Menu Utama

Tuduhan ke atas Perdana Menteri adalah satu cubaan sabotaj politik.

Dakwaan bahawa dana 1MDB telah dipindahkan kepada akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak adalah satu “sabotaj politik,” kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

The Wall Street Journal dan Sarawak Report menerbitkan artikel pada hari Jumaat mendakwa bahawa hampir US $ 700mil (RM2.63bil) dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun-akaun peribadi Perdana Menteri.

“Walaupun kepimpinan Perdana Menteri berjaya menghalangi kemerosotan ekonomi global terhadap ekonomi Malaysia seperti yang diiktiraf minggu ini dengan kenaikan taraf Fitch – ada usaha bersepadu oleh individu-individu tertentu untuk melemahkan keyakinan para pelabur terhadap ekonomi negara kita, menjatuhkan kredibiliti Kerajaan, dan juga cubaanm untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.

“Dakwaan terkini, oleh penyiasat yang tidak dinamakan sebagai asas untuk menyerang Perdana Menteri, adalah kesinambungan daripada cubaan sabotaj politik ini,” kata PMO dalam satu kenyataan pada hari ini.

Ia adalah satu jenayah pemalsuan dokumen, pendoktoran dan pemerasan yang “mengelirukan media dan orang ramai”.

“Oleh itu adalah wajib bagi media yang bertanggungjawab untuk tidak menerima sebarang dokumen tersebut sebagai tulen melainkan jika telah disahkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan,” katanya.

Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan bahawa 1MDB juga telah menyatakan bahawa syarikat itu tidak menyediakan dana kepada Najib dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lebih awal pada hari ini.

Kenyataan Akhbar 1MDB

1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menafikan pernah menyalurkan dana ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

“Merujuk kepada laporan media yang diterbitkan awal hari ini, 1MDB ingin memperjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah menyalurkan dana kepada perdana menteri,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan laporan Wall Street Journal dan Sarawak Report hari ini mendakwa, siasatan ke atas syarikat itu mendapati berbilion ringgit telah disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadi Najib.

Menurut 1MDB, laporan yang dikeluarkan beberapa agensi media dan blog seperti Sarawak Report adalah tidak benar dan merupakan tuduhan liar terhadap syarikat serta kerajaan.

“Kami terkejut apabila dokumen seperti ini, di mana kewujudan dan kesahihannya belum dipastikan, masih diguna untuk memfitnah 1MDB,” kata 1MDB.

WSJ dan Sarawak Report memetik dokumen yang kononnya diperoleh daripada siasatan ke atas 1MDB.

WSJ melaporkan, dokumen menunjukkan hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke agensi milik kerajaan dan kemudiannya ke akaun peribadi perdana menteri dalam beberapa deposit berasingan.

Sarawak Report pula mendakwa, RM42 juta dimasukkan ke akaun Najib daripada SRC International Sdn Bhd, syarikat milik Kementerian Kewangan.






4 Komen to Tuduhan ke atas Perdana Menteri adalah satu cubaan sabotaj politik.

  1. sman says:

    Pada pandangan saya ini semua didalangi oleh rakyat tempatan,yg mahu sangat PM Najib berhenti.Media luar SR,WSJ dan NYT di pergunakan oleh mereka .PM Najib kena bertindak tegas,jangan ada rasa segan silu lagi utk bertindak,siasat mereka-meraka yg dicurigaai hingga ke akar umbi.Cara lapuran media berkenaan sangat ganas,hingga melupakan prisip kesahihan sesuatu fakta,keadaan begini jarang belaku.Apa kepentingan mereka sehingga bertindak sedemikian rupa?.PM Najib kena tegas dan berani bertindak,kalau tidak cacing akan naik ke mata.

  2. sman says:

    Baru lepas baca MT,rupanya RPK pun nasihatkan PM Najib…’when you have to shoot,shoot don’t talk’.

  3. omega says:

    Lambat laun pembohongan mereka tidak akan diterima oleh rakyat. Rakyat semakin sedar siapa sebenarnya perosak negara.

  4. itsme says:

    bagi rakyat yg “membaca” mungkin mrk faham apa yg tersirat ttp kita pun tahu perangai org melayu kita…

    yg penting jika tidak betul, bak kata RPK… shoot dont talk!

Leave a Reply