Menu Utama

Skandal USD 700 juta: Task Force “Et tu, Brute?”, WSJ Mana Buktinya?

Apabila muncul tuduhan bahawa sebanyak USD 700 juta wang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dipindahkan melalui pelbagai transaksi ke dalam beberapa akaun yang didakwa milik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri sendiri mengarahkan penubuhan Pasukan Khas menyiasat tuduhan tersebut.

Pasukan penyiasat ini terdiri daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Persuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Sebentar tadi Pasukan Khas ini mengumumkan enam akaun dibekukan tanpa menjelaskan milik siapa.

Susulan kepada kenyataan media bertarikh 4 Julai 2015, Pasukan Petugas Khas ingin memaklumkan kemajuan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh Pasukan ini sehingga kini.

Perintah pembekuan enam akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini telah pun dikeluarkan pada 6 Julai 2015.

Selain itu, Pasukan Petugas Khas telah mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari dua buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan Petugas Khas juga telah mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Siasatan masih berjalan. Justeru, Pasukan Petugas Khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.

Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Gabenor Bank Negara Malaysia
Tan Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara Malaysia
Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

Namun Malaysiakini yang memetik sumber dalaman penyiasatan menyatakan tiga daripada akaun tersebut milik Mohd Najib Razak manakala tiga lagi tidak didedahkan oleh sumber tersebut.

This was revealed by a highly placed source familiar with the ongoing investigation into the scandal that has threatened Najib’s political career.

“Yes, the three accounts are his (Najib’s),” said the source, who spoke on condition of anonymity.

“We have to be careful and tread cautiously on this matter,” he told Malaysiakini, but declined to reveal details on the other three accounts.

Malaysiakini Berbohong atau ada Brutus?

Mengapa sumber Malaysiakini mendedahkan tiga akaun milik Najib Razak tetapi enggan mendedahkan tiga lagi akaun yang dibekukan?

Apakah ada yang lebih besar dari kedudukan Perdana Menteri sehinggakan tidak mengapa mendedahkan nama Najib tetapi tidak boleh dedahkan tiga akaun lagi?

Sama ada Malaysiakini berbohong atau ada orang tertentu dalam pasukan terbabit yang menjadi agen memporak-perandakan politik negara demi kepentingan pihak lain dalam UMNO.

Apakah ada Brutus di kalangan ahli pasukan Task Force ini?

Raja Petra Kamaruddin mengandaikan dokumen-dokumen ini sama ada diubah atau tulen telah dibocorkan kerana ada kumpulan tertentu khuatir penyiasatan mendapati tiada salah guna kuasa dilakukan oleh Mohd Najib Razak. Jika ini berlaku ia akan menjejaskan agenda mereka menukar Mohd Najib yang sudah terlewat sebulan.

The anti-Najib forces do not want to wait for the taskforce or PAC to complete their investigations. What if the taskforce or PAC comes out with a verdict that says Najib is innocent of all allegations and that they have not found any evidence to prove that the Prime Minister is guilty of embezzlement or stealing? After all, this is the allegation and if no theft is proven then the whole case against Najib falls to pieces.

So before any conclusive evidence is revealed, that may or may not clear Najib, they want to ‘play safe’ and oust him now. In that way, in case the whole thing does not work out the way they hope, and Najib is not implicated in theft, then Najib would be out anyway so it no longer matters.

Even while the taskforce, which Bank Negara is a member of, announces that the investigation is proceeding (see above), someone from Bank Negara leaks even more documents to the Wall Street Journal. The question is are these documents fake or doctored or are they authentic? And if they are authentic then who from Bank Negara or from the taskforce leaked these documents?

Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti

Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal hari ini langsung tidak menunjukkan kehadiran nama Mohd Najib Razak pada akaun terbabit yang sengaja dipadamkan.

Jika benar ia akaun Mohd Najib Razak mengapa ia perlu digelapkan? Jika sebelum ini Wall Street Journal memaparkan keseluruhan nombor akaun bank yang dikatakan milik Mohd Najib mengapa hari ini menggelapkannya?

Jika dokumen tersebut dari sumber penyiasatan Malaysia mengapa sumber tersebut menggelapkan nama dan nombor tersebut sedangkan ia mahu menjatuhkan Mohd Najib?

Apakah kerana ia tidak terkait dengan Mohd Najib maka ia perlu dihitamkan?

Malahan lebih mengejutkan, tuduhan bahawa ia akaun peribadi Mohd Najib tetapi terdapat terlalu banyak orang yang mengendalikannya. Bagaimana ia satu akaun peribadi jika ada beberapa orang boleh mengeluarkan wang atau melakukan transaksi?

Lihat surat Nik Kamil kepada Pengurus Ambank. Beliau melantik seseorang lain pula sebagai pengendali akaun terbabit apabila beliau dan pemegang akaun utama tiada dalam negara.

nikfaisal

Sudah tiba masanya pasukan penyiasat ini mendedahkan keenam-enam penama akaun terbabit dan juga menyiasat siapakah “brutus” di kalangan mereka.

LEBIH PENTING KITA MAHU WSJ TUNJUKKAN MANA BUKTI IA AKAUN MOHD NAJIB RAZAK. YANG ADA SEKARANGA HANYALAH NOMBOR AKAUN DENGAN ANDAIAN IA MILIK PERDANA MENTERI. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIBERIKAN WALAUPUN TAMPAK SEPERTI TULEN IA LANGSUNG TIDAK MENUNJUKKAN NAMA PERDANA MENTERI MOHD NAJIB RAZAK- www.mykmu.net






11 Komen to Skandal USD 700 juta: Task Force “Et tu, Brute?”, WSJ Mana Buktinya?

  1. dkds says:

    Dokumen yg boleh dipertikai kesahihan dari segi ketulenan , malah gagal membuktikan acct tersebut milik Najib Razak !

    Setuju dfn penulis kenapa perlu digelapkan no acct sedangkan di Sarawak report tertera dengan begitu jelas digambarajah no acct yg dikatakan milik najib Razak, adakah wsj tidak yakin ketulenan dokumen tetsebut ??????

  2. sman says:

    Saya pun terfikir juga mengapa no tersebut perlu di gelapkan,kalau ianya bukti kukuh.Begitu juga dgn surat dari Nik Faisal,kalau akaun Najib apsal pulak dia yg bagi kuasa.Tak mungkin juga duit RM 2.6 billion masuk akaun peribadi Najib kalau untuk maksud pilihanraya,teruklah Najib kena tanda tangan cek utk di agih-agihkan,tentu juga nak kena semak dgn teliti,penggunaan duit sebanyak itu,jadi kerni akaun lah Najib kalau gitu,bukan lagi PM.Kalau utk dia sendiri pulak ,tak mungkin beliau sangat cuai dan bodoh sanggup songlap sebanyak itu kemudian masuk akaun pribadi.

    Saya turut bersetuju dgn tulisan RPK,ini semua hanya utk menimbulkan persepsi dan kekeliruan,dari awal pun saya beranggapan begitu.Bila kekeliruan timbul,harap-harap dalam masa keliru tersebut,pemimpin Umno lain berbondong-bondong menolak Najib,tak hanya dua org SA & TS MY,kemudian akan di bantu oleh Pembangkang.Najib puin terguling proksi Pak Mantan pun naik jadi PM.The next PM after proxy will be MB Kedah.

  3. roslan says:

    Kita boleh simpulkan segala yg berlaku sekarang ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan DS Najib. Apa yang kita lihat semuanya datang sekaligus apabila DS Najib tidak mahu meletakkan jawatan sebagai PM. Ia bagaikan satu plot yang terancang oleh pihak-pihak tertentu yang ada kepentingan disebaliknya. Serangan-serangan yang dibuat dari pelbagai sudut dengan hanya menjual cerita-cerita yang tidak disokong oleh sebarang bukti yang kukuh. Agenda utama pihak-pihak yang terlibat adalah untuk mencetuskan kebimbangan rakyat dan seterusnya menghilangkan kepercayaan dan sokongan rakyat terhadap kepimpinan DS Najib.

  4. Anti-Bulls says:

    Tuan blogger, janganlah spin teruk sangat. Yang pertama pasukan penyisat ini atas arahan DPM, bukan Najib sendri. Yang kedua, kau ingat AG, BNM dan IGP bodoh sangat ke nak beku akaun setakat berita dari WSJ? Dia orang raided and ada bukti kukuh sebab tu ada langkah susulan. Kalau Najib clean, dari awal selepas raided dia orang dah umum yang Najib takda kena mengena. Ingat dia orang nak tunggu lama nak bersihkan nama PM Malaysia kalau takda bukti?
    Aku pesan banyak kali dah. Spin pun patut-patut sudahlah.

  5. Anak_Nogori says:

    AG, BNM, IGP, SPRM dah bekukan 6 akaun…soalnya…siapa punya akaun tidak lagi dinyatakan…dan kenapa pula mereka perlu nyatakan Najib clean sedangkan ianya masih dalam siasatan?.

    So..aku pun nak pesan…apa pun..jangan buat sebarang kesimpulan sebelum diumumkan hasil siasatan..jangan lebih sudu dari kuah.

  6. mie says:

    kerja,propaganda dan fitnah yahudi laknatullah semua ini.

  7. bro says:

    Ko tu yg bodo,bukti kukuh atau tak,slagi ada bukti,dorang kena bukak siasatan sekiranye ada arahan atau aduan utk disiasat..wat masa ni bukti digunapakai ialah dr wsj..umum tau wsj ni memang brani bg bukti kencing sbab dorang da biasa kena saman dan berkemampuan bayar saman,yg penting bg dorang buat damage dulu..dorang pun pandai slalu ckp bukti dr informer,bkn dr dorang sendiri..nampak sgt taknak bertanggungjwb..agency terlibat ada sampai 3,polis,bank negara dan sprm..memey la ambik masa skit penyapu..nanti da dirumuskan siasatan dorang announce la..pun rasa aku dorang tetap takley publish statement bank org..cuma leh britau je hasil siasatan..pun lembu2 mcm ko akan kata napa tak tunjuk je ekaun bank najib kat public?

  8. tengkudin says:

    semakin teruk fitnah menjadi jadi sejak kebelakangan ini. BAFIA ada mana boleh sesuka hati dedahkan pada public.

  9. Anak_Nogori says:

    dan apa perlunya Najib tunjukkan akaun banknya kat public?..sepatutnya yg menuduh lah tunjukkan…lepas tu apa motif digelapkan?…kalau betul itu akaun bank najib..telus lah..tunjukkan semuanya…kata amalkan ketelusan.

  10. zack300 says:

    Kes BAFIA Abang Rafizi sengap..Kes Hasutan pemimpin2 PKR sengap…Lambat pickup, ni semua perancangan teratur untuk menganggu gugat saja. Nak buat gempak. Tapi tu lah PM ni ‘slow to respond’ jadi meleret2 dan biarkan situasi jadi haru biru. Buatlah sesuatu jgn bagi muka..tegas. Ni fitnah dari tukang sapu longkang sampai ke pemimpin pembangkang nak dilayan. Mampuslah. Sekarang suma org boleh cakap apa2, samada itu fitnah atau tidak, bukan pemimpin saja. Nabi SAW sabda ‘Fitnah tu lebih bahaya dari membunuh’. Kalau kita ugut nak bunuh org, ikut undang2 pon terus kena tangkap masuk penjara, kalau bunuh macam mana..? Ni fitnah lagi buruk. Kerajaan yg perihatin ni sepatutnya jika sapa2 yg buat fitnah takda bukti jelas, patut ditangkap dan sumbat dalam penjara,jika buat tuduhan dan kenyataan tu yang nyata mengugat kerajaan dan negara ‘Guilty until found not guilty’. Buktikan kau tak bersalah baru lepaskan. Baru suma takut. Kita pon aman damai. Nak jaga hati brp kerat orang mereng dan gila kuasa, semua orang jadi masaalah. 2 kes kapal terbang, kapal minyak kena hijack, 1MD yg tada kesudahan mcam kudis buta dan lepass ni apa pulak daaa….kita tgk sapa yang kenaa.

Leave a Reply

Threesome