Menu Utama

WSJ Perlu Dedah Sumber Maklumat, Xavier LagiKah?

IMG-20150703-WA0020

SEBETULNYA, Wall Street Journal (WSJ) atau Sarawak Report, siapa yang mula cerita bohong lagi tak masuk akal kononnya  USD 700 juta disalur masuk ke akaun didakwa milik peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak ini, tidak penting.

Yang penting, ini semua permainan pembangkang untuk merekacipta cerita palsu untuk memburukkan imej Najib pasal nak Anwar yang tak tahan guna jamban cangkung di penjara Sungai Buluh, dikeluarkan segera.

Tidak susah sebenarnya nak menangkis cerita bohong ni, lagipun apalah sangat ‘bukti’ yang ditunjukkan tu, sekadar grafik yang dibuat sendiri.  1MDB pun pernah buat grafik yang lebih terperinci dan cantik dari ini tapi yang itu pun tidak diterima orang.

Malah seorang ahli politik pernah divideokan berzina, crystal clear muka dia, pun orang kata itu bukan, alih grafik biasa-biasa yang ini pulak kita kena terima? Nak bodohkan siapa?

Untuk dakwaan-dakwaan yang macam ini, orang nak tengok salinan rekod bank dan sebagainya, baru boleh jalan – boleh jalan baru, percayanya belum tentu.

Paling tidak, dedahkanlah sumber yang kononnya membuat penemuan berkenaan.  Siapakah sumber itu, nak juga tahu nama.  Setakat petik ‘malaysian government investigation’, semua orang boleh buat itu, tapi siapa dia agensi mana satu?

Jangan mula dengan Xavier lagi sudahlah, itu confirm guna dokumen palsu.

Ini penting sebab jika perkara ini nak dibawa ke Mahkamah sekalipun, sumber itu perlu hadir untuk memberi keterangan, dengan apa cara dan bagaimana dia memperolehi semua maklumat tersebut kerana di negara ini maklumat perbankan adalah sulit, malah dilindungi undang-undang.

Selagi itu (sumber) tidak ada, penulis menyeru agar kita mengelakkan diri dari percaya dengan semua pembohongan macam ini.  Bulan-bulan puasa ni bukan pahala saja berlipat kali ganda, buat dosa pun berlipat kali ganda juga.

Tak tahulah kalau dah takde agama.






9 Komen to WSJ Perlu Dedah Sumber Maklumat, Xavier LagiKah?

  1. Anti-Bulls says:

    Tuan blogger, tak payah susah-susah tanya bukti siapa sumber dan sebagainya. Buang masa. Berita dari WSJ and SR dah buat imej PM makin buruk. Cara nak jawab, PM saman saja pihak-pihak ni. Macam PM Singapore, takan bagi muka dengan berita yang dia tau dia di pihak yang benar. SO jika Najib di pihak yang benar, memandangkan berita sebegini begitu teruk fitnahnya, sila saman. Itu saja. Keluarkan jawapan dari PMO and 1MDB tak cukup. Saman! Semua bukti yang tuan blogger nak atau taknak pun akan terjawab di mahkamah. Boleh saman orang-rang politik Malaysia, takkan tak boleh saman akhbar-akhbar ni? Mahathir pun pernah saman WSJ. Jangan bagi tau sekarang ni bulan Ramadan, so sabar je lah.. tolong jangan.
    Masalah yang perlu dijawab sebelum tu, berani ke nak saman?

  2. rosman mansur says:

    BIARKAN SAJA!! TAKDE KESAN PN PADA RAKYAT!! KATA MAJORITI RAKYAT BERSAMA JIBBY!! SELAMA NI PUN KLU ADA ISU UMNO/BN/KERAJAAN BUKAN ADA AMBIL TINDAKAN PUN!! SEBELUM NI LAGI MCM2 FITNAH..BOLEH JE MENANG PRU 13 DGN PENINGKATAN KERUSI UMNO!! TOLONG LA BUAT MACAM NI JE..ARTIKEL PENAFIAN ATAU TUDUH SERANGAN MUSUH SPT PEMBANGKANG ATAU GENG2 TUN ATAU YAHUDI/ANASIR LUAR!! CUKUP JE LAWAN MCM TU!! IN SHA ALLAH PRU 14 BOLEH MENANG 2/3…hahahaha

    #manatelor
    #pemimpinTEGAS

  3. sman says:

    Siapa yg paling mahukan PM Najib berundur dan banyak membuat tomahan tak masuk akal,sperti RM42 billion lesap,bagi saya itu lah yg merupakan suspek utama.Kalau setakat pendedahan biasa yg di buat media berkenaan,ianya tak sampai ketaraf itu,kerana mereka akan mendapatkan pengesahan terhadap ‘bukti-bukti’ yg mereka ada.

    Lagi satu,kalau perkara ini tidak benar,PM Najib patut sangat bertindak tegas jangan sangka selama-lamanya dia boleh selamat ,walau pun ianya hanya tomahan.Bagi saya sekirangnya PM Najib hanya bersikap macam biasa saja,ini adalah kali terakhir saya bersangka baik pada PM Najib.Sudah banyak isu di mana PM Najib tidak bertindak sebagaimana patutnya selama ini.Berbeza dgn cara Anwar,benda yg bukan fitnah pun dia bermati-matian mengambil tindakan,tengoklah dalam kes sodomi beliau,sehingga dah masuk penjara pun beliau masih berusaha keras menidakannya.Anwar tidak peduli siap,Mahahtir yg sudah banyak berjasa pada beliau pun,beliau lawan dan lawan sampai menang ,walaupun beliiau di pihak yg salah.

  4. system baru says:

    sman, najib cuba berpegang pada kebebasan bersuara tapi selalu disalah ertikan beza zaman tun konon kebebasan bersuara tapi pembangkang hanya berani bersuara di harakah je itu perbezaan dulu dan sekarang akbar sinar bagi berita pada pembangkang dan kerajaan sama2 adil ,dula orang terlalu percaya pada amerika sehingga amerika menipu pun orang percaya segala2 berubah apa bila belaku perang iraq dunia islam tak mepercayai media dari amerika itu selalu menipu kemudian mencul media baru internat kemuadia ramai lakukan fitnah media baru , lagi kalau selalu turun naik mahkamah nampak sangat najib tak ada kerja macam anwar itu,,pr lagi selalu salah media kerajaan dan tv3 biar aku sebab media itu tak siarkan berita pada pr itu sebab mereka tahu isu keselamatan wartawan mereka contoh pas penah memukul wartawan tv3, pkr penah menyaman mana wartawan walau dia siar berita betul, kalau anwar jadi pm pun dia takan turuh naik mahkamah sebab buang masa dia kalau dia 100 kali turun naik mahkamah tak akan boleh buat kerja sebagai pm itu, kalau kau anwar buat kerja boleh suruh turuh naik mahkamah itu cuba tengok sebab turun naik mahkamah satu kerja sebagai penasihat dia tak buat kerja.

    sebab dulu nasihat najib ini bahagian umno penerangan mesti kuat dan umno kuatkan cyber troopers menghadap propagada pr dan propaganda media barat ini

  5. dkds says:

    salah satu bagi menjatuhkan kerajaan islam di dalam dunia ini adalah melalui fitnah yang direkacipta oleh pihak berkepentingan, kita umat islam masih lagi menangisi kehi;langan sistem khalifiah dari dunia , namun dalam p[ada masa yang sama kita telan bulat-bulat cerita para orientalis yang mengambarkan kehidupan khalifah yang terakhir itu mewah dan terkeluar dari islam sehinggalah si kamal antartuk berjaya mengusir khalifah tersebut….

    Sebenarnya umat islam dari dulu dampai sekarang terpana dengan cerita keburukan orang namun tidak mahu mengakui kebaiakan yang dilakukannya, inilah yang berlaku ketika khalifah othamniah yang terakhir…yang tidak membenarkan tanah Palestin diberikan kepada yahudi!

    Harini apa yang berlaku telah terjadi pada PM, berapa banyak manafaat dan kekayaan negara mengalir pada rakyat dan kepentingan rakyat? dari KR1M, BR1M, PR1MA, UTC, Felda Venture dan banyak lagi. Dikala syarikat kroni berusaha mengasingkan farmasi dan perkhidmatan hospital dengan pelbagai alasan, kerajaan yang sedia ada sanggup mengeluarkan belanja berbillion bagi mengatasi persaigan ini .

    Namun ada siapa peduli?

    Yang mereka peduli tentang isu-isu rekacipta oleh Pembangkang dan ex PM ke 4 yang dah kenyang terbuntang mengaut laba melalui kroninya

  6. sman says:

    Nampakanya telahan saya berkaitan dgn individu di belakang tomahan ini adalah betul.PM Najib sendiri telah menamakannya.Saya juga gembira kerana keyantaan keras PM Najib mengenai langkah yg akan di ambilnya menepati harapan saya juga.Selesaikan perkara ini ‘once for all’.Kalau perlu heret saja individu berkenaan ke muka pengadilan,jangan segan silu utk bertindak tegas,tapi betul.

Leave a Reply