Menu Utama

Serangan Balas Najib (4): Peguam Negara, Ketua SB Ditukar

najib-fightKetika Pejabat Perdana Menteri masih berteka-teki sama ada akan mengumumkan rombakan kabinet hari ini beberapa tunggak utama pentadbiran dirombak pagi ini termasuk menggantikan Peguam Negara Malaysia.

Pagi tadi Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ali Hamsa mengumumkan penamatan khidmat Tan Sri Ghani Patail sebagai Peguam Negara Malaysia. Tempat beliau diganti oleh Tan Sri Apandi Ali, yang sebelum ini merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Ali Hamsa menyatakan perkhidmatan Ghani ditamatkan atas sebab kesihatan dan telah mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong Malaysia.

Dalam masa yang sama. Dato’ Seri Akil Bulat tidak dilanjutkan jawatan dan tempat beliau sebagai Pengarah Cawangan Khas PDRM diambil alih oleh Pesuruhjaya Polis Dato’ Seri Mohd Fuzi Harun berkuatkuasa serta merta.

Penggantian Ghani ini sangat mengejutkan kerana kontrak beliau akan berakhir pada 5 Oktober 2015 dan tiada sebarang gosip penggantian lebih awal.






15 Komen to Serangan Balas Najib (4): Peguam Negara, Ketua SB Ditukar

  1. Orang Lama says:

    Jangan ingat boleh nak serang aje – Bila rakyat marah serangan balas rakyat – UMNO terkubur! Nasihat saya cool down – fikir balik apa nak buat, every action got reaction.

  2. Abu Bakar says:

    Tu dia, Najib dah mula naik gila, dah gelabah, sampai sanggup buat kerja tak tentu hala, Gani Patail yang sihat pun dituduh sakit dan dibersarakan dua bulan lebih awal, malahan Gani Patail tak tahu pun mengenai penamatan tugasnya sebagai Peguam Negara dua bulan lebih awal atas faktor kesihatan itu pun.

    Kemudian, sekarang ini Ketua Cawangan Khas PDRM Bukit Aman pula ditamatkan tempoh serta merta, apakah kerana Cawangan Khas PDRM Bukit Aman tidak mahu bersekongkol dengan Najib maka tindakan penindasan ini dibuat?

    Kita fahamlah Najib ni, dia nak tunjuk kuasa kepada Tan Sri Muhyiddin bahawa dia ada kuasa besar dan boleh buat itu dan ini sebagai membalas pendedahan Tan Sri Muhyiddin mengenai isu 1MDB dalam Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras sebelum ini.

    Najib nak tunjuk besar kepala sangat, dia tak sedar bahawa rakyat pun boleh tunjukkan kuasa dengan membuat perhimpunan besar-besaran untuk memaksa Najib meletak jawatan ditangkap serta dibicarakan di mahkamah dan seterusnya dihumban ke penjara berdasarkan penyelewengan, salah laku, penipuan, penyonglapan yang dibuat oleh Najib di dalam 1MDB dan kerajaan selama ini.

    Najib makin cuak, dia hanya nak tunjukkan kuasa sahaja, dia tak ada sokongan lagi, tapi masih berlagak pula.

  3. sman says:

    Ghani Patail di tamatkan perkhidmatan ,kerana beliau ikut telunjuk Midin.Tubuh task force hanya keran lapuran WSJ,tak pernah berlaku macam tu di mana-mana pun.Lapuran akhbar buka official report, nampak sangat dia berkonspirasi utk kenakan PM Najib.Betul juga tulisan RPK dalam hal ini.

  4. Pak Tho says:

    YES SIR! ORAIT SIR!. Barisan baru kabinet Najib. Harap TMY redho dgn ketentuanNYA. Ada hikmah disebalik ini semua. Kita lihat sappe yg kena.

  5. ch says:

    kenapa takut orang nak kenakan kita kalau kita takde isu?

    macam Tun M. ada dia kisah orang nak kena kan dia? sampai sekarang ‘tak korek’ lagi isu Tun. betul ke tak korek? atau memang takde isu nak korek? paling handal, TV3 kutuk Proton. itu je lah. yang tawaran berjuta untuk kenakan Tun M tu. apa dah jadi? pakat hilang telur macam najib? ha. ha. ha.

    sejak bila budak UMNO mengagungkan RPK pulak ni? alahai …. cuba tanya MyKMU, perang MyKMU dan RPK dulu. RPK dah tobat ke? atau MyKMU yang tobat?

  6. Nadim says:

    Serangan balas… hmmmm… ko ingat ko jer ada tangan Jib

  7. comeyfz says:

    bagus jugak tindakan & langkah2 yang DSN ambil nih…sbb ini adalah cara & jalan yang akan menjahanamkan diri sendiri & UMNO. kita tunggu dan lihat balasan & hukuman daripada rakyat.

  8. ah jib gor says:

    Untuk mencapai Negara maju inilah sebenarnya erti perjuangan. Tranformasi akan memacu Negara dengan pantas. Pecat/ganti mereka ini adalah lumrah kerana tidak mencapai merit yang baik dalam mengendalikan dasar yang baik difolio kementerian masing-masing.

  9. rockers says:

    sman… …otak ltk kot ponggong ke..minum air ketum bnyk nah..

  10. rozaimi says:

    Tun M banyak kali pecat TPM sebelum ni.. apa nak kecuh sangat.

  11. Jiwa tenang says:

    @ch, pasal reward rm juta2 untuk maklumat korupsi tdm tu, ianya adalah eksperimen sosial. Saje mamat tu buat cerita palsu nak tengok berapa ramai tak pakai akal dan siasat asal usul sesuatu berita. (chek kat sini http://www.thestar.com.my/News/Nation/2015/07/15/CAGM-fake-SD-report/ atau kalau tak caya gi sini http://www.malaysiakini.com/news/305285).

    Mustahil takde isu. Dulu bukan main lagi nuar, azmin cakap ade berkotak2 bukti salahlaku tdm. Ape kate ko tanya mb selangor tu.

    Kene paham la apa pasal tdm tak heran ngan cerita lampau dia. Katakanla dsn bongkar abis sume cerita tdm. Implikasinya lambat laun, dsn dan umno pun akan terpalit sekali. Contoh kes bangla dapat ic kat sabah yang disiasat suruhanjaya diraja tu. Jelas arahan ‘orang atasan’ tu sape kan? Sebab orang tua ganyut tu dah pencen, orang sekarang yg kena tempias, kene setel masalah tu. Yang tak sedapnya nama parti/organisasi dah busuk, susah nak cuci.

    Senang cerita tdm tak de ape nak rugi, sebab tu buleh main tembak pakai m16, baling bom. Dsn plak kene ambik prihatin mcm2 hal jadi kene setel cara stealth, bawak pisau gi lawan.

  12. Mr Y says:

    Sebagai seorang ketua, sudah pasti akan mengambil tindakan terhadap ahlinya jika ada ahlinya yang buat salah. TPM dah berlaku tidak adil kepada ketuanya dalam ceramah TERBUKA di Cheras memgenai 1MDB sedangkan masih dalam siasatan. Kenapa TPM tak sabar hingga laporan PAC dan Petugas Khas siap? Akibat kezalimannya terhadap ketuanya, sudah pasti ketuanya kena bertegas. Tapi TSM tak macam yang lain-lain dalam pembangkang.. kalau yang lain-lain tu siap tubuh parti lain lawan balik bekas parti mereka sendiri.

  13. semangat dato' haron says:

    Syabas Najib

  14. nozz says:

    najib……pigidah boooooo

  15. rockers says:

    kahkah.yg siasat pun kena pecat.yg lain jd kayu kabinet.

Leave a Reply