Menu Utama

Si Kitul kembali ? Siapa ?

BEBERAPA hari sebelum pendakwaan atas tuduhan ra­suah sekitar Februari 2004, Menteri Tanah dan Pem­ba­ngunan Koperasi, Tan Sri Kasitah Gaddam sedang me­nikmati makan tengahari bersama Perdana Menteri (Tun Abdullah Ahmad Badawi atau mesra dengan panggilan Pak Lah) serta anggota Kabinet di atas bot berkanopi yang berlayar di perairan yang tenang di sekitar tasik Putrajaya.

Pak Lah; Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Datuk Se­­ri Najib Tun Razak; Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Putrajaya Holdings, Allahyarham Tan Sri Azizan Zainul Abidin yang menjadi tuan rumah majlis makan tengah hari itu dan menteri-men­teri Kabinet termasuk Kasitah, masing-masing tampak gem­bira di sepanjang pelayaran itu.

Sambil menjamah ikan salmon salai dan menikmati hi­dangan daging lembu dan kambing yang dimasak enak, penjawat-penjawat tertinggi kerajaan kelihatan begitu ce­ria. Itu merupakan kali terakhir Kasitah menikmati saat-sa­at ceria bersama rakan-rakan Kabinet. Detik-detik ini dicoretkan oleh Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam bukunya ber­ta­juk Kabinet 1Malaysia: Mengimbas Kembali Tadbir Urus Kabinet.

Bayangkan kejutan yang dialami oleh Kasitah sehari sele­pas majlis makan tengah hari yang enak itu apabila beliau di­tahan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) atas tuduhan-tuduhan rasuah.

Setelah lima tahun iaitu pada 11 Ogos 2009, keadilan ter­buk­ti apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Kasitah daripada semua tuduhan rasuah. Mahkamah, melalui penghakiman Hakim Suraya Othman, memutuskan pihak pendakwaan ga­gal mewujudkan kes prima facie terhadap Kasitah atas tuduhan rasuah dan penipuan kepada saham-saham tertentu di Lembaga Pembangunan Tanah Sabah (SLDB).

Walaupun Kasitah melonjak gembira atas keputusan itu, beliau pada masa sama diselubungi kesedihan. Ini merupakan satu kes mengenai sistem keadilan yang boleh dipertikaikan. Kasitah telah hilang segalanya – jawatan Kabinet beliau, ke­ahlian Parlimen, reputasi peribadi selama lebih lima tahun yang terpaksa diharungi dengan penuh kehinaan dan keperitan.

Malang sekali, dalam sistem keadilan jenayah seperti kes Kasitah, tiada ruang bagi beliau untuk menyaman pihak berkuasa atas kesilapan pendakwaan ke atas dirinya.Dalam senario hari ini, kita dikejutkan dengan dakwaan isu penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang mengaitkan Perdana Menteri.

Isu ini menarik perhatian luar biasa daripada portal Sarawak Report yang berpangkalan di London dan akhbar kewangan terkemuka, Wall Street Journal (WSJ) beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Adakah dakwaan ini benar, meskipun dilampirkan dengan “apa yang didakwa bukti-bukti sahih”. Melihat kesungguhan Perdana Menteri meluahkan ke­ya­kinan cukup tinggi ba­ha­­­wa kebenaran akan ter­­bukti akhirnya, maka su­dah sewajarnya semua pihak menunggu dengan sa­­bar.

Letakkan sepenuh ke­percayaan kepada inte­griti Pasukan Petugas Khas yang dikepalai Pe­guam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta dianggotai Gabenor Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) da­lam menjalankan kerja-kerja siasatannya.

lesap, de­ngarkan dulu laporan Ke­tua Audit Negara untuk me­nentukan kesahihannya.

Di satu sisi lain, tuduhan yang dilemparkan WSJ ter­ha­dap Najib bak “Perang Dunia Ketiga” – saban hari laporan disogokkan untuk tatapan dunia. Kalau benteng pertahanan diserang tentera kuasa besar, tembok itu boleh runtuh dikerjakan.

Ternyata dalam sebulan dua ini, “permainan” yang digerakkan WSJ seakan-akan “berjaya”. Yakni, “berjaya” mencetuskan kecurigaan sesama sendiri dalam kerajaan terhadap isu ini. Ini sehinggakan hal-hal kecil seperti satu dua potret Perdana Menteri dialihkan buat sementara dalam majlis tertentu pun, timbul syak wasangkanya.

Isu 1MDB membuka mata akan adanya anasir berniat jahat yang didalangi pihak tertentu. Apatah lagi kewujudan “orang dalam” atau “gunting dalam lipatan” yang mungkin telah membocorkan atau menyampaikan maklumat salah kepada media asing tertentu. Laporan ini kemudiannya digarap secara ala profesional dengan memuatkan “fakta-faktanya.”

Sememangnya elok direnung kembali sejarah Si Kitul yang direkodkan dalam Sejarah Melayu. Nafsu, fitnah dan dendam kesumat yang melanda pemerintahan Melaka ketika itu dengan watak utamanya dimainkan oleh Si Kitul. Pernahkah kita bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai Venice of the East boleh kalah dengan mudah di tangan Portugis?

Sebenarnya, yang menjadi punca kekalahan Melaka disebabkan wujud tali barut iaitu Datuk Syahbandar Melaka, Raja Mendeliar. Akibat percayakan cakap Mendeliar dan Kitul, Sultan telah membunuh Bendahara Tun Mutahir dan Laksamana Melaka.

Akhirnya, bila orang Melayu Melaka berpecah dan bergaduh sesama sendiri akibat “emas” dan “wanita”, orang luar me­ngambil kesempatan menjajah negeri Melayu. Kalau benar wujud Si Kitul, ia ibarat barah yang melapah kekuatan mana-mana masyarakat dan negara.

Dengan Malaysia yang kini kelihatan terlalu kecil untuk generasi muda – berada dalam dunia mereka sendiri yang penuh dengan teknologi siber dan yakin dengan pendidikan yang mereka terima dari universiti-universiti dan kolej – golongan ini semakin agresif menuntut hak-hak asasi dan ma­nusia sejagat.

Mereka mula mempersoalkan perkara-perkara yang du­lu­nya bapa-bapa mereka mengambil sambil lewa. Me­re­ka tidak lagi menulis surat. Mereka berkomunikasi meng­gunakan WhatsApp, SMS, Facebook dan Twitters.Mereka kini merasai kebebasan dan kehidupan yang baharu. Sekali gus mampu menjadikan Si Kitul lebih bermaharajala.

Laungan WSJ, Sarawak Report adalah akibat perbuatan Si Kitul yang “menggadai maruah” tanpa bukti konkrit dan akhirnya menghancurkan bukan sahaja imej pemimpin bah­kan institusi kerajaan itu sendiri.

Laungan untuk memperoleh pencapaian yang lebih tinggi dalam pembasmian rasuah pada 2004 hanya telah memalukan dan memusnahkan kerjaya Kasitah kerana tiada dakwaan yang berjaya dibuktikan.

Apakah orang Melayu Melaka waktu itu tidak mengerti keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Catatan-catatan pengembara dan pedagang awal Eropah, India dan Cina juga menunjukkan kerajaan-kerajaan nusantara yang mengelilingi kerajaan Melayu Melaka ketika itu adalah pengeluar utama meriam-meriam hebat dan berkuasa di dunia seperti Kesultanan Brunei, Kesultanan Pattani, Kesultanan Sulu dan beberapa kerajaan Melayu lain di Asia Tenggara. Malahan, Kerajaan Islam Turki Uthmaniah juga pernah membeli meriam-meriam yang berkualiti daripada kerajaan-kerajaan kesultanan melayu di nusantara.

Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis telah merampas 3,000 pucuk meriam. Dan katanya itu baru separuh daripada meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu!

Menyemarakkan konflik, api fitnah mengusutkan lagi hubungan Sultan dan Bendahara. Seorang saudagar bernama Nina Sura Dewana pergi menghantar wang suapan kepada Bendahara untuk melindungi kedainya. Bendahara menerima wang suapan itu.

Perkara itu diketahui oleh Si Kitul. Si Kitul memberitahu Raja Mendeliar bahawa Nina Sura Dewa telah merasuah Bendahara. Kitul dan Raja Mendeliar kemudian membuat konspirasi menjatuhkan Bendahara. Mereka berdua berpakat menggunakan Laksamana Koja Hasan (seorang yang sangat dipercayai Sultan) untuk mendapat peluang mengadap Sultan. Raja Mendaliar menyatakan Bendahara sedang membuat singgahsana yang bersalut emas dan merancang untuk merampas takhta Sultan.

Mendengarkan cerita Raja Mendeliar, Sultan tanpa usul periksa lagi terus menitahkan Tun Sura Diraja dan Tun Indera untuk membunuh Bendahara.

Tanpa usul periksa, fitnah Kitul dan Mendeliar terus dipercayai Sultan. Turut dibunuh ialah Tun Hasan Temenggung, Seri Nara Diraja dan Tun Ali. Emas Bendahara diangkut ke Istana, Tun Fatimah diambil menjadi isteri Sultan. Melaka hilang Bendahara yang bijak mentadbir negeri dan panglima perang yang mengalahkan serangan pertama Portugis.

Pernahkah kita bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah di tangan Portugis? Bukankah ia diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu? Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di bumi Melayu?

Sebenarnya, yang menjadi punca kekalahan Melaka disebabkan wujud tali barut iaitu Datuk Syahbandar Melaka, Raja Mendeliar . Portugis tahu konflik antara Sultan dan Bendahara. Sultan berkenan dengan Tun Fatimah, tetapi Bendahara mengahwinkan dengan segera anaknya dengan Tun Ali, tunangan Tun Fatimah. Hubungan Sultan dan Bendahara bertambah kusut akibat Tun Fatimah. Pada awal Julai 1511,sesudah serangan selama 10 hari 10 malam, Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis

Rakyat khususnya orang Melayu yang merupakan majoriti di negara ini harus berwaspada terhadap kemungkinan adanya kelibat Si Kitul hari ini. Barangkali perlu diingatkan, pemilihan Perdana Menteri dalam kalangan ketua (Presiden) daripada UMNO lebih merupakan satu tradisi politik. Bukannya peruntukan undang-undang kerana Artikel 43(2) (a) Perlembagaan Persekutuan tidak menyatakan bangsa, agama atau keturunan sebagai suatu ketetapan kepada pemimpin politik untuk dilantik sebagai Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri.

Sejak 1955, hanya bangsa Melayu dilantik sebagai Perdana Menteri boleh didebatkan, tetapi memandangkan bangsa Melayu merangkumi lebih 61 peratus penduduk negara, perkara itu tidak dipersoalkan. Aspek-aspek berkaitan nasionalime tempatan menjelaskan keistimewaan pelantikan jawatan Perdana Menteri ini dari kalangan bangsa Melayu – meskipun jawapan paling tepat dan jelas adalah UMNO mendapat majoriti setiap kali pilihan raya umum.

Zulkifli Jalil
Utusan






4 Komen to Si Kitul kembali ? Siapa ?

  1. bena says:

    hapuskan si kitol dan keturunannya drp memegang kuasa.mmkdey

  2. Anak Lenggong says:

    KEPADA SEMUA BANGSA MELAYU TIDAK KIRA LAH DIPIHAK MANA ..BACA ..PERHALUSI SERTA FAHAMI LAH APA YANG DITULIS DIBAWAH INI..JANGAN NASI DAH BARU BUBUR BARU NAK TERSEDAR…FIKIRKAN LAH ADAKAH..INI YANG BAKAL KITA TINGGALKAN KEPADA ZURIAT KITA DIMASA DEPAN…

    Hai Melayu, teruskan bertelingkah..

    Ahad lalu saya menerima e-mel daripada seorang bernama Rahman dari Singapura. Beliau mengaku teruja untuk mengulas artikel dalam kolum hari minggu ini bertajuk,”Kerajaan hipokrit”.
    Rahman sangat bersetuju dengan pandangan bahawa Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah Singapura sejak 1965 adalah hipokrit. Parti ini sama seperti DAP (Parti Tindakan Demokratik) yang sekarang menguasai Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor. Beliau yang menggelar PAP sebagai Pay and Pay tiada beza dengan DAP. Memang asal kelahiran daripada PAP, katanya.
    Dalam e-melnya itu Rahman berkeluh-kesah tentang nasib Melayu Singapura yang terpinggir melalui permainan PAP. Apa yang diluahkan Rahman bukanlah hal baharu. Keluh-kesah sebegitu sudah banyak diceritakan.
    Tidak banyak yang boleh dilakukan untuk mengangkat martabat Melayu Singapura. Sudah terlambat, nasi sudah menjadi bubur. Semua pintu seakan-akan tertutup bahkan boleh dianggap sebagai dikunci mati.
    Atas sebab itu, beliau mahu berkongsi perasaan dan mungkin boleh disebut sebagai kealpaan bangsanya yang meletakkan orang Melayu dalam kedudukan sekarang, agar dapat dijadikan teladan.
    Menurut Rahman, PAP sangat bijak mengunakan taktik serampang dua mata. Mula-mula mereka melaungkan konsep sama rata. Tidak kira bangsa, bahasa dan agama, semuanya sama rata. Orang Melayu tertipu dengan muslihat bijak itu. PAP pun menang dengan undi Melayu. Apa yang terjadi sekarang?
    Apabila menyedari penambahan bilangan orang Melayu, PAP mengikut versi Rahman, mengimport pula orang asing dari China, Taiwan dan Hong Kong bagi menyeimbangkan kedudukan.
    Beliau turut merujuk fakta semakin banyak “orang Malaysia tertentu” diberikan kerakyatan dan taraf penduduk tetap. Mereka mendapat pekerjaan dengan gaji lumayan. Bagi menyokong hujahnya, Rahman mengepilkan laporan Malaysian Insider pada 30 Jun lalu bertajuk, “Mengucapkan selamat tinggal kepada Malaysia.” Menurut siasatan portal itu, 30 hingga 50 permohonan melepaskan taraf kewarganegaraan Malaysia diterima setiap hari di pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
    Saban tahun, jumlah rakyat Malaysia yang menjadi warganegara republik itu terus meningkat. Pada 2012, sebanyak 20,693 kewarganegaraan diberikan kepada penduduk baharu Singapura.
    Dikuburkan
    Portal itu turut menemu bual dua rakyat Malaysia (Daphne Lim dan Saranee Joseph-bukan nama sebenar) yang kini menjadi warganegara Singapura yang menyatakan mereka menukar kerakyatan untuk mendapatkan kehidupan lebih baik. Begitulah, terdapat dua sudut pandang berbeza. Kedua-dua rakyat Malaysia ini menganggap pemberian kerakyatan sebagai keistimewaan. Orang Melayu Singapura pula melihatnya sebagai gerakan politik untuk terus menekan mereka.
    Bukan itu sahaja, menurut Rahman, banyak rakyat Malaysia tertentu mendapat biasiswa ke universiti Singapura. Beliau berasakan layanan kepada orang asing ini lebih istimewa berbanding kepada anak Melayu tempatan. Usah ceritalah tentang pengambilan pegawai tinggi tentera, dalam kerajaan dan GLC.
    Rahman turut menyatakan bahasa Melayu yang dijadikan Bahasa Kebangsaan sudah dikuburkan. Sudah hilang. Hanya dua yang kelihatan digunakan iaitu bahasa Inggeris dan Mandarin.
    Katanya, sekolah Melayu sudah lama ditutup tetapi sekolah Cina masih dikekalkan. Parti politik Melayu terkial-kial hendak hidup kerana sudah tidak ada lagi kawasan majoriti Melayu. Melayu sudah dipecah-pecahkan. Setiap blok rumah pangsa, bangsa bukan Cina hanya dihadkan kepada 30 peratus sahaja. Jadi, semua orang Melayu tidak boleh tinggal dalam satu blok. Menteri Melayu hanya satu. Baru-baru ini ditambah satu lagi sedangkan orang India ada empat menteri Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri.
    Apa yang diceritakan oleh Rahman ini tiada bezanya dengan pendedahan oleh Profesor Dr. Lily Zubaidah Rahim dalam bukunya, Singapore Dilemma in the Malay World,” Routledge Taylor & Francis Group, 2009.
    Lily Zubaidah telah dibuang dari Singapura kerana mengkritik kerajaan PAP. Beliau menjadi profesor di Sydney University, Australia. Banyak yang dibangkitkan oleh Lily yang boleh dijadilkan pengajaran. Antaranya selepas Yusof Ishak menjadi Presiden (9 Ogos 1965 – 23 November 1970), tiada lagi orang Melayu menjawat jawatan itu. Rumusan yang boleh dibuat ialah pelantikan Yusof Ishak hanyalah gula-gula bagi menarik sokongan orang Melayu pada ketika itu.
    Singapura kepada Lily, tidak lebih hanya sebuah negara yang mengamalkan diskriminasi. Konsep sama rata dan meritokrasi tidak wujud apabila melibatkan orang Melayu. Mengakhiri keluh-kesahnya, Rahman menulis “Wahai Melayu Malaysia bersatulah. DAP dah tunjuk kuasa. Semoga Allah lindungi Malaysia daripada kekuasaan DAP hipokrit.”
    Asas penting mendaulatkan Melayu ialah perpaduan. Tetapi malangnya politik Melayu itu sekarang sedang diamuk gelora sehingga ada yang menyifatkannya sebagai masa gelap politik. Dari tahun ke tahun walaupun mengetahui hayat kuasa di hujung usia, kita lebih suka mempamerkan perpecahan.
    Kita tahu perpecahan adalah racun mematikan bangsa ini tetapi kita seperti tidak berdaya pun untuk menangkis asakan adu domba dan fitnah. Terlebih lagi kita terlalu mudah termakan umpan anasir asing.
    Kita kalah sebelum berjuang. Kita selalu gagal kalau tidak pun ragu-ragu untuk mempertahankan pemimpin yang kita sendiri pilih melalui sistem demokrasi yang ulet, teruji dan panjang.
    Sesungguhnya kita merindukan pemimpin pelbagai peringkat yang mempunyai wawasan jauh dengan cara pandang antisipatif, bukan reaktif. Kita tentu sekali tidak memerlukan pemimpin bergaya pemadam kebakaran. Hanya apabila ada kebakaran, baru bergerak memadamkannya.
    Kita bertekad mahu mengekalkan kuasa tetapi kita suka bertelingkah sedangkan orang lain terus tegap bersatu menuju ke Putrajaya. Kita ada wawasan untuk melangkah jauh tetapi terlihat malu-malu bertindak agresif bahkan mudah terganggu oleh gerakan licik musuh sedangkan politikus lain kuat bekerja, berdisiplin, tekun dan nekad dalam perjuangan.
    Mengapa tidak? Jadilah angkuh seperti si tokong Pulau Pinang, jika perlu. Atau jadilah licik seperti PAP, jika perlu demi mengekalkan kuasa Melayu.

    By…

    zulkefli hamzah

  3. sman says:

    Sebenarnya ini semua boleh trjadi akibat dari sikap gulungan Melayu yg lupa daratan.Mereka ini bukan Melayu kampung ,tapi Melayu yg dah duduk di bandar walau pun berasal dari kampung,yg dah menikmati kehidupan yg agak baik.Mereka sombong kerana merasa apa yg mereka kecapi adalah hasil usaha mereka semata,bukan kerana jasa sesiapa jauh sekali kerajaan yg ada.Mungkin juga yg bersikap sombong begini bukan generasi pertama dari kampung,tapi adalah anak cucu kepada generasi pertama tersebut.

    Rasanya penyakit ini yg menular di kalangan Melayu bandar sudah sukar utk di perbaiki lagi,bersedia saja lah utk menghadapi apa saja kemungkinannya.Sebenarnya utk beberapa PRU yg lalu,kita hanyalah di selamat kan oleh mereka yg benar-benar orang kampung sama ada di Semenanjung atau pun di Sabah dan Serawak,kalau tidak kita mungkin sudah berPM kan proksi DAP,si kaki sodomi.Terima kasih lah orang kampung.

    Kalau saya jadi PM ,sekarang ini tumpuan saya hanya untuk memperbaiki orang kampung,sorrylah orang bandar ,kamu semua sudah dapat bermacam-macam kemudahan.Pandai-pandailah kamu nak hidup senang.Berusaha ,bersaing dan bergeraklah seperti orang lain.Kalau mereka maju,kamu pun tidak ada sebab tak boleh maju.Mat Bangla dan Mat Indon yg berkeliaran di bandar pun boleh hidup dan mampu memunggah kekayaan balik ke negara mereka.Mereka tak dapat subsidi pun hanya berbekalkan tulang 4 kerat dan kegigihan.

Leave a Reply

Threesome