Menu Utama

Serangan Balas Najib (3): Rombakan Kabinet Hari Ini, Zahid Timbalan?

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dijangka mengumukan rombakan kabinet hari ini, iaitu beberapa hari lebih awal dari perancangan sebelum ini.

Sebelum ini Mohd Najib dijangka mengumumkan rombakan kabinet selepas mempengerusi mesyuarat Kabinet pada rabu ini. Namun hari ini Mohd Najib mempercepatkan rombakan ini setelah melihat tingkah laku Timbalannya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras, ahad lalu.

Oleh kerana rombakan ini sangat mengejut tiada sebarang kebocoran langsung sehingga jam 2 pagi ini. Ada sumber menyatakan Mohd Najib telah mengadap DYMM YDP Agong petang tadi. Satu sumber lagi menyatakan Mohd Najib akan merafak sembah senarai baru pagi ini.

Namun MYKMU.NET menjangkakan beberapa korban akan dibuat bagi menunjukkan siapa yang memimpin kerajaan hari ini. Perdana Menteri dijangka menggugurkan Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Hassan Malek, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri G Palanivel dalam satu rombakan kabinet yang dilihat bagi menguruskan kepentingan politik UMNO dan MIC sekaligus.

Kedudukan Timbalan Perdana Menteri masih lagi dalam keadaan sukar diramalkan. Riak Perdana Menteri dan Timbalannya di Majlis Rumah Terbuka CIMB malam tadi menunjukkan mereka sudah sampai ke peringkat tidaj bertegur sapa.

Kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin akan menjadi Timbalan Perdana Menteri tanpa potfolio Kementerian lain. Bagaimanapun jangan menolak kemungkinan Muhyiddin digugurkan sepenuhnya dan diganti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri

Sementara itu beberapa Menteri dijangka bertukar potfolio dengan fokus tertumpu kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Kedudukan Khairy menjadi tumpuan kerana selain gagal memberi nafas menarik sokongan belia kepada parti pemerintah, Pemuda UMNO juga dilihat tidak membantu menyatukan parti. Malah kegagalan Pemuda menunjukkan sokongan padu kepada Perdana Menteri merupaka satu alasan kuat untuk perubahan ini. Namun peluang untuk Khairy digugurkan dari kabinet agak tipis berdasarkan kedudukan beliau dan pengaruh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy dijangka berpindah daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Kementerian Sumber Manusia atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang dilihat bintang baru dalam kabinet Mohd Najib dijangka berpindah ke Kementerian Penerangan. Ini selari dengan jawatan baharu beliau sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional.

Ini memberi peluang kepada Rahman menggembeleng semua jentera penerangan kerajaan dan parti bagi menjelaskan isu semasa.

Menteri Penerangan sedia ada, Datuk Ahmad Shaberry Cheek dijangka kembali ke Kementerian Belia dan Sukan bagi menarik semula sokongan belia kepada Barisan Nasional dan mengawasi persiapan Malaysia sebagai tuan rumah Sukan Sea 2017.

Manakala Datuk Ahmad Maslan dijangka dilantik sebagai Menteri penuh di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Antara nama lain yang dijangka naik pangkat dari Timbalan Menteri kepada Menteri ialah Datuk Razali Ibrahim, Datuk Jailani Johari dan . Beberapa Ahli Parlimen muda dijangka dilantik sebagai Timbalan Menteri ialah Ahli Parlimen Sekinjang, Anuar Manap, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin, dan Ahli Parlimen Kepala batas Datuk Seri Reezal Merican.-MYKMU.NET

Nota:

Jangan cari episod 1 dan 2 siri Serangan Balas Najib ini kerana ia tidak sempat ditulis lagi. Kami mengumpul maklumat sejak bulan lalu bagi menulis siri Serangan Balas Najib.

Malangnya, Mohd Najib telah melakukan satu serangan balas mengejut hari ini menyebabkan siri 1 dan 2 yang sepatutnya diterbitkan esok dan lusa terpaksa ditangguhkan.






25 Komen to Serangan Balas Najib (3): Rombakan Kabinet Hari Ini, Zahid Timbalan?

  1. mike says:

    Betul ke ni…..ke hanya igauan penulis blog ni aje!!!! Kalau betul……amat bahaya kpd kedudukan n keadaan landscape politik negara!

  2. dkds says:

    Dah lama saya mengharap ada perubahan…akhirnya….moga artikel ini benar

  3. Pak Tho says:

    Talkin buat UMNO. Tiada yg kekal selamanya. Kita tunggu pru 14 nnti.

  4. hodoh says:

    TPM mmg dah lama patut ditukar. Kehadirannya bukan untuk membantu PM tetapi menjatuhkan PM.

  5. Rosma says:

    Woi bodoh….mana ada kementerian penerangan skrg

  6. Abu Bakar says:

    Najib memang sengaja mencari pasal kalau dia nak singkirkan Tan Sri Muhyiddin, jangan ingat dengan sokongan ketua UMNO bahagian yang menjadi balaci Najib disebabkan CASH IS KING itu dapat mengukuhkan kedudukan Najib, kerana yang sokong Najib tu berapa orang sangat berbanding 3 juta ahli UMNO yang majoritinya menolak kepimpinan Najib yang lemah dan tidak bertanggungjawab.

    Sedarlah banyak Ketua UMNO bahagian yang menjadi balaci Najib tu sendiri sekarang ini sudah tidak mendapat sokongan majoriti akar umbi di bahagian masing-masing, jadi Najib jangan syok sendirilah dengan nak riak dan takbur memecat Tan Sri Muhyiddin kerana melihat sokongan Ketua UMNO Bahagian kepada Najib, itu hanya sokongan Ketua UMNO Bahagian yang mahu membodek Najib sahaja, ahli akar umbi UMNO di kawasan Ketua-Ketua UMNO Bahagian itu sendiri menolak Najib dan Ketua UMNO Bahagian yang menjadi balaci Najib itu, ahli akar umbi mahukan penjelasan yang konkrit terhadap isu-isu yang dibangkitkan, bukannya dengan menyekat akses ke media, menggantung permit media, menangkap penghantar surat yang menghantar surat melibatkan 1MDB, bukannya menyelewengkan wang milik GLC dan badan berkanun kerana yang biaya hutang 1MDB yang telah disonglap oleh Najib dan kuncu-kuncunya itu.

    Najib boleh syok sendiri, tapi dia tak boleh menipu dirinya bahawa majoriti ahli UMNO, malahan majoriti pengundi dan rakyat termasuklah budak sekolah pun tak suka dengan kepimpinan tak bertanggungjawab dan lemah Najib ini. Sedarlah di sekolah pun budak-budak sekolah mempermainkan Najib dan kuncu-kuncunya, sampaikan ada yang mengatakan kalau bodoh tu bodoh macam Najib, bodoh macam Ahmad Maslan, kalau budak sekolah pun tak dapat terima Najib, maka Najib patut sedar diri hakikat yang terjadi sekarang ini.

  7. Rakyat Jelata says:

    Burn..aku pun selalu sound member aku..kalau jenis ditanya lain dijawab lain..aku sound camni..”ko ni macam Najib lar..tanya lain jawab lain”…heheh..dah boleh perumpamaan dah najib ni…

  8. Pak Tho says:

    Gugurkn h TMY klau itu yg menyenangkan DSN agar semua pemimpin tertinggi UMNO mengsngguk sahaja apa yg beliau buat. Tapi percaya lh. Kesannya pasti buruk sekali. UMNO semakin lemah dan bakal terkulai pada Pru 14 nnti. Orang atasan masih rasa grass root masih menyokong. Cubalh buat bancian kaau nk tahu apa yg sebenarnya pendapat grass root. Kalau ditanya pemimpin bahagian memang lh akan kata ok aje, sebab dh selesa dgn kedudukan dan kejayaan yg dimiliki. Kereta besar, rmh besar dan nafsu pn besar. Ahli bawahan berhempas pulas mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup. Ada mereka² ini peduli. Bagi kami hanya wadah Umno sahaja yg kami percayai utk mertabatkn agama dan bangsa. Nampaknya semangat Umno 1946 semakin terhakis dari roh Umno. Umno bukan lgi menjadi payung yg menaungi org² melayu. TALKIN buat Umno. Sedih².

  9. Rektorkuin says:

    Najib perlu ditukar. Undurlah najib. Jika tak undur maka kita #langgarnajib

  10. Abu Bakar says:

    Rakyat Jelata, sepatutnya Najib menjawablah samada ya atau tidak dia pernah membuka akaun di AmBank beberapa bulan sebelum PRU 13 dan kemudiannya menutupnya beberapa bulan selepas PRU 13 dan apakah benar wang USD 700 juta yang bersamaan RM 2.63 bilion itu dimasukkan ke dalam akaun tersebut, tak payah tunggu audit atau siasatan pun, kerana takkan Najib tak tahu akan perbuatannya sendiri? Takkan Najib tak tau samada dia pernah buka dua buah akaun tersebut dan tak tahu apakah pernah atau tidak wang USD 700 juta bersamaan RM 2.63 bilion dimasukkan ke dalam akaun berkenaan, takkan itu pun Najib tak boleh nak jawab?

    Bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah, lihatlah The Edge, mereka berani mendedahkan penyelewengan Najib, mereka serahkan segala bukti yang mereka ada kepada Jabatan Jenayah Komersil PDRM untuk disiasat.

    Tetapi Najib hingga kini takut nak ambil tindakan undang-undang saman terhadap The Edge, malahan The Edge ditindas dengan permit media mereka digantung pula.

    Kalau Najib di pihak benar, dia tak perlu menggantung permit media The Edge, patutnya dia saman sahaja The Edge, tetapi mengapkah Najib tak buat begitu? Kalau kita lihat balik pepatah yang saya nyatakan tadi, adalah seolah-olah Najib itu di pihak yang salah, sebab itulah dia takut nak saman, tapi sibuk nak ainaya The Edge pula.

  11. Omega says:

    Huh.. kata nak najib buat perubahan. Biatlah beliau buat perubahan dgn susunan kabinet yg beliau yakini boleh bekerja. Pada yg tak puas hati dan ugut utk tukar kerajaan next pru 14 itu hak anda. Buat masa sekarang rakyat dah beri mandat kpd pengurusi BN tadbir negara. Jadi biarkan sahaja beliau bekerja selagi mandat masih sah. Kalau nak tukar, tunggulah masanya nanti.

  12. Omega says:

    Lagi satu buat pakar pakar komen, anda dah undi parti yg anda mahu. Kerajaan juga telah dibentuk. Anda semua telah putuskan siapa ketua kerajaan yg patut tadbir negara. Menang anda yg undi tapi sekarang biarlah org yg anda undi lakukan kerja beliau. Tempoh beliau utk berkhidmat masih ada. Ketua hanya seorang, rakyat yg ramai ada berbagai kehendak. Jadilah org yg waras dan lakukanlah kerja hakiki masing masing dan tak perlulah masing masing berebut nak jadi Perdana Menteri tak rasmi.

  13. Sabu Bakar says:

    Bercakap benar dan anda akan mendapat dicaj atau dipanggil pengkhianat.

    Ya. Tunai adalah Raja.

  14. Pak Tho says:

    Pemilihan Agong Umno pun tangguh. Agak² sebab apa ye?. Ooo nak ahli Umno bersatu utk Pru 14 nanti. Boleh caya ke bro alasan ni atau dh panas punggung akan di tolak ahli. Cuba citer skit.

  15. Megat says:

    Aduyai…xda ka org lain slain zahid gempak brmusim tu. Tman org prak pun x stju, lbih baik hishamudin.

  16. Abu Bakar says:

    Omega, isunya adalah Najib menjadikan masalah peribadinya yang menjadi suspek kes penyelewengan wang hutang 1MDB sebagai bebanan kepada UMNO pula, tak pasal-pasal UMNO kena tanggung masalah Najib akibat perbuatan Najib sendiri.

    Kita tak mau tukar kerajaan daripada Barisan Nasional kepada kerajan lain, kita tetap mahukan Barisan Nasional.

    Sebab itulah kita mau Najib letak jawatan dan bertanggungjawab di atas segala masalah yang ditimbulkan oleh Najib, kami tak mau UMNO dan Barisan Nasional dibabitkan dengan masalah peribadi Najib, Najib buat hal, maka Najib tanggung sendirilah, apahal nak membebankan UMNO pula?

    Dalam isu ini, bukannya menyibuk tak tentu pasal, tetapi Najib dibelenggu dengan berbagai skandal, malahan Najib tak berani nak menafikan secara jelas segala skandal itu, malahan Najib takut nak ambil tindakan terhadap pihak yang dituduh ‘memfitnah’ dirinya itu.

    Malahan sekarang ini Najib dah makin jauh tersasar, dengan membuat sekatan terhadap media, menggantung permit media hingga media yang digantung permit itu membawa kes ke mahkamah, ini semua memalukan UMNO dan Barisan Nasional, tak pasal-pasal masalah dan isu peribadi Najib diseret menjadi masalah kepada UMNO dan Barisan Nasional pula.

    Pihak The Edge dah buat tindakan mahkamah terhadap perbuatan Najib yang mengarahkan kuncunya si Zahid Hamidi yang menggantung permit The Edge baru-baru ini. Selepas ni Najib bersiap sedialah untuk menjawab soalan di dalam mahkamah mengenai apa yang didedahkan oleh The Edge, Sarawak Report, serta The Wall Street Journal itu, mana lagi Najib mau lari, tak ada jalan keluar, kena berhadapan dengan kebenaran juga.

  17. eddy says:

    Xsabar nk tgk jibby ganti tmpt bang non.. hehe.. udoh2 ler tu bang bijan oiii.. keje ko nak songlap duit rakyat.. bikin hutang lepas tu rakyat tlg byr kan (tax).. kegilaan apekah ini?? Negara lain da mampus si bijan ni.. xpyh jauh. Tgk thailand sudah.. hbs dikamput nye thaksin.. mcm anjing dah.. nasib dia duit byk.. invest dkt england, so british back up dia.. tp ko diharamkan jejak thai balik.. lagi 1, agong pon tegas laa sikit.. ni diri pon da tehuyung hayang mcm mana nak perintah malaysia ni.. kalo aku ler agong.. xde sembang byk dah aku suruh je general amik alih tros, kerajaan sementara.. kasik hapus semua kroni2.. ko rasuah je aku arah ikat dkt tiang kasik rakyat ludah.. (mcm china) diorg tembak je tros.. tp kte xleh laa nk tembak2 ni.. ikat dlt lori kasik bawak berarak.. muke kasik mekap skit mcm pondan.. baru syiokk.. just my 2 cents.. peace..

  18. rockers says:

    klu tmy digugurkn dr kabinet, najib mmg cr masaalah lg.dr situ kita blh nampak game najib.

  19. sayang melayu says:

    hmmmm….UMNO bergolak,PAS pun bergolak,semuanya akibat gila kuasa dunia. Bravo…aku dah nmpk cina dan india yg bakal lebih menguasai malaysia ni. Marilah kita raikan perpecahan melayu ini beramai ramai…bukankah ini yg semua melayu nantikan dan mahukan?

  20. mohdardi says:

    perwatakan najib vs muhyiddin yassin jauh lebih baik muhyiddin yassin,najib bini pun takut….PRU-14 BN end..Tq

  21. May Sara says:

    Najib gentel…najib kental…najib mental….so..APA saja keputusan dia yang began adalah rakyat.kalau tak rasa beban itu beerti dia sekutu najib and rosmah.the silent killer punya senjata.acauan umno version 2010.vaksin yang paling berbahaya di abad ini.

  22. sayang melayu says:

    lagi satu,adakah semua ini agenda freemason dan syiah agar mereka kekal menguasai Malaysia tercinta ini? hmmmm sama2 lah kita fikir dan renungkan.

  23. anak sungai derhaka says:

    rakyat di dahulu kan. pencapaian di utama kan hehe

  24. Rosman says:

    UMNO yg ada hari ni jauh tersasar dari perjuangan UMNO lebih 50 tahun dulu. Ketika itu setiap ahli UMNO bersatu hati secara sukarela mengorbankan harta benda dan wang ringgit untuk melihat Tanah Melayu merdeka dan diperintah oleh orang melayu. Memang senario nya berbeza tapi perjuangannya tetap sama iaitu utk mengangkat mertabat orang melayu ke tahap yg lebih tinggi di mata dunia. Tapi apa yg dah kita capai. Kita jaguh dlm perkara apa? Ekonomi, sosial, ya politik mungkin. Hanya gembar gembur dan laungan kata2 semangat yg tidak membawa apa2 pengertian terhadap kehidupan majoriti orang melayu yg masih hidup dibawah paras kemiskinan dan mengharap sabsidi. Setiap kali mesyuarat agong nah kata2 semangat bagi yang petah bercerita atau berpidato. Kata2 meremajakan UMNO begitu lantang dilaungkan tapi apakah tindakan PM memecat TPM ini contoh terbaik?? Jika benar sia-sia lah mengadakan jawatan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan jika acapkali pemegang jawatan tersebut dilucutkan dari jawatan sekiranya berlaku perbezaan pendapat dengan Presiden. Lebih sesuai sekiranya jawatan itu tidak diujudkan dan jawatan Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan Naib Presiden sahaja atas budibicara PM. Malang sekali apabila kepimpinan UMNO diuji sekali lagi tidak kedengaran suara2 akar umbi untuk bangun mendesak agar dipanggil mesyuarat agong tergempar dan membuat usul untuk membahas dan menyokong atau menentang kepimpinan yg ada. UMNO harus dewasa untuk mencari penyelesaian dlm menghadapi krisis ini dari terus berulang. Mesti ada satu mekanisma supaya setiap ahli hatta apa jawatan sekalipun mesti tertakluk kepada satu tribunal dlm parti bg menghakimi kepimpinan yg dilanda krisis samada layak terus memegang jawatan atau meletak jawatan. Ingatlah sebagai parti induk dlm kerajaan setiap tindakan akan memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat. Peganglah pada kata-kata keramat, Pemimpin boleh datang dan pergi, tapi parti akan terus kekal untuk membela nasib orang melayu.

  25. ku lia says:

    Add my wechat id rindu98

Leave a Reply