Menu Utama

Thursday, August 20th, 2015

 

Sila Jawablah AssMin


“Keluar PAS Bukan Keluar Islam” – Baru Sedarkah?

Matlamat menghalalkan cara, maka jangan hairan sekiranya justifikasi yang diserlahkan adalah hanya untuk menyokong pendirian diri dan persekongkolannya. Tiba-tiba Dr Mariah menggunakan istilah “Keluar dari PAS tidak bermakna keluar Islam”,. Penulis pasti, ungkapan tersebut bakal merobek ego PAS yang selama ini terkenal dengan siri pengkafiran secara besar-besaran oleh PAS ke atas ahli UMNO dan mereka-mereka yang enggan bersama-sama dengan mereka. Bukankah UMNO sudah lama mengasingkan antara PAS dan Islam, tetapi tidak pernah diakui oleh Mariah dan sekutunya sebelum ini? Malah, kafirlah kepada mereka yang enggan bersama PAS. Bukankah begitu? SelakuBaca Lagi


Suhakam Pro-LGBT?

“Generasi muda harus dijaga daripada dipengaruhi puak pelampau atau liberal, termasuk kumpulan bersenjata Negara Islam (IS) dan kumpulan gay, lesbian, dwiseksual dan transgender (LGBT).”- Perdana Menteri Mohd Najib Razak Kenyataan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak bahawa bahawa Malaysia mempunyai definisi yang berbeza mengenai hak asasi manusia berdasarkan Islam, yang mesti dipertahankan walaupun ia tidak sepadan dengan versi antarabangsa adalah sangat tepat dan merupakan kehendak majoriti rakyat berugama Islam di negara ini. Malangnya, jika benar laporan Malaysiakini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tampil mahu membantah pandangan Perdana Menteri ini. PengerusiBaca Lagi


Kerajaan Sokong Kebebasan Bank Negara Urus Dasar Monetari Negara – Najib

Kerajaan akan tetap menyokong kebebasan Bank Negara Malaysia (BNM) dalam mengurus dasar monetari negara, di samping tanggungjawab lain yang diadatkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Beliau berkata kerajaan Malaysia juga komited dalam meneruskan langkah-langkah pembaharuan dan pengukuhan kedudukan fiskal, termasuk meneruskan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan pengurangan defisit fiskal secara berperingkat ke arah mencapai bajet seimbang menjelang 2020. Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan tidak akan memperkenal kawalan modal atau tambatan ringgit memandangkan asas ekonomi negara yang kukuh dan persekitaran yang berbezaBaca Lagi


DEIG & Dana RM 7.6 Billion: Kenapa PKR Membisu, Ada “Saham”kah?

AZMIN Ali mungkin tidak mahu menjadi dirinya beberapa hari ini bila dia menjadi sasaran serangan dan ulasan (yang mengundang serangan) dari  sekutu dan anggota pentadbirannya sendiri berhubung pelbagai isu di Selangor seperti yang melibatkan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan ‘kehilangan’ dana penstrukturan air sebanyak RM 7.6 billion. Itu dalam dewan, yang di luar dewan, Exconya pulak dari PAS buat kenyataan kurang bijak iaitu bila mengaku kerajaan persekutuan membantu ‘top-up’ air di Selangor melalui Negeri Sembilan – tak tahulah orang Negeri Sembilan redha atau tidak dengan bantuan ini.  Apa pun,Baca Lagi


PM tiada peranan di Jabatan Peguam Negara

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berperanan dalam tatacara pengurusan Jabatan Peguam Negara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perkara berkenaan dinyatakan oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagaimana yang dilaporkan dalam laman portal BNBBC.my hari ini. “Kami adalah bebas, kami akan menentukan mengikut undang-undang,” katanya. Menurut Mohamad Apandi, pejabatnya sedang meneliti kertas siasatan yang diserahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung siasatan ke atas syarikat pembangunan strategik milik kerajaan itu. “Kami masih lagi meneliti kertas (siasatan) itu. Saya tidak ada komen. Kertas siasatan itu dihantarBaca Lagi


Pas-PKR pernah sepakat pilih Ku Li jadi PM sementara.

Pas akhirnya mendedahkan apa yang ‘disenyapkan’ selama ini tentang pendirian parti itu bersama PKR untuk melantik Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Perdana Menteri sementara sebelum memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu. Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, kedua-dua parti sepakat memilih Ahli Parlimen Gua Musang itu dengan memberi tempoh menerajui tampuk pemerintahan negara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak me­lebihi tiga tahun. Sejurus tempoh itu berakhir, jelas beliau, jawatan Perdana Menteri akan diserahkan kepada Anwar yang juga Penasihat PKR.Baca Lagi


Orang No 2 SB Ditukar, Kegilaan Malaysiakini, Tidak Tahu Alasan Tukar Dikatakan Berang

Dakwaan malaysikini bahawa bekas timbalan pengarah cawangan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abdul Hamid Bador berang ekoran ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sangat tidak masuk akal. Laporan yang mereka sendiri tulis lanngsung tidak menunjukkan Abdul Hamid atau marah. Abdul Hamid yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 37 tahun, menerima surat pertukarannya semalam hanya menyatakan beliau tidak tahu alasan mengapa pertukaran itu dibuat. “Saya tak tahu atas alasan apa saya ditukarkan. Mungkin mereka tidak mahu saya berada di situ,” katanya kepada Malaysiakini. “Hal pertukaran saya ini, awak kena tanyaBaca Lagi