Menu Utama

E-mel Pembaca: Ahli UMNO Perlu Keluar Dari Kejahilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

1. Saya menerima satu pesanan WhatsApp yang kononnya dari ahli UMNO dengan mukadimah seperti berikut, “Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.”

2. Membaca keseluruhan panjang lebar ulasan beliau saya hadir kepada dua kesimpulan. Pertamanya, inilah ahli UMNO yang masih dalam zaman jahiliyah, malas membaca, emosional dan kaki sakau projek. Kedua, penulis tersebut dari kumpulan “taksub dan taklid” pro-Tun Mahathir.

3. Masalah 1 Malaysia Development BErhad (1MDB) adalah masalah kerajaan bukan peribadi Mohd Najib. Ia masalah sebuah syarikat kerajaan yang harus menjadi tanggungjawab bersama kerajaan Barisan Nasional. Jika ada yang menyatakan menyatakan Kabinet tidak menyokong 1MDB, maka beliau harus meletak jawatan. Sehingga kini tidak ada seorang pun meletak jawatan termasuk Timbalan Perdana Menteri sebelum ini, yang terpaksa digugurkan bukannya meletak jawatan atas prinsip.

4. 1MDB sama seperti permulaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Perwaja, Proton, TNB dan banyak lagi syarikat kerajaan. Jika ia rugi atau untung adalah tanggungjawab bersama kabinet dan parti pemerintah termasuk UMNO. Dalam konsep demokrasi seperti Malaysia, parti pemerintah tidak boleh mencuci tangan mengatakan kelemahan pentadbiran sebagai bukan tanggungjawab mereka.

5. Penulis tersebut turut merepek dengan menyatakan tidak masuk akal untuk ahli UMNO menjawab kesalahan yang dibuat oleh Presiden UMNO. Hakikatnya, Presiden UMNO tidak pernah meminta ahli UMNO menjawab bagi pihaknya. Beliau hanya meminta ahli UMNO menyampaikan dan mempertahankan jawapan yang telah beliau berikan.

6. Ia tidaklah susah sangat kecuali anda ialah ahli UMNO yang mempunyai agenda menjatuhkan Prseiden parti secara taktik kotor dan jahat.

6. Bagi memainkan sentimen benci Mohd Najib, beliau juga mempertikai pelaburan 1MDB. “macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?”

7. Jika beliau ambil masa membaca dan mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu bahawa Brazen Sky itu anak syarikat 1MDB yang membuat pelaburan dalam Petrosaudi. Kalau penulis ini tidak membuang masa membuat cerita karut tetapi lebih mendengar penjelasan 1MDB tentu beliau tahu AABAR Invenstment tersebut ialah anak syarikat kerajaan Abu Dhabi. Jika dibuat sedikit carian tentu beliau tahu GIL Fund pula merupakan syarikat pelaburan hartanah.

8. Pernah anda bertanya begitu terperinci ke mana Permodalan Nasional Berhad (PNB) melaburkan wang untuk membayar dividen kepada pemegang unit tabung Amanah Saham Bumiputera, ASN dan lain? Pernah kita mempersolkan mengapa labur di sini bukan di sana, atau potfolio apa? Tidak! Sebab kita memberi amanah kepada PNB melabur bagi pihak kita dan membayar dividen. Demikian juga pelaburan-pelaburan 1MDB dalam syarikat “unit trust” di luar negara dengan syarat-syarat tertentu. Mana mungkin rakyat mahu terbabit dalam setiap keputusan yang hendak dibuat oleh sesebuah syarikat kerajaan.

9. Penulis tersebut juga membangkitkan isu IPP. Keputusan pengurusan 1MDB mengenai pembelian IPP tentulah keputusan perniagaan. Misalnya 1MDB dituduh beli IPP yang hendak tamat kontrak dengan harga mahal. Ikut logik jika tunggu habis kontrak IPP tersebut jadi murah. Ini masalah bila si bengong hendak menjadi pengurus.

10. IPP tersebut akan tamat kontrak tapi jika ia menghentikan operasi apabila tamat kontrak, kawasan terbabit akan bergelap. Boleh TNB bina janakuasa dalam sekelip mata? Tidak boleh, apabila tidak boleh, kuasa rundingan bukan pada TNB lagi tetapi pada IPP. Ada jaminan kroni-kroni Tun Mahathir ini tidak minta harga lebih tinggi? Untuk rekod, IPP bukanlah semacam lori janakuasa yang boleh dipindah-pindah sesuka hati.

11. Si bangang ini (maaf kerana berkasar) juga mempersoalkan mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB melaksanakan projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB melalui Jimah Timur 3B. Edra dan Mitsui Jepun mengadakan JV memenangi tender, tidak mampu meneruskan kerana kekurangan dana. Dana sepatutnya diperolehi melalui IPO. Tetapi kerana ramai bangang dalam UMNO menyerang 1MDB, maka IPO terpaksa dibatalkan untuk elak kegagalan.

12. TNB selamatkan Edra? Apa kebodoh pernyataan tersebut. Sebaliknya TNB lagi untung mendapat projek ini. TNB sebenarnya telah kalah dalam bida sebelum ini. Apabila 1MDB setuju serahkan kepada anak syarikat TNB mereka telah berjaya mendapat penilaian semula dengan harga tarif lebih tinggi dari yang ditawarkan oleh 1MDB sebelum ini. TNB untunglah bodoh bukan rugi!

13. Penghasut ini juga bertanya soal derma RM 2.6 bilion. Sudah dijawab oleh Presiden UMNO bahawa derma tersebut untuk membantu kempen pilihan raya Barisan Nasional. Penderma bersetuju menderma dan mahu masukkan dalam akaun khas dengan nama Mohd Najib Abdul Razak. Jadi prinsip akaun mana menyatakan derma tersebut perlu dilaporkan dalam akaun parti?

12. Pernah pemimpin UMNO di bawah bertanya dari mana datang wang buat poster, beli iklan, cetak risalah, bantu baiki surau, masjid, bantuan langsung anak yatim, pelajar universiti, pelajar sekolah dan bantuan makanan kepada oarng miskin. Ini belum kira elaun pasang poster, pasang bendera, konvoi bermotor, peruntukan bilik gerakan, Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, ketua wanita dan ketua puteri Bahagian dan cawangan?

13. Saya merasa kasihan kepada penghasut tersebut. Beliau bukan sahaja sedang merosakkan UMNO malah menanggung dosa fitnah dan mengadu-domba masyarakat hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu politik ketuanya.

14. Ahli UMNO perlu keluar dari kepompong kejumudan dan kejahilan jika mahu kekal menjadi parti pemerintah. Mereka perlu menjadi ahli yang berilmu bukan burung kakaktua yang mengulang-ulang kata-kata musuh sehingga menjadi satu kebenaran.

15.Perintah pertama Allah kepada Muhammad ialah Iqra’ “Bacalah! Bacalah! Bacalah! Wahai Muhammad”. Allah tidak menyuruh sebar fitnah, main wahtsapp, mengumpat dan menagdu-domba.

Amin Yatim
Petaling Jaya
emel pembaca: mykmu.net






30 Komen to E-mel Pembaca: Ahli UMNO Perlu Keluar Dari Kejahilan

  1. Tun says:

    Amin Yatim…ko byk mengarut…

  2. raplahjingaa says:

    Amin Yatim…terima lah kenyataan hanya tinggal sedikit ahli UMNO yang masih mahu Najib memimpin Negara…hang rasa kasihan dekat semua orang, tapi hang tak kasihan pada UMNO yang kini terkulai layu dibawa pimpinan Najib. Najib hanya perlu menjawab segala kemusykilan dan keadaan UMNO kembali aman….ayat-ayat seperti ” ahli UMNO kena percayakan saya ” adalah ayat-ayat dari pemimpin yang lemah….merayu-rayu untuk sokongan.

  3. Anak_Nogori says:

    Saya masih yakin dgn kepimpinan najib..beliau masih boleh memimpin rakyat menuju kearah yg lebih gemilang tanpa diganggu gugat oleh madey…madey pun bukan semua kata2nya diterima baik oleh rakyat, krn rakyat pun tahu siapa madey?.

  4. Anak_Nogori says:

    Pak abu nak spin apa plak lepas ni?.

  5. System baru says:

    betul itu tak satu aset jual oleh 1mbd itu dan bil out di keluarkan untuk selamat syarikat 1mbd,
    bil Seperti syarikat bank bumiputera, perwaja,pkfz ,celcom dam mas semua ada bil out tun m itu kerana kebijaksanaan tun m itu

    Macai macam tun bin abu ya itu fanatik sangat, jika ahli umno tahu fakta sebenar tak dengar cakap tun m itu, perkara sama tun m dicuba laku pergi masa dulu pergi bercerama pentas dan sekarang pergi bercermah di pkr dan dap itu
    Najib punya baik tak menhina tun m apa dia lakukan pada najib itu, tun m langsung tak berterima kasih pun, kalau

    Sedar abu ya penipuan anda tak akan berjaya

  6. rockers says:

    menjilat aje….

  7. Iken says:

    Amin Yatim….siapa “penghasut” yang dimaksudkan?….so powerful aah sampai boleh merosakkan UMNO?….kiranya pengaruh mcm Tun M lah…bila dia bersin, satu rakyat Malaysia dapat selsema….

  8. System baru says:

    Semakin ramai abu ya fanatik sangat dengan tun m. Tak tahu fakta dan tak ada bukti , itu lah ajaran bil out tun m itu

  9. System baru says:

    Abu ya pengasut pun sama macam Iken jawablah apa fata yg beri oleh Amin Yatim , aku yakin macai macam abu ya pun tak boleh jawab?

  10. System baru says:

    abu ya Copy paste tetap copy paste, menyokong debat nya copy dari sinar dan che det bikin memalukan je

  11. raplahjingaa says:

    udah-udah la tu SB hang buat lawak….time hang pi tuition ni…hehehe

  12. Tun says:

    Tu laa…si System baruA nie..keje sekolah tak buat…tuition tak pegi…menepek 24jam merapu2 abuya abuya kat sini…

  13. Anak_Nogori says:

    Sapa makan cili, dia lah kena pedasnya…cer tanya madey..madey ke?’

  14. Anak_Nogori says:

    Dah panjang lebar penulis menulis…beri fakta bagai..adakah pak abu masih duk tanya bende yg sama kah?….tape rekoder buruk pun reti dan tahu bila nak berhenti memfitnah..

  15. raplahjingaa says:

    Penulis masih lagi dalam denial syndrome, menafikan yang majority ahli UMNO
    telah menolak kepimpinan Najib, dan Najib telah menggunakan macam-macam
    cara untuk kekal Nampak seperti disokong, termasuk pengunaan wang dan juga
    memeras ugut pegawai-pegawai kerajaan.

    Seperi appendix 1, segelintir peminat-peminat Najib di api-apika oleh orang
    orang yang ada kepentingan besar untuk terus memastikan Najib terus berkuasa
    termasuklah penulis sendiri …kepentingan peribadi penulis mengatasi
    kepentingan UMNO untuk terus berkuasa dengan kepimpinan yang berkaliber

    1MDB bukan masaalah Najib tapi masaalah kerajaan ?? hmmmm….tak payah lah
    aku nak layan…komen yang tonggong macam tu, siapa yang tubuhkan 1MDB tanpa
    parlimen endorsement ?? Najib !!

    Penulis hanya boleh mentonggongkan peminat-peminat Najib dengan statement
    sekabur ini…MAS – pengankutan udara, Pewaja – besi keluli, Proton –
    Automobil, TNB-Tenaga, Apa core business 1 MDB sehinggkan fund yang ada di
    gunakan untuk trading di Cayman Island dalam keadaan yang mencurigakan ??

    Kebanyakan ahli UMNO kecuali peminat-peminat Najib telah amat bosan, nak
    kelihatan bodoh untuk mempertahankan jawapan yang tak macam jawapan yang
    dia berikan….really apa jawapan yang telah diberikan Najib tentang
    mismanagement 1 MDB ?? tak ada jawapan sebenarnya…dia hanya cakap berpusing
    pusing mengalahkan gasing.

    Tak susah ? sehingga Najib sendiri tak tahu nak cari jawapan untuk melepas
    tengkuknya sendiri…inikan pulak macai-macai Najib

    Brazensky yang membuat pelaburan dalam masa tak sampai setahun pun dipetro
    Saudi ?? penulis tak tahu detail sebenar tentang dealing yang amat meragukan.
    dan penulis pura-pura nak tunjuk pandai,alllloo..ASN pun nak kena tunggu
    setahun baru nak dapat dapat dividen

    Ya keputusan perniagaan…bila YTL Power diberi kontrek oleh kerajaan dahulu
    dengan cara yang hampir sama, apa macai-macai Najib kata ??? penulis ni jenis
    melayu yang mudah lupa !

    Penderma bersetuju duit tu dimasukkan kedalam akaun Najib ?? kata siapa ?
    kata Najib….siapa penderma tersebut rahsia ?? sebab-sebab kegagalan 1 MDB
    rahsia. Mana pi duit MDB ? rahsia….dan tiba-tiba ada 2.6 Billio dalam acc
    Najib…itu rahsia yang tak jadi rahsia lagi !

    Ketonggongan penulis setakat ini hanya berjaya menjual sekerat dua peminat-
    peminat Najib…majority ahli-ahli UMNO hanya akan mentertawakan penulis
    jika tulisan penulis tonggong ini diviralkan..

  16. Tun says:

    Anak_Nogori…fakta2 mengarut tu ke? Sapa2 pon bleh bagi.

  17. Tun says:

    1MDB – Masalah Najib
    Derma RM2.6 billion – Masalah Najib

    Takde kena mengena dgn UMNO…tapi bila Najib dah seret sekali maka terpalit la UMNO.

  18. Spy Bukit Gantang says:

    Aik. Burung kakak tua pun ada En Amin. Nak tambah sikit, burung kakak tua yg “paranoid” dan burung “miner” yg hanya tahu mengajuk, memaki, menghina dan mencarut. Tak salah burung2 tu. Tuan dia yg tak pandai didik.

    Yg buruk je nampak. Yg baik tak d hargai. Betul kata2 ‘Younger But Wiser’ dulu.

    Mengaku berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara konon.

    Maafle. Agama apa agaknya? Bangsa apa itu? Negara mana?

    Setakat sumbangan menghasut dan mengadu domba . Simpan je lah .

  19. GT86 says:

    Amin Yatim tak duit. Cari duit.
    Macam MYMKU, dapat tempias duit derma Bugis.

    Bangga sungguh si Bugis ni kata dia di pilih oleh rakyat. Rakyat Pekan jea pun.
    Bila rakyat nak tanya, lari selamatkan diri kononya mengancam nyawa. Baru isytihar pahlawan..lari pulak dari medan perang. Ala perang pakai mulut jea pun.
    Salahguna kuasa beli tanah orang Melayu.
    Mana ada?… Derma utk UMNO pastu Derma utk Negara lawan IS. Derma aje pun.
    1MDB.. Unit .. Just unit jea pun.
    Pada Kabinet, cakap ubah ubah. Ala kabinet jea. Cash is king.
    BR1M nak x?….. Tak nakkk!
    Guling orang pastu warning jgn rampas kuasa sbb di pilih rakyat.
    Pelabur bawa duit banyak tapi sampai KLIA aje.
    Hari ni bank di China pun dah xnk terima ringgit. Ala ok jea
    Najib.. Najib, bernafas dengan sumpah seranah rakyat jea la.

  20. Tasyahud Akhir says:

    Ape perlunya 1mdb:
    1. Kenapa perlu aabar, petrosaudi bagai kalau petronas lebih bagus malah syarikat kedua terbaik dunia
    2. Kenapa perlu prima bawah 1mdb kalau syarikat perumahan negara boleh memainkan peranan tersebut
    3. Kenapa perlu 1mdb mengurus dan melabur dalam ipp jika tnb lebih berpengalaman menguruskannya.

    Menteri dan pemimpin umno macai najib sibuk komen pasal DEIG di selangor. Padahal penubuhan redundant dgn keujudan MBI incorporated. Soalannya tidak kah ini sama dgn penubuhan 1mdb. Cuma mastermindnya berbeza najib dan azmin. Sorang kawan nuar dan sorang lagi anak didik nuar.

  21. Tasyahud Akhir says:

    Hish hish guru tuition sb tengah cari dia ni. Dah lari pulok….

  22. mae says:

    ahli Umno jugak kena. Ahli Dap, Pkr, Pas, Mca, Mic, Ghb dll tu sempurna sgt ke.

  23. System baru says:

    copy paste tetap copy paste he he
    Sebab bagi llp pada bagi tendar pada ytl ‘tmb terpaksa lakukan bil out di keluarkan lagi hebat tak idea anwar dan tun m itu tmb tak ada untung

  24. Anak_Nogori says:

    Fakta org mengarut..fakta dia je yg betul.

    Macai macai.

  25. semangat dato' haron says:

    Dasar mamak kutty menipu melayu

  26. abk says:

    Salam..
    Menarik artikel ni… 🙂
    Ini pendapat & pandangan peribadi saje:
    01. (rujuk perkara 6, 7 & 8 dalam artikel ni). Pelaburan PNB tidak sesuai digunakan untuk dibuat perbandingan dengan pelaburan 1MDB.
    02. Rakyat melabur melalui PNB dan TAHU risiko pelaburan yang dilakukan dengan jaminan pulangan oleh kerajaan yang menguntungkan. Bermakna, pelabur “in the know” & memberi kebenaran (consent) apabila mereka melabur dengan PNB.
    03. Dalam kes 1MDB, duit pinjaman dari beberapa bank (hutang with interest?) digunakan tanpa pengetahuan rakyat (1MDB di bawah MOF, ie, kerajaan, ie, Rakyat)
    – PNB = rakyat tahu & bagi kebenaran
    – 1MDB = rakyat tak tahu, tapi secara tak langsung terlibat?
    04. (rujuk perkara 9 & 10). Mengenai pembelian IPP, memang banyak persoalan.
    05. Saya taknak pertikaikan harga belian RM12B, yakni willing seller, willing buyer, tapi “Inherited Debts” sebanyak RM6B semacam tak kena. (rujukan: http://www.1mdb.com.my/sites/default/files/1MDB-infographic-1-new.jpg & http://www.1mdb.com.my/sites/default/files/1MDB-Infographics-2.jpg)
    06. Kalau IPP “generate” untung (sudah pasti), kenapa tidak digunakan saje sebahagian daripada keuntungan itu untuk membayar “Inherited Debts” secara progresif (instalment)?
    07. Saya pernah terbaca “Inherited debt by the IPP which 1MDB had to assume as part of the cost of acquisition” (perkataan assume, ie, forecast, anggapan).
    08. Komen saya adalah, harga pembelian yang tinggi (RM12B) tu saya rasa dah pun termasuk “assumed & forecasted cost”. Soalnya, kenapa perlu berhutang (with interest?) untuk bayar hutang (inherited debts)?
    09. Pengambil-alihan tidak semestinya kena henti operasi. Ianya makan masa yang agak lama untuk menyiapkan perjanjian, raise fund & pembayaran. Boleh saja “effective date of taking over operation” dimasukkan ke dalam S&P sebagai pada penghujung kontrak IPP tanpa menggangu operasi. Lagi pun pengambil-alihan tidak membabitkan staf sedia-ada.
    10. Mungkin penulis artikel dapat berikan penjelasan lebih terperinci (atau bagi link yang reliable)?
    TQ. Wallahu’alam…

  27. System baru says:

    Tasyahud Akhir
    Macam ini kalau ceo petronas tak melabur pada 1mbd macam kena panggil orang lain
    Lagi lebih panggil arab melabur sebab apa cuba tengok pelaburan arab di asia dan di amerika semua berjaya contoh terhebat apple,sumsung,kia, itu tampa pelabor arab tak ada syarikat apple itu bertahan, kalau tun m je panggil orang jepun dan orang putih mana nak maju, kita kena perbagaikan negara dalam pelaburan kita,

    Kenapa 1mbd syarikat Perumah negara itu tumpurkan pada rumah kos rendah ada faham tak,syarikat 1mbd tumputkan pada projek yg berkos tinggi

    Tanya pada tun m itu kenapa perlukan ytl power itu jual elektik lebih mahal dan terpaksa tmb terpkasa bil out itu, lupa pesan 1mbd llp kerjasama Mitsui untuk logi, ytl kerjasama siapa aku pun tak faham ia sampai minta banyar lebih pada tmb itu, sila jawab ia, tak akan dia pakai barang syarikat china dan mede in china kot tentu murah sikit minta bayaran lebih he he he

  28. Anak_Nogori says:

    ‘Mereka peguam, bukan tidak tahu undang-undang’
    RAZIATUL HANUM A.RAJAK
    21 OGOS 2015

    SHAH ALAM – Pihak yang menyuarakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digulingkan namun dalam masa sama mengekalkan kerajaan sedia ada sebenarnya tahu perkara itu tidak boleh berlaku.

    Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Abdul Halim Sidek berkata, kumpulan seperti Bersih 4.0 seolah-olah tidak tahu peraturan sebaliknya tetap memilih untuk mengelirukan rakyat.

    “… mereka bukan tidak tahu undang-undang negara kita. Tekanan-tekanan yang mengatakan ‘kami bukan nak tumbangkan kerajaan tapi kami tidak mahu Najib sahaja’, ini satu kenyataan yang mengelirukan rakyat.

    “Hakikatnya mereka tahu. Ramai peguam dalam parti dan NGO termasuk Ambiga (Bekas Pengerusi Bersama Bersih),” katanya kepada Sinar Online.

    Tiada istilah hanya mengguling Perdana Menteri tetapi mengekalkan kerajaan kerana jika Perdana Menteri melepaskan jawatannya, barisan Kabinet juga bakal bubar mengikut Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan.

    “….perkara itu tidak dapat dielakkan kerana ia adalah sistem negara ini. Dalam Perlembagaan, kalau nak guling Perdana Menteri, kena guling jawatan dan pemerintahannya sekali. Itu pakej.

    “Boleh rujuk Perkara 43. Kalau turunkan jemaah menteri, maka kita turunkan kerajaan. Katakanlah saya tak nak Najib, saya nak Muhyiddin (bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin), maka turun Najib, naik Muhyiddin.

    “Itu tidak boleh. Sebab Najib adalah Perdana Menteri kepada jemaah menteri. Ini sistem kita,” katanya lagi.

    Menurut Perlembagaan Persekutuan, di bawah Perkara 43 (4) berkenaan jemaah menteri, jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan jemaah menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

    Menurut Abdul Halim, tekanan yang diberikan kepada Najib hari ini adalah untuk ‘memaksa’ supaya Ahli Parlimen Pekan itu memanggil pilihan raya awal.

    “Jika berlaku undi tidak percaya di Parlimen, Najib akan letak jawatan bersama-sama jemaah menterinya. Tak boleh pula menterinya kata tak mahu letak jawatan atau beliau boleh membubarkan dewan (Dewan Rakyat) untuk laksanakan pilihan raya awal.

    “Mana satu pun, memang akan menyebabkan berlakunya pilihan raya. Ini yang mereka nak. Mereka mahu tekan Najib supaya buat pilihan raya awal,” katanya.

  29. Anak_Nogori says:

    Sama Madey lah ni…tak tahu undang2..nak minta MP pembangkang gulingkan Najib, tapi nak kekalkan menteri2 BN yg ada.

  30. gunting says:

    Mereka yg bising mengatakan DSN kehilangan sokongan ahli2 UMNO samalah dengan puak2 GHB dalam PAS kata Ust Hadi dan geng2 ulamak telah kehilangan sokongan ahli2 akar umbi PAS.

    Tetapi malang….bila buat pemilihan ,sokongan GHB hanyalah sekitar 20%…kui.kui…kui..

    So jgn dok gebang kat sini..pasal2 sokongan pada DSN.Berapa kerat jer yg dok komen dlm mykmunet ni.
    Tu blum tolak geng rba,pkr dan totok PAS lg.

    Jika TDM nak tahu brape kerat penyokong dia,nt pemilihan UMNO tolong daftar lawan DSN.
    Untung sabut anda menang dan jadi PM balik.
    Untung batu anda tenggelam dan dilupakan terus

Leave a Reply