Menu Utama

Takbir Raya Fesyen Baru Ada Upacara Bakar Lilin?

candle_virgil

DIFAHAMKAN malam raya hari tu, ada 100 orang berkumpul di depan penjara Sungai Buloh kononnya bertakbir raya bersama keluarga Anwar, selain protes kerana tak dibenarkan berjumpa dengan Anwar pada hari raya pertama.

Walaupun menurut saksi mata yang mengatakan kepada penulis, jumlah itu tak sampai 25 orang pun (tak termasuk wartawan dan SB) selain yang datang bukan semuanya Islam, tapi kita anggap betul sajalah.

Gaduh pasal angka dengan para balaci ni hanya membuang masa sebab kita dah tahu lama penyokong Anwar selalu kali ganda kepada 4.  Jadi bila dia kata 100, betul la tu 100 agaknya.

Yang menariknya, tidak seperti takbir raya yang biasa kita lalui ni, takbir raya bersama keluarga Anwar yang diadakan pada malam itu, tidak ada bacaan-bacaan ayat suci, berselawat dan sebagainya diadakan, sebaliknya inilah pertama kali dalam sejarah penulis dengar takbir ada upacara bakar lilin, ceramah politik dan nyanyi-nyanyian!!

Penulis asalnya susah nak percaya juga (saksi mata pun tak sebut pasal mungkin dia ingat acara politik biasa) tapi memandangkan berita ini dikeluarkan oleh portal pro pembangkang/kroni Tun Mahathir Astro Awani, maka kena percaya jugalah.

Takbir apa macam itu, fesyen baru ke?  Itu bukan takbir, itu acara politik, tapi puak ni bukan peduli sangat pun.  Kalau ada agama, tak buatlah benda-benda terkutuk sehingga terpenjara di dalam ye tak?

Penulis mahu agamawan di negara ini terutama yang berada nun jauh di utara sana, agar memberikan pandangan apakah hukumnya bertakbir raya disertakan dengan upacara bakar lilin dan ceramah politik.  Layakkah itu dipanggil takbir raya atau macam mana.

Sebetulnya tak payah agamawan yang berkenaan bersuara pun kita dah tahu jawapan, cuma saja nak dengar pandangan.  Lama dah tak gelakkan agamawan ni.

Apa pun, syabas kepada pihak penjara kerana berlaku adil kepada semua penghuni penjara dengan membenarkan lawatan hanya pada hari raya ke 4, bukan hari raya pertama seperti yang dituntut keluarga Anwar.

Banding dengan banduan lain, Anwar ni dah banyak keistimewaan dah dapat.  Keluar penjara hampir setiap minggu katanya, ada saja urusan, pergi Mahkamahla, mesyuaratlah dan sebagainya.  Setiap kali keluar, keluarga jamu makan sedap-sedap, sudah-sudahlah tu, nak istimewa macam mana lagi?






5 Komen to Takbir Raya Fesyen Baru Ada Upacara Bakar Lilin?

  1. ToraTora says:

    Jangan jadi bangang sangat beraya dengan Sang Peliwat!!

  2. System baru says:

    Aku sendiri percaya anwar keluar penjara keluar,kes dicipta sendiri percaya cakap ,dia gunakan peluang ada untuk saman sana sini untuk keluar dari penjara, sepatut pihak polis gari anwar itu jika pergi hadiri ke mahkamah,bukan beri layanan istimewa pada anwar itu, kalau penjenayah biasa tahu kerajaan gari penjenayah itu dan berpakai penjara berwarna oran atau ungu , jangan satu hari nanti orang cakap undang2 untuk orang kaya je aku penah dengar rakyat biasa cakap, ini mnyebab rakyat benci pada undang2 negara, aku masih lagi ingat ada vip isap rokok selamba je di klia pengwal keselamatan hanya berani teguh bukan vip itu ,meber aku isap rokok bersebelahan vip itu, pegawal itu hanya menberi teguran pada meber aku ‘vip itu dia berani tegur tapi vip itu dia tak berani tegur, akhir sekali menber aku marah pada pegawai itu ‘menber balas cakap dia kenapa tak tegur vip itu kenapa kau tegur aku ini, walau menber aku tahu ia salah tapi ia melebih vip itu, vip terus padam rokok dia sebab malu , ini sikap tak baik undang2 hanya melebihkan orang kaya, perkara aku pada masa akan datang jadi fitnah pada masyarakat.

    Aku berharap jawatan kuasa undang2 beri layanan sama semasa di mahkahmah pada semua penjenayah Dan ambil tindakan pada siapa bagi layanan istimewa pada anwar,jika tidak rakyat tak lagi menghormati undang2 malaysia ini

  3. sman says:

    Sebgai bekas penyokong Nuar,saya ingin juga mengucapkan selamat hari raya pada beliau.Selain selamat hari raya saya ingin juga mengucapkan tahniah kerana beliau lah satu-satunya individu yg berjaya mempermainkan Pak Mantan beberpa kali.Yang mutakhir sekarang ialah beliau menjadikan Pak Mantan dan geng sebagai alat dalam konspirasi beliau utk menjatuhkan PM Najib,Umno dan BN.Dulu nya Pak Mantan dan para penyokong beliau benci sangat pada nuar,tapi akhirnya jadi alat kepada Nuar.Alahai.Kesian.

    Sudahlah sebelumnya dgn kes sodomi 1 nya,di tukarnya menjadi teori konspirasi utk menjatuhkan beliau lalu dengan teori tersebut beliau berjaya menghuru-harakan Pak Mantan hingga menyebabkan Pak Mantan terpaksa dgn berat hati melepaskan jawatan PM ahkirnya.Sekarang dia sendiri berkonspirasi dan Pak Mantan pula di jadikan alat secara sedar atau tidak.Bijak Nuar ni.

    Pendedahan Lester mengenai peranan Nuar dalam komplot bersama SR,cukup memalukan Pak Mantan.Semuga beliau insaf di hari baik dan bulan baik ini.

  4. System barum says:

    bagi aku anwar telepas kes sodom 1 disebab tun m gagal mencari bukti kukuh, anwar gagal lepas diri sebab kes salah guna kuasa anwar bijak guna kelemahan tun m,tun m lupa kata2 p ramlee marah akan jual,mereka sebenar saling guna menguna antara satu sama lain aku sendiri tak sangka tun m punya bijak boleh masuk ke perangkap anwar itu, satu aku tak suka sikap tun m jika marah dia kawan atau musuh pun sangup dia gunakan asalkan dia nak menang dia sendiri gagal selami sikap musuh dan kawan itu dan gagal kawal kemarahan dia itu , najib kena berhati2 hati, bagi aku anwar bijak gunakan kelemahan tun m itu, tun m itu dah masuk perangkap media sp dan media barat yg digunakan anwar itu, sekali ucap taniah pada anwar itu masuk penjara dia berjaya malu tun m itu, bagi aku najib sekali menang dalam permain ini sebab itu aku ingat lagi orang bekas pemimpin pkr cakap, anwar penah bercakap orang bijak politik perlu hapuskan najib, sebab itu anwar lebih gemar cipta fitnah pada bini najib dan syarikat 1mbd itu, sekali lagi tun m kalah pada anwar dan najib, anwar menang pada tun m dan kalah pada najib, najib menang dalam permain politik ini.

    Yg paling kasiahn Macai kroni tun m banyak habis duit untuk dapat maklum salah Aku ucap tahiah kerana kebodohan mereka itu sekarang aku akan tunggu cerita baru macai pkr ini

Leave a Reply

Threesome