Menu Utama

SKMM Bertindak Untuk Kepentingan Negara atau Siapa?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) merupakan satu pihak berkuasa yang sangat aneh dan luar biasa. Sebagai sebuah penguatkuasa undang-undang siber mereka sepatutnya menguatkuasa undang-undang dan peraturan demi kepentingan negara bukannya alat mana-mana pihak sama ada Perdana menteri, parti kerajaan mahu pun Pembangkang.

Sarawak Report (SR) sudah diketahui membuat pelbagai cerita dan gosip politik yang sangat serius sehingga menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara. Sejak mereka “menyerang” Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud, SKMM sepatutnya telah mengambil tindakan undang-undang termasuk menyekat laman ini.

Malangnya mereka mendiam seribu bahasa.

Demikian juga dalam isu 1 Malaysia Development Berhad dan serangan bertubi-tubi terhadap Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak. Mereke mendiamkan diri selama bertahun lamanya sehinggalah semalam apabila mengumumkan sekatan akses ke atas Sarawak Report.

Mengapa sekatan ini dibuat pada ketika sudah jelas satu demi satu pembohongan Sarawal Report sedang didedahkan oleh Polis Thai dan bekas “perunding editorial” SR, Lester Melanyi.

Ini hanya dibuat setelah jelas isu-isu yang dibawa oleh SR Sekatan ke atas Sarawak Report pada saat BN mendahului isu ini adalah tindakan gunting dalam lipatan kepada Perdana Menteri.

Setelah beberapa hari senario ini didahului oleh Barisan Nasional melalui Datuk Abdul Rahman Dahlan, tiba-tiba sahaja SKMM muncul mahu menjadi jaguh menghalang akses SR.

Nasi bukan lagi sudah jadi bubur, tapi rumah sudah terbakar, hendak padam api apa lagi?

Sekarang para penyokong SR mengambil alih isu dengan mendakwa Perdana Menteri takut berhadapan dengan SR. Malah isu-isu kebebasan bersuara juga muncul kembali sehingga menenggelamkan hakikat SR melaporkan tuduhan-tuduhan yang berdasarkan dokumen yang diubahsuai.

Justeru kita perlu bertanya SKMM membantu siapa? Najib Razak razak atau Claire?

Jika benar SKMM tidak berpihak kepada pembangkang, kita mahukan penjelasan mengapa fitnah seperti di bawah ini belum diambil tindakan? Fitnah ini lebih serius dan dinaca oleh jutaan orang serta mengganggu ketenteraman awam.

starsukan2

Klik sini untuk pautan artikel artikel terbabit.






8 Komen to SKMM Bertindak Untuk Kepentingan Negara atau Siapa?

  1. gambus says:

    Najib sebagai PM dah takde fungsi !!! Kau pergi cakap kat Najib as PM dia ada kuasa , tgk pulak SKMM ni dibawah Menteri mana ??? ni laa yang ramai orang UMNO marah pemimpin UMNO dah jadi macam tak tau buat kerja lakk .. yang badan macam SKMM macam biasa laa semuanya buat kerja bila kena cucuk jee . Kita tengok sekarang ni banyak badan macam taktau buat kerja , Menteri takde fungsi laa sampai ada troll sama sendiri .. nak buat camana Najib lebih percaya penasihat kafir dan liberal diaa , patutnya Menteri ni yang jadi tukang penasihat kau !!!!

  2. Memang Terok says:

    Untuk menang dalam peperangan, apa yang kita perlukan. Kita perlu strategy, kecekapan, kepandaian, tipu helah bagi memperdayakan musuh. Dan tentunya kita perlu ganas untuk membunuh tanpa belas kasihan.

    Tak ada istilah ‘excuse me, may i kill you’ dalam peperangan. Tindakan passive dan terlalu berhati2 dalam pentadbiran hanya memakan diri. Musuh menyerang terang2an. Sedangkan pertahanan dibuat separuh hati , segan silu hendak tak hendak.

  3. raplahjingaa says:

    SKMM…..hmmmm, buat apa nak susah-susah, punch card kul 9 pagi. 10.15 pergi rehat…pukul 1.00 lunch time, pukul 3.00 coffee break…pukul 4.15 moh kita balik rumah…buat apa nak susah-susah. PM Boss NO 1 pun tak kecoh-kecoh hangpa pulak nak lebih-lebih…bukan hangpa yang bayar gaji depa !!

    hehehehe…

  4. Pemerhati says:

    pada aku agak lambat SKMM sekat portal SR, jangan tunggu lama lagi kalau nak sekat mana-mana portal & laman sosial yang menghasut rakyat tentang pemisahan Sabah atau Sarawak dari Malaysia

  5. rockers says:

    rosmah kate aku pnye sukalah.aku flom..agong pun kalah..

  6. WTF says:

    Kitab mana yang saudara rockers refer tu, Harakah ka???

  7. rockers says:

    x betul ke.tnye ahmad maslan dn yg seangkatan dgnnnye

Leave a Reply

Threesome