Menu Utama

Video Lester Melanyi Perlu Disiasat Secara Serius – Shaberry Cheek

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mahukan satu siasatan yang segera dan serius ke atas pengakuan bekas “editor” atau perunding kandungan Sarawak Report, Lester Melanyi mengenai pemalsuan dokumen tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau jika dakwaan ini benar ia menunjukkan wujud satu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sudah lihat video dan pengakuan yang dibuat amat memeranjatkan dan menjadi satu daripada bahan bukti konspirasi yang serius,” kata Ahmad Shabery.

Baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengadakan sidang media untuk mendedahkan video yang mengandungi dakwaan Melanyi tentang bekas majikannya, Clare Rewcastle-Brown, memalsukan bukti bagi menyokong siri pendedahan portal berita itu tentang 1MDB.

Semalam Polis Thai turut mendedahkan bahawa dokumen-dokumen yang dijual oleh Justo telah diubah dan dipinda sebelum dimuatnaik dalam dalam blog untuk memburukkan Perdana Mneteri.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pihak pembangkang berkenaan perlu memberi penjelasan sahih berhubung dakwaan video berkenaan.

“Mereka kena buktikan juga…kalau betul benar terlibat ia satu perkara serius…tetapi saya tidak mahu tuduh sesiapa sehingga ada kesahihan dalam perkara tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata semua pihak perlu menunggu laporan penuh Ketua Audit Negara berhubung isu 1MDB dan jangan menggembar-gemburkan sesuatu pekara yang tidak tahu kesudahannya.

Dalam pada itu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga sependapat dengan Ahmad Shabery dan Hishammuddin yang video itu merupakan satu pendedahan serius dan polis perlu mengambil tindakan segera.

“Jika didapati bersalah, tindakan perlu diambil terhadap mereka tidak kira pihak mana. Semua pihak yang terlibat mesti bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita dalam majlis yang sama.

Beliau juga berkata dakwaan pertemuan Justo dengan pemimpin pembangkang Malaysia di Singapura itu merupakan perbuatan sabotaj dan pengkhianatan terhadap negara.-MYKMU.NET /BERNAMA

 






8 Komen to Video Lester Melanyi Perlu Disiasat Secara Serius – Shaberry Cheek

  1. sman says:

    Jika tindakan di ambil ,harap harap Pak Mantan sendiri pun terlibat dan ‘kena’,baru berbaloi.Dah tua-tua masih tak ingat mati,terus nak jadi pengacau.Padan muka.

  2. PakMantan says:

    Siapa menipu?
    Siapa kena tipu?
    Siapa tertipu?

  3. sayabukanmelayuhaprak says:

    Apa motip mantan haprak solat raya di Masjid Putra….nk tunjuk strength la kunun

  4. Anak_Nogori says:

    Kalau ikut pendapat tun negarawan ulung kita tu..najib kena buktikan dgn menunjukkan akaun banknya…jd lojiknya pembangkang dan kuncu2 tun kena tunjukkan bukti yg mereka tidak terlibat dgn pendedahan video tersebut…

    Ke yang ini dah kira lain?

  5. ToraTora says:

    Aku tak berharap Tun terlibat secara langsung.Aku lebih suka dia sedar dan mintak maaf dan Najib maafkan. Tapi jangan sesekali lepaskan Rafizi lembut dan Toni Phuaka.

  6. raplahjingaa says:

    hmmmm…soalan-soalan yang di Tanya masih belum di jawab…tiba-tiba yang betanya kena minta maaf ????? alahaiii…

  7. taroo says:

    Pendapat saya utk mendakwa mereka ni Polis harus mencari bukti yg konkrit supaya mereka tidak terlepas ketika dibicarakan kerana mereka telah menyediakan peguam2 yg terbaik

Leave a Reply

Threesome