Menu Utama

Tiada Akaun Perdana Menteri Dibekukan – Peguam Negara

Keenam-enam akaun yang dibekukan oleh Pasukan Penyiasat Khas Dana USD 700 juta tiada satu pun milik Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak.

“Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri,” kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Ini mengesahkan laporan MyKMU.net pagi tadi yang menafikan bahawa akaun-akaun yang dipaparkan oleh Wall Street Journal kononnya milik Perdana Menteri di bawah kelolaan Nik Faisal Amir.

Pagi tadi kami mendedahkan bahawa akaun-akaun yang dipaparkan oleh WSJ bukan milik Perdana Menteri seperti yang didakwa.

Bagaimanapun kami menarik balik laporan tersebut bagi mengelakkan gangguan siasatan pasukan Khas.

Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.

Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.

Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.






7 Komen to Tiada Akaun Perdana Menteri Dibekukan – Peguam Negara

  1. sman says:

    Tengok betapa jahatnya Malaysian Insider memancing persepsi negetif terhadap PM dari rakyat .Semalam kononnya mereka mendapat maklumat dari pihak tertentu akaun yg di beku termasuk 3 akaun PM.Jika dgn ini semua rakyat masih tidak memahmi niat buruk mereka tak tahulah lagi apa nak kata,terutamanya pada orang Melayu yg sangat memusuhi pemimpin sendiri.Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap MI.Cukup lah bertolak ansur atas nama kebebasan bersuar.Ini sudah jadi kebebasan berbohong ,kalau di9 biarkan.

  2. dkds says:

    Celakalah pada mereka yang cuba mengelirukan rakyat dengan berita fitnah !

  3. john jeman says:

    Begitulah bukti betapa sudah meresap di dalam semua agensi kerajaan pekerja2 yang makan gaji haram yang mana sanggup mendedahkan rahsia sulit kerajaan, melanggar sumpah sebagai pekerja yang diberi amanah. Mereka melakukan ini semata-mata untuk menjatuhkan Negara sendiri, bila mana pegangan politik sesat dijadikan pegangan hidup hingga merosakkan diri sendiri dan keturunan dengan makan duit haram. Kerajaan BN perlu lebih bijak dalam menapis dan menentukan penjawat awam dalam kerajaan di kalangan penyokong sendiri atau pun mereka yang benar2 amanah pada tanggungjawab yang telah diberi.

  4. Anak_Nogori says:

    Sbb tu jgn pandai mengadakan cerita..sedangkan masa 6 akaun yg dibekukan tidak dinyatakan siapa punya.

    Kan tak pasal2 tambah dosa fitnah…tak takut betul mereka dgn dosa2 fitnah sesama manusia ni ye..

  5. musanghitam says:

    Masa mkini dan astrok bawani keluar berita kononnya akaun PM dikatakan terlibat dalam pembekuan punya lah seronok penuokong protok tua nyanyuk melompat, akhirnya pbohongan mereka terbongkar

  6. Younger But Wiser says:

    Pilihanraya negeri Sarawak paling perlu diadakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan (2016).Pembohongan demi pembohongan yang bertali arus lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada PM khususnya dan kepada kerajaan Barisan Nasional amnya. Tujuan jangka pendek adalah untuk memastikan pembangkang menguasai sebanyak mungkin kerusi DUN di Sarawak. Dan diharapkan ia akan merebak kepada kerusi Parlimen dalam PRU ke 14 nanti. Sarawak adalah simpanan tetap kerusi Parlimen bagi Barisan Nasional. Johor, kubu kuat Barisan Nasional sebelum ini telah diruntuhkan dalam PRU ke 13 yang lalu. Sarawak adalah sasaran seterusnya. Jadi, apa nak dihairankan jika Sarawak Report dijadikan medium pembangkang ke arah itu kali ini? Sasarannya terlalu jelas…SARAWAK.

  7. Younger But Wiser says:

    Pilihanraya negeri Sarawak perlu diadakan selewat-lewatnya awal tahun hadapan (2016).Pembohongan demi pembohongan yang bertali arus lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada PM khususnya dan kepada kerajaan Barisan Nasional amnya. Tujuan jangka pendek adalah untuk memastikan pembangkang menguasai sebanyak mungkin kerusi DUN di Sarawak. Dan pembangkang berharap ia akan merebak kepada kerusi Parlimen dalam PRU ke 14 nanti. Sarawak adalah simpanan tetap kerusi Parlimen bagi Barisan Nasional. Johor, kubu kuat Barisan Nasional sebelum ini telah diruntuhkan dalam PRU ke 13 yang lalu. Sarawak adalah sasaran seterusnya. Jadi, apa nak dihairankan jika Sarawak Report dijadikan medium pembangkang dan musuh-musuh negara ke arah itu kali ini? Sasarannya terlalu jelas…SARAWAK.

Leave a Reply