Menu Utama

Tahaluf siyasi Pas-DAP sah terputus

Pas dan DAP akhirnya ‘sah bercerai’ selepas Majlis Syura Ulama membuat ketetapan memutuskan hubungan tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang terjalin dengan sekutunya itu di dalam pakatan pembangkang sejak 2008.

Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, keputusan tersebut berikutan tindakan DAP yang melakukan provokasi berterusan, perbuatan parti itu yang melanggar semangat kerjasama pakatan pembangkang serta campur tangan dalam akidah, dasar dan matlamat Pas.

Katanya, tahaluf siyasi dengan PKR bagaimanapun masih diteruskan dan keputusan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian politik semasa.

“Pas terus istiqamah dengan prinsip Islam sebagai rahmat untuk semua yang menegakkan keadilan dan kesejahteraan semua kaum.

“Oleh itu, Pas meneruskan hubungan dengan semua pihak menerusi tahaluf siyasi bersama parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Islam, dalam masa sama, Pas tetap teguh berpegang dengan dasar-dasar Islam ketika berhubung dengan semua pihak,” katanya dalam kenyataan disiarkan laman web Pas hari ini.

Dewan Ulama Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-61 bulan lalu telah membawa usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas, namun keputusan akhir terletak sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis Syura Ulama terlebih dahulu.

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din sebelum ini menegaskan, tahaluf siyasi Pas dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang bukanlah bersifat kekal selama-lamanya selain menasihatkan semua ahli Pas agar patuh kepada setiap keputusan yang dibuat badan tertinggi parti itu.

Hubungan antara Pas dan DAP yang retak sejak penubuhan pakatan pembangkang semakin meruncing apabila Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan, Lim Guan Eng pada Mac lalu menegaskan parti itu memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang didakwa tidak bermaruah dan jujur berikutan tindakan Pas bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Sementara itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang mula mengambil langkah drastik menghukum ahli Pas apabila memecat Setiausaha Pas negeri, Mohd. Fadzil Kemi daripada jawatan Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Tindakan itu juga dilihat sebagai tekanan berterusan DAP terhadap Pas selepas desakan Guan Eng supaya Pas mengarahkan ahli-ahlinya di Pulau Pinang meletakkan jawatan dalam kerajaan negeri tidak diendahkan.

Utusan






2 Komen to Tahaluf siyasi Pas-DAP sah terputus

  1. Younger But Wiser says:

    For a long time already Muslims have been and are still being mocked, ridiculed and provoked by DAP leaders, DAP supporters, The Star, MalaysiaKini, The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, The Heat, the Malay Mail and other toilet tabloids. If their speeches, postings and articles are not provocative enough, then look at the comments by the bangsats where the opposition news portals deliberately allow if not invite racist and provocative comments. This is not the Malaysia that we know, this is not the Malaysia that we want.

    And yet PAS slept with DAP, and Pasma is the byproduct of that affair. I am not that convinced that they are really torn apart. I believe the announcement are just one of their games out of so many games they had played this far. To prove it, PAS is still sleping with PKR that sleeps with DAP in the same bed. These jokers and their wayang kulit production. Hypothetically if a scenario should arise akin to GE12 2008 in Perak or GE13 2013 in Selangor, what will these jokers do? Kiss, hug, i love you so on then all get on the bus with their very own driver, laws and roads.

    A marriage of convenience jatuh talak not applicable..

Leave a Reply