Menu Utama

Terkini: Zahid sah TPM, Parlimen Kota Belud Dua Menteri

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diumumkan Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kekal menjadi Menteri Dalam Negeri dalam satu rombakan kabinet yang diumumkan sebentar tadi.

Selain Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafiee Apdal turut digugurkan dari barisan kabinet yang baru.

Datuk Seri G Palanievel dan Hassan Malek turut digugurkan sebagai Menteri.

Kota Belud mendapat dua menteri apabila Datuk Seri Panglima Senator Salleh Tun Said Keruak dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru. Sebelum ini Ahli Parlimen Kota Belud merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sementara itu, Kementerian Pendidikan dipecah dua semula kepada Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

Kabinet Penuh:

YAB DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Merangkap Menteri Kewangan

YAB DATO’ SERI DR. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Dalam Negeri

YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
Menteri Pengangkutan

YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
Menteri Kesihatan

YB DATO’ MAH SIEW KEONG
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL AZIZ
Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN BIN TUN HUSSEIN
Menteri Pertahanan

YB DATO’ SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS
Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI AHMAD SHABERY BIN CHEEK
Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH
Menteri Kewangan II

YB DATO’ SRI ANIFAH BIN AMAN
Menteri Luar Negeri

YB MEJAR JENERAL DATO’ SERI JAMIL KHIR BIN BAHAROM (B)
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI IDRIS JALA
Menteri di JPM

YB TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA JOSEPH KURUP
Menteri di JPM

YB DATUK WILFRED MADIUS TANGAU
Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATO’ SRI HAJAH ROHANI BINTI HAJI ABDUL KARIM
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK JOSEPH ENTULU ANAK BELAUN
Menteri di JPM

YB DATO’ SRI HAJI FADILLAH BIN YUSOF
Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI RICHARD RIOT ANAK JAEM
Menteri Sumber Manusia

YB DATUK SERI TENGKU ADNAN BIN TENGKU MANSOR
Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATO’ SERI HAJI IDRIS BIN JUSOH
Menteri Pengajian Tinggi

YB DATO’ SERI DR. SHAHIDAN BIN KASSIM
Menteri di JPM

YB SENATOR DATUK PAUL LOW SENG KUAN
Menteri di JPM

YB ENCIK KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB PUAN HAJAH NANCY BINTI HAJI SHUKRI
Menteri di JPM

YB SENATOR DATO’ SRI ABDUL WAHID OMAR
Menteri di JPM

YB DATUK IR. DR. WEE KA SIONG
Menteri di JPM

YB DATO’ HAMZAH BIN ZAINUDIN
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK DR. WAN JUNAIDI BIN TUANKU JAAFAR
Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB DATO’ SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan

YB SENATOR DATUK SERI PANGLIMA DR. MOHD. SALLEH BIN TUN SAID KERUAK
Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB DATO’ SRI AZALINA BINTI DATO’ OTHMAN SAID
Menteri di JPM

YB DATO’ SERI ONG KA CHUAN
Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri II

YB DATO’ RAZALI IBRAHIM
Timbalan Menteri di JPM

YB DATUK CHUA TEE YONG
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK JOHARI BIN ABDUL GHANI
Timbalan Menteri Kewangan

YB DATUK NUR JAZLAN BIN MOHAMED
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB TUAN MASIR ANAK KUJAT
Timbalan Menteri Dalam Negeri

YB DATUK AB. AZIZ BIN KAPRAWI
Timbalan Menteri Pengangkutan

YB DATO’ SERI DR. HILMI BIN YAHAYA
Timbalan Menteri Kesihatan

YB DATUK MAS ERMIEYATI BINTI SAMSUDIN
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan

YB DATO’ WIRA MOHD JOHARI BIN BAHARUM
Timbalan Menteri Pertahanan

YB DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI MASLAN
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB SENATOR DATO’ LEE CHEE LEONG
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri

YB DATO’ SRI DR. JAMES DAWOS MAMIT
Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air

YB DATO’ NORIAH BINTI KASNON
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi

YB DATO’ SRI HAJI TAJUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani

YB DATUK ALEXANDER NANTA LINGGI
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATUK AHMAD JAZLAN BIN YAAKUB
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah

YB DATO’ SERI REEZAL MERICAN BIN NAINA MERICAN
Timbalan Menteri Luar Negeri

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DATO’ DUSUKI
Timbalan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama)

YB DATUK DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

YB DATUK HAJAH AZIZAH BINTI DATUK SERI PANGLIMA MOHD DUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB SENATOR DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

YB DATUK ROSNAH BINTI HAJI ABDUL RASHID SHIRLIN
Timbalan Menteri Kerja Raya

YB DATO’ SRI HAJI ISMAIL BIN HAJI ABD. MUTTALIB
Timbalan Menteri Sumber Manusia

YB SENATOR DATO’ DR. LOGA BALA MOHAN A/L JAGANATHAN
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan

YB DATUK YAP KAIN CHING @ MARY YAP KEN JIN
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

YB DATUK SARAVANAN A/L MURUGAN
Timbalan Menteri Belia Dan Sukan

YB DATUK HALIMAH BINTI MOHD SADIQUE
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

YB SENATOR DATO’ PADUKA AHMAD BASHAH BIN MD HANIPAH
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

YB DATUK IR. HAJI HAMIM BIN SAMURI
Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar

YB TUAN P. KAMALANATHAN a/l P. PANCHANATHAN
Timbalan Menteri Pendidikan

YB SENATOR TUAN CHONG SIN WOON
Tiimbalan Menteri Pendidikan

YB DATO’ JAILANI BIN JOHARI
Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia






46 Komen to Terkini: Zahid sah TPM, Parlimen Kota Belud Dua Menteri

  1. sman says:

    Kah,kah,kah, siapa kata PM Najib takut nak lucutkan jawatan Midin, ini baru betul Panglima Bugis. tikam mati terus rupanya.Tabik Najib.Tapi Pak Mantan tu bila pulak nak buka fail salah laku beliau dalam tempuh 22 tahu memerntah.Fail bailout syarikat kapal anak dia dan Kerugian BNM dalam urusniaga mata wang patut sangat di buka nak banyak lagi fail,buka fail Perwaja.

  2. Abu Bakar says:

    Najib memang sengaja nak cari pasal, ahli-ahli akar umbi UMNO pastinya akan memprotes tindakan ini.

    Malahan para pengundi atas pagar akan turut memprotes tindakan yang macam haram jadah yang dibuat oleh Najib ini.

    Sekarang ni Tan Sri Muhyiddin dibersarkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri atas sebab apa? Sebab kesihatan jugakah sebagaimana Gani Patail?

    Patutnya Najib meletak jawatan kerana Najib adalah suspek kes jenayah menyamun wang hutang 1MDB, suspek penjenayah seperti Najib ini layak ke jadi Perdana Menteri?

    Najib nak tunjuk besar kepala ya, tunggulah tindakan ahli-ahli akar umbi serta para pengundi atas pagar, rakyat dah makin benci dengan Najib, kerana Najib yang menyelewengankan wang hutang 1MDB, malahan Najib yang terlibat dengan isu RM 700 juta di dalam akaunnya, kemudian Najib heret menjadi masalah kepada UMNO, menjadi masalah kepada Barisan Nasional, kemudian Najib ainaya media, Najib ainaya Peguam Negara, Najib ainaya Ketua Cawangan Khas PDRM, sekarang Najib ainaya Tan Sri Muhyiddin Yassin pula, apa punya tahap haram jadah perangai Najib kalau macam ni?

    Kepada ahli-ahli UMNO, Najib sedang hendak membakar UMNO, malahan kepada ahli-ahli dan kepimpinan Barisan Nasional, Najib juga hendak sedang hendak membakar kelambu Barisan Nasional juga, Najib sendiri dah tak ada arah untuk lepaskan diri dari perlakuan jenayah yang disyaki dilakukan oleh dirinya itu, sekarang Najib nak heret UMNO dan Barisan Nasional supaya turut musnah, apakah ahli-ahli UMNO dan ahli-ahli parti komponen boleh terima semua ini? Apakah para penyokong UMNO dan penyokong Barisan Nasional boleh terima perbuatan terkutuk sebegini?

    Kita tak boleh lagi biarkan perkara ini berlarutan, takkan kerana nafsu serakah Najib maka UMNO dan Barisan Nasional menjadi bahan pertaruhannya?

    Apakah kita boleh membiarkan semua ini berlaku dengan tanpa bertindak apa-apa?

    Apakah kita rela membiarkan nafsu serakah Najib menjadi api yang menjahanamkan parti kita semua?

    Ayuhlah semua, tumbangkan Najib, tumbangkan kuncu-kuncu Najib, selamatkan Malaysia, selamatkan Barisan Nasional, selamatkan UMNO, demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

  3. Abu Bakar says:

    Sman, kalau Najib ni berani, dia dah jelaskan mengenai dua buah akaun dia di AmBank dan isu RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu, tetapi hingga kini Najib takut nak buat pendedahan.

    Panglima bugis konon, panglima bogel sahajalah Najib ni.

    Ingat dia bersikap kuku besi tunjuk kuasa sebegitu rakyat akan takut dan menyokong diakah? Pergi jahanamlah, rakyat akan menentang kezaliman Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Yang kau tiba-tiba mengaitkan dengan Tun Dr. Mahathir apa kejadahnya? Bail out syarikat kapal anak Tun Dr. Mahathir apa kejadahnya? Kerugian BNM dalam matawang, siapa menteri kewangan masa itu, tak pasal-pasal tuduh Tun Dr. Mahathir, kerana Najib buat masalah, buat hal, maka Tun Dr. Mahathir pula dijadikan mangsa untuk menutup segala masalah dan jenayah Najib itu.

    Memang typical manusia bermentalitikan CASH IS KING sahajalah kalau menjadi barua Najib itu.

  4. sman says:

    Kalau zaman Pak Mantan,Midin bukan saja di lucutkan jawatan,tapi kena charge lain pula,macam Anwar.Musa Hitam pun pernah kata,kalau beliau tak letak jawatan mungkin dia pun kena macam Nuar.Jadi penyokong Midin jangalah pelik ye,cabaran dah di sahut oelh PM Najib,buat lah pulak reformasi macam Nuar Berahim.Najib ikut cara Pak mantan je,apa salahnya.Ke,ke,ke..

  5. Jack says:

    Kah Kah Kah. Abu Bakar Bapoo dah meroyan. Baru tau! Padan muke!!! Kah Kah Kah.

  6. Pak Tho says:

    Dengan pengguguran TMY , agak² imej Najib akan melonjak ke?. Dah sah isu ini akan digunakan pembangkang utk menunjukkan Najib sudah terdesak utk menyelamatkan dirinya. Jgn pula lepas ini pihak yg tdk menyokong Najib bersatu dgn pembangkang untuk usul undi tdk percaya pada PM di parlimen. Pasti haru biru makan tak lalu Najib nanti. Bbravoo najiib. Terbukti hang lh pahlawan bugis yg hilang telor.

  7. azhar daeng says:

    engkau orang ketawa lah puas puas
    orang orang melayu johor bersatu akan menetang habis habisan pemecatan Tan sri
    umno lahir di johor
    suara akar umbi umno johor bakal menggegar 1malaysia

  8. WTF says:

    This is very2 interesting.

    Apa2 pun, tahniah pada mereka yg dilantik dalam Kabinet Malaysia. Selamat berkhidmat dan semoga anda dapat menjalankan tanggungjawab yg diamanahkan dgn jujur dan ikhlas dan penuh dedikasi.

    Kepada yg digugurkan baru2 ini, terima kasih kerana telah berkhidmat sekian lama dalam kerajaan Malaysia. Jasamu tetap akan dikenang oleh rakyat Malaysia.

  9. sman says:

    azhar daeng,

    PM Najib pun orang Johor ,Hishamuddin pun orang Johor,TS Sharir Samad pun orang Johor.Masa krisi Mahathir dgn pihak istana dulu Midin ngan Nuar laksanakan kan misi Mahathir di Johor.

  10. Abu Bakar says:

    Sman, macaam kes Anwar tu dah terdedah sangat kes salah laku seksualnya itu, jangan nak samakan pemecatan Anwar dengan pemecatan Tan Sri Muhyiddin, kerana pemecatan Anwar kerana Anwar sendiri bermasalah moral, malahan Anwar telah diberikan ruang dan peluang untuk memberikan penjelasan mengenai perkara itu sampaikan Anwar tumbuk meja nak tunjuk besar kepala.

    Sedangkan dalam isu Tan Sri Muhyiddin tak ada isu macam Anwar pun, apa kejadahnya Tan Sri Muhyiddin hendak dipecat? Malahan macam kes Musa Hitam, itu Musa Hitam sendiri yang letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri, tak dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pun, malahan tindakan Musa Hitam letak jawatan kerana tak puas hati Tun Dr. Mahathir masih melantik Tengku Razaliegh jadi menteri pada masa itu, jadi tak payahlah nak putar belit.

    Apa yang jelas Najib adalah pemimpin zalim, bukan setakap perompak harta negara, malahan menindas menterinya sendiri.

  11. raplahjingaa says:

    PM orang Johor…..laaaa baru aku tau ! hehehehehe….peminat Najib..peminat Najib, sedih !

  12. Abu Bakar says:

    Jack, saya tak meroyan, cuma nak mengingatkan ahli-ahli UMNO dan ahli parti komponen Barisan Nasional bahawa Najib sedang menjadikan UMNO dan Barisan Nasional seperti harta benda milik Najib dan kuncu-kuncunya, mereka menjadikan harta negara sebagai harta mereka.

    Sampai bila ahli-ahli akar umbi UMNO dan parti komponen Barisan Nasional nak membiarkan Najib dan kuncu-kuncunya mempergunakan UMNO dan Barisan Nasional hingga rosak binasa demi kepentingan nafsu serakah Najib dan kuncu-kuncunya?

    Najib dan kuncu-kuncu adalah punca kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional, oleh itu ahli-ahli UMNO perlu hancurkan musuh dalam selimut seperti Najib dan kuncu-kuncunya itu jika hendak menyelamat parti.

  13. Abu Bakar says:

    Sokong Azhar Daeng, semua bahagian UMNO di Johor kecuali Sembrong dan Pontian kerana diketuai oleh pecacai Najib iaitu Hishamkerispuddin dan Ahmad Maslan perlu membuat usul supaya pemilihan UMNO diteruskan juga pada tahun hadapan, malahan perlu buat usul supaya Najib dipecat dari UMNO kerana Najib menyeret UMNO ke dalam masalah peribadi Najib yang kini merupakan suspek kes jenayah penyelewengan wang hutang 1MDB yang berjumlah berpuluh bilion ringgit itu walaupun Najib masih bebas bergentayangan ke sana sini kerana Ketua Polis Negara penipu si Khalid Abu Bakar itu membela segala salah laku Najib tersebut.

    Semoga berjaya UMNO Johor, UMNO neger lain juga patut mempertahankan keadilan dan menuntut keadilan terhadap apa yang yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Ini bukannya soal isu peribadi Tan Sri Muhyiddin, tetapi ini soal keadilan, soal Tan Sri Muhyiddin diainaya, ditindas, dizalimi dengan begitu kejam dan zalim oleh Najib.

    Patutnya Najib yang letak jawatan kerana dia dipenuhi skandal, tetapi mengapakah dia pecat Tan Sri Muhyiddin pula?

    Semoga ahli akar umbi UMNO serta ahli akar umbi parti komponen Barisan Nasional bersatu menentang kezaliman Najib dan kuncu-kuncunya itu.

  14. adamyussof says:

    ha……………..lepas ni muhyudin boleh jadi presiden GERAKAN HARAPAN BARU dan jadi perdana menteri……konon nak tunjuk hero , cakap kat public , tak guna saluran betul. makin lama dlm politik makin sengal….selamat bersara pada usia 68 thn

  15. Abu Bakar says:

    Bila masa Najib jadi orang Johor? Najib lahir di Kuala Lipis, Pahang, bukannya di Johor, bila masa pula Kuala Lipis di Johor wahai sman?

    UMNO Johor dan Barisan Nasional Johor perlu bangkit untuk mempertahankan keadilan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin, ini bukan isu kepentingan diri Tan Sri Muhyiddin, tetapi kerana Tan Sri Muhyiddin dizalimi, diaianya dengan begitu zalim oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

    Ahli UMNO seluruh Malaysia dah ahli parti komponen Barian Naisional di seluruh Malaysia kecuali Najib dan kuncu keparatnya perlu bersatu padu menentang kezaliman Najib ini, takkan kita nak biarkan penyamun yang kini menjadi suspek kes jenayah penyelewengan dan penyamunan wang hutang 1MDB seperti Najib ini berleluasa membuat macam-macam angkara di negara ini.

    Solidariti untuk Tan Sri Muhyiddin demi keadilan dan kebenaran.

  16. adamyussof says:

    agak – agak muhyudin buat sidang media tak ? atau akan buat road shom atau perhimpunan haram , macam anwar buat dulu ?

  17. Abu Bakar says:

    Adamyussof, tak payah nak syok sangatlah, Najib boleh pecat Tan Sri Muhyiddin, tetapi jangan haraplah Najib akan dapat sokongan rakyat, hanya pecacai, kuncu-kuncu sahajalah yang akan menyokong Najib.

    Ini bukannya nak tunjuk hero, tetapi Najib tu dah banyak menyusahkan negara, menyeret masalah peribadinya yang merupakan suspek kes jenayah penyelewengan dan rompakan wang hutang 1MDB menjadi masalah kepada UMNO dan masalah kepada Barisan Nasional, adalah sesuatu yang tidak dapat diterima, isu 1MDB ini berlarutan sejak lama dah, tapi hingga kini Najib tak berani menjawabnya, sudah jelas Najib tak bertanggungjawab, malahan zalim serta kejam.

  18. Pak Tho says:

    Sekat laman web SR, gantung penerbitan The Edge, gugur TMY dan Tns Ghani Patael. Semuanya ada kaitan dgn 1MDB. ( 1Malaysia Disaster Berhad ). Bravo Najib. Bila nak Saman NYT?¿. Kalau terlupa amboo peringatkan .

  19. Abu Bakar says:

    Tan Sri Muhyiddin saya rasa mungkin hanya akan buat sidang media tetapi tidaklah sampai nak buat macam Anwar, kerana sebagai anak Johor yang merupakan tempat lahirnya UMNO, tempat di mana UMNO berkubu selama berpuluh tahun, saya berpandangan Tun Sri Muhyiddin tak akan melakukan perkara sedemikian rupa.

    Tan Sri Muhyiddin bukannya macam Najib, Najib tu zalim, penyamun, pencuri, penyangak, suspek kes jenayah merompak dan menyeleweng wang hutang 1MDB.

    Tetapi Tan Sri Muhyiddin boleh untuk membongkarkan kepada pihak berkuasa mengenai apa yang berlaku setakat yang beliau tahu mengenai 1MDB malahan merujuk isu 1MDB ini serta isu penyelewengan wang hutang 1MDB itu kepada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong serta Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja di dalam Majlis Raja-Raja untuk membongkar segala penipuan, salah laku, penyelewengan yang sangat dahsyat yang telah Najib lakukan selama ini.

    Kebenaran akan terbongkar.

  20. Jack says:

    Kalau dia penyamun dah tentu dia tak bagi 1mdb disiasat oleh 3 team iaitu audit, pac dan task force. Muhyidin cuba jatuhkan dia, kalau dia tak buat apa2 kau kata dia penakut pulak. Apa daa…

  21. Abu Bakar says:

    Tan Sri Muhyiddin boleh merujuk kepada Majlis Raja-Raja mengenai pelaburan 1MDB yang tidak melalui jemaah kabinet, dibuat secara haram oleh Najib selama ini, apa Najib ingat wang negara ini wang miliknya laki isteri ke? Wang negara untuk rakyat, perlu dibuat berdasarkan peraturan dan undang-undang, tetapi 1MDB membelakangkan undang-undang dan peraturan negara.

    Najib perlu bertanggungjawab dalam hal ini, Najib perlu diheret ke muka pengadilan.

  22. Abu Bakar says:

    Jack, penyamun suruh siasat, tapi tak bagi bahan yang diperlukan untuk disiasat, macam dokumen pelaburan 1MDB serta dokumen-dokumen urusniaga 1MDB, disorokkan, disembunyikan, kerana nak elak dari penyelewengan dan salah laku Najib dan kuncu-kuncunya terbongkar.

    Malahan Najib hingga kini tak menafikan dia pernah ada dua akaun di AmBank dan wang USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion dimasukkan ke dalam akaun-akaun itu, hingga kini Najib tak menafikan, tetapi sibuk menyekat akses media seperti portal Sarawak Report disekat, malahan permit media The Edge digantung kerana kedua-dua media itu melaporkan mengenai kegiatan penyelewengan dan salah laku Najib.

    Tapi yang peliknya, walaupun Najib adalah suspek jenayah, tidak pula ditangkap oleh pihak Jabatan Jenayah Komersil Bukit Aman, malahan Najib tak dipanggil pun untuk diambil keterangan oleh PDRM, kerana Ketua Polis Negara adalah barua tegar Najib, segala kegiatan jenayah Najib diselindungi oleh Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar penipu itu dengan harapan kontrak jawatannya disambung bertahun-tahun selepas ini. Dasar pengkhianat!

  23. Abu Bakar says:

    Pemecatan Tan Sri Gani Patail dari jawatan Peguam Negara adalah kerana bukti-bukti mengenai salah laku Najib mengenai penyelewengan dan penyonglapan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion itu semakin terdedah, Najib sengaja pecat Tan Sri Gani kerana Najib nak melambatkan kes ini.

    Taktik penyamun, biasalah, tapi nak buat macam mana, Ketua Polis Negara yang sepatutnya menegakkan undang-undang pun menjadi balaci kepada suspek jenayah seperti Najib ini, kerana berharap kontrak jawatannya disambung dengan lebih lama lagi selepas ini.

    Sedarlah semua.

  24. Pak Tho says:

    Tak perlu TMY nak wat road show. Cukup sekadar mendapat sokongan MP BN dan pembangkang untuk usul undi tak percaya di parlimen. Agak² Najib boleh bbertahan ke?. Apa apa pun kita tunggu komen TMY dulu. Panas….panas…panas.

  25. azhar daeng says:

    najib lupa…selain umno johor..ada umno kedah umno sabah umno kelantan umno trengganu umno penang umno perak umno selangor…dan suara akar umbi seluruh umno malaysia
    najib cuma ada sokongan separuh sahaja dari ketua ketua umno bhg seluruh malaysia khas nya ketua bhg pekan pahang nogori9 melaka sahaja
    najib lupa sokongan padu pergerakkan pemuda akar umbi kepada pemimpin idola (KJ dan Muhkriz)
    najib lupa tidak semua wanita umno menyokong nya
    najob juga lupa tidak semua puteri umno menyokong nya
    najib lupa akar tidak berpihak kepada nya
    najib cuma berpaut pada ketua ketua bhg yg bakal dilanggar pada pemilihan akan datang

  26. Abu Bakar says:

    Barisan Kabinet Najib adalah kebanyakkannya barisan Kabinet Yes Men, Najib suruh makin taik pun Yes Men sambil makan taik dan jilat cirit Najib.

    Dengan Barisan Kabinet yang teruk sebegini, maka rakyat akan bertambah meluat dengan kerajaan, tetapi yang jadi mangsa adalah Barisan Nasional, tak pasal-pasal kerana masalah peribadi Najib dah melarat menjadi masalah kepada UMNO, kemudian melarat jadi masalah kepada Barisan Nasional pula.

    Saya terus terang katakan bahawa jika Najib dan kuncu-kuncunya kalah pilihanraya, lantaklah, itu memang patut untuk mereka, penyamun, pencuri, penjenayah seperti mereka itu tak patut disokong dalam pilihanraya, tetapi sekarang ni, tak pasal-pasal Barisan Nasional sendiri diseret ke dalam masalah Najib hinggakan Barisan Nasional sendiri menjadi mangsa kecaman rakyat hanya disebabkan Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Kepada Najib dan kuncu-kuncu, pergi jahanamlah korang semua, kepada Ketua Polis Negara, teruskan menjadi pembela penyamun, kau kotorilah maruah pakaian seragam Sang Saka Biru itu dengan menjadi barua tegar Najib kerana kemaruk supaya kontrak jawatan kau disambung dengan lebih lama lagi selepas ini.

  27. azmi says:

    SELAMAT BERCAKARAN UMNO AND THE GANG

  28. Jack says:

    Hampir separuh dari j/k pac dari DAP. Takkan bodoh sangat sampai tak boleh nak cari kepincangan 1mdb. Mana ada pm sebelum ini yg berani bagi DAP duduk dalam PAC kemudian serah leher utk disembelih macam PM Najib?

  29. rockers says:

    baguslah dpt tpm baru yg cover gangster tony pua.dh naik pm nanti blh lantik apek tu jd penasihat 1mdb ganti jho low.

  30. Shah says:

    Saya bukan ahli mana-mana parti politik. Tetapi hanya rakyat biasa berbangsa Melayu yang mengundi di Pulau Pinang. Mengikuti perkembangan sandiwara politik terkini membuatkan saya pasrah bahawa UMNO;selagi mana dikuasai dan diguna pakai untuk kepentingan peribadi segelintir, akan terus ‘rosak’ & bagai putaran roda akan sampai masanya tersungkur dibawah arus kemarahan rakyat. Makcik saya,yang telahpun kematian suami,kekal miskin tegar walaupun beliau adalah penyokong tegar UMNO di Batu Maung.UMNO hamburkannya wang hanya pada pilihanraya tetapi kemanakah mereka 5 tahun kemudian? Ini adalah rintihan rakyat dikala YB DS Najib & ahli kabinet bermain main dengan wang berbillion ringgit & menukar portfolio kabinet menterinya atas dasar ‘ketidak sehaluan’. Bak kata orang mat saleh, according to his whims & desire. YB TSM bercakap di kalangan ahli UMNO & dia dipecat?Oleh yang demikian apakah peranan akar umbi UMNO ? Hanya untuk menjadi Pak Turut? YB DS Najib telah benar ‘buta’ terhadap apa yang berada didepan mata. Semoga UMNO akan bangkit kembali.

  31. GT86 says:

    Lepas ni Najib bole sain TPPA dgn senang hati. Semua yang di keliling dia main angguk aje. Hutang 1MDB diselesaikan dengan bantuan kawan-kawan.
    Pastu letak jawatan, lagak macam hero. sebab bontot ada org yang jaga.

  32. Rakyatmalang says:

    Tegur kepimpinan pun blh kena buang..hebat Umno.Tggu retak menanti belah.Brpa bnyk duit nak keluar untk cover ketua bhg dan Mt.

  33. Abu Bakar says:

    Lantaklah kau Azmi, dalam PKR pun bercakaran juga, dalam PAS pun bercakaran juga, malahan dalam DAP pun sebenarnya bercakaran juga, dalam UMNO sekarang ni bukannya bercakaran, tetapi mempertahankan maruah parti dan mempertahankan negara in dari musuh durjana yang mendapat kuasa melalui UMNO, tetapi mengkhianat UMNO iaitu Najib dan kuncu-kuncunya.

    Dalam isu PAC, semua kena merujuk kepada laporan oleh pihak Audit Negara, masalahnya sekarang ini wahai Jack, 1MDB tak bagi kerjasama yang penuh kepada pihak Audit Negara, banyak dokumen yang diperlukan untuk siasatan disorokkan, disembunyikan, kerana takut kebenaran terbongkar. Bukannya isu ada ahli DAP ahli PAS, ahli PKR ahli UMNO, ahli parti itu dan ini dalam PAC itu, tetapi siasatan oleh Audit Negara pun tak selesai, malahan sekarang ini timbul pula tak dapat hantar surat kepada Jho Low, sedangkan Najib boleh sahaja telefon Jho Low suruh ambil surat di Kementerian Kewangan supaya hadir ke sesi soal siasat oleh PAC.

    Malahan sebelum ini, Arul Kanda larikan diri menghadiri proses soal siasat, kononnya dia beradad di luar negara, tetapi kemudiannya didapati dia tak keluar pun ke luar negara berdasar rekod pihak imigresen, kemudian boleh pula keesokkan Arul Kanda makan malam dengan Shahrir Samad dan Paul Stadlen penasihat Najib.

    Begitu juga dengan Shahrol Halmi, minta tangguh sampai sebulan kononnya nak buat persediaan, apa kejadahnya semua ini?

    Kalau beginilah yang berlaku, macam mana siasatan nak dibuat, dokumen disorokkan, kemudian buat alasan tak dapat hantar surat kerana tak dapat cari Jho Low, lepas tu kononnya ada urusan di luar negara sedangkan boleh pula makan malam dengan Shahrir Samad di kafe, kemudian ada yang minta tangguh sampai sebulan, isunya kini adalah bukannya komposisi wakil parti dalam PAC, tetapi masalah untuk menyiasat kerana banyak sangat songehnya oleh pihak yang hendak disiasat itu.

    Sedarlah.

  34. GT86 says:

    Tambahan, selepas ini…Anwar di bebaskan dari Penjara.

  35. Jack says:

    PAC lebih besar dan berkuasa dari Audit Negara. Mereka boleh jalankan siasatan mereka sendiri secara berasingan. Tapi mungkin yg ahli pac ni kurang pengalaman.

  36. Jack says:

    Pac tidak perlu bergantung kepada audit. Kecuali mereka bodoh sangat.

  37. Jack says:

    Ingatkan DAP2 ni vagus sangat. Rupanya haprak.

  38. sman says:

    Kalau Muhyiddin dan Shafie Afdhal pun boleh kena ,pemilik the edge sitongkoi dan rakan nya tu kena bersedia lah utk menghadapi apa-apa kemungkinan yg berat.AG pun dah di tukar ,siap lah kamu tongkoi.Bolehlah jumpa hari-hari dgn Nuar di Sg Buloh,bincang macam mana nak jatuhkan PM Najib.Selamat bersedia.

    Pak Mantan pun kena fikir dua kali lah kalau nak mengarut.Ada bukti boleh cakap,kalau serkap jarang je sekali begitu sekali begini,cari bala lah nanti.

    Penyokong Muhyeddin dan Pak Mantan,kalau tak puas hati buat lah apa yg patut,jangan sampai tidor tak lena pulak.Jangan langgar undang-undang sudah lah,sekarang Panglima Bugis dah tamat pantang pertapaan,ujian sabar dah lulus,dia dah boleh bertindak.Jaga yek.

  39. Abu Bakar says:

    Lagi satu sekarang ini menjadi sangat kompleks mengenai siasatan 1MDB di mana Pengerusi PAC sendiri iaitu Datuk Nur Jazlan Mohamed dilantik menjadi Timbalan Menteri Dalam Negeri, kemudian ahli PAS YB Datuk Wilfred Madius Tangau pula dilantik jadi Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

    Malahan Tan Sri Gani Patail juga disingkirkan dari jawatan Peguam Negara sedangkan lagi dua bulan lagi beliau hendak bersara.

    Tak cukup dengan isu, Ketua Cawangan Khas Bukit Aman Dato’ Akhil Bulat juga disingkirkan dari jawatannya.

    Isu di sini adalah bukanlah Nur Jazlan jadi timbalan menteri, Wilfred Madius jadi menteri, Tan Sri Gani disingkirkan dari jawatan Peguam Negara serta Dato’ Akhir Bulat ditamatkan perkhidmatan sebagai Ketua Cawangan Khas Bukit Aman, isu utama di sini, orang yang dinyatakan ini adalah orang yang terlibat dengan siasatan mengenai 1MDB, mengenai isu akaun bank Najib melibatkan USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion, apa akan jadi dengan siasatan berkenaan? Kerana orang yang mengendalikan kes ini dari awal sudah tidak lagi dapat menjalankan tugas kerana jadi timbalan menteri, jadi menteri, disingkirkan dari jawatan, apa akan jadi dengan siasatan 1MDB? Ini persoalan utama.

    Najib dipercayai hendak melambatkan proses penyiasatan mengenai 1MDB dan isu penyonglapan wang hutang 1MDB berjumlah USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion di dalam akaunnya itu, sebab itulah dia buat semua ini supaya proses siasatan terganggu, supaya Najib ada lebih masa untuk putar belit itu dan ini serta menyalahgunakan kuasanya untuk menyelewengkan wang negara dengan hanya diangguk kepala oleh barisan kabinet pak turut Najib itu bagi menyelesaikan segala hutang 1MDB bagi mengelakkan segala salah laku Najib akan terbongkar.

    Sepatutnya bukan Tan Sri Muhyiddin yang dipecat, tetapi Najib yang patut meletak jawatan, kerana kes yang disiasat itu bukannya ada kena mengena dengan Tan Sri Muhyiddin, kes yang disiasat itu adalah melibatkan salah laku, penyelewengan, penipuan, penyonglapan wang hutang 1MDB oleh Najib dan kuncu-kuncunya.

    Najib oh Najib, kau ingat dengan permainan kotor kau ni rakyat akan terpedaya dan tertipu, kirim salam sahajalah, makin banyak akan terbongkar kelak dan kau akan lebih kuat dibenci oleh rakyat bukan kerana kau bernama Najib, tetapi kerana penyelewengan, penipuan, penyonglapan, salah gunakuasa, salah laku yang dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya di dalam 1MDB dan di dalam kerajaan selama ini.

    Kepada Najib, jangan ingat kau boleh check mate kes ini, kerana ini adalah masanya untuk kau kena check mate akibat perlakuan buruk kau selama ini. Kau nantikanlah masa dan ketikanya dan sila beritahu kepada kuncu-kuncu kau yang turut mentedekerah wang songlap itu supaya bersiap sedialah untuk berbaris beramai-ramai masuk penjara dan menjadi banduan.

    Kebenaran akan terbukti Najib, kau tunggulah masa dan ketikanya itu, kau pastinya tak lena malam dengan apa yang berlaku sekarang ini, tetapi itu semua disebabkan oleh kau sendiri, kau tanggunglah akibatnya nanti.

  40. Abu Bakar says:

    Sman, perlu diingat, Najib tu bukanlah hebat mana sangat, dia sendiri pun dah goyah, mengenai isu The Wall Street Journal, hingga kini Najib tak saman hanya hantar surat bodoh yang bahan lawak jenaka di seluruh dunia.

    Macam isu Sarawak Report pun, Najib tak berani saman, hanya menyekat akses portal itu sebab portal itu makin banyak mendedahkan salah laku, penyelewengan serta jenayah Najib.

    Kemudian The Edge pula, pihak The Edge dah menyerahkan bukti mengenai jenayah Najib itu kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM, malahan pihak The Edge sendiri telah mengemukakan tindakan undang-undang terhadap tindakan penggantungan permit media mereka yang didalangi oleh Najib serta dibuat oleh Zahid Hamidi yang menjadi pecacai terbaru Najib itu.

    Jangan putar sana sinilah, Najib makin tak ada arah untuk lepaskan diri, dia akan dihumban ke penjara atas segala salah laku yang dia buat selama ini.

  41. Pak Tho says:

    Gendang perang undi tdk percaya di usulkan kpd parlimen sudah dibunyikan oleh pembangkang. Tunggu disambut oleh sebahagian kecil je ahli parlimen BN. Amacam Chai. Ada senang duduk ke sekarang itu PM?.

  42. ToraTora says:

    Semangat betul Bro Abu Bakar Berhujah..semoga perubahan ini memberi impak positiflah.
    Nak cakap banyak pun tak guna..setiap orang ada hak mengundi..tapi hal2 percaturan dalaman tak dapatlah kita nak menolongnya.

  43. rockers says:

    jgn ingat umno johor blh diam saje…

  44. semangat dato' haron says:

    Syabas Najib.

  45. omega says:

    Awat.. org johor nak undi pembnagkang ka utk ajar najib. Bagus la sbb boleh tulis dalam sejarah umno bangsa johor melatah tak tentu hala. Zaman mahathir 3 tpm dia habis. Apa ada hal. Dah takat tu saja rezeki TSMY nak buat apa. Allah tetapkan ujian begitu buat najib dan mahyuddin, redha sajalah. Tak tau la pulak kalau bangsa johor ni tak percaya tuhan.

Leave a Reply