Menu Utama

Tun Mahathir Falasi, Konspirasi dan Demokrasi

fallacy (ˈfæləsɪ)
n, pl -cies
1. an incorrect or misleading notion or opinion based on inaccurate facts or invalid reasoning
2. unsound or invalid reasoning
3. the tendency to mislead
4. (Logic) logic an error in reasoning that renders an argument logically invalid

Membaca tulisan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, “konspirasi” nyata negarawan ini bertekad untuk menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak dengan apa cara, kos dan akibat sekalipun.

Mengikuti kerjaya politik dan pemikiran Tun Mahathir selama hampir 30 tahun, saya tidak pernah terfikir beliau akan merendahkan diri seperti hari ini dengan maklumat yang bukan sahaja mengelirukan dan taakulan yang salah, malah sudah sampai ke tahap memusnahkan UMNO dan Barisan Nasional.

chedet-claireFalasi Pertama, Mahathir menafikan terdapat sebarang konspirasi menjatuhkan Mohd Najib. Kata beliau tidak ada konspirasi kerana beliau secara terbuka mengumumkan mahu Najib berundur.

Betul, meminta Mohd Najib berundur secara terbuka bukan satu konspirasi. Namun berpakat dengan pelbagai pihak menyediakan strategi untuk menjatuhkan Mohd Najib adalah satu konspirasi.

Apakah Tun menafikan pernah bertemu pengendali Sarawak Report yang sekarang ini dituduh mengubah fakta dan butiran pertuduhan terhadap 1 Malaysia Development dan Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak?

khairuddin-ClaireApakah Tun menafikan terbabit dengan gerakan oleh Khairuddin Abu Hassan, A Kadir Jasin, Tong Kooi Ong (The Edge Daily), Kamal Sadique dan beberapa individu lain bagi menggerakkan gerakan menjatuhkan Mohd Najib Razak?

Apakah Tun mahu menafikan bahawa pegawai khas beliau, Sufi Yussuf sibuk mengaturkan pelbagai gerakan memburukkan Mohd Najib di kalangan ahli UMNO dan mengadakan hubungan dengan pemimpin pembangkang?

Sebenarnya Tun sedang berkonspirasi menjatuhkan Mohd Najib Tun Razak malangnya, Tun juga bersedia melingkupkan UMNO sekali lagi.

Falasi Kedua, Tun mendakwa akhbar-akhbar arus perdana membuat pelbagai kenyataan melucukan mengenai tindakan Perdana Menteri ke atas Wall Street Journal. Tun kata tiada tindakan undang-undang telah diambil.

Ini merupakan satu lagi pemesongan fakta yang bertujuan membawa kesimpulan yang salah dan memburukkan Mohd Najib. Tun mahu orang ramai percaya apa yang peguam Mohd Najib lakukan adalah satu kepura-puraan mahu mengaburi rakyat.

Tun Menulis, “Akhir-akhir ini kita melihat banyak kenyataan yang melucukan. Utusan dengan lantang menyatakan bahawa Perdana Menteri telah mengambil tindakan terhadap Wall Street Journal. Sebenarnya ini bukan tindakan undang-undang atau saman malu. Ianya hanya tertanya dengan sopan kepada Wall Street Journal mengapa mereka menerbitkan artikel itu. Adakah keperluan untuk menanyakan soalan yang bodoh itu?”

Jelas Tun cuba memesongkan pemikiran rakyat.

Hakikatnya peguam Najib menghantar satu notis permulaan saman dengan meminta pengesahan apakah benar mereka menuduh Mohd Najib menyelewengkan wang 1MDB dan mahukan mereka mengemukakan nama peguam mereka di Malaysia bagi urusan saman fitnah. Notis ini diberi tempoh 14 hari.

Memang ramai peguam memberi pendapat yang berbeza dan mungkin bertindak cara berbeza. Namun tindakan Peguam Mohd Najib menghantar notis ini memang diamalkan oleh sebahagian peguam saman fitnah bagi mengukuhkan kes mereka di Mahkamah.

Saya tertanya-tanya apakah Tun membaca kandungan surat peguam bagi pihak Mohd Najib kepada WSJ atau sekadar membaca komen-komen mereka yang cemburu dengan peguam yang dilantik? Jika Tun membaca tentu beliau tahu ulasan mengenai notis terbabit jauh menyimpang dari kandungannya.

Proses perundangan telah pun bermula dengan menghantar notis 14 hari itu. Sekarang siapa yang memperbodohkan diri?

Falasi Ketiga, Tiada jawapan dari kerajaan kecuali penafian.

Tun sendiri sebenarnya mempunyai pendapat bertentangan mengenai cara menjawab pertanyaan. Para 11 beliau tidak mempercayai penafian yang dibuat, tetapi dalam para 12 beliau mempertikaikan mengapa Mohd Najib tidak menafikan tuduhan.

11. Bagi semua komen yang dibuat terhadap 1MDB, jawapan standard ialah menafikannya, mengatakan “Bukan, ia tidak benar.” Ia ibarat seseorang apabila ditanya sama ada dia telah mencuri wang seperti yang didakwa, hanya menafikan bahawa dia telah mencuri, mengharapkan hakim akan membebaskannya kerana ia menafikan.

12. Tidak ada penafian bahawa wang telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada UMNO adalah bahawa ia adalah untuk pilihan raya. UMNO nampaknya berpuas hati. Tidakkah mereka tahu bahawa wang Kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik memenangi pilihan raya? Tetapi wang ini adalah dari sumbangan, Siapa yang menyumbangkan 2 bilion Ringgit? Tiada jawapan.

Jika Tun mengambil masa meneliti laman web 1MDB tentu Tun tahu banyak fakta yang diberikan menjawab persoalan namun sengaja Tun membutakan hati menuduh tiada jawapan yang diberikan.

Apa sebenarnya Tun mahu? Tun tidak mahu kebenaran atau fakta. Beliau mahu Mohd Najib meletak jawatan.

Justeru Mohd Najib membuat keputusan tepat dengan membiarkan pasukan khas melakukan penyiasatan ke atas tuduhan beliau menyeleweng wang kerajaan melalui 1MDB sebanyak USD 700 juta.

Tun mempunyai anak didik beliau, Tan Sri zeti Akhtar Aziz dalam “Task Force” terbabit. Apakah zeti juga tidak dipercayai Tun? Malah Task Force ini turut diawasi oleh orang kepercayaan Tun, Tan Sri Abdul Ghani Patail, yang Tun sendiri angkat melangkaui beberapa hirarki menjadi Peguam Negara termuda.

Falasi keempat, Tun mendakwa sesungguh sesungguhnya tunai adalah raja!! (Cash is King). Sebentar. Mungkin ini bukan falasi. Mungkin ini satu-satunya kebenaran yang Tun nyatakan dalam tulisan terbaru beliau ini. Kerana inilah yang Tun cipta dalam UMNO sejak pemilihan UMNO 1987.

Namun mendakwa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai pembelian undi pilihan raya menggunakan wang kerajaan sangat tidak munasabah dan penyelewengan maklumat. Bagaimana Tun boleh merendahkan martabatnya sedemikian rupa?

BR1M merupakan polisi yang diperkenalkan pada 2011 sebagai bantuan secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah bagi mengimbangi tindakan kerajaan melakukan rasionalisasi subsidi. Jika sebelum ini berpuluh bilion subsidi diberikan oleh Tun kepada beberapa kerat korporat, kini ia diberikan secara langsung kepada rakyat.

Ini polisi yang dilaksanakan 3 tahun sebelum pilihan raya dan diteruskan selepas pilihan raya. Sejak bila membuat polisi yang menggembirakan rakyat diklasifikasikan sebagai rasuah pilihan raya?

Falasi Kelima, Tun menyatakan sejarah menunjukkan Perdana Menteri sebelum ini meletak jawatan apabila diminta dan tidak semestinya dibenarkan menghabiskan penggal pemerintahan.

Kata Tun, “Kemudian terdapat desakan bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa pun mempunyai sebarang hak untuk menuntut beliau berundur. Betapa pendek ingatan mereka. Tidakkah mereka ingat Abdullah yang juga telah dipilih diminta oleh Najib untuk berundur. Dan dia lakukannya. Dan saya sendiri, juga seorang PM yang dipilih, berundur pada tahun 2003.”

Terdapat beberapa pembohongan yang jelas di sini. Tun tidak meletak jawatan apabila diminta oleh ratusan ribu rakyat di atas jalan raya pada 1998. Tun tidak meletak jawatan apabila diminta berbuat demikian oleh kumpulan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1987 dan juga oleh Kumpulan 11 pada 1998 yang mengakibatkan UMNO diharamkan.

Tun Abdullah tidak pernah diminta meletak jawatan oleh Mohd Najib. Yang meminta Tun Abdullah meletak jawatan secara terbuka dalam hirarki parti ketika itu ialah Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Dr Mohamad Khir Toyo.

Permintaan ini dilakukan selepas Abdullah melengkapkan penggal pertama pentadbirannya, iaitu selepas pilihan raya 2008. Mohd Najib belum melengkapkan penggal pertama pentadbirannya. Ia seperti Abdullah mengambil alih jawatan pada 2003 dan berhadapan dengan pilihan raya 2004. Abdullah disokong oleh parti sehingga pilihan raya 2008.

Penggal penuh Mohd Najib hanya tamat pada pilihan raya akan datang. Jadi kesimpulan yang Tun Mahathir buat songsang dan terpesong.

Falasi keenam, pencapaian Mohd Najib lebih teruk dari Abdullah.

Kata Tun, “Janganlah jadi bodoh dan menuntut bahawa oleh sebab Najib dipilih, tiada siapa yang mempunyai hak untuk meminta beliau untuk berundur. Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 daripada Najib pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia untuk meletak jawatan, Najib selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum sepatutnya tidak menawarkan diri untuk menjadi PM. Dia harus meletakkan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan ketua BN dan biarkan orang lain memimpin dan menjadi PM.”

Ini satu lagi taktik pemesongan. Memang benar dari segi kerusi Parlimen Abdullah memenangi lebih kerusi, namun prestasi keseluruhan Mohd Najib sebenarnya lebih baik. Najib berhadapan dengan kekuatan pembangkang yang lebih besar, jumlah pengundi muda yang begitu banyak berjaya menambah kerusi UMNO dan menawan kembali 2 negeri yang kalah sebelum ini. (Lihat Analisis PRU 13)

Dengan kata lain, jika dalam pilihan raya 2008, ia umpama Manchester United (BN) lawan Queens Park Rangers (Pakatan), pada 2013 ia sudah menjadi seperti Manchester United lawan Manchester City. Ini bukan lagi pilihan raya David versus Goliath. Ia sudah menjadi pertembungan dua gergasi.

Tun mengenepikan perkara ini hanya untuk menjatuhkan Mohd Najib. Jika keputusan Pilihan raya lalu dijadikan alasan untuk Mohd Najib tidak menjadi Perdana Menteri, mengapa Tun masih menyokong beliau selepas pilihan raya. malah menyokong beliau sewaktu bertanding Presiden UMNO?

Falasi Ketujuh, Pindaan Perlembagaan UMNO tidak demokratik.

20. Terdapat pandangan ini bahawa pindaan kepada peraturan pilihan raya dalam UMNO adalah bertujuan untuk menjadikannya lebih demokratik. Lebih ramai ahli akan mengundi dalam pilihan raya UMNO daripada 2,000 atau lebih perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO.

21. Sebenarnya niatnya adalah untuk menghadkan bilangan entiti yang terlibat dalam pilihan raya. Pemenang adalah mereka yang mendapat bilangan terbesar undi bahagian. Keberkesanannya bererti pemilih sebenar telah dikurangkan dari 2000 kepada kira-kira 190 bahagian UMNO. Bilangan ahli yang mengundi untuk calon dibatalkan. Jauh daripada membuat pilihan raya UMNO lebih demokratik, Najib sebenarnya telah menghadkan hak mengundi ahli-ahli biasa kepada bahagian sahaja. Dan Najib mempunyai pegangan ke atas sebahagian besar ketua-ketua bahagian.

22. Begitulah untuk demokrasi yang lebih dalam UMNO.

Sistem demokrasi ini mungkin bukan yang terbaik. Malah seperti Tun pernah katakan demokrasi sendiri bukan suatu sistem yang sempurna dan unggul namun ia pilihan yang terbaik kita ada.

Demikian juga sistem baru pemilihan UMNO bukanlah yang paling demokratik atau terbaik.

Namun ia jauh lebih demokratik dari sistem-sistem yang wujud sebelum ini termasuk sistem kuota pencalonan dan undi tambahan bahagian. Malahan ia jauh lebih demokratik dengan hanya membenarkan hanya 2000 orang mengundi di PWTC setiap 3-4 tahun sekali.

Cukuplah Tun. hentikalanlah politik memusnahkan UMNO ini! – MYKMU.NET



« (Previous News)
(Next News) »



12 Komen to Tun Mahathir Falasi, Konspirasi dan Demokrasi

  1. dkds says:

    Kesesatan dalam berfikir , hentilah wahai Mahathir ! Sudah banyak kerosakan kau lakukan di Malaysia ini di waktu kau pencen ini

  2. ToraTora says:

    Rasanya kena ketepikan dulu pendapat Tun M..memang betul suara@pendapat Tun M didengari ramai dan beliau pun berpengalaman 20 tahun lebih mengepalai tampok pemerintahan.

    Yang penting kerajaan dan PM sendiri patut tumpukan musuh2 yang lebih bahaya. Bukan nak kata tulisan Tun M tak boleh memecahkan umat negara atau penyokong sedia ada..tapi hadapi satu2 masalah yang datang yang sekarang ni umum dah tau mana yang wajib ditangani dulu..

    Hal PM-Tun M ni..kasi la simpan dulu..biarlah dia cakap banyak2 dulu.

  3. Memang Terok says:

    Mahathir tidak akan berhenti dalam misi kotor ini. 2 keadaan yang boleh memberhentikan dia hanyalah mati dan kedua kena stroke tidak mampu bergerak.

    Kita tidak mendoakan dia kena stroke atau terlantar sakit, tetapi dalam usia lanjut begitu kita senang jika tuhan cabut nyawa dia. YE TAK ye pun semua makhlok akan mati satu hati. Mendoakan sesaorang yang berbahaya mati tidaklah terlalu besar dosanya kerana agama sendiri pun ada menetapkan hukum mati untuk pengkhianat.

    Dia akan mati pastinya, pergi menemui penciptanya yang juga pencipta kita semua seluruh alam. Tinggal lagi kita mintak dipercepatkan kerana Mahathir akan akan bawak banyak kemusnahan bukan hanya pada Najib tetapi pada negara keseluruhannya.

    Kita tak perlu kenegarawan ini. Negarawan yang tersesat dipenghujung jalan.

  4. sman says:

    Orang kampung pun dah kutuk Mahathir sekarang,maknanya sudah tidak adalah lagi rasa hurmat mereka terhadap beliau selaku mantan PM.

  5. rockers says:

    poyo.berhenti jelah jib.rosmah dgn anak dia blh support.

  6. semangat dato' haron says:

    Mahathir bertindak begini demi sindiket perniagaan dan kroni2 perniagaan yg dinaunginya. Mereka amat x berpuas hati kerana Najib mengagihkan kekayaan negara pd rakyat terutamanya golongan Bumiputera. Ini bkn pasal benar @ salah, ini semua pasal wang.

  7. System baru says:

    Ada soalan aku tanya pada tun m kenapa ytl dan berjaya sampai buat tendar jamban dan jalan kecik dua lorong pun di bagi pada ytl dan berjaya itu bukah itu bagi pada kroni cina tun m itu, aku penah hidup zaman tun m itu aku tahu segala2 nya, kiri kanan semua bagi pada kroni apek itu.tun m patut kena Sila jawab kenapa dasar 30% ekonomi bumiputera itu gagal setelah bagi peluang 22tahun pergi tanya pada tun m itu,
    korang tanya pada tun m pada klcc korang bangga sangat kenapa tak ada pun akitak bumiputa reka klcc itu,
    kalau korang bangga sangat kenapa pakai enigeering jepun dan korean itu ada perkara paling bodoh
    Tun m patut malu kenapa taipay 101 pakai akitak tempatan dia dan enigeering pakai orang taiwan dan beberapa pakar baru mereka pakai orang putih,
    Sebab itu aku pesan pada najib jangan ulang perkara sama tun m lakukan, najib kena percaya pada kepakaran tempatan dan majukan bumiputera itu, kita tak lihat wawasan 2020 berjaya tapi orang melayu ketinggalan ekonomi mereka itu

  8. zarman says:

    Tak payah nak buat analisa, kronologi dan ulasan panjang….
    pertama – Najib sila jawab semua soalan TDM (mana pergi 27bil etc).
    Kedua – Nafi dan tunjukan bukti akaun peribadi yang orang tanya duit masuk akaun, kau pi jawab mana ada saya guna duit 1mdb untuk kepentingan peribadi.
    Ketiga – saman wsj, saman SR dan saman the edge… jangan cakap politik kosong saja…

    insyaAllah dengan tiga tindakan asas diatas, DATO seri tak perlu habiskan jutaan RM untuk mengupah MYKMU dan puluhan blogger lain, segala ex-PKR, EX-DAP dan pengampu2, TV 3suku etc serta mengajak seluruh rakyat memusuhi TDM… jawab tiga persoalan tersebut for free… selesai semua masaalah.

  9. Meriam Buluh says:

    zarman, kenapa la ko recycle soalan-soalan tu…soalan-soalan tu dah basi. Pergi baca balik posting-posting dan komen-komen sebelum ni. Kalau nak tunjuk bebal, MYKMU bukan tempatnya..

  10. ancus says:

    Dulu bukan main lagi kmu ni menatang Tun bagai minyak yang penuh. Kalau dalam Myforum tu aku pun turut sama mempertahankan segala tohmahan yg dilontarkan oleh forumer forumer pembangkang dan forumer forumer jadian. Hampir keseluruhan forumer tidak mengharapkan apa apa bayaran pun untuk mempertahankan kerajaan dan umno.Sekarang ni dah lain jadiknya, cuma tinggal sorang dua yang dibayar entah berpa banyak oleh … untuk mempertahankan seseorang individu (bukan kerajaan) yang nampak nampak bersalah walaupun belum dibuktikan bersalah. Kemana perginya forum yang dulunya didatangi beribu pengunjung? dah ke laut ke? Kmu ni pun dah malas orang nak jenguk.

    Apa yang nampak sekarang orang yang dulu memakihamun Tun, orang yang dulu menghanjingkan umno, orang yang dulu mengutuk ngutuk Rosmah dan ada juga orang yang dulu menghina Nabi SAW tapi kini diangkat martabatnya semata mata untuk membela seorang individu. Tak sedarkah kalian? Aku tidak pernah membenci umno, tetapi aku benci pada orang yang mempolitikkan kelemahan, kesalahan dan kesilapannya sendiri dengan meletakkannya ke atas parti.

    Sampai bilakah perkara begini mahu dipusing pusing. Kita tunggulah apa kesudahanya nanti perkara ini…ataupun kalian nak putarrrrr lagiii???

  11. Meriam Buluh says:

    ancus, mykmu masih ada banyak pengunjung. Orang tak beriman atau tak kuat iman dan takwa sahaja akan tulis komen yang bukan-bukan termasuk fitnah dan pembohongan. Allah Maha Mengetahui.

  12. Yusof Othman says:

    Notis 14 hari dah lepas ni…dah saman ke? Tak dengar kabor pun. Kalau dah saman kenapa tak di ulang2 berita tu dalam TV1 sampai TV9 setiap setengah jam?

Leave a Reply