Menu Utama

Video Ke-3 Lester Sahkan Isu 1MDB Satu Konspirasi, Take Note Muhyiddin

Lester-Melanyi-bukit-aman

SEBELUM bermula, biar penulis segarkan ingatan kepada kita semua, siapakah Lester Melanyi ini.  Beliau adalah bekas kakitangan Sarawak Report dan bekas pengendali radio Free Sarawak (satu cabang dalam Sarawak Report).  Abang Lester ialah seorang bekas Hakim.

Diringkaskan, Lester mendakwa tahu semua tentang apa yang tidak betul di belakang laporan Sarawak Report dan memilih untuk tidak bersetuju dengannya, malah mahu mendedahkan ketidakjujuran ini kepada umum.  Tindakan Lester ini adalah wajar, melihat kepada latar belakangnya yang berabangkan seorang Hakim dan sebagainya.

Kredibilitinya juga tidak perlu dipersoalkan kerana tidak ada pihak mencabar statusnya sebagai bekas pengendali Sarawak Report sehingga sekarang.

Tidak hairan kenapa, disebalik begitu banyak ugutan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sejak video pertamanya keluar, Lester tidak gentar malah terus mengeluarkan video-video baru.  Tindakan undang-undang yang diugut ke atas Lester, termasuk dari seorang ahli parlimen, (setakat ini) tak satu pun yang sudah berjalan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa yang begitu berpengaruh seperti Wall Street Journal (WSJ) pun tidak mengambil masa begini panjang seperti ahli parlimen yang berkenaan untuk menyaman Lester.

Dalam video terbaru yang boleh ditonton disini, Lester mendedahkan bahawa Clare Brown yang menguruskan Sarawak Report ini, mendapat sumbangan dari Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah NGO yang mengkhusus kepada isu-isu berkaitan alam sekitar di seluruh dunia.

Ini bukan baru, dalam video yang kedua pun dah disebut.  Yang baru ialah, ada besar kemungkinan BMF tidak tahu bahawa wang yang mereka berikan kepada Clare Brown, tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya (isu-isu alam sekitar), tapi nak menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara tidak demokratik, membeli dokumen curi dan mengubah suainya.

Sekalipun kenyataan Lester belum terbukti di Mahkamah, tapi apa beza dengan laporan Sarawak Report dan The Edge, juga belum terbukti di Mahkamah.  Hairannya, itu tak menghalang orang dari yang berstatus Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada pemandu lori untuk mempercayai semua laporan itu bulat-bulat.

Pengurusan 1MDB hadir bagi penerangan di depan kabinet pun masih tidak percaya lagi, nak percaya The Edge jugak.






21 Komen to Video Ke-3 Lester Sahkan Isu 1MDB Satu Konspirasi, Take Note Muhyiddin

  1. badaruddin says:

    Bloggers of mykmu.

    Semoga Allah memutihkan hati anda semua

    Ingatlah

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

    One could subscribe to truth
    only when one has self-respect in the first place;

    When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

    And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

    With one lie after the other,
    eventually he would be caught
    in his own tangled web:

  2. […] Published Jul 28, 2015 | By SEBELUM bermula, biar penulis segarkan ingatan kepada kita semua, siapakah Lester Melanyi ini. Beliau adalah bekas kakitangan Sarawak Report dan bekas pengendali radio Free Sarawak (satu cabang dalam Sarawak Report). Abang Lester ialah seorang bekas Hakim. Diringkaskan, Lester mendakwa tahu semua tentang apa yang tidak betul di belakang laporan Sarawak Report dan memilih untuk tidak bersetuju dengannya, malah mahu mendedahkan ketidakjujuran ini kepada umum. Tindakan Lester ini adalah wajar, melihat kepada latar belakangnya yang berabangkan seorang Hakim dan sebagainya. Kredibilitinya juga tidak perlu dipersoalkan kerana tidak ada pihak mencabar statusnya sebagai bekas pengendali Sarawak Report sehingga sekarang. Tidak hairan kenapa, disebalik begitu banyak ugutan untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya sejak video pertamanya keluar, Lester tidak gentar malah terus mengeluarkan video-video baru. Tindakan undang-undang yang diugut ke atas Lester, termasuk dari seorang ahli parlimen, (setakat ini) tak satu pun yang sudah berjalan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memulakan tindakan undang-undang ke atas media antarabangsa yang begitu berpengaruh seperti Wall Street Journal (WSJ) pun tidak mengambil masa begini panjang seperti ahli parlimen yang berkenaan untuk menyaman Lester. Dalam video terbaru yang boleh ditonton disini, Lester mendedahkan bahawa Clare Brown yang menguruskan Sarawak Report ini, mendapat sumbangan dari Bruno Manser Foundation (BMF) sebuah NGO yang mengkhusus kepada isu-isu berkaitan alam sekitar di seluruh dunia. Ini bukan baru, dalam video yang kedua pun dah disebut. Yang baru ialah, ada besar kemungkinan BMF tidak tahu bahawa wang yang mereka berikan kepada Clare Brown, tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya (isu-isu alam sekitar), tapi nak menjatuhkan kerajaan Malaysia dengan cara tidak demokratik, membeli dokumen curi dan mengubah suainya. Sekalipun kenyataan Lester belum terbukti di Mahkamah, tapi apa beza dengan laporan Sarawak Report dan The Edge, juga belum terbukti di Mahkamah. Hairannya, itu tak menghalang orang dari yang berstatus Timbalan Perdana Menteri sehingga kepada pemandu lori untuk mempercayai semua laporan itu bulat-bulat. Pengurusan 1MDB hadir bagi penerangan di depan kabinet pun masih tidak percaya lagi, nak percaya The Edge jugak. – SUMBER […]

  3. Abu Bakar says:

    Kalau Lester Melanyi tu benar sangat, mengapakah Najib mempergunakan Shaberi Chik untuk menyekat akses kepada portal Sarawak Report itu di negara ini?

    Ini kerana portal Sarawak Report telah menjawab segala tuduhan Lester Melanyi itu di dalam portal mereka. Najib naik cuak, digunakan alasan kononnya Sarawak Report nak mengancam proses demokrasi, nak menjatuhkan kerajaan hingga portal itu disekar aksesnya di negara ini.

    Menjadi persoalan adalah apakah Portal Sarawak Report itu menuduh kerajaan Malaysia yang menyonglap wang 1MDB? Tak ada pun, yang didedahkan oleh Sarawak Report adalah penyelewengan, pecah amanah, penipuan, penyonglapan, salah guna kuasa oleh Najib, takkan mendedahkan kegiatan jenayah Najib dianggap sebagai suatu perbuatan yang mengancam proses demokrasi dan nak menjatuhkan kerajaan pula?

    Sudah-sudahlah guna alasan bodoh Najib, rakyat sekarang ni cerdik, maklumat di hujung jari, rakyat boleh semak di banyak sumber untuk menentukan kesahihan maklumat yang diberikan.

  4. Abu Bakar says:

    Kalau dokumen yang disiarkan oleh Sarawak Report, The Wall Street Journal, The Edge itu dikatakan dokumen palsu, dokumen yang diubah suai, sila Najib dan 1MDB tunjukkan dokumen asal dan bandingkan dengan dokumen yang dituduh ‘dipalsukan dan diubah suai itu’.

    Hingga kini Najib tak berani nak menyangkal dakwaan ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang diminta, malahan 1MDB sendiri menyorok dan menghalang pihak Audit Negara dari mendapat dokumen-dokumen melibatkan perjanjian dan dokumen-dokumen lain yang melibatkan urus niaga 1MDB kerana dipercayai dokumen-dokumen itu mengandungi salah laku, penyelewengan, penipuan, dan penyonglapan wang oleh Najib dan kuncu-kuncunya, sebab itulah mereka takut nak dedahkan dokumen-dokumen berkenaan untuk disiasat oleh pihak Audit Negara.

    Lagi satu, sekarang ni Jho Low pula dikatakan tak dapat dikesan, maka tak dapat hantar surat panggilan oleh PAC supaya Jho Low dapat hadir dalam sesi soal siasat mengenai 1MDB. Sangat pelik, patutnya Najib dan Rosmah boleh sahaja hubungi Jho Low tanya dia ada di mana dan suruh dia datang ke Kementerian Kewangan untuk ambil surat itu, kerana Jho Low adalah kawan baik Najib dan Rosmah. Sebelum ni pun, Jho Low telah bercuti dengan penuh riang ria bersama Najib laki isteri dan anak anak beranak, serta Putera Turki di atas kapal persiaran mewah Tatoosh.

    Jadi jangan gunakan alasan bodoh untuk elakkan Jho Low hadir dan menjawab persoalan melibatkan 1MDB.

    Sebenarnya taktik ini dah digunakan oleh Najib semasa program Nothing To Hide, dalam program itu Ali Tinju telah dipergunakan untuk melalak dan mengelupur serta menjerit-jerit seorang diri di luar pintu dewan tempat Nothing To Hide itu diadakan, hanya dengan perbuatan bangang Ali Tinju itu, maka Ketua Polis Negara mengishtiharkan bahawa berlaku huru hara dan ancaman keselamatan dan membatalkan program berkenaan, sedangkan hakikatnya Najib takut nak berhadapan dengan soalan dari Tun Dr. Mahathir sebenarnya.

    Sedarlah semua.

  5. raplahjingaa says:

    Aku tak kesah sangat laporan dari Serawak Report, Wall Street or whatever, aku sangsi dengan tujuan laporan-laporan tersebut…tapi setiap persoalan belum ada jawapan….

    dan kenyataan ini sedang di spin oleh MYKMU untuk divertkan isu…video itu, video ini…MYKMU dah jadi macam unit propaganda PAS !! melangkah ke belakang !!

  6. Abu Bakar says:

    Terkini, The Edge telah memulakan tindakan undang-undang terhadap tindakan Najib mempergunakan Zahid Hamidi bagi menggantung permit media The Edge.

    Lihatlah The Edge berani ambil tindakan undang-undang, sedangkan Najib masih terkial-kial mencari helah untuk putar belit macam-macam isu di sekelilingnya.

  7. Bahrudin Shah says:

    Sila jangan menghubungi sesiapa pengkhianat untuk membincangkan realiti atau mencari kebenaran. Ia hanya menunjukkan apa yang syaitan anda berada.

  8. azhar daeng says:

    dulu blog mykmu di guna untuk kempen umno lawan pembangkang
    hari ini blog ni di guna khas untuk lawan sesama sendiri dalam parti umno
    orang kaper tepok tangan tengok melayu bercakaran hingga pecah belah berpuak puak
    pemimpin datang dan pergi silih berganti
    apa yang susah sangat nak berundur ? letak jawatan ? liabiliti kepada parti ?
    selamatkan parti umno
    hidup umno !!!
    hidup melayu bersatu !!
    hidup johor !!!

  9. Anak_Nogori says:

    dulu Tun M belum nyanyok….lawan pembangkang..dah nyanyok lawan UMNO.

  10. System baru says:

    Abu Bakar kalau pkr hebat sangat kenapa dia suka saman sana sini, kalau anwar berkuasa pun dia akan sekat penyebaran berita tentang keluarga dia macam dia lakuakn pada 1997 menyekat berita buku kenapa 50 Dalil anwar tak boleh jadi pm dekat dalam buku pun terdapat banyak bukti, kenapa kapal bersungguh2 tolong umi hafilda itu berani keluarkan kenyatan anwar seorang peliwat, bukah dap dan mat sabu seorang hipokrit,dia dah tunjuk bukti dia pembankang terbabit sama 1mbt itu, tapi isu aku meninta pembangkang tunjuk bukti 1mbt dari pihak pembakang itu, yg aku tengok akaun palsu rosmah pandai pulak pembankang palsukan, aku tengok tak ada bukti betul ditunjukkan seperti pas dan dap lakukan pada 1997 untuk menjatuhkan anwar semua bukti cukup menyakinkan anwar peliwat, penzina ,pencuri,perogol.
    Macam ini di british pun tutup media mereka banyak dengan scandal dan tipu bukti ada, macam ini amerika sekat penyebaran propaganda isis itu, serawak riport sp itu dah banyak memasukan berita pasal malaysia banyak fitnah pertabiran serawak, ketua media sp di ada di england, tak rasa pelik ke? ini seoleh2 campunan tangan kuasa asing

  11. Abu Bakar says:

    Anak Negori, sila beritahu kepada Mentori Bosar Negori Sombilan tu, kalau nak menyokong perbuatan menyamun harta negara, lebih baik Mentori Bosar Negori Sombilan tu letak saja jawatan dan menjadi ahli kumpulan penyamun.

    Lagi satu, minta Mentori Bosar Negori Sombilan tu supaya beri tahu Najib, kalau nak menyamun harta negara, jangan jadi Perdano Mentori, lebih baik jadi penyamun ajo.

  12. Abu Bakar says:

    System Baru, apa hal kau tanya saya mengenai PKR, saya bukannya penyokong atau ahli PKR, saya tak peduli pun dengan PKR tu, lantak dioranglah nak melingkup ke,nak menjahanam ke, itu mereka punya pasal.

    Keutamaan saya adalah kepada penyelamatan dan pemulihan serta pemerkasaan semula UMNO dan Barisan Nasional dalam menghadapi PRU 14 kelak, itu yang menjadi keutamaan saya.

    Selain itu keutamaan saya yang lain adalah untuk menyelamatkan Malaysia dan rakyat Malaysia dari penyelewengan Najib dan kuncu-kuncunya kerana ekonomi negara ini dah jahanam dikerjakan oleh Najib dan kuncu-kuncu, dengan hutang 1MDB, dengan penyonglapan duit hutang 1MDB oleh Najib, dengan Rosmah pula boleh dapat wang RM 2 juta dalam akaun, dengan kerja melingkup Najib dan kuncu-kuncunya yang menjahanamkan GLC dan badan berkanun kerana nak tutup lobang penipuan mereka yang menyonglap wang hutang 1MDB, itu menjadi keutamaan saya untuk menentang kemungkaran ini supaya UMNO menjadi bersih dan kelihatan bersih dan supaya rakyat menyokong UMNO serta memperkasakan kembali Barisan Nasional.

    Pasal PKR nak melingkup, DAP nak menjahanam, PAS nak tunggang langgang itu urusan mereka, itu mereka semua nak melingkup dan menjahanam sesama mereka, itu mereka punya pasal, keutamaan saya adalah kepada kepentingan Malaysia, kepentingan Barisan Nasional, kepentingan UMNO, dan kepentingan rakyat, ini yang perlu dipertahankan habis-habisan.

  13. System baru says:

    Abu Bakar nak menyamar jadi ahli umno ke? atau Kemudian sebarkan berita palsu itu
    Kes 1mbd dah selesai ,kau tak percaya pada pac itu ke?
    sekarang orang2 jenis Kau tengah panas bontot, langkah sekarang nak menankap pemfinah dah pembuat bukti palsu 1mbd itu.
    Macai yg mana nak kena tangkap itu

  14. System baru says:

    Abu bakar ,Macam ini kalau orang lain jadi pm kalau mata mahatir tak sedap di pandang dia dan tak nak ikut cakap tun m ,nak jatuh orang pula ke?
    tak guna orang itu jadi pm.

    Biar aku tahu, kesalahan pak lah cuma jual agustar je dan tak nak dengar cakap tun m itu bina jambatan benkok, kalau pak lah bijak dan kuat tentu tak akan jatuh dengan hasutan tun m itu

    Kalau ikutkan tun m patut jadi penasihat perwaja yg dia bankrapkan itu,
    kenapa syarikat dari china selamat perwaja itu,aku tengok dia bijak atau tak

    Sepatut tun m jawab soalan bagi ini
    Abu BakarFikirkan lah ia

  15. Abu Bakar says:

    System Baru, saya adalah penyokong UMNO sejak saya masih bersekolah lagi, malahan semasa kempen pilihanraya, di kampung saya adalah sangat kuat menyokong Barisan Nasional, malahan dalam kempen-kempen pilihanraya saya akan turut serta dengan jentera parti untuk menggantung bendera dan memasang poster bagi berkempen untuk memenangkan calon UMNO.

    Kes 1MDB dah selesai apa kejadahnya, mana dia penjelasan mengenai pelaburan sebanyak RM 15.4 bilion di dalam Aabar Deposit, Brazen Sky, dan GIL Funds itu? Sila jelaskan kepada saya apakah jenis dan bidang pelaburan serta di manakah pelaburan itu dijalankan?

    Tak payah nak putarlah isu pelaburan yang sebenarnya penyonglapan RM 15.4 bilion itu oleh Najib dan kuncu-kuncunya pun tak terjawab hingga sekarang, dah selesai jadah apanya?

    Malahan mengapakah usahasama Joint Venture antara 1MDB dan Petrosaudi di mana usahasama itu dibatalkan selepas tempoh 6 bulan, malahan pelaburan 1MDB sebanyak USD 700 juta itu tidak pula dipulangkan semula, malahan USD 700 juta itu dijadikan murabahah mangkung apa entah, kemudian dah batalkan kontrak pun 1MDB boleh pula beri dua kali lagi pinjaman murabahan mangkuk apa entah dengan nilai USD 500 juta dan USD 350 juta, lepas tu kononnya buat pelaburan telaga petroleum di Argentina dan Turkemnistan, tapi berdasarkan rekod dalam laman web Petrosaudi sendiri pun, tak ada pelaburan di sana, jadi apa kejadahnya semua ini?

    Sila beri penjelasan mengenai perkara ini.

  16. Abu Bakar says:

    Ini bukannya isu kalau bukan Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri maka tak sedap dipandang, tetapi isunya adalah penyelewengan oleh Najib, takkan kita nak menyokong penyeleweng mengkhianati negara dan rakyat?

    Jumlah yang diseleweng bukan kecil, tetapi sangat besar, berpuluh bilion, berjuta pembangunan untuk rakyat boleh dibuat dengan wang sebesar itu, tapi lingkup semuanya akibat penyelewengan oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Dalam kes Pak Lah, penjualan MV Augusta pada harga RM 4.80 bersamaan Euro 1.00 pada masa itu adalah tindakan yang sangat merugikan negara. Kerana GiVi Spa yang membeli MV Augusta dengan harga Euro 1.00 itu telah menjual semula MV Augusta kepada Harley Davidson dengan harga hampir 100 juta kali ganda dari harga jualan oleh Pak Lah dan kuncu-kuncunya itu.

    Dalam isu jambatan bengkok, tindakan Pak Lah membatalkan pembinaan projek berkenaan merugikan negara, banyak projek asas bagi jambatan bengkok itu talah dibuat, tapi lingkup macam itu sahajalah. Malahan aliran air di Selat Johor tak dapat mengalir dengan elok kerana tersekat di Tambak Johor, kerugian kepada sektor perkapalan Malaysia, bila Pelabuhan Tanjong Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang tidak dapat dimaksimumkan kemasukkan kapal ke kedua-dua pelabuhan itu kerana masalah Tambak Johor itu sendiri.

    Perwaja tak bankrap, masih wujud hingga kini, malahan masalah hutang Perjawa tu tak seteruk masalah hutang 1MDB pun, kini Perwaja masih beroperasi.

    Macam 1MDB, anak syarikat 1MDB Edra Energy kononnya nak bina stesen janakuasa elektrik Jimah Timur 3B, tetapi akhirnya paksa TNB beli ekuiti dalam projek berkenaan, kerana Edra Energy tak ada keupayaan kewangan untuk buat projek berkenaan, persoalannya di manakah wang Edra Energy untuk buat projek itu, mengapakah Suruhanjaya Tenaga meluluskan projek itu kepada Edra Engergy jika Edra Energy tak mampu nak menjalankan projek itu?

    Tak pasal-pasal TNB dipaksa melabur sebanyak RM 11.7 bilion untuk selesaikan projek itu, malahan 1MDB pula senyum girang, buat perniagaan ali baba untung atas angin, sebab projek Jimah Timur tu tapak pun tak disediakan lagi, 1MDB hanya jual kontrak sahaja, tak ada pembinaan lagi pun, apa kejadahnya semua ini?

    Sila System Baru jawab isu-isu yang saya utarakan di atas.

  17. rockers says:

    bila x dpt jawab dituduh konspirasi plak..wth

  18. Hello World says:

    Bekas kakitangan Sarawak Report
    Bekas pengendali radio Free Sarawak
    Bekas Hakim

    Begitu bnyk bekas, tapi bankrap.

    HAHAHHAHA

  19. SWKTribune says:

    Siapa Lester? Bekas Ketua Wartawan Sarawak Tribune yang menyiarkan semula kartun Nabi Muhammad dari akhbar luar negeri dan telah menyebabkan lesen Sarawak Tribune dibatalkan.

  20. Kunta says:

    Abang lester seorang bekas hakim.

    So ? apahal, seorang presiden amerika pun boleh digugurkan kerana curi wang.
    apahal abang dia bekas hakim, so what ? pinjam kredibiliti abang, kredibiliti dia sendiri amacam, itu yang mustahak, bukan bapak dia siapa abang dia siapa, itu IRRELEVANT. this gave this writing NOT the basic gist of credibility is down the drain.

Leave a Reply

Threesome