Menu Utama

FAKTA: Tiada Kenaikan Harga RON 95 Sejak Oktober 2014

sebahagian rakyat MARAH tindakan kerajaan menaikkan harga petrol RON 95 sebanyak RM 0.10 semalam kerana kata mereka ia akan menyebabkan kenaikan harga perkhidmatan dan barangan. Pandangan ini sangat terpesong dan “misleading”.

Mulai 1 Julai 2015 Harga runcit petrol RON95 naik 10 sen manakala RON97 sebanyak 20 sen seliter bagi Julai 2015.

Harga baharu RON95 ialah RM2.15 seliter manakala RON97 sebanyak RM2.55 seliter selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Namun harga diesel kekal pada RM2.05 seliter

Apa yang disebut kenaikan ini sebenarnya bukanlah kenaikan sebenar kerana pada Oktober 2014 harga RON 95 RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Jadi dari segi pengurusan kos barangan, perkhidmatan mahu pun diri sendiri ia tidak sepatutnya menimbulkan beban tambahan berbanding Oktober 2014.

Adakah harga barangan turun apabila petrol dan diesel turun? Tidak. Jadi mengapa perlu ada sebarang kenaikan lagi sedangkan kos petrol atau diesel telah diserap atau dikira pada kenaikan Oktober 2014.

Jika ada sebarang kenaikan kononnya akibat kenaikan harga petrol hari ini bermakna anda sedang ditipu oleh pengusaha dan peniaga.






6 Komen to FAKTA: Tiada Kenaikan Harga RON 95 Sejak Oktober 2014

  1. abu akil says:

    Bijak olahan dan jawapan admin… psssstttt, dah takde idea lain dah ke?

    Itulah sebenarnya isu…. bila harga bahanapi naik, harga barangan turut naik, tapi bila harga bahanapi turun, tak pula harga barangan ikut turun…. itulah masaalahnya di malaysia, yang punya kerajaan yang amat2 lemah dan tak memikirkan masaalah rakyat…
    Jadi admin, kalau harga barangan dah naik, maka rakyat kena marah kpd peniaga, memaki mereka dan memaafkan kerajaan? atau nak suruh rakyat menangkap peniaga atau merompak peniaga??
    Kalau semua rakyat yang nak kena buat, maka kerajaan bolehlah berhenti jadi kerajaan…

  2. abu akil says:

    Saya dulunya antara watak yang kerap komen disini (guna nama zarman, amran etc), berperang mulut dgn si Bujuk dan macai2 pembangkang… tapi lihatlah saya sekarang, tidak lagi sanggup nak membela kerajaan… tambahan pula PM kita ni… mungkin ramalan TUN M terhadap nasib UBN akan menjadi kenyataan….

  3. Meriam Buluh says:

    QUOTE:

    “kalau harga barangan dah naik, maka rakyat kena marah kpd peniaga, memaki mereka dan memaafkan kerajaan? atau nak suruh rakyat menangkap peniaga atau merompak peniaga??
    Kalau semua rakyat yang nak kena buat, maka kerajaan bolehlah berhenti jadi kerajaan…”

    KOMEN:
    Ini idea mengalahkan budak prasekolah. Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh nak diajar.

  4. bro says:

    Kat negara lain minyak di revise arge hampir stiap hari..takda pulak arge barang melambung2..di msia,supplier suka ambik kesempatan yg mana mreka ni kebanyakkannye keturunan cina..nak ckp terang2 krg dikatakan racist lak..alangkan aritu ismail sabri pun siap kena tibai dgn org2 mlayu kita jgk….tp tu la nasib kita mlayu ni bila terlalu berharap keje dgn gomen..yg ada kemampuan cuma syed moktar yg skrg da kontrol gula..da ada juga mlayu2 ni yg brani jd pengilang,cthnye simen..byk yg gomen tolong mreka supaya dapat bersaing dgn pengilawng cina..cuma 1 je la..mlayu ni kadang bila da senang..gomen da bantu mcm2..bila da kaya,dia pun tekan bangsa dia jugak..klabu mata dgn duit akhirnye..padahal dulu gomen groom dia pakai backdoor supaya leh tolong bangsa dia..da mlayu sendiri tak sedor diri,apalagi nak harapkan cina..brenti2 la menyalahkan gomen..ko bkn tau apa2 pun..

  5. bard says:

    Minyak naik seposen jer.. Cari lah kerja tambahan yang halal untuk topup kerugian seposen tu.. kalau ade sifat pemalas dalam diri.. tak ade siapa yang boleh tolong ubah nasib diri kecuali diri kita sendiri.. kalau keje sekarang gaji RM3000 xcukup.. carilah keje gaji RM4000.. kt Malaysia ni In Shaa Allah rezeki murah.. nak dengan tak nak je.. Nepal yang potong rumput kt umah aku pon boleh dapat income RM3000 sebulan.. Tapi kenapa rakyat Malaysia sendiri susah nk dapat income macam tu? sebab rakyat Malaysia ramai yang pemalas.. semuanya nk harapkan bantuan.. Manusia tetap akan menjadi macam Manusia.. Walau diberikan seluruh alam ini.. masih tidak akan puas dan bersyukur..

  6. […] Sumber: http://www.mykmu.net/2015/07/tiada-kenaikan-harga-ron-95-sejak-oktober-2014/ […]

Leave a Reply

Threesome