Menu Utama

‘Tiang Gol’ Ubah Lagi, Kali Ini Balik Ke Sirul Semula

Moving-the-goalposts-300x2402

PERDANA Menteri difahamkan sedia maklum akan gelombang-gelombang serangan peribadi ke atas beliau yang dirancang para konspirator terdiri dari kroni-kroni yang 22 tahun ‘kembung’ tapi bila kuasa bertukar tangan, ‘kekembungan’ itu tidak bertahan.

Jadi, tidaklah begitu pelik bila setiap kali gelombang-gelombang ini dilepaskan, beliau seakan sudah bersedia menghadapinya.  Kecohlah 2 ke 3 hari, tapi selepas itu senyaplah semula.  Kita dah lihat ini berlaku dalam dakwaan 1MDB menghilangkan RM 42 billion, isu penjualan tanah Tabung Haji dan terbaru fitnah Wall Street Journal (WSJ).

Cakap pasal fitnah WSJ, gelombang serangan semakin berkurangan sejak semalam, bila Perdana Menteri memulakan tindakan undang-undang terhadap WSJ.  Sebelum itu, tak sampai beberapa minit keluarkan dokumen, dah banyak yang dibuktikan bahawa dokumen itu palsu dan diubah suai.  Swift code bank pun salah, apa cerita?

Soal kenapa hantar surat penjelasan dulu, kenapa tidak saman sekarang dan sebagainya, itu tidak ada masalah sebab nak buang air pun ada prosedur bukan boleh ‘buh’ macam itu saja.  Apatah lagi saman menyaman peringkat antarabangsa macam ini.

Maka tidak hairanlah penulis kenapa ‘tiang gol’ para konspirator ini sudah beralih semula kepada Sirul.  Kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah Australia bahawa pembunuhan Altantunya dulu diarahkan oleh Perdana Menteri!!

Lama dah tak dengar nama Sirul sejak kejadian “hello sirul, hello sirul”, sekarang muncul semula.  Untuk makluman, Sirul pernah menjadi pengawal peribadi kepada Tun Mahathir Mohamad dan ketika ditangkap pada tahun 2006, dia menjadi pengawal peribadi kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kesimpulannya, ‘tiang gol’ ini akan sentiasa berubah-ubah ikut keperluan sebab yang nak dicari sekarang bukan kebenaran, tapi persepsi berpanjangan, sehingga Najib tumbang.  Percayalah, setakat yang penulis lihat, hayat politik Najib masih lagi panjang.

Apa pun di akhirnya Allah swt yang akan menentukan, bukan yang tak berkenaan.






9 Komen to ‘Tiang Gol’ Ubah Lagi, Kali Ini Balik Ke Sirul Semula

  1. Younger But Wiser says:

    Pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan (2016).Pembohongan demi pembohongan yang bertali arus lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini dibuat semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif yang berterusan kepada PM khususnya dan kepada kerajaan Barisan Nasional amnya. Tujuan jangka pendek adalah untuk memastikan pembangkang menguasai sebanyak mungkin kerusi DUN di Sarawak. Dan pembangkang berharap ia akan merebak kepada kerusi Parlimen dalam PRU14 nanti. Sarawak adalah simpanan tetap kerusi Parlimen bagi Barisan Nasional. Johor, kubu kuat Barisan Nasional sebelum ini telah diruntuhkan dalam PRU13 yang lalu. Sarawak adalah sasaran seterusnya. Jadi, apa nak dihairankan jika Sarawak Report dijadikan medium pembangkang dan musuh-musuh negara ke arah itu kali ini?

    Sasarannya terlalu jelas..SARAWAK.

  2. brek pit says:

    Tiang gol dah senget,patutnya diganti dengan baru,jaring pun baru,bukan lagi diubah kesana sini.

  3. raplahjingaa says:

    Adamyan….raya nanti hangpa tak pi berkampung di rumah ” Tuan ” hangpa kat Parit, Perak ke ??? ake dengar-dengar duit raya dah nak masyukkkk….kipas mau kasi lebih !! hehehe…

    btw, kirim salam aku kat pasangan setia hang si kunta kinte…kembung la perut hangpa bedua raya ni…hehehe

  4. sman says:

    My KMU meberi hujah beliau berkaitan dgn konspirasi poltik terhadap PM Najib,tapi ada pihak lawan yg tidak memilih utk menjawab tulisn MyKMU,sebaliknya membuat posting yg ‘memperlekehkan’ MyKMU.Agak-agaknya mengapa begitu?.Dunia maju hari ini sepatutnya setiap hujah di balas dgn hujah,bagi mendapatkan kebenaran bukan kemenangan.Atau pihak lawan memang tidak mempunyai hujah balas sendiri,keran mereka hanya perlu menunggu lapuran baru dari Sr dan WSJ,itu lah satu-satunya sumber idea mereka.

  5. Anak_Nogori says:

    Lepas isu sirul…timbul plak isu GST..jawapnya tidak jugak..last Najib letak jawatan.

    tipikal PROTUN.

  6. B_rEaL says:

    kekeke tahap pemikiran pro tun pun dah jatuh macam penyokong pembangkang, sekarang depa terpaksa mencari fitnah dari media pembangkang semata mata nak jatuhkan pm kekeke. kesian oo kalau defend pm kita jadi penjilat pm lah keke sedangkan dia tu ketua UMNO yg hangpa hentam pm tu aku boleh kata hangpa tu anjing DAP lah sebab duk guna fitnah pembangkang.. jilat jngan tak jilat DAP komunis tu kahkahak
    kalau dah anjing tu anjing lah juga kahkahka….

  7. musanghitam says:

    Yang terpaksa memperbodohkan diri adalah penyokong madey kutti, kalau penyokong Pas, PKR dan DAP itu dah semulajadi bodoh dunggu.

  8. ToraTora says:

    apalah salahnya sokong Tun M..tapi kalau nak sokong pun tengoklah kesesuaian masa, keadaan dan isu..takkanlah nak sokong membabi buta saja.

  9. System baru says:

    Bagi aku paling kasihan kroni madey itu, penat lelah gunakan medey itu, malah duit kroni habis dengan propaganda duit habis dan hasil tak ada, malah ada kroni sangup bagi pada wang penjenayah di thailand untuk dapat maklumat. satu nasihat pada kroni madey itu jangan gunakan orang lagi jangan lakukan propagandan dan provokasi akan dah kena. biar madey berehat jangan kacau dia lagi

Leave a Reply