Menu Utama

Wall Street Journal Pembohong – Mahathir

Kekecohan mengenai tuduhan Wall Street Journal ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bukanlah sesuatu yang aneh. Wall Street Journal mempunyai sejarah yang panjang dalam menyerang kepimpinan negara ini.

Ia bermula sejak awal 1980-an lagi sehingga menyebabkan Tun Mahatir yang ketika itu Perdana Menteri Malaysia menggunakan pentas ucapan beliau di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyerang balas laporan-laporan berat sebelah majalah ekonomi terbabit.

Dr Mahathir ketika mendakwa WSJ menyerang Malaysia kerana kerajaan tidak mahu mengikut kehendak “mereka”.

“i know that efforts will be made by the press, the editors, to pressure the Malaysian Government to do this and that” (Mahathir Mohamad, Ucapan PBB, New York:1986)

WSJ-Mahathir

Tidak cukup itu, Dr Mahathir juga pernah mengharamkan majalah terbitan WSJ di Asia, Asia Wall Street Journal, semala tiga bulan kerana laporan tidak benar dan palsu.

Barry Wain, Bekas editor Asia Wall Street Journal, meneruskan sejarah panjang WSJ dengan Malaysia apabila menulis sebuah buku berjudul “Malaysia Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times (Critical Studies of the Asia-Pacific)” yang mendakwa Mahathir melesapkan lebih RM 100 bilion semasa pemerintahannya.

WSJ-Mahathirban

Tun Mahathir bagaimana pun mencabar Barry Wain mengemukakan fakta mengenai tuduhan beliau itu yang sehingga sekarang tidak pernah dijawab.

Hari ini Mohd Najib mengggunakan pendekatan yang sama seperti mana Mahathir, apabila meminta WSJ memberi bukti atas tuduhan tersebut.






3 Komen to Wall Street Journal Pembohong – Mahathir

  1. zainolh says:

    hello kuntakinte, tau pula awak petik kata2 TDM, bila kena batang hidungtuan awak

  2. sireh ke gagang says:

    disamping meminta bukti , saya mohon dato seri najib menyaman 2 akhbar yahudi-zionis ini seperti mana kerajaan singapore pernah buat dahulu. saman sampai mereka takut dan tak berani untuk menyerang kepimpinan dato seri. tak lupa juga , saman sekali sarawak report.

Leave a Reply

Threesome