Menu Utama

WSJ Pun Tak Berani Sahkan, Balaci Pulak Yang Terlebih

wsj40307_620_348_100

BALASAN surat dari Wall Street Journal (WSJ) kepada peguam Datuk Seri Najib kelmarin berhubung penyiaran artikel yang mendakwa sejumlah besar wang dari 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau awal bulan lepas, membuktikan mereka (WSJ) pun tak berani mengesahkan betul atau tidak wang sebanyak USD 700 itu dari 1MDB dan dimasukkan dalam akaun Najib seperti yang diminta pasukan peguam Najib dalam ‘letter of clarification” sebelumnya.

Cuma kata WSJ dalam surat tersebut, setakat apa dokumen, apa ‘bukti’ yang mereka ada sudah memadai untuk menyokong maksud penulisan tersebut bahawa kebarangkalian transaksi itu wujud memang ada.  Kalau dokumen itu palsu, salah dokumenlah bukan WSJ.  Begitu juga kalau bukti dah diubahsuai, itupun salah buktilah, bukan salah WSJ.

Malah, kalau orang anggap dari penerbitan artikel tersebut memang sah Najib masuk duit songlap itu dalam akaun peribadinya pun bukan salah WSJ juga kerana mereka sendiri tidak sahkan di dalam artikel berkenaan, orang yang anggap itulah salah.

Begitulah maksud mudah dari balasan surat WSJ kepada peguam Perdana Menteri semalam.

Nampak tak dia berbelit macam mana?  Semua nak lepaskan diri mereka saja.  Tapi diperingkat ini, itu semua sudah tidak penting lagi, yang penting sekarang, jawapan WSJ itu sendiri menunjukkan Najib tidak bersalah dan tuduhan itu hanya bersifat spekulasi.

Boleh bubar pasukan penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri itu sendiri pun kalau mahu sebab nampak sangat sudah tidak ada kes.

Penulis bagaimanapun percaya tugas pasukan penyiasat khas akan berterusan sampai ke sudah sebab banyak perkembangan dalam siasatan tersebut menjurus kepada siapa yang terlibat memalsukan dokumen yang diserah kepada WSJ.

Tindakan WSJ membalas letter of clarification yang dihantar peguam Najib juga membuktikan bahawa proses untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas WSJ adalah berada di laluan yang betul – tak seperti yang dipromosikan balaci pembangkang dan Tun Mahathir sebelum ini bahawa proses itu adalah ‘luar biasa’.

Kalau letter of clarification itu tidak mengikut prosedur, penulis yakin WSJ tidak akan membuang masa membalasnya.



(Next News) »



11 Komen to WSJ Pun Tak Berani Sahkan, Balaci Pulak Yang Terlebih

  1. rosman mansur says:

    tak payah ckp berbelit la..saman je..kata dah 5 kali WSJ kalah sbb fitnah..saman je la..ada telor ke xda ni??

  2. popi says:

    nampak sangat pengomen atas ni tak pernah main catur ………

  3. bajak says:

    kot ye pn nk saman bio la teliti n kemas…bukan aen saman je..ni nk lawan bkn calang2 kompeni…byk yahudi blkg paper nie…bodo punye rosman..spesis melsyu jalanan mengamuk xtau hujung pangkal

  4. Anak_Nogori says:

    Saman tu hak najib lah…yg macai Tun mengelupor tu pehal?.

  5. azmi says:

    Jika diteliti kepada artikel ini nampaknya jika DS Najib menyaman pihak WSJ kemenangan telah berpihak kepada DS Najib. Oleh itu jgn buang masa DS Najib tidak boleh tidak kena saman pihak WSJ. Jika tidak kredibiliti beliau akan jatuh lagi.

  6. suei says:

    Yg kena tangkap ramai2 tu buta ke mata ko..bukti apa lg nak

  7. suei says:

    Yg melarikan diri keluar negara tu buka lari ye..pergi melancung agaknya..

  8. rockers says:

    dahlah adamyan.kosuruh najib n rosmah tunjuk stmt akaun dia.rakyat nk tahu.jgn nk spin lg la.

  9. Memang Terok says:

    Apa yang team peguam PM perlukan ialah jawapan balas dari WSJ sebelum meneruskan niat saman penerbitan sensasi itu. Sekarang mereka sudah jawab dan apa pun cara jawapan, jawapan tetap jawapan.

    Umpamanya seorang dituduh berak tepi jalan dan disuruh mengaku. Dalam pengakuan nya dia telah kata, ye itu memang najis dan aku ada lalu ikut jalan itu pagi tadi. Aku tak ingat aku berak ke tidak. Sekarang kau orang yang menuduh itu aku punya kau pergi sisasat benda itu dari dekat, fresh lagi ke atau sudah berumur 2 hari ke benda itu. Kalau 2 hari itu bukan aku punya kerana aku tak lalu ikut jalan itu 2 hari lepas. Kalau baru pun tak semestinya aku punya, orang lain pun mungkin berak disitu jugak.

    Jawapan sebegitu berbunyi macam style WSJ. Jugak berbunyi style Madeyisma. Madey jugak jenis lidah yang bercakap berbunyi begitu. Lidah orang bijak. Wohoo.

  10. rockers says:

    ape ko merapu ni.saman je la.bnyk bunyi plak.nk tunjuk akaun najib n rosmah pun susah sgt ke..

Leave a Reply