Menu Utama

Shahrir Pertikai Niat Sebenar The Edge Tidak Serah Dokumen 1MDB Kepada Pihak Berkuasa

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) Tan Sri Shahrir Abd Samad mempertikaikan niat sebenar akhbar The Edge apabila tidak menyerahkan dokumen dakwaan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa setelah memperolehnya daripada bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

Shahrir berkata tindakan itu membayangkan akhbar berkenaan hanya ingin melariskan jualan dengan menerbitkan berita sensasi tanpa perlu mencari kebenaran.

“Pada masa sama, kita soal adakah ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan atau (mencetuskan) huru-hara sedang akhirnya pihak berkuasa juga yang akan memainkan peranan (dalam kes ini).

Jadi, dapatkan dokumen, menipu orang dan kemudian menyiarkan melalui tafsiran sendiri, ia tidak akan mempunyai keputusan. Ia menimbulkan syak wasangka dan huru-hara dan sebagainya kerana kita tidak mahu menggunakan sistem yang ada iaitu institusi dalam negara ini,” katanya kepada media ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Baharu, di sini Sabtu.

Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata, sebagai media yang bertanggungjawab, The Edge harus mengenepikan perasaan untuk mencari berita sensasi sebaliknya menyerahkan dokumen terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Kita faham kebebasan akhbar tetapi kebebasan akhbar pun ada tanggungjawab. Ia tidak bermakna sesebuah akhbar bebas mendedahkan apa sahaja untuk suruh orang memberontak, mesti ada proses undang-undang.

Sebab itu, apabila kita mendapat sesuatu maklumat yang rasa sahih, kita kena rujuk kepada pihak berkuasa.”

Mengenai Gerakan Harapan Baru (GHB), beliau menyifatkan ia hanya parti untuk ‘golongan yang kecewa’ dalam parti asal mereka dan bukanlah sebuah harapan baharu.

— BERNAMA






6 Komen to Shahrir Pertikai Niat Sebenar The Edge Tidak Serah Dokumen 1MDB Kepada Pihak Berkuasa

  1. rockers says:

    .klu dokumen tu semua tulin pun dikira sabotaj ke.lg sukalah dia perabih duit rakyat.yg suka macai kera lh..1

  2. Pemerhati says:

    tulen yang bagaimana maksud ‘rockers’ tentang dokumen itu, adakah tulen itu bermaksud terdapat bukti berlaku penyelewengan dimana tong kooi ong, clare brown, rafizi, tony pua, mahadey dll tidak perlu merubah/menokok-tambah/memanipulasi dokumen tersebut supaya ianya seolah-olah terdapat bukti bahawa kononnya berlaku penyelewengan atau sebaliknya?

    silalah jawab dengan berhemah ‘rockers’

  3. rockers says:

    then bila lg najib nk buat program nothing to hide2.apa yg dimanipulasi tu bro.cer cite.

  4. Pemerhati says:

    orang tanya soalan dia tanya bila lagi nak buat program nothing to hide, apa punya turr lah!

    program nothing to hide sudah jadi tidak relevan, mengarut atau boleh dikata boleh memalukan pihak-pihak yang mahu berdebat/menghentam/menuduh PM dalam program tersebut sekiranya ‘rockers’ mahu ianya diadakan lagi selepas si justo kena tangkap dengan pihak berkuasa Thailand & juga tentang pendedahan2 yang telah dibuat oleh justo

    program nothing to hide setakat cakap-cakap sahaja bukannya dapat selesaikan serta jelaskan segala isu & tuduhan yang dibangkitkan, penubuhan pasukan penyiasat terdiri dari 3 agensi pihak berkuasa adalah bukti sikap telus kerajaan yang tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan(nothing to hide)

    ‘rockers’ memang bangang sebab tak faham maksud ‘dimanipulasi’ sedangkan pelajar tingkatan 1 pun boleh faham ‘dimanipulasi’ maksudnya untuk merubah/menokok-tambah sesuatu seperti dokumen supaya ianya boleh dijadikan bukti(kononnya, mengikut kehendak haramjadah seperti tong kooi ong, clare brown, rafizi, tony pua, mahadey dll) untuk menyalahkan seseorang atau sesuatu pihak

  5. raplahjingaa says:

    Shahrir buat-buat bodoh..tanya pulak apa tujuan The Edge……ke memang shahril ni benak ?? orang-orang UMNO macam ni lah yang menjadi pemangkin melingkupkan UMNO…adik beradik Pak Samad ni pelik sikit…tu yang kat Shah Alam tuuu, sama saja…hehehehe

Leave a Reply

Threesome