Menu Utama

Sejak Xavier Kena Tangkap, Lama Tak Dengar Nama Jho Low Kan?

mahathir_jho-low_1mdb_600_1 (1)

MACAM ada yang tak kena di kalangan para konspirator yang cuba menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak, terutama  sejak bekas Eksekutif Petro Saudi, Xavier Andre Justo ditangkap polis Thailand minggu lepas.

Kalau dulu wirid harian masing-masing ialah Jho Low komisen, Jho Low komisen, tapi sejak Xavier kena tangkap, nama Jho Low dan dakwaan komisen yang kononnya diterima olehnya (berasaskan maklumat palsu dari email yang dipercayai dibekalkan oleh Xavier), sudah hilang terus.

Walaupun masing-masing konspirator ini cuba meremehkan penangkapan Xavier dan mengaitkan tangkapan tersebut dengan Najib, tapi nampaknya pendekatan itu kurang berjalan kerana semua orang tahu yang tangkap Xavier ialah polis Thailand dan Najib tidak ada kuasa disana.

Disini pun Najib tidak ada kuasa mengarahkan polis ikut suka, dengan apa cara Najib booleh mempengaruhi polis Thailand?  Tak masuk akal.

Jadi penangkapan itu tak kena ke, macam tak betul ke dan sebagainya tidak relevan untuk dikaitkan dengan Najib kerana ia berlaku di Thailand, bukan disini.

Yang penting, bagi orang yang tak terlatih dalam politik sekalipun, perubahan ini menandakan bahawa penangkapan Xavier dan pelbagai dakwaan memalsukan dokumen yang dikaitkan dengannya, memberi kesan kepada konspirasi untuk menjatuhkan Najib disini.

Maka itu para konspirator ini semua macam cacing kepanasan cuba mencari jalan keluar dan dalam masa yang menyelamatkan imej Tun Dr Mahathir – jangan dikatakan penipu dan pengguna dokumen palsu.

Pembangkang pun dah beralih kepada MARA dah sekarang, kurang bercakap pasal 1MDB.






3 Komen to Sejak Xavier Kena Tangkap, Lama Tak Dengar Nama Jho Low Kan?

  1. itsme says:

    panggillah JhoLow balik, buat senyap je??

  2. kamarul bahrin says:

    setuju!

Leave a Reply