Menu Utama

#DEIG: Antara Jual, Bankrap & Jual, Dan Memfaraid Harta Rampasan Perang?

azmin panda 1Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini.

Aset-aset milik Yayasan Selangor seperti Asrama Tun Dr. Ismail (ATDI) dan Asrama Toh Puan Norashikin (ATPN) hanya tinggal sejarah, apabila nilai tanah yang tinggi membangkitkan nafsu dan serakah demi keuntungan, sekaligus menafikan signifikan penubuhan yayasan itu sendiri. Dan itu hanyalah sebahagian dari kisah duka hilangnya harta rakyat bumi Darul Ehsan.

Jika penjualan aset negeri secara terus dan rakus sangat popular dalam era pemerintahan Khalid Ibrahim, alasan bankrap ke atas aset-aset anak syarikat negeri pula menjadi semakin popular sejak Azmin Ali mengambilalih kuasa pentadbiran selaku Menteri Besar Selangor. Suratan atau kebetulan, akhirnya ia juga membawa kepada amalan yang serupa; jual.

Quality Hotel Shah Alam dan Brisdale Hotel Kuala Lumpur adalah dua aset kerajaan negeri yang diisytiharkan bankrup. Dan dengan pengisytiharan tersebut, penjualan adalah jalan terakhir.

Entah bagaimana, kedua-dua aset ini dahulunya dapat ditadbir dengan baik oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sudah pasti status bankrup itu membuktikan ketidakupayaan kerajaan negeri untuk mentadbir asset dibawah jagaannya. Lebih merisaukan penulis, jika status bankrap tersebut adalah sekadar alasan yang dirancang, dicipta dan dilaksana demi untuk menghalalkan penjualan aset-aset tersebut kepada pihak lain.

Rasa tidak puas hati rakyat tentang penjualan aset-aset sebelum ini benar-benar menggusarkan kerajaan negeri. Tetapi dengan alasan bankrup, tentu ianya lebih meyakinkan. Dan jika benar status bankrap itu adalah sebahagian perancangan untuk membenarkan si pembeli membeli dengan murah, pastinya adalah lebihan dari harga sepatutnya yang boleh disalurkan secara “under table”. Ini kebimbangan penulis.

Dalam pada itu, tertubuhnya Darul Ehsan Investment Group dibawah Akta Syarikat 1965 telah mewujudkan kebimbangan rakyat Selangor yang prihatin kerana syarikat tersebut berupaya untuk mengalihkan kekayaan berbillion ringgit harta rakyat Selangor kepada entiti bebas tersebut yang tidak terikat dengan mana-mana audit, dan tidak perlu menjawab kepada Dewan Undangan Negeri.

Ia berbeza dengan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang termaktub di dalam Enakmen Menteri Besar Selangor.

Sangat licik.






10 Komen to #DEIG: Antara Jual, Bankrap & Jual, Dan Memfaraid Harta Rampasan Perang?

  1. raplahjingaa says:

    Najib..Azmin, Kit siang, guan eng, aji adi…sama saja, tak ada yang membina semua melingkupkan tanpa kawalan.

  2. System baru says:

    raplahjingaa kawan hang juga no Azmin, Kit siang, guan eng, juga nepotisma utara agen patut di laksanakan
    Gaji 1 elaun 15juta mesti di laksanakan jika mana dia pergi new zealand jika tak laksanakan deig itu

  3. System baru says:

    Ini semua ajaran mahaguru bil out tun m itu faham je lah azmin penah pertugas di jabatan pedana menteri dulu

  4. raplahjingaa says:

    hehehehehe….SB kekal menghiburkan ! hang tak dak tuition ke hari ni ??

  5. Tun says:

    System baruA August 21st, 2015 at 6:07 PM…Brapa kali nak cakap haa..pegi tuition tuu..babap montot kang!

  6. Pemerhati says:

    go go ‘System Baru’…

    aku suka komen ko, syabas sebab ko banyak ‘troll’kan komen para macai dalam artikel2 lain

  7. Tun says:

    go go “System BaruA”…go stemroll…kasi troll sume org…aku pun suka baca komen mcm budak tak abis sekolah ko.

  8. Mah says:

    Azmin sgt bernasib baik menjadi MB Selangor….tapi hanya pada nama saje nanti kaum Dapig akan ambil alih….

  9. […] mykmu.net – Penjualan aset milik rakyat adalah cara pentadbiran paling popular oleh negeri berkebajikan, Selangor Darul Ehsan. Amalan ini sudah menjadi rutin, dan semakin popular sehingga ke hari ini. […]

  10. adzzam says:

    Ahaiii
    Ke laut la puak2 pembangkang ni, ade aku kesah. Dah namanya pun pembangkang, tipu,tipu samun.

    Yang aku hagin satu badan, Najib ni. Bila nak letak jawatan.
    Rakyat dah muak nak layan kerenah dan cakap putar belit kau.
    Ingat bila ada jenama joint pak Arab dah hebat. Tolong tengok balik sejarah, kenapa para Nabi dan Rasul lahir dan memimpin di bumi Arab.
    Satu bangsa lagi termaktub, dilaknat Allah selama2nya, pun di kawasan Arab.
    CIA, MOSSAD, M16,KGB termasuk IS pun beroperasi hebat di bumi Arab.

    Turun cepat, rakyat dan kalut dan benci asyik kena kencing dgn jawapan merapu tak masuk akal dlm bnyak isu, terutama 1MDB dan duit derma bilion2.

Leave a Reply