Menu Utama

Sekadar Petik Desakan Dari Facebook, Twitter Suruh Najib Letak Jawatan?

chedet-claire

Semalam, bekas Memanda Menteri Perdana dikatakan ada tumpang sekaki hadir ke majlis rumah terbuka anjuran Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir. Biasalah. Rumah terbuka anjuran anaknya, dia buat macam rumah sendirilah, kan?

Penulis tidak kisah dia hadir. Tapi kenyataan dia semalam tentang Presiden UMNO, Dato’ Seri Najib Tun Razak betul-betul buat penulis rasa tak percaya. Seolah bukan keluar dari mulut seorang negarawan yang terkenal dengan kehebatan yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Bekas Memanda Perdana kata, beliau tidak takut dipanggil PDRM sebab kritik Perdana Menteri. Okey, yang itu penulis setuju. “Freedom of speech”, berani buat maka beranilah tanggung, kan?

Tapi bila beliau kata nak jatuhkan juga Najib sebab ramai orang suruh Najib letak jawatan dalam Facebook, Twitter dan sebagainya, penulis nampak macam orang tak cukup akal punya kenyataan.

Tahukah ‘blogger tersohor’ itu bahawa walaupun ada yang mahu Najib letak jawatan, boleh dikatakan lebih ramai lagi warga maya dan majoriti rakyat mahu Najib kekal sebagai Perdana Menteri di Malaysia? PRU ke-13 yang lalu sudah terbukti, bukan?

Desakan untuk meletak jawatan bukan pernah dilalui oleh Najib saja. Bekas Memanda Perdana pun pernah lalui perkara yang sama, malah lebih teruk lagi dari apa yang diharungi Najib. Hampir terduduk beliau bertemu buku dengan ruas ketika itu.

Masih ingat nama Ku Li? Ya, bekas Memanda Perdana menang dalam perebutan kuasa itu. Perlu beliau ingat, Najib sokong beliau, bukan Ku Li ketika itu. Itu berlaku di dalam UMNO. Desakan menyuruh beliau meletak jawatan berlaku dari dalam UMNO.

ku li

Di luar? Tak payah cakaplah. Berbuih-buih mulut orang suruh beliau letak jawatan. Bukan setakat orang kampung, orang di bandar pun. Bukan sekadar orang dalam UMNO sendiri, pembangkang pun selalu suruh beliau letak jawatan masa itu, kan? Orang lama tahulah kisah itu, kan?

Sepanjang beliau mentadbir selama 22 tahun, ada atau tidak beliau tunduk pada desakan suruh letak jawatan? Malah beliau pernah berkata, walau menang dengan satu undi pun, beliau tidak akan meletak jawatan, bukan? Jadi, apa hal pula beliau mahu Najib dengar cakapnya untuk meletak jawatan?

Kalau setakat petik sumber laman sosial suruh Najib letak jawatan, hujah begitu selalunya pembangkang yang pakai. Setakat popular di internet, tapi kalah di medan undi, apa gunanya? Setakat menang sorak saja, tapi tewas di atas padang? Masuk dek akal? Bijak sangatlah tu?

Mujurlah di zaman beliau mentadbir dulu, internet baru nak mula berkembang. Itu pun teruk beliau menepis kiri kanan depan belakang. Mykmu.net ini jugalah yang “berperang” siang dan malam memastikan beliau stabil memacu pentadbiran negara. Nak harapkan SSTDM dan KCD? Lahir pun belum masa tu…

Penulis tidak marah kalau beliau betul nekad mahu jatuhkan Najib sebagaimana yang dilakukan pada Tunku Abdul Rahman dan Pak Lah dulu. Itu hak beliau. Tapi gunakanlah hujah yang berkreadibiliti. Kalau sekadar petik dokumen yang di edit dan diubah suai, baik lupakanlah. Buat malu saja kemudian hari, kan?

Penulis doakan supaya beliau dilanjutkan usia sepanjang yang boleh supaya beliau boleh tengok dengan mata kepala sendiri bagaimana Najib menjayakan gagasan yang beliau sendiri cipta, Wawasan 2020. Sedang Najib sibuk jayakan wawasan yang beliau sendiri cipta, beliau sibuk pula menghentam Najib siang malam…

Sebab itulah penulis doakan beliau terus dipanjangkan umur. Biar nanti beliau boleh saksikan sendiri betapa Najib sayangkan beliau sebagai seorang negarawan yang pernah berjasa walau beliau tabur ‘pasir’ dalam parti sendiri. Harap beliau diberi hidayah sewajarnya, amin!






16 Komen to Sekadar Petik Desakan Dari Facebook, Twitter Suruh Najib Letak Jawatan?

  1. kamarul bahrin says:

    amin

  2. Anak_Nogori says:

    Saya antara org lama…apa kata Tun….walaupun dapat 1 undi pun..dia tetap menang juga.

  3. Nimo says:

    You either die a hero, or live long enough to see yourself become the villain.

  4. system baru says:

    sepatutnya tun m sedar rancangan orang putih untuk lakuakan pemisahan wilayah broneo sepatut tun sedar benda ini, tun m langsung tak belajar dari kesilapan jatuhan kota melaka dan singapore itu di sebab fitnah, ini akibat jika tun m telalu percaya pada orang putih hasut mereka ini, lupa pesan ingat sejarah melaka apa bila mamak berkuasa dan bawa orang potugis masuk kota melaka jatuh tangan portugis di sebab fitnah , tanya tun m mahukah anda cop seperti orang macam itu, tun m pemimpim yg gagal memajukan bumiputera 30% ekonomi bumiputera masih suka menyalah orang lain, najib jangan lakukan pekara sama, seperti tun m membangunkan kroni apek tapi engan bantu bumiputera, kroni apek hanya tahu gunakan bumiputera untuk dapat projek je, sampai semua jalan kecil dan buat jamban pun mahu bagi pada apek itu, tanya pada tun m itu kenapa gagal bangunkan ekonomi bumiputera itu, sampai semua tendar glc dulu bagi pada apek sampai mereka kaya-raya, tanya pada tun m dulu semasa tun razak dulu tun m suruh berhenti kononya tuduh Tun Abdul Razak sebagai menbesar kroni cina tapi dia lupa tun m menyebabkan kroni apek jadi kaya raya disebabnya, ini sebab tun m gagal menbangun ekonomi bumiputera itu, tun m hanya tahu menyalahkan orang lain, lepas ini apa alasan tun m itu aku tengok perangai dia itu dia nyayuk itu

  5. rosman mansur says:

    Semoga Allah melembutkan hati jibby dr diperdaya kak mah untuk meletakkan jawatan!! majoriti rakyat Malaysia menolak Jibby

  6. ancus says:

    Dulu bukan main kmu ni menatang Tun.

    Apa yang aku nampak sekarang orang yang dulu memakihamun Tun, orang yang dulu menghanjingkan umno, orang yang dulu mengutuk ngutuk Rosmah dan ada juga orang yang dulu menghina Nabi SAW tapi kini diangkat martabatnya semata mata untuk membela seorang individu. Tak sedarkah kalian? Aku tidak pernah membenci umno, tetapi aku benci pada orang yang mempolitikkan kelemahan, kesalahan dan kesilapannya sendiri dengan meletakkannya ke atas parti. Jadik perlukah orang sebegini disimpan yang kelak akan menjahanamkan parti itu sendiri.

    Sampai bilakah perkara begini mahu dipusing pusing. Kita tunggulah apa kesudahanya nanti perkara ini…ataupun kalian nak putarrrrr putarrr lagiii???

  7. rockers says:

    najib najib..benda ni pun x blh setel.klu najib masuk rancsngan the apprentice, donald trump akan bg tau,” najib, you’re fired…!!

  8. System baru says:

    Aku tak menentang tun m itu tapi sikap dia terlalu bongkak dan lupa diri dia sendiri ingat kita bahawa cakap melayu mudah lupa tapi sendiri malayu mudah lupa, aku nak kita belajar dari kesilapan dan kebaikan dia, manusia mana ada sempuran, tapi sikap suruh orang ikut cakap dia 100% ada satu sikap tak baik, apa guna peminpim jika pemimpim kena dengan cakap orang bawah 100%, sebagai pemimpim dengar pendapat orang bawah tapi kena kebaikan dan keburukannya, jika baik terima jika buruk jangan terima, kalau kau pergi di ucapan tun m kau berfikir ucapan bersikap terlalu angkoh dan bongkak, sebagai pemimpim veteren ia tak baik untuk parti, dia berfikir dia betul, memang tak di nafikan dia berbudi pada malaysia , tapi tun m lupa pada perjuangan asas dia 30% ekonomi bumiputera itu kalau perjuang asas pun tak dia capai macam dia hormati,aku minta surat dia hantar pada tun razak itu siarkan balik pada tun m itu supaya menjadi kesedaran bahawa dia pemimpin yg gagal mencapai perjuang asal dia, aku nak surat itu siarkan supaya tun m sedar diri gagal dalam 30% ekomomi bumiputera gagal dalam perjuang asal tun m majukan bumiputera,
    Cuba korang perhati anwar pemimpim gagal dalam perjaungan asal dia konon bantu bumiputera tapi rembat saham bumiputera, anwar pada 1998 konon basmi konisma dan nepostim dalam umno tapi anwar sendiri lakukan nepotisma dalam pkr, cuba perhatikan kalau anwar basmi nepotism itu anwar sepatut menasihat keluarga lim dan kalap itu jangan lakukan nepotism dalam dap dan tidak melakukan kesilapan sama seperti dia lakukan pada masa kini, inilah yg lupakan perjaungan asal diri dia sendiri, apa ucap tak pegang oleh nya, sebab aku akan nasihat najib jika ucap dia tunaikan dan tak lupa ucapan perjuangan asal diri dia, bagi najib terpaksa tangung kesalah yg orang lain lakukan, sepatut tun m sedar diri dia lupakan perjuanan asal dia

  9. semangat dato' haron says:

    Tun berjuang utk kepentingan kroni perniagaanya yg majoritinya non Malay and Muslim.

  10. orang kampung says:

    Kepada sesiapa pun yang memerintah Malaysia, kau nak sapu duit negara, sapulah ikut suka kau tetapi jangan menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak, GST dan sebagainya. GST tu aku boleh terima lagi tetapi harga minyak naik memang memeritkan.Masa Tun Mahathir, rasanya tak sesusah macam ni. Masa PM lain pun, aku tak rasa susah macam ini. Dahlah ramai pendatang asing yang tak boleh nak diselesaikan. Nak bergerak bebas ke bandar menaiki kenderaan awam pun rasa tak selamat. Isu keputusan air terutama musim perayaan pun tak selesai. Tu lah, kalau nak perabih semua hasil negara, pastikan rakyat tak menderita.

  11. anakmalaysia says:

    Sebenar orang tua Tun ni, seperti komen @system baru, memang bongkak, cemburu dan lupa diri iaitu dah nyayuk…bagi Tun sepatutnya buat la kerja2 amal jariah dan bantu org seagama kerana umur dah lanjut.
    Dulu pun Tun banyak buat banyak kesilapan juga yg terbukti jauh lebih teruk… tak de pun nak jatuhkan Tun…tak baik buat jahat pada orang….Allah S.W.T. tak suka umatnya berkelakuan sedemikian dan akan terima pembalasannya juga ya…
    Elok rehat saje Tun…

  12. System baru says:

    lupa pesan kalau gst membeban kan kenapa ramai makan mc,d kfc dan fast food lain dan belaja mewah makan hotel .kenapa masih ramai lagi yg pergi pasaraya ketika hari sabtu,ahad cuti, ini menbukti ia tak menbebankan, sekarang duit kita dah naik apa alasan apek tak nak turun kan harga barang korang fikirkan lah orang kampung, aku duduk bandar tahu selaga2 dia orang menipu itu

  13. Memang Terok says:

    PM hanya perlu fikir letak jawapan sekiranya rakan2 dia sendiri dalam Umno mahukan begitu. Sebagaimana Pak Lah dulu yang hampir semua rakan kabinet rasa di mesti bersara ketika itu.

    Madey akan terus mendesak kerana dia tak boleh gostan lagi. Kalau gostan mana nak simpan muka dia. Dia akan terus begitu dan dia tak akan bertobat. Dalam umur 80, 90 jika sesorang itu sesat, sukar untuk balik kepangkal jalan dan umurnya akan habis dengan kepercayaan begitu. Wallahu alam

  14. anakmalaysia says:

    Memang dlm sistem demokrasi semua perkara akan dijadikan isu…daripada GST, kenaikan harga minyak dan sebagainya….semua alasan saje…Tun M cuma cari alasan saja utk memburukkan PM Najib…pandangan saya PM Najib adalah PM yang paling terbaik untuk Malaysia…rakyat tak kira bangsa, agama dan kebudayaan telah menerima bantuan berbagai dari kerajaan, satu contoh ialah BR1M…mana ada kerajaan dlm dunia yg berbuat demikian..ini yg sangat3 dicemburui Tun M dan pembangkang…mereka kata ‘vote buying’ dan segalanya tapi ini adalah cara terbaik menolong ‘targeted group’ atau golongan sasaran…mereka ini sgt berteima kasih kepada PM Najib…kerana pada zaman Tun M apa yang mereka dapat..putih mata saja…semua ke kroni org tua tu saje…banyak lagi org boleh buat kerja Tun M ni…

    Saya sebagai rakyat Malaysia amat berterima kasih kepada PM Najib yg dapat membantu rakyat Malaysia dari segenap lapisan utk menikmati kemewahan negara bersama2….

    Seperti kata @system baru 11.38pm…saya pun nampak klu gst membebankan kenapa tambah ramai datang mengunjungi pasaraya dan pusat beli belah….ini semua alasan pembangkang dan org yg cemburu saje…

    Kepada PM Najib teruskan perjuangan kamu untuk memartabat Malaysia…syabas!!

  15. rockers says:

    komen bangang..ko bwklah famili ko mkn kt kfc@mcd@secret recipe@kt hotel ke tiap2 hari …jgn makan nasi goreng mcm ahmad maslan.org mcm ko lah kena support lebih gst najib.klu x bankraplh msia.

  16. kau anjing says:

    wow. najis bayar ko berapa anjing???

Leave a Reply