Menu Utama

UMNO Raub Batal Perasmian Tan Sri Muhyiddin

UMNO Bahagian Raub membatalkan perasmian Mesyuarat UMNO bahagian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 15hb Ogos nanti.

Menurut sumber dalaman, Mesyuarat UMNO Bahagian sebentar tadi memutuskan demikian bagi mengelakkan perpecahan dalaman UMNO dan mesyuarat mereka menjadi pentas membelasah Presiden UMNO.

Keputusan ini dibuat berikutan ucapan kontroversi Timbalan Presiden UMNO di perasmian UMNO Bahagian Cheras semalam






13 Komen to UMNO Raub Batal Perasmian Tan Sri Muhyiddin

  1. Abu Bakar says:

    Sila UMNO Bahagian Raub jemput Najib rasmi mesyuarat mereka itu, lepas tu minta Najib jelaskan mengenai isu 1MDB, isu RM 2.63 billion dalam akaun Najib, dua buah akaun di AmBank milik Najib yang dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, apa kejadahnya buka akaun dalam tempoh yang singkat itu, minta Najib terangkan juga, elok jemput sekali Rosmah juga, boleh minta Rosmah jelaskan mengenai RM 2 juta melibatkan beberapa transaksi melibatkan jumlah antara RM 150,000.00 hingga RM 300,000.00 di dalam akaun Affin Bank Rosmah itu.

    Harapnya Datuk Shaharudin Moin jadi lelaki sejati dengan bersikap sebagai ketua bahagian yang berprinsip, sedarlah dia menang di DUN Dong sebelum ini pun dengan majority 481 undi sahaja, jangan salah masuk kem, nanti PRU 14 terus melingkup pula, jadi calon kerana sokong penyelewengan Najib pun tak guna juga kalau kalah dalam pertandingan PRU 14.

    Sedarlah diri.

  2. Abu Bakar says:

    Bagus juga kalau jemput Najib dan Rosmah, isu cincin RM 24 juta itu pun boleh dijelaskan juga.

    Kerana sebelum ini, Ketua Pengarah SPRM telah memberikan kenyataan bahawa cincin RM 24 juta itu memang masuk ke negara ini melalui Singapura, tetapi kemudiannya tak berapa lama cincin ini dikeluarkan dari negara ini dan dihantar ke New York berdasarkan rekod pihak kastam.

    Menurut Ketua Pengarah SPRM, Rosmah juga telah disisat mengenai perkara ini, malahan Najib juga diberitahu mengenai perkara ini.

    Sekarang, kes itu senyap begitu sahaja selepas Najib diberitahu melalui telefon oleh pihak SPRM.

    Boleh juga nanti ahli UMNO Raub tanya mengenai perkara ini kepada Rosmah dan Najib, apa yang berlaku sebenarnya.

    Saya bukannya tuduh, sekadar tanya, harapnya juak-juak Najib faham, saya tanya bukannya fitnah atau nak mengancam demokrasi atau nak menjatuhkan kerajaan, saya hanya tanya apakah benar Rosmah membeli cincin RM 24 juta itu, itu sahaja.

    Selamat menjawab.

  3. Abu Bakar says:

    Ahli UMNO Raub juga boleh tolong Pengerusi PAC Nur Jazlan Mohamed dan Kementerian Kewangan yang kini gelisah dan gundah gulana kerana kerana Jho Low tak dapat dikesan, oleh itu surat panggilan dia untuk disoal siasat oleh PAC tak dapat diserahkan.

    Maka ahli UMNO Raub oleh minta Najib atau Rosmah untuk menelefon Jho Low supaya datang ke Kementerian Kewangan dan ambil surat arahan dari PAC untuk hadir ke sesi soal siasat mengenai 1MDB itu.

    Bukannya apa, Jho Low tu bukankah kawan rapat Najib dan Rosmah, siap boleh melancong bersama Najib laki isteri dan anak beranak serta Putera Turki di atas kapal persiaran mewah Tatoosh sebelum ini, rasanya tak ada masalah untuk Najib atau Rosmah untuk minta Jho Low datang, takan mereka tak ada nombor telefon rakan mereka itu, terutama sekali Rosmah, setiap kali Rosmah ke luar negara sebelum ini, Jho Low sentiasa turut serta dalam rombongan itu dan berdasarkan laporan, sentiasa membelanja Rosmah beli barang-barang mewah semasa ‘lawatan rasmi’ Rosmah ke luar negara.

    Semoga UMNO Raub dapat menjemput Najib dan Rosmah ke program itu untuk menjelaskan kekalutan yang berlaku sekarang ini serta meminta tolong Najib atau Rosmah untuk menghubungi Jho Low supaya ambil surat dari PAC di Kementerian Kewangan untuk sesi soal siasat mengenai 1MDB pada bulan Ogos nanti.

  4. Badrole Amin says:

    dengan keberanian muhyiddin berani bersuara ala lebih banyak merapu tidak tentu fasal seperti tidak mampu bersabar(mungkin tidak mahu percaya) pada hasil laporan siasatan pasukan penyiasat khas yang akan dibentangkan nanti, aku percaya esok lusa mesti mahadey akan bersuara pula memberi endorsement kepada muhyiddin untuk menggantikan Najib

    apakah mahadey berani memberi endorsement tersebut kepada muhyiddin?

    aku rasa tidak sebab boleh menimbulkan persepsi negatif serta pertanyaan dikalangan rakyat “apakah muhyiddin sanggup merelakan dirinya menjadi PM proksi aka PM boneka kepada mahadey(bahasa sopannya ialah menjadi ‘pencacai mahadey’)?…dan jika tidak apakah muhyiddin sanggup dipalitkan dengan tahi(sepertimana dilakukan terhadap Najib) oleh mahadey?”

    pengilap buah mahadey mahu rakyat anggap tahi yang dibuat mahadey semasa dia menjadi PM tidak berbau busuk sebaliknya sewangi kasturi tapi ‘tahi palsu Najib’ yang sedang dihidangkan oleh mahadey kepada rakyat harus dianggap berbau busuk…agaknya mengikut deria muhyiddin ‘tahi palsu Najib’ yang sedang dihidangkan oleh mahadey berbau busuk juga…adalah malang jika deria muhyiddin gagal berfungsi tidak dapat berbau busuk akan tahi mahadey…nak jadi pencacai kenalah alah bau busuk, harap muhyiddin tidak begitu

  5. semangat dato' haron says:

    #SayNO!!!toKJ

  6. Abu Bakar says:

    Badrole Amin, isunya adalah mengapakah Najib takut nak menjawab apa yang beliau buat?

    Macam isu akaun di AmBank itu, di mana akaun itu didedahkan dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, dan didedahkan juga sepanjang akaun itu aktif, terdapat transaksi wang berjumlah USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion ke dalam akaun tersebut, mengapakah Najib tak berani menafikan dia tak pernah buka akaun itu, dan tak ada wang RM 2.63 billion bersamaan USD 700 juta di dalam akaun tersebut sebab akaun itu tak pernah dibuka, apakah Najib berani memberikan penjelasan rasmi mengenai perkara ini melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri atau Pengakuan Berkanun?

    Malahan Najib menuduh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal mengancam demokrasi serta mahu menjatuhkan kerajaan, sedangkan apa yang didedahkan oleh media-media berkenaan tidak ada pun satu artikel yang menuduh Malaysia, mereka hanya mendedahkan salah laku Najib, jadi di manakah asasnya Najib menuduh tindakan ketiga-tiga media berkenaan mahu menjatuhkan kerajaan dan mengancam demokrasi?

    Malahan Najib tak berani saman Wall Street Journal, Najib hanya hantar surat bodoh melalui peguamnnya yang nana surat bodoh itu menjadi bahan lawak jenaka pengamal undang-undang di seluruh dunia serta menjadi bahan jenaka oleh para media antarabangsa, hingga kini Najib tak berani saman The Wall Street Journal.

    Sarawak Report pula, Najib tak berani ambil tindakan undang-undang terhadap pengendali Sarawak Report, malahan sudahlah tak ambil tindakan saman, tetapi Najib menyekat akses Sarawak Report di negara ini selepas kekantoian balaci upahan terbaharu Najib iaitu Lester Melanyi serta tindakan pecacai Najib yang meletakkan gambar seorang pengurus sebuah stesen bas di England sebagai ‘James Steward’ satu watak baharu yang kononnya mengubah suai dokumen 1MDB sedangkan sebelum ini Najib dan juak-juaknya dengan riang dan penuh yakin menuduh Andre Xavier Justo sebagai individu yang kononnhya ‘memalsukan’ dokumen mengenai Petrosaudi-1MDB.

    Malahan siasatan oleh pihak polis Thailand juga mendapati kes Justo itu tak ada kena mengena dengan Malaysia walaupun Ketua Polis Negara yang penipu yang merupakan pecacai tegar Najib dengan harapan jawatan Ketua Polis Negara yang disandangnya itu disambung lagi kontraknya itu beria-ia ke Thailand untuk ‘menyoal siasat’ Justo.

    Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin itu adalah kebenarannya, Najib patut jelaskan apa yang dia tahu, kalau dia mendiamkan diri, itu bermakna dia takut dan dia bersalah, sebab orang yang bersalah memang takut nak memberi keterangan, takut rahsianya terbongkar.

    Lagi satu tuduhan melulu kau tu Badrole Amin terhadap Tun Dr. Mahathir, kalau betullah Tun Dr. Mahathir buat perkara tak betul dan banyak menyonglap wang negara, sudah tentu sekarang ni kau pun buta huruf sebab tak banyak boleh dibina, malahan kau juga tentunya akan merempat di bawah jambatan dan tak kenal komputer pun, sebab kau kata Tun Dr. Mahathir banyak menyonglap wang negara.

    Tetapi di zaman Tun Dr. Mahathir, perbelanjaan wang negara kita dapat lihat dan rasai nikmatnya, macam pembinaan lebuhraya utara selatan, penubuhan Proton dan Perodua, Modenas, penubuhan university, penubuhan Bank Islam, pembangunan litar sepang, pembangunan KLIA, pembangunan kawasan-kawasan industry, pembangunan Putrajaya, pembanguna Cyberjaya, pembangunan di seluruh pelusuk negara, dari Perlis hingga ke Sabah, jadi tak payah nak membohong untuk memburukkan imej Tun Dr. Mahathir, kerana orang yang membesar di zaman Tun Dr. Mahathir tahu apa yang berlaku, kami amat menghargai jasa dan sumbangan Tun Dr. Mahathir membangunkan negara ini, membangun kan kami rakyat yang berperdana menterikan Tun Dr. Mahathir sebelum ini, kami diberikan kemudahan yang berkelas pertama, kami diberikan pembangunan yang sangat baik, peluang kerja, peluang niaga, peluang menuntut ilmu yang sangat pesat dibangunkan oleh Tun Dr. Mahathir dan barisan cabinet beliau semasa beliau menjadi Perdana Menteri.

    Di zaman Najib pula rakyat disajikan dengan berbagai bebanan hidup, kos sara hidup meningkat, ekonomi negara terjejas, matawang merudum sedangkan matawa negara jiran naik, kemudian pembangunan negara yang tunggang langgang, peluang kerja banyak dibiarkan kepada pendatang asing, sampaikan bawa masuk 1.5 juta pendatang asing dari Bangladesh pula.

    Sememangnya Najib gagal menjadi Perdana Menteri yang berkesan, Najib tidak seperti Tun Dr. Mahathir, Najib manusia tamak yang pentingkan diri sendiri, sedangkan Tun Dr. Mahathir adalah negarawan yang berfikiran jauh dan berusaha untuk memajukan Malaysia serta memberi kemudahan yang terbaik kepada rakyat.

    Sedarlah bahawa kami yang hidup dan membesar di zaman Tun Dr. Mahathir kami tahulah membezakannya, jangan nak autalah, sedarlah diri.

  7. Abu Bakar says:

    Dulu masa Tun Dr. Mahathir jadi Perdana Menteri tiap-tiap kali PRU pihak kerajaan akan menang majority 2/3 di parlimen. Undi popular tak pernah kurang dari 50% dari jumlah pengundi, tetapi masa Najib ni, bukan setakat tak dapat 2/3 majority di parlimen, malahan undi popular juga kurang dari 50%, hanya dapat 47.8% kalau tak silap saya. Prestasi Najib lagi teruk dari Pak Lah, sebab masa PRU 12 masa Pak Lah jadi Perdana Menteri, Barisan Nasional menang 140 kerusi parlimen, tetapi masa Najib jadi Perdana Menteri, hanya menang 133 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi parlimen berbanding Pak Lah, malahan negeri Selangor yang mana Najib adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, mencatatkan penurunan kerusi yang dimenangi oleh UMNO di mana dalam PRU 12 Barisan Nasional menang 20 kerusi DUN, tetapi di zaman Najib jadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, hanya menang 12 kerusi sahaja, kurang 8 kerusi berbanding PRU 13.

    Patutnya Najib meletak jawatan kerana dia gagal mendapat keputusan yang lebih baik dari Pak Lah, malahan negeri yang dia jadi Pengerusi Badan Perhungan UMNO negeri pula kalah dengan lebih teruk. Tetapi Najib tak sedar diri, dia kemaruk nak jadi Perdana Menteri juga, tak apalah.

    Tetapi bila melibatkan penyelewengan berpuluh billion ringgit dalam 1MDB, skandal akaun Najib skandal akaun Rosmah, malahan penyelewengan dalam syarikat milik kerajaan dan badan berkanun yang dipaksa melabur dalam 1MDB hingga merosakkan imej serta kedudukan kewangan syarikat dan badan berkanun itu, itu sudah melampau dan tak boleh dibiarkan lagi.

    Kepada juak-juak Najib, kebenaran di depan mata anda, jangan menipu diri sendiri kerana kemaruk menjadi hamba Najib atas dasar CASH IS KING, kerana yang utama adalah kepentingan agama, bangsa, dan negara, kepentingan UMNO dan kepentingan Barisan Nasional yang perlu diutamakan.

  8. itsme says:

    tu diaaa…. abu bakar bunyi lagi….. thumb up!!

  9. wtlee says:

    terimala kebenaran. terimala kebenaran 1mdb satu penipuan yang teruk

  10. Pak Tho says:

    Sebab itu DAPigs dapat bertapak di Raub. Sebab Umno Raub lbh syok sendiri. Pemimpin bahagian adalah pengampu- pengampu yg tdk perduli pada ahli bawahan melainkan berjuang utk tembolok masing². Tak perlu nk cerca Tun M. Banyk jasa walaupun ada kekurangannya. Hanya org lemah fikiran akan mencerca Tun M.

  11. raplahjingaa says:

    UMNO Raub ??? permit balak itu dan ini…..

  12. rockers says:

    bnyk balak tu..patutlah org umno kaya sakan

  13. Badrole Amin says:

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Badrole Amin, isunya adalah mengapakah Najib takut nak menjawab apa yang beliau buat?

    Macam isu akaun di AmBank itu, di mana akaun itu didedahkan dibuka beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya ditutup beberapa bulan selepas PRU 13, dan didedahkan juga sepanjang akaun itu aktif, terdapat transaksi wang berjumlah USD 700 juta bersamaan RM 2.63 billion ke dalam akaun tersebut, mengapakah Najib tak berani menafikan dia tak pernah buka akaun itu, dan tak ada wang RM 2.63 billion bersamaan USD 700 juta di dalam akaun tersebut sebab akaun itu tak pernah dibuka, apakah Najib berani memberikan penjelasan rasmi mengenai perkara ini melalui kenyataan rasmi Pejabat Perdana Menteri atau Pengakuan Berkanun?”

    tunggulah pihak berkuasa(pasukan penyiasat khas) memberi jawapan kepada pertanyaan ‘abu bakar’ itu…aku & ramai lagi dalam myKMU ini bukan anggota pasukan penyiasat khas…nak tanya ‘abu bakar’ kalau Najib menafikan tanpa menunggu pihak berkuasa selesai membuat siasatan, ‘abu bakar’ nak percaya ke?

    pada aku kalau USD700 juta itu merupakan dana pemberian dari pihak luar buat UMNO & BN untuk perbelanjaan PRU13, aku lihat tidak ada salah apa sebab pembangkang pun biasa terima dana dari pihak luar yang dimasukkan ke dalam akaun bank proksi2 mereka untuk perbelanjaan PRU13(sebut ‘aktiviti politik’)…dana ini digunakan bukan untuk perbelanjaan PRU13(sebut ‘aktiviti politik’) sahaja malah digunakan untuk perbelanjaan ‘operasi kilang mencipta fitnah’ mereka terdiri media & NGO mereka

    ‘abu bakar’ ialah seorang yang hipokrit jika dia cuba menafikan pihak luar juga menyalurkan dana kepada pembangkang, kalau bukan hipokrit mestilah ‘abu bakar’ seorang yang bodoh sekiranya dia tidak tahu-menahu akan hal ini

    dana dari pihak luar kepada pembangkang disalurkan ke dalam akaun proksi2 orang pembangkang yang ramai…BNM tahu siapa orang pembangkang & proksinya paling banyak terima dana dari pihak luar ini namun BNM tidak boleh dedah sesuka hati identiti mereka selagi dana itu tidak terlibat dengan aktiviti penggubahan wang haram atau untuk aktiviti keganasan, begitu juga dengan ‘akaun khas’ Najib yang disebut oleh ‘abu bakar’

    berbeza dengan dana dari pihak luar kepada UMNO & BN yang mungkin disalur terus ke dalam ‘akaun khas’ Najib yang telah ditutup selepas PRU13, sudah tentu BNM lebih tahu & lebih yakin akan dana ini digunakan untuk tujuan aktiviti politik kerana melibatkan satu akaun sahaja…jika USD700 juta itu diseleweng(disalah-guna) oleh Najib untuk tujuan lain(bukan untuk PRU13) sudah tentu MCA, MIC, Gerakan dll akan membuat bising & membuat laporan polis…Najib akan didesak oleh mereka supaya letak jawatan sementara polis & SPRM akan membuat siasatan untuk melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa Najib…kenapa hanya the edge, pembangkang & mahadey sahaja yang membuat bising tentang USD700 juta itu?

    maksud aktiviti melanggar undang-undang ini luas, dana ini boleh diberi kepada ‘tentera kiram’ sebagai upah selepas membuat onar di Sabah, dana untuk memastikan ‘operasi kilang mencipta fitnah’ terhadap PM & kerajaan terus berjalan, wujud & bercambah…banyak lagi jika hendak disenaraikan, pasti ‘abu bakar’ tahu nak tambah apa lagi

    BNM boleh tahu(pemantauan) sama ada dana ini untuk perbelanjaan PRU13(sebut ‘aktiviti politik’) atau untuk aktiviti yang melanggar undang2 namun menggunakan proksi2 yang ramai untuk menerima dana dari pihak luar ini boleh menjejaskan keupayaan kerja pemantauan yang dilakukan oleh BNM dari dapat tahu akan dana ini digunakan untuk aktiviti melanggar undang2(boleh juga disebut ‘memporakperandakan’ kerajaan, ekonomi & negara)

    sudah cukup the edge, pembangkang & mahadey menggunakan isu 1MDB untuk menjejaskan ekonomi negara…selain menjejaskan keyakinan pelabur asing janganlah ‘abu bakar’ sangka kejatuhan nilai ringgit tiada kaitan dengan isu 1MDB yang dimomokkan(kononnya berlaku penyelewengan) oleh the edge, pembangkang & mahadey

    jika PAC & pasukan penyiasat khas mendapati tidak berlaku penyelewengan melibatkan 1MDB & Najib, sanggup atau tidak the edge, pembangkang & mahadey minta maaf & mengaku mereka telah membuat silap dimana kesilapan mereka itu telah menjejaskan ekonomi negara?

    pembangkang harus juga membuat perakuan berkanun mengaku menerima dana dari pihak luar jika ‘abu bakar’ mahu Najib membuat perakuan berkanun tentang USD700 juta itu

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Malahan Najib menuduh The Edge, Sarawak Report, serta Wall Street Journal mengancam demokrasi serta mahu menjatuhkan kerajaan, sedangkan apa yang didedahkan oleh media-media berkenaan tidak ada pun satu artikel yang menuduh Malaysia, mereka hanya mendedahkan salah laku Najib, jadi di manakah asasnya Najib menuduh tindakan ketiga-tiga media berkenaan mahu menjatuhkan kerajaan dan mengancam demokrasi?”

    ‘abu bakar’ memang bodoh sebab dia tak faham maksud ‘mengancam demokrasi’ yang dia sendiri sebut…kalau nak jatuhkan PM & kerajaan jatuhkan di peti undi(PRU), inilah cara yang betul mengikut demokrasi bukan mengancam demokrasi dengan menggunakan dokumen curi selepas itu dimanipulasi dengan fitnah untuk menjatuhkan PM & kerajaan…cara bangsat seperti ini yang turut sama dihalalkan oleh ‘abu bakar’ boleh mengancam demokrasi…negara & rakyat boleh menjadi kacau-bilau, kegelisahan & perbalahan dikalangan rakyat boleh berlaku disebabkan fitnah…apa berlaku di Mesir boleh kita jadikan contoh bagaimana fitnah boleh membuat majoriti rakyat Mesir yang susah menjadi bertambah susah selepas Hosni Mubarak digulingkan

    sehingga kini pembangkang & mahadey masih tidak berani menghasut rakyat membuat demo untuk menggulingkan Najib & kerajaan menggunakan isu 1MDB…’abu bakar’ tahu atau tidak kenapa? walaupun ISA tiada lagi, pembangkang & mahadey tahu mereka tetap boleh masuk ke dalam…tak gitu ‘abu bakar’?

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Malahan Najib tak berani saman Wall Street Journal, Najib hanya hantar surat bodoh melalui peguamnnya yang nana surat bodoh itu menjadi bahan lawak jenaka pengamal undang-undang di seluruh dunia serta menjadi bahan jenaka oleh para media antarabangsa, hingga kini Najib tak berani saman The Wall Street Journal.

    Sarawak Report pula, Najib tak berani ambil tindakan undang-undang terhadap pengendali Sarawak Report, malahan sudahlah tak ambil tindakan saman, tetapi Najib menyekat akses Sarawak Report di negara ini selepas kekantoian balaci upahan terbaharu Najib iaitu Lester Melanyi serta tindakan pecacai Najib yang meletakkan gambar seorang pengurus sebuah stesen bas di England sebagai ‘James Steward’ satu watak baharu yang kononnya mengubah suai dokumen 1MDB sedangkan sebelum ini Najib dan juak-juaknya dengan riang dan penuh yakin menuduh Andre Xavier Justo sebagai individu yang kononnhya ‘memalsukan’ dokumen mengenai Petrosaudi-1MDB.”

    kalau peguam bodoh kenalah Najib tukar peguam lain kalau tidak Najib pun sama bodoh, tak gitu ‘abu bakar’? tiada siapa boleh nafikan ianya bukan satu perkara yang mudah & tidak akan mengambil masa yang lama untuk saman WSJ & SR…mereka ini merupakan pihak luar, pasti ada undang2 di negara yang mereka tinggal & berlindung ini boleh digunakan untuk melepaskan diri mereka dari dikenakan sesuatu tindakan dari pihak berkuasa Malaysia…jika susah bagi pihak berkuasa Malaysia nak saman mereka ini, kenapa harus ‘abu bakar’ marah bila pihak berkuasa menyekat sr? the edge kena sekat pun ‘abu bakar’ marah juga ke?

    kerana ‘abu bakar’ tiada bukti tentang balaci/pencacai upahan Najib itu maka orang lain pun boleh berkata ‘pencacai Najib’ yang ‘abu bakar’ sebutkan itu sebenarnya bukan ‘pencacai Najib’ tapi merupakan ‘pencacai mahadey’ ataupun ‘pencacai tong kooi ong’…senang cakap ‘pencacai pembangkang’

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Malahan siasatan oleh pihak polis Thailand juga mendapati kes Justo itu tak ada kena mengena dengan Malaysia walaupun Ketua Polis Negara yang penipu yang merupakan pecacai tegar Najib dengan harapan jawatan Ketua Polis Negara yang disandangnya itu disambung lagi kontraknya itu beria-ia ke Thailand untuk ‘menyoal siasat’ Justo.”

    hanya si penipu suka kata orang lain seperti KPN seorang penipu…si penipu ‘abu bakar’ takde bukti kata KPN seorang penipu jadinya dia cuma boleh menipu sahaja kata KPN seorang penipu…’abu bakar’ juga menipu kata polis Thailand mendapati kes Justo takde kena-mengena dengan Malaysia…’abu bakar’ keturunan penipu sebab itu dia menipu banyak sangat…hehehehe

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Apa yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin itu adalah kebenarannya, Najib patut jelaskan apa yang dia tahu, kalau dia mendiamkan diri, itu bermakna dia takut dan dia bersalah, sebab orang yang bersalah memang takut nak memberi keterangan, takut rahsianya terbongkar.”

    Najib tidak mendiamkan diri seperti yang digambarkan si penipu ‘abu bakar’…Najib sedang disiasat juga jadinya Najib tidak boleh boleh memberi penjelasan secara muktamad, harap muhyiddin faham akan situasi Najib…si penipu ‘abu bakar’ mana nak faham situasi Najib, penipu seperti ‘abu bakar’ memang tidak akan faham sebab dia memang bodoh juga…adalah lebih afdal, tidak dilihat bodoh apatah lagi tergopoh-gopoh jika muhyiddin dapat bersabar sehingga pasukan penyiasat khas mengemukakan siasatan mereka

    Abu Bakar says:
    July 28th, 2015 at 1:54 AM

    “Lagi satu tuduhan melulu kau tu Badrole Amin terhadap Tun Dr. Mahathir, kalau betullah Tun Dr. Mahathir buat perkara tak betul dan banyak menyonglap wang negara, sudah tentu sekarang ni kau pun buta huruf sebab tak banyak boleh dibina, malahan kau juga tentunya akan merempat di bawah jambatan dan tak kenal komputer pun, sebab kau kata Tun Dr. Mahathir banyak menyonglap wang negara.”

    atas kuasa & kehendak Allah bukan mamak kutty mahadey itu yang menjadikan aku tidak buta huruf…atas kehendak Allah juga bukan mamak kutty mahadey itu banyak dapat dibina…jambatan bengkok tidak dapat dibina pun atas kehendak Allah juga…cuma bab menyonglap duit rakyat itu bukan kehendak Allah tapi merupakan kehendak anwar yang dipersetujui mahadey, nasib baik tidak ramai(kalau dikira dengan jari tidak sampai 10) rakyat yang merempat tinggal bawah jambatan kalau tidak mesti ‘abu bakar’ kata mereka tinggal bawah jambatan sebab telah menghina atau memfitnah mahadey…kalau ‘abu bakar’ ternampak orang tinggal bawah jambatan, janganlah ‘abu bakar’ kutuk kerajaan kata kerajaan tidak mempedulikan mereka sebaliknya ‘abu bakar’ harus kata “padan muka mereka sebab menghina & memfitnah mahadey”…aku kenal komputer sejak awal tahun 80’an lagi, masa itu monitor komputer dalam bentuk monochrome…aku kenal komputer tidak ada kena-mengena dengan idea mahadey memperkenalkan MSC, kalau Najib jadi PM pada masa itu dia pun akan memperkenalkan MSC…negara2 jiran pun hebat memperkenalkan MSC ini kepada rakyat mereka…semuanya idea yahudi, mahadey cuma jadi tukang promosi sahaja

Leave a Reply

Threesome