.

    Jadi yang minum ketum sambil hidu gam adalah kau tu sendiri, sireh dah pulang ke gagang telefon.

    Jangan nak putar tak tentu hala, saya hanya memberikan contoh yang sama dengan perbuatan Mariah Kota Raja tu.

    Sedarlah diri.

  10. MAT YO says:

    Hai Abu Bakar….kalau tak ambik ketum2 nape tajuk pun tak erti??

  11. MAT YO says:

    Hai Abu Bakar…jgn sampai nama PM dan TPM terpalit yang bukan2 ya.

  12. musanghitam says:

    bila perjuangan agama dijadikan bahan lacuran dalam berpolitik inilah jadinya , akhirtnya mereka sendiri mengelirukan pengikut mereka sendiri.

    samalah macam Mahathir kepala kutty, selama ini merasai nikmat menjadi PM dengan UMNO pada hari ini bila habuan tidak dapat dirasai mula merapu macam abu bakar…kah kah kah kah

  13. Abu Bakar says:

    Apa lagilah juak-juak Najib ni merepak, Tun Dr. Mahathir tak khianati UMNO, yang khianat UMNO adalah Najib dan juak-juak belaannya seperti musanghitam itu.

    Tengoklah dah tak boleh pusing lagi dengan isu RM 2.63 billion tu, habis UMNO dilingkupkan.

    RM 2.63 billion pada mulanya kata sebagai derma untuk UMNO dari seorang tok arab yang sangat ikhlas, tapi tiba-tiba dah bertukar pula jadi derma oleh Arab Saudi kononnya kerana Malaysia mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan memerangi pengganas IS pula sedangkan masa bulan Mac 2013 kumpulan pengganas IS tu pun tak wujud lagi.

    Malahan wang derma untuk UMNO boleh masuk pula dalam akaun peribadi Najib, bila dah tukar kepada wang derma untuk negara pun boleh masuk akaun Najib pula, entah Arahan Perbendaharaan nombor berapa pun tak tahulah yang membenarkan wang milik negara dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin.

    Sila musanghitam jawab, dalam Arahan Perbendaharaan nombor berapakah yang membenarkan wang milik negara disimpan atau dimasukkan ke dalam akaun pemimpin? Malahan ada ke pekeliling perbendaharaan, surat pekeliling perbendaharaan, malahan sila nyatakan apakah undang-undang yang membenar wang negara di masukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin.

    Sila beri penjelasan, tak payahlah nak hina Tun Dr. Mahathir dan nak hina saya pula, sila jawab isu, bukannya merapu tak tentu hala dengan tuduhan melulu yang bukan-bukan pula.

  14. Pemerhati says:

    kepada cik burn…

    yo lah betul lah semua tu, ko je yang betul

  15. Abu Bakar says:

    Pemerhati, saya tanya soalan, yang kau merapu tak tentu hala tu apalah? Saya tanya mana satu yang betul pada RM 2.63 billion itu? Derma untuk UMNO dari seorang tok arab yang ikhlas atau derma kepada Malaysia kerana mengamalkan ahli sunnah wal jamaah dan memerangi IS sedangkan IS pun tak wujud lagi masa Arab Saudi dermakan wang itu yang dimasukkan ke akaun Najib itu?

    Mana satu yang betul ni?

    Kalau wang itu derma dari tok arab yang ikhlas kepada UMNO, apakah Najib menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk diishtiharkan sebagai harta UMNO dan direkod dalam Penyata Kewangan tahun 2013? Apahal tok arab yang bukannya ahli UMNO dan bukannya rakyat Malaysia nak beri derma yang begitu besar kepada UMNO pula, malahan derma itu apahal dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib?

    Kalau wang RM 2.63 billion itu adalah wang derma kepada Malaysia, apahal wang derma itu dimasukkan ke dalam akaun Najib? Dalam Arahan Perbendaharaan nombor berapakah membolehkan wang milik negara dimasukkan ke dalam akaun peribadi pemimpin? Malahan ada ke mana-mana pekeliling perbendaharaan atau surat pekeliling perbendaharaan atau apa-apa warta undang-undang yang membenarkan wang milik negara dimasukkan dan disimpan dalam akaun peribadi pemimpin?

    Sila jawablah, bukannya merapu tak tentu hala ke longkang pula.

    Sedarlah semua.

  16. Anak_Nogori says:

    Pak abu tu kalau tak mabuk daun ketum..dia mabuk todi lah tu..kita semua cerita pasal keluar pas bukan keluar islam…dia merepek meraban dgn tape rekoder buruk dia tu jugak lagi..

  17. Tun says:

    Sedar2 la tuan2 semua…dah tak tahan aku nengok korang kena sekolah dgn Abu Bakar. Dia ada byk point2…kalau setakat nak balas hujah2 dgn modal mamak kutty la…kepala kutty la…baik korang simpan je la menda2 bengap nie dlm kepala. Malu la standard melayu punya pemikiran camni…hari2 aku baca asyik nak tergelak je. Posting nie senang je nak komen: PAS memperalatkan Islam demi politik dan undi melayu. Abis cerita. Yg pasti posting mengarut2 mykmu nie sengaja ditepek byk2 di sini semata2 mau mengabui mata org yg skrg tertumpu kat Najib dan 1YeeemmmDeeeeBeee…atau 1MDB – Satu Malaysia Dapat Badi….lalu bercambah menjadi mcm2 side story yg terkantoi seperti “derma” 2.6 billion. Asal2 cerita pasal Najib tapi mykmu kasi tepek byk2 cerita lain mcm DAP pon buat menda yg sama…PAS pon kelentong org..PKR pon songlap billion2 walhal mmg semua 3 juta ahli UMNO dah tau sejak dulu lagi integriti puak2 tu mmg ZERO. Tak payah susah2 nak tepek kat sini. Skrg kasi tepek story Najib dan belut2 peliharaannnya…mcm mana mau lepas kali nie…ruang komen nie akan penuh dgn fakta2 balas selagi mykmu nie dok nak menegakkan benang yg basah termasuk la korang2 yg tegar Najib aka belut2 cash is king.

  18. Abu Bakar says:

    Anak Nogori, siapa yang mabuk ketum ni? Kau kot yang mabuk ketum sambil hisap gam, merapu tak tentu hala menuduh saya dengan tuduhan yang bukan-bukan pula.

    Ada kau dengan dengan kawan-kawan mentality CASH IS KING kau tu jawab soalan aku ke? Korang hanyalah merapu tak tentu hala sahajalah.

    Inilah natijahnya Najib suruh pecacai bengong yang tak tau hujung pangkal menjawab bagi pihaknya pasal isu 1MDB dan RM 2.63 billion itu, semua merapu tak tentu hala.

    Terima kasih saudara Tun atas sokongan saudara.

    Sedarlah semua.

  19. System baru says:

    Sudah abu ya mana tun m kesayanag kau itu dah bagi cermah ke pada macai dap dan pkr itu, ketum abu ya jika minnum sedap juga dalam dalam ingatan pengikut abu ya itu tun itu

  20. Tun says:

    System baruA August 20th, 2015 at 11:36 PM….Hehehehe…apa la ko dok merepek nie..tak tau nak cakap apa lagi dah….hehehe

  21. System baru says:

    Apa tunggu lagi tun m bagi ceramah pada ghb itu macai pkr semua bangga pda tun m itu tu ha.ha.ha. ceramah berbunyi berceramah tampa bukti ada, awar tak boleh diliwat vs anak tun m diliwat dan dibiasakan suka sama suka, pasti mendapat sambutan menggalakan

  22. Tun says:

    System baruA August 21st, 2015 at 12:19 AM…pegi la tido…dah malam…besok nak sekolah!

  23. System baru says:

    sedar lah anwar suka sama suka
    Suhakam ngo di tubuhkan tun m suka sama suka
    Sedar lah suka sama suka
    Marina suka sama suka
    Apa nak jadi peliwat tegak anwar pun suka saman suka
    Komdom percuma dan jarum dadah percuma suka sama suka

    Sedar lah abu ya suka sama suka
    Dengan satu azam ngo suhakam suka sama suka tubuhkan oleh tun m itu
    Lupa selogan ngo suhakam suka sama suka

    Sedar lah suhakam suka sama suka

  24. Tun says:

    System baruA August 21st, 2015 at 12:47 AM…Merepek la ko..abuya….abuyaa..

  25. Memang Terok says:

    ABU Bakar pakar recycle. Dia tidak copypaste tapi dia recycle teori buangan berkali2 walaupun tahu teori itu basi dan tidak boleh diguina pakai.

    Masokkan fakta dalam tulisan. Sediakan bukti dalam dakwaan baru bunyi nya mantap dan mampu beri kenyakinan orang tak macam tulisan orang mabok ketum saja.

  26. raplahjingaa says:

    Sana nak bukti..sini nak bukti….Najib belum bagi bukti apa satu pun yang dia tak pecah amanah !! kecuali cakap-cakap dia sendiri yang suruh rakyaat percayakan dia !!

    pada peminat-peminat Najib…secara terus terang bukti kan Najib tak pecah amanah ?? jangan pulak maki hamun, caci cela dijadikan bukti.

  27. System baru says:

    abu ya telah terbukti ngo suhakam yg dibuat tun m suka sama suka.bukti telah nyata sekarang ngo suhakam suka sama suka. bukti kau cakap kan itu hanya petik dari sinar kemudian kau putar alam seoleh2 najib besalah, tak payah nak gunakan taktik bodoh di ulang2, aku pun boleh Buat

  28. Tun says:

    Peminat2 setia Najib cuma tau copy paste komen org lepas tu merapu…yg ada2 tu recycle cerita hikayat mamak kutty melayu dajal tak sudah2 walhal dah basi giler…mencarut bila dah kalah…ada yg pusing2 mcm langau taik pon ada bila komen2 tu…persamaan diorang ialah masing2 syok sendiri mcm cyberwarrior Najib yg bijak2 belaka walhal bodoh giler masa jawab soalan Abu Bakar…kalau recycle pon soalan2 adalah disebabkan hujah balas yg tak menjawab melainkan bersifat yg mcm aku cakap tadi. Yg best tu siap nak fakta walhal berkoyan2 fakta diberi. Modal fakta peminat2 Najib adalah apa yg disua ke mulut oleh Najib suruh telan bulat2…kalau boss kata derma maka semua kuli batak dia kena kata derma…kalau boss kata takpe maka berderai2 la peminat2 dia kata takpe walhal ekor penuh tahi…hmmmmm…lantak korang la…aku nak nengok je Najib boleh lepas ke dok nanti.

Leave a Reply