Menu Utama

Sarawak Report Terbitkan Penyata Akaun Perdana Menteri

WSJ-MahathirMinggu lalu, Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa mereka mempunyai bukti kukuh bahawa sejumlah USD 700 juta telah dimasukkan ke dalam beberapa akaun peribadi milik Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak di AMBANK Malaysia.

Perdana Menteri Mohd Najib Razak menafikan dakwaan tersebut dan mengumumkan sedang memilih peguam untuk memulakan tindakan undang-undang ke atas Wall Street Journal (WSJ).

Bagaimanapun WSJ tampil mempertahankan bahawa mereka mempercayai sumber maklumat mereka dan mempunyai bukti yang sahih dakwaan tersebut.

Namun setelah berhari-hari kita menantikan bukti tuduhan tersebut, masih tiada sebarang pembuktian mahu pun pengumuman sumber penyiasatan mereka bagi mengesahkan dakwaan mereka. Mana bukti dakwaan ini?

Kita berharap dapat menerbitkan salinan penyata akaun Najib Razak yang menunjukkan dakwaan mereka ada wang dari dana 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke dalam akaun Mohd Najib Razak.

Sehingga artikel ini diterbitkan belum ada sebarang pendedahan bukti yang konkrit dibuat oleh kedua-dua penerbitan ini.

Sebaliknya Sarawak Report membawa isu lain pula iaitu gambar Jho Low dengan Perdana Menteri dan waris kesultanan Arab Saudi.

Lebih mengelirukan sekarang mereka mendakwa Perdana Menteri ditipu oleh Jho Low dan PetroSaudi. Sebenarnya yang mana satu betul? Perdana Menteri menipu atau ditipu?

PM-SR-Tipu

Ada pihak menyatakan Perdana Menteri hanya perlu mengarahkan AMBank dan Bank Negara membuat penafian kewujudan akaun tersebut atau menafikan sejumlah wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Apakah penafian daripada kedua-dua bank tersebut mencukupi? Bukanlah sekian banyak kenyataan dan penafian daripada pihak berkuasa sering kali dipertikaikan lagi oleh pengkritik sebagai konspirasi kerajaan?

Lagipun mengapa Mohd Najib perlu tergopoh gapah menyelesaikan isu yang bukan isu ini? Jika mereka mahu memanjangkan isu ini tentulah Mohd Najib juga bersedia menyambutnya kerana beliau di pihak yang benar.

Jika hari ini Mohd Najib mematikan terus isu ini, esok muncul cerita lain pula kerana mereka sudah membuat penetapan agenda untuk menjatuhkan Mohd Najib dan akhirnya menukar kerajaan Barisan Nasional.

Mohd Najib tidak perlu berbuat apa-apa kerana setakat ini tiada sebarang bukti dikeluarkan kecuali dakwaan semata dan ia datang daripada “orang barat” yang cuba memerintah negara ini melalui tulisan mereka.






3 Komen to Sarawak Report Terbitkan Penyata Akaun Perdana Menteri

  1. sman says:

    Daripada mereka suruh PM Najib nafikan pasal akaun di AMbank tu ,bukankah lebih mudah mereka menyuruh Mahabohong sendiri buat sidang akhbar dan menunjukan bukti kukuh serta menamakan ‘penyiasat’ yg mengemukakan bukti tetresebut.Seterus nya buat lapuran polis,SPRM dan Bank Negara.Habis cerita.

    Peliknya mengapa mereka tak buat macam tu?.Kedudukan sebenarnya ialah ada Pembohong yg bernama Mahabohong,yg dah buat cerita bohong,kemudaian nak siarkan cerita bohong tersebut,maka di carinya akhbar yg dia tahu selalu bohong,dan dia pun kata akhbar tu bohong ,dimana hanya akhbar bohong saja yg sanggup keluarkan cerita bohong.

  2. badaruddin says:

    Hahaha

    EXPLAINING AWAY THE TRUTH

    It is no good at all to conjure all sorts of reasons to explain away truth:

    One could subscribe to truth
    only when one has self-respect in the first place;

    When a man tells untruths, he has no respect for himself and little would he do better for others except for his own gain;

    And when a man tells lies, he has a tendency to forget:

    With one lie after the other,
    eventually he would be caught
    in his own tangled web:

Leave a Reply